Memilih Antara Tun M Dan Ds N
Rakyat, khususnya ahli UMNO sudah bagai tidak dapat mengelak dan terpaksa memilih antara 2. Diantara DS Najib dengan Tun Dr. Mahathir, mantan Presiden dan Perdana Menteri yang namanya sudah sinoniom dengan negara Malaysia.
Diluar negara, bila orang ingat Dr. Mahathir, mereka akan ingat Malaysia. Demikian juga, bila ingat Malaysia mereka akan ingat Dr. Mahathir. Bukan sedikit jasa yang dicurahkan oleh Tun kepada bumi tercinta ini
Saya sudah waras untuk berfikir ketika Tun menduduki kerusi PM ketika itu, menggantikan Huseein Onn. Saya tertanya-tanya mampukah beliau melaksanakan tugasnya sebagai pemimpin nombor satu negara. Namun tidak lama, keraguan menjadi kebingungan seketika apabila perkara pertama dilakukannya adalah 'menyeragamkan' waktu diantara Semenanjung dengan Sabah, Sarawak yang berbeza 30 minit sebelum itu. Saya sedar bahawa insan bernama Mahathir ini sangat pentingkan waktu
Selain itu, tindakan kecil dan sederhana yang turut memberi impak besar yang dilakukan adalah menurunkan nilai Ringgit Malaysia berbanding Singapura. Serta merta arus ekonomi Malaysia/Singapura berubah. Rakyat Malaysia tidak lagi ke Singapura untuk ber-shopping sebaliknya rakyat Singapura yang lebih banyak ke Malaysia bagi tujuan berkenaan
22 tahun mentadbir negara banyak yang telah Tun lakukan. Jika hendak dibilang, dengan jari bersama jari kaki pun masih belum cukup untuk mengiranya. Namun segala yang dilakukan bukanlah dengan mudah. Segalanya penuh dengan cabaran dan dugaan bahkan kadagkalan disertakan tohmahan
Berapa ramai yang menyindir bila projek kereta nasional ingin dilaksanakan. Berapa ramai yang membantah apabila Putrajaya dibangunkan.... menara berkembar Petronas dan banyak lagi. Segalanya dilakukan dengan perjuangan. Namun akhirnya Tun dapat melaksanakannya dengan jaya dan membuktikan kepada dunia bahawa beliau, rakyat dan negara Malaysia .... mampu melakukannya
Untungnya pada zaman itu teknologi telekomunikasi belum cukup berkembang dan media sosial tidak menjadi saluran rakyat menyatakan pendapat dan bantahan. Jika Tun memimpi negara pada ketika ini, mungkin beliau juga akan merasa tertekan oleh desakan rakyat sebagaimana yang diterima oleh DS Najib
Saya blogger pencacai yang tidak langsung disedari keujudannya dan tidak juga diperhatikan oleh Tun M. Justeru tulisan ini bukanlah bertujuan untuk mendapat perhatian beliau sama sekali. Saya hanyalah seorang blogger yang turut juga digelarkan 'bangang' oleh DS Najib bersama-sama yang lain suatu ketika tidak lama dulu. Justeru saya juga tidak terhutang apa-apa kepada mereka.
Sokongan saya kepada siapa akan saya tentukan bila tiba masanya.
Kecewa?
Ya ! Dah lama dahh..... Bukan saja pada DS Najib, pada Shabery Cheek juga
Sesiapapun tak perlu bimbang, tulisan ini tidak akan memberikan kesan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://braveheart-blogger.blogspot.com/2015/05/memilih-antara-tun-m-dan-ds-n.html