Agong Isytihar Darurat Di Batu Sapi Prk Tangguh


FMT Reporters
-November 18, 2020 6:07 PM


PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, bersetuju mengisytiharkan darurat di Batu Sapi, Sabah bagi menangguhkan pilihan raya kecil (PRK), yang sepatutnya diadakan pada 5 Dis.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin, dalam kenyataan berkata, keputusan dibuat bagi mengekang dan menghalang berlakunya gelombang ke-4 wabak Covid-19, selepas mendengar taklimat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum ini menetapkan hari mengundi PRK Batu Sapi diadakan pada 5 Dis, hari mengundi awal pada 1 Dis, dan hari penamaan calon pada 23 Nov.

PRK Batu Sapi diadakan mengikut ketetapan undang-undang, berikutan kematian penyandang, Liew Vui Keong, pada 2 Okt.

“Sultan Abdullah berpuas hati adanya keperluan pengisytiharan proklamasi Darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan suatu ordinan dimashyurkan bawah Fasal (2B) Perkara 150 untuk membatalkan tarikh ditetapkan bagi menjalankan PRK Batu Sapi.

“Dengan pengisytiharan ini juga apa-apa prosiding yang sudah bermula bagi maksud penjalanan PRK bagi Batu Sapi tidak akan diteruskan. Pengisyhtiharan proklamasi darurat bagi Batu Sapi dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak Covid-19,” katanya.

Persetujuan kepada pelaksanaan darurat di Batu Sapi ini mengambil iktibar daripada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16, yang menjadi faktor utama gelombang ke-3 penularan Covid-19.

“Perkenan ini juga mengambil kira jumlah pemilih berdaftar yang tinggal di luar bahagian Batu Sapi, yang dijangka akan merentas daerah dan negeri untuk pulang mengundi,” katanya.

Berdasarkan rekod SPR, jumlah pemilih berdaftar Batu Sapi adalah 32,962 orang dan sejumlah 3,170 orang daripadanya beralamat di luar Parlimen Batu Sapi.

“Ia termasuk di Semenanjung dan Sarawak. Di samping itu, dianggarkan sejumlah 16,000 pemilih beralamat umum, iaitu tiada nombor rumah, dan akan menyukarkan pelaksanaan undi pos,” katanya.

Sultan Abdullah amat prihatin terhadap keselamatan rakyat ekoran daripada kenaikan mendadak beberapa kluster baharu dan kes positif harian Covid-19 sejak PRN Sabah yang diadakan pada 26 Sept.

“Sultan Abdullah mengambil kesempatan ini menasihati rakyat jelata berdisiplin memainkan peranan masing-masing dalam membantu kerajaan dan pihak berkuasa membendung wabak ini demi keselamatan diri dan kesejahteraan negara yang kita cintai bersama,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/11/agong-isytihar-darurat-di-batu-sapi-prk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Persatuan Peguam Mohon Celah Isu Saman Agong Tak Isytihar Darurat

Persatuan Peguam Mohon Celah Isu Saman Agong Tak Isytihar Darurat

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 336 hits
Persatuan Peguam Muslim Malaysia memfailkan permohonan untuk mencelah dalam saman berhubung keputusan Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk tidak menerima permintaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bagi mengisytihar...
Darurat Tiada Pemerintahan Ala Tentera Di Batu Sapi

Darurat Tiada Pemerintahan Ala Tentera Di Batu Sapi

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 432 hits
PENGUMUMAN darurat yang diisytiharkan di Batu Sapi hanyalah bertujuan untuk membatal dan menangguhkan Pilihan Raya Kecil Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pengistiharan darurat setelah mendapat perkenan Yang diPertuan Agong u...
Darurat Di Batu Sapi Bakal Perkukuh Imej Pn Kata Penganalisis

Darurat Di Batu Sapi Bakal Perkukuh Imej Pn Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 338 hits
KOTA KINABALU Penganalisis politik berkata kerajaan Perikatan Nasional mungkin memperoleh sokongan tambahan berikutan perisiytiharan darurat yang menangghkan pilihan raya kecil di Batu sapi Tony Paridi Bagang dari UiTM Sabah berkata perinta...
Govt May Ask Agong To Declare Emergency In Batu Sapi Sarawak To Delay Polls

Govt May Ask Agong To Declare Emergency In Batu Sapi Sarawak To Delay Polls

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 388 hits
De facto law minister Takiyuddin Hassan says the federal government may request the Yang di Pertuan Agong to declare a state of emergency in Batu Sapi or Sarawak in order to delay the polls there He said Putrajaya could consider this propos...
Hamzah Mahu Bertanding Prk Batu Sapi

Hamzah Mahu Bertanding Prk Batu Sapi

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 522 hits
Bekas pemimpin Parti Amanah Hamzah Abdullah dijangka bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi Bagaimanapun difahamkan beliau akan bertanding sebagai calon bebas dalam PRK pada 5 Disember ini Seperti laporan beberapa portal Ham...
Kerajaan Akan Minta Agong Isytihar Darurat Di Gerik Bugaya

Kerajaan Akan Minta Agong Isytihar Darurat Di Gerik Bugaya

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 423 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan berkata kerajaan akan menimbang kemungkinan untuk meminta Yang di Pertuan Agong mengisytiharkan darurat di kawasan parlimen Gerik dan Dewan Undangan Negeri Bugaya sekiranya situasi pandem...
Muhyiddin Patut Runding Dengan Pembangkang Sebelum Isytihar Darurat

Muhyiddin Patut Runding Dengan Pembangkang Sebelum Isytihar Darurat

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 350 hits
Perisytiharan darurat bagi mengelakkan Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi menimbulkan pelbagai persoalan mengenai peruntukan rasmi perisytiharan seperti itu di sisi Perlembagaan Persekutuan Menurut pakar Undang Undang Perlembagaan Dr Azi...
Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 696 hits
YANG di Pertuan Agong menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan dan parti parti politik di atas semangat bipartisan dan permuafakatan yang ditunjukkan dalam Belanjawan 2021 Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah turut menzahir...
10 Maut Dalam Insiden Tembakan Di Bondi Beach Sydney Laporan

Majlis Anugerah Setanding Annual Dinner Sahaja Senarai Penuh Pemenang Abpbh 37

Albert Tei S Lawyer To Give Statement To Police Today

Asyraf Wajdi Dedah Uec Bukan Syarat Untuk Masuk Universiti Di China

Hati Hati Dengan Call Scammer Jenis Tak Bercakap

Kisah Fiksyen Seram Malaysia Gadis Putih Di Tasik Biru Kundang

Guardian Malaysia Perkenalkan My40 Rewards Sokong Gaya Hidup Sihat Berkeyakinan Selepas Usia 40

Jasa Besar Dr Yahya Awang Diiktiraf Terima Ijazah Doktor Kehormat Universiti Monash


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


5 Jenis Baka Kambing Yang Perlu Anda Tahu

Keladi Urat Daging Merah Ramai Terpesona

Apa Hukum Makan Katak

Isnin Permulaan Hari

Aktiviti Program Kenangan Perjuangan Kaseh Tanah Air Bonda Pertiwi Dan Ambang 2026 Ppim 14 12 2025

Beli Rak Letak Pokok Bertingkat Online