Darurat Di Batu Sapi Bakal Perkukuh Imej Pn Kata Penganalisis
KOTA KINABALU: Penganalisis politik berkata, kerajaan Perikatan  Nasional (PN) mungkin memperoleh sokongan tambahan berikutan  perisiytiharan darurat yang menangghkan pilihan raya kecil di Batu sapi.
Tony Paridi Bagang dari UiTM Sabah berkata, perintah Yang Di-Pertuan  Agong itu memberi kelegaan kepada rakyat Sabah, terutama penduduk Batu  Sapi, yang bimbang pilihan raya baru akan memburukkan lagi keadan wabak  covid-19 di negeri itu.
“Belajar daripada pilihan raya negeri baru-baru ini, perisytiharan  darurat itu boleh dilihat sebagai keprihatinan kerajaan PN, yang selari  dengan slogan ‘prihatin rakyat’ gabungan itu,” katanya kepada FMT.
“Ini memberi kelebihan kepada PN kerana membuat pertimbangan yang  wajar berikutan bilangan jangkitan Covid-19 yang masih tinggi di Sabah.”
Bagang berkata, pilihan raya kecil itu kini akan diadakan apabila  keadaan bertambah baik atau kemungkinan juga seiring dengan pilihan raya  umum ke-15, yang mungkin diadakan lebih awal daripada tarikh tamat  tempoh 5 tahunnya pada 2023.
Pada Rabu, pegawai Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin berkata,  Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah membuat keputusan untuk  mengisytiharkan darurat di Batu Sapi bagi menghindari gelombang ke-4  jangkitan Covid-19.
Beliau berkata, Agong membuat keputusan itu selepas diberikan taklimat oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Sultan Abdullah juga diberi taklimat oleh Ketua Setiausaha Negara  Mohd Zuki Ali; Peguam Negara Idrus Harun; Ketua Pengarah Kesihatan Dr  Noor Hisham Abdullah dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul  Ghani Salleh.
Sebelum itu Menteri Undang-undang Takiyuddin Hassan berkata,  Putrajaya mungkin meminta Agong mengisytiharkan darurat di Batu Sapi  atau Sarawak bagi menangguhkan pilihan raya di sana.
Penganalisis sosio-politik Awang Azman Awang Pawi bersetuju bahawa  keputusan sama boleh diambil melibatkan kerusi Parlimen Gerik dan Dewan  Undangan Negeri (DUN) Bugaya yang turut kematian penyandang  masing-masing baru-baru ini.
Awang Azman berkata, parti politik yang dijangka meletakkan calon di  Batu Sapi boleh mencapai kompromi sama ada mahu bertanding atau  sebaliknya, namun sukar untuk menghalang calon bebas daripada  bertanding.
“Ini adalah langkah sementara bagi menghalang peningkatan kes  Covid-19. Ia boleh memperkukuh imej kerajaan PN jika dijelaskan dengan  baik kepada rakyat.
“Ia merupakan perisytiharan darurat yang lebih wajar dan bersasar,  berbanding cadangan perisytiharan darurat di seluruh negara sebelum ini  yang berlawanan dengan logik ekonomi, politik dan sosial, selain  pembangunan negara,” katanya.
Lee Kuok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah berkata, kerajaan  terpaksa mencadangkan darurat di Batu Sapi kerana banyak pihak tidak  mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa pilihan raya negeri  baru-baru ini yang menyebabkan peningkatan kes Covid-19.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
  
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/11/darurat-di-batu-sapi-bakal-perkukuh.html