Muhyiddin Patut Runding Dengan Pembangkang Sebelum Isytihar Darurat



Perisytiharan darurat bagi mengelakkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi menimbulkan pelbagai persoalan mengenai peruntukan rasmi perisytiharan seperti itu di sisi Perlembagaan Persekutuan.
Menurut pakar Undang-Undang Perlembagaan, Dr Aziz Bari, hal itu harus diperdebatkan lebih lanjut dalam kalangan pakar undang-undang, terutama melibatkan Perkara 150 Perlembagaan.
Namun katanya, satu lagi sisi yang tidak cuba dilakukan oleh pentadbiran Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam usaha mengisytihar darurat ialah membincangkannya dengan pembangkang. Sebab darurat itu, kata Aziz, membabitkan semua parti yang boleh meletakkan calon dalam PRK tersebut.
“Mengapa keputusan atau ketetapan mengisytihar darurat ini tidak dirundingkan dengan pembangkang? Mungkin ada yang kata pembangkang bukan kerajaan. Betul, tetapi isu-isu yang melibatkan negara ada beberapa contoh yang saya fikir kita boleh (diambil tindakan bersama).
“(Misalnya) isu yang melibatkan rakyat di United Kingdom pada awal 1990an, waktu itu timbul debat awam tentang status perkahwinan The Prince of Wales. Dan Perdana Menteri John Major waktu itu membuat kenyataan di House of Commons dan memakmumkan apa yang berlaku kepada pihak pembangkang.
“Jadi saya fikir bukan satu perkara bertentangan dengan Perlembagaan kalau Muhyiddin sebagai PM memanggil atau duduk berbincang dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar. Sebab ini melibatkan semua parti.
“Dalam keadaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah pun mengatakan PRK Grik tidak perlu ditandingi. Jadi ini satu petanda mereka juga akur dan prihatin dengan kesulitan rakyat,” kata Dr Aziz dalam sesi siaran langsung Facebook beliau malam tadi.
Menurut Ketua Pembangkang di DUN Perak itu lagi, dengan keengganan Muhyiddin berbincang bersama pembangkang, satu perkara telah jelas diperlihatkan iaitu kerajaan Perikatan Nasional amat degil dan tidak mahu melibatkan pihak lain dalam mentadbir negara, sebagaimana sikap yang ditunjukkan dalam menolak saranan pembangkang bagi menambahbaik Belanjawan 2021.
“Jadi kalau melihat isu ini dan juga belanjawan, nampak yang masih degil dan tidak mahu berjiwa besar ialah Muhyiddin dan kawan-kawan dia dalam kerajaan.
“Ini menjadi satu perkara yang perlu difikirkan bersama adakah darurat ini perlu? Hari ini (semalam) bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abd Rashid Abd Rahman menyebut soal perlunya undang-undang ini (darurat pilihan raya) dikaji, sebab saya setakat ini belum yakin ada hitam putih mengatakan pilihan raya itu boleh digantung dengan (perisytiharan) darurat,” katanya lagi.
Mengenai pilihan raya dalam suasana darurat, Dr Aziz berkomentar ianya pernah dilakukan sebagaimana Pilihan Raya Umum (PRU) pertama di Tanah Melayu pada 1955. PRU itu dibuat dalam waktu darurat yang diisytihar pada tahun 1948 – 1960.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/30655

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Portugal Isytihar Darurat

Portugal Isytihar Darurat

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 202 hits
Presiden Portugal Marcelo Rebelo de Sousa LISBON Portugal sekali lagi mengisytiharkan perintah darurat kali kedua di negara itu pada Jumaat berikutan penularan wabak COVID 19 yang meningkat Penggubal undang undang negara itu memberikan soko...
Pembangkang Akan Dipelawa Bersama Kerajaan Dalam Buat Keputusan Muhyiddin

Pembangkang Akan Dipelawa Bersama Kerajaan Dalam Buat Keputusan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 185 hits
Astro AwaniSebagai langkah permulaan kerajaan ingin mengundang pembangkang untuk duduk bersama sama dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi kata Muhyiddin Yassin Gambar Astro AWANI SHAHIR OMAR KUALA LUMPUR Kerajaan berhasrat untuk melibatka...
Bersatu Minta Muhyiddin Bubar Parlimen Tapi Mkn Nasihat Darurat Kata Sumber

Bersatu Minta Muhyiddin Bubar Parlimen Tapi Mkn Nasihat Darurat Kata Sumber

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 384 hits
BERSATU bulan lepas sudah memberi mandat kepada Muhyiddin Yassin untuk membubarkan Parlimen sehinggalah Majlis Keselamatan Negara menasihati sebaliknya dan mencadangkan perintah darurat untuk menangguhkan pilihan raya kata beberapa sumber M...
Agong Isytihar Darurat Di Batu Sapi Prk Tangguh

Agong Isytihar Darurat Di Batu Sapi Prk Tangguh

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 307 hits
November 18 2020 6 07 PMPETALING JAYA Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bersetuju mengisytiharkan darurat di Batu Sapi Sabah bagi menangguhkan pilihan raya kecil yang sepatutnya diadakan pada 5 Dis Datuk Pengelola Bija...
Kerajaan Akan Minta Agong Isytihar Darurat Di Gerik Bugaya

Kerajaan Akan Minta Agong Isytihar Darurat Di Gerik Bugaya

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 317 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan berkata kerajaan akan menimbang kemungkinan untuk meminta Yang di Pertuan Agong mengisytiharkan darurat di kawasan parlimen Gerik dan Dewan Undangan Negeri Bugaya sekiranya situasi pandem...
Panas Tidak Berjaya Darurat Muhyiddin Laksana Pkpb Di Seluruh Semenanjung Kecuali 3 Negeri

Panas Tidak Berjaya Darurat Muhyiddin Laksana Pkpb Di Seluruh Semenanjung Kecuali 3 Negeri

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 314 hits
BOB KELANANGMajlis Keselamatan Negara memutuskan supaya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dilaksanakan di semua negeri di Semenanjung kecuali Perlis Kelantan dan Pahang Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sidang khas MKN pa...
Tercapai Juga Hasrat Muhyiddin Mahu Darurat Tapi Mampukah Ia Membuat Belanjawan Tidak Ditolak

Tercapai Juga Hasrat Muhyiddin Mahu Darurat Tapi Mampukah Ia Membuat Belanjawan Tidak Ditolak

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 207 hits
Hasrat terpendam hati Muhyiddin Yassin untuk mengisytiharkan darurat terlaksana juga akhirnya setelah cadangan kerajaan berkaitan perkara tersebut telah diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong semalam Begitu pun tidak seperti cadangan asal ...
Bermula Esok Perjalanan Dari Sabah Perlu Jalani Swab Test 3 Hari Sebelum Berlepas Ke Negeri Lain

Bermula Esok Perjalanan Dari Sabah Perlu Jalani Swab Test 3 Hari Sebelum Berlepas Ke Negeri Lain

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 287 hits
Buat ujian swab tiga hari sebelum berlepas dari Sabah Bermula Esok Pengembara Dari Sabah Perlu Jalani Swab Test 3 Hari Sebelum Berlepas Ke Negeri Lain Menurut KKM perkara ini akan dimulakan hari ini iaitu 25 November 2020 B ermula Esok Peng...
Impian Tercapai Sebelum Kahwin Ayda Jebat Hadiahkan Ibu Sebuah Rumah Dua Tingkat

Impian Tercapai Sebelum Kahwin Ayda Jebat Hadiahkan Ibu Sebuah Rumah Dua Tingkat

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 467 hits
Bakal mendirikan rumah tangga pada Januari 2021 penyanyi dan juga pelakon Ayda Jebat meluahkan rasa terharu kerana melaksanakan impiannya untuk membelikan sebuah rumah untuk ibu tercinta Ayda 28 telah berkongsikan berita gembira itu menerus...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya