Darurat Tiada Pemerintahan Ala Tentera Di Batu Sapi
PENGUMUMAN darurat yang diisytiharkan di Batu Sapi hanyalah bertujuan untuk membatal dan menangguhkan Pilihan Raya Kecil (PRK).
   Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengistiharan  darurat setelah mendapat perkenan Yang diPertuan Agong untuk menlindungi  nyawa rakyat.
 “Kehidupan rakyat di Batu Sapi tidak akan terjejas dengan  perisytiharan darurat ini. Tidak ada perintah berkurung atau  pemerintahan ala tentera di Batu Sapi.
“Pentadbiran kerajaan, kegiatan ekonomi dan aktiviti sosial dapat  diteruskan tertakluk kepada amalan norma baharu dan peraturan serta  prosedur operasi standard (SOP) di bawah Perintah Kawalan Pergerakan  Bersyarat (PKPB),” katanya dalam sidang pengumuman khas hari ini.
Menurut Muhyiddin, Peguam Negara telah memberikan pandangan bahawa  tidak ada cara lain untuk membatalkan PRK Batu Sapi melainkan dengan  perisytiharan darurat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
“Menurut Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, “Jika Yang  di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku  yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman  awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka Yang  di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan  membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian.
   “Saya bagi pihak Kerajaan Perikatan Nasional ingin memberi jaminan  bahawa apabila pandemik COVID-19 berakhir, PRK Batu Sapi akan diadakan  dengan kadar segera tertakluk kepada peruntukan dalam Perlembagaan  Persekutuan,” katanya.
Untuk rekod, kes Covid-19 di Sabah mengalami peningkatan sebanyak 91.5 peratus ketika hari mengundi PRU Sabah.
Situasi penularan COVID-19 di Sabah menjadi lebih buruk apabila  peningkatan berlaku secara mendadak dalam tempoh empat minggu selepas  hari mengundi.
Pada 24 Oktober 2020, Sabah mencatatkan 11,285 kes kumulatif dan  menjadi negeri pertama di Malaysia yang merekodkan jumlah kes COVID-19  melebihi 10,000 kes. -SM
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
  
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/11/darurat-tiada-pemerintahan-ala-tentera.html