Kes Zara Qairina Pegawai Penyiasat Di Dapati Tak Patuh Prosedur Operasi Standard Tak Mohon Bedah Siasat




KUALA LUMPUR: Wujud unsur ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) oleh Pegawai Penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes kematian pelajar SMKA Tun Datu Mustapha, Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
Perkara itu disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar, dalam satu sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pada Rabu.
Beliau berkata, perkara itu merupakan antara dapatan awal siasatan oleh Pasukan Petugas Khas (Task Force) di peringkat Bukit Aman, yang telah bermula pada 11 Ogos lepas.
Dapatan atau penemuan awal pasukan ini mendapati terdapat ketidakpatuhan kepada prosedur siasatan, di mana pegawai penyiasat tidak membuat permohonan untuk prosedur bedah siasat (post-mortem).
“Itu jelas dalam siasatan Task Force, dan saya beri jaminan tindakan tegas akan diambil terhadap Pegawai Penyiasat tersebut, dan Ketua Bahagiannya kerana tiada pendirian.
“Bagaimanapun, saya perlu dedahkan bahawa terdapat persetujuan atau permohonan daripada ibu mangsa yang mohon supaya bedah siasat tak dibuat, dan ini direkodkan dengan tandatangan ibu mangsa dalam satu surat atau dokumen pihak hospital, dokumen itu juga ditandatangani oleh doktor patologis dan pegawai penyiasat,” katanya lagi.
Susulan perbincangan dengan pihak Jabatan Peguam Negara (AGC), Kumar berkata, atas permintaan polis sendiri maka bedah siasat kali kedua telah dibuat pada 10 Ogos lepas, dihadiri oleh tiga pakar perubatan, iaitu seorang doktor dari Hospital Serdang, dan dua lagi dari Hospital Queen Elizabeth.
“Dan dapatan post-mortem itu sama seperti dapatan sewaktu diagnos kematian awal. Ekoran daripada itu, pada 12 Ogos (semalam) satu perbincangan dibuat dengan AGC, dan polis bersama AGC berpendapat inkues perlu dibuat,” katanya lagi.
Mengenai ketidakpatuhan SOP itu, Kumar menjelaskan, walaupun ibu atau waris si mati boleh memohon untuk tidak dilakukan sebarang bedah siasat, namun pegawai penyiasat sepatutnya mempunyai hak sekiranya terdapat unsur yang meragukan.
“Pada peringkat awal, as of now, mak (Zara Qairina) meminta supaya tidak perlu dibuat bedah siasat. Bagaimanapun proses itu diperlukan dalam undang-undang untuk menentukan punca kematian sebenar.
“Doktor ada cara untuk menentukan punca kematian, pertamanya melalui luaran dengan memeriksa kecederaan, dan satu lagi melalui dalaman iaitu pembedahan. Jika wujud sebarang keraguan, undang-undang mengatasi kemahuan (waris) dan Pegawai Penyiasat itu dibekalkan dengan undang-undang melalui Kanun Tatacara Jenayah untuk mohon proses bedah siasat,” katanya lagi.
Dalam pada itu Kumar berkata, secara keseluruhan polis telah membuka sebanyak 15 kertas siasatan berhubung penyebaran berita palsu, termasuk dakwaan Zara Qairina telah dimasukkan ke dalam mesin basuh.
“Antaranya satu berita yang mengatakan adik Zara dimasukkan dalam washing machine. Polis telah siasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 323 Kanun Keseksaan, dan seorang perempuan berusia 39 tahun telah ditangkap untuk siasatan kes ini.
“Kes masih dalam proses siasatan. Selain itu, termasuk kes ini, polis buka 15 kertas siasatan terhadap macam-macam berita yang tidak sahih dikeluarkan kerana suatu yang tidak sahih, tidak benar boleh ganggu gugat ketenteraman awam dan proses siasatan,” katanya lagi. #AstroAwani
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/08/kes-zara-qairina-pegawai-penyiasat-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jips Bukit Aman Siasat Pegawai Penyelia Kes Kematian Zara Qairina

Jips Bukit Aman Siasat Pegawai Penyelia Kes Kematian Zara Qairina

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 218 hits
KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman akan menjalankan siasatan terhadap pegawai penyiasat termasuk penyelia yang terbabit dalam siasatan kematian Zara Qairina Mahathir Pengarah JIPS ...
Inilah Doktor Ketuai Bedah Siasat Zara Qairina Rupanya Bukan Calang Calang

Inilah Doktor Ketuai Bedah Siasat Zara Qairina Rupanya Bukan Calang Calang

papar berkaitan - pada 10/8/2025 - jumlah : 378 hits
Inilah insan yang kini memikul amanah besar menyingkap kebenaran di sebalik pemergian tragis adik Zara Qairina Mahathir 13 Bedah siasat bermula sekitar jam 11 pagi tadi Inilah doktor yang mengetuai pasukan forensik Zara Qairina Dr Khairul A...
Tak Patuh Sop Siasatan Kes Zara 3 Pegawai Polis Akan Dirakam Keterangan

Tak Patuh Sop Siasatan Kes Zara 3 Pegawai Polis Akan Dirakam Keterangan

papar berkaitan - pada 16/8/2025 - jumlah : 378 hits
BernamaKUALA LUMPUR Sepasukan pegawai Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman akan ke Sabah bagi merakam keterangan tiga pegawai kanan polis terbabit siasatan awal kes kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir Timbal...
Bedah Siasat Jasad Zara Qairina Selesai Dikebumi Semula Di Sipitang

Bedah Siasat Jasad Zara Qairina Selesai Dikebumi Semula Di Sipitang

papar berkaitan - pada 10/8/2025 - jumlah : 232 hits
KOTA KINABALU Selepas lebih tujuh jam berada di bilik forensik jasad Allahyarham Zara Qairina Mahathir 13 akhirnya dibawa keluar dari Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth pada jam 9 20 malam tadi Van jenazah yang membawa jasad remaja i...
Mahkamah Majistret Sipitang Perintah Penggalian Semula Kubur Zara Qairina Untuk Bedah Siasat

Mahkamah Majistret Sipitang Perintah Penggalian Semula Kubur Zara Qairina Untuk Bedah Siasat

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 293 hits
SIPITANG Mahkamah Majistret Sipitang hari ini mengeluarkan perintah untuk penggalian semula kubur Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir 13 bagi tujuan proses bedah siasat Pendengaran kes selama setengah jam itu diadakan di Ibu Pejabat Polis D...
Mcmc Siasat Penyebaran Kandungan Palsu Kes Zara Qairina

Mcmc Siasat Penyebaran Kandungan Palsu Kes Zara Qairina

papar berkaitan - pada 10/8/2025 - jumlah : 250 hits
CYBERJAYA 10 Ogos 2025 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kini menjalankan siasatan berhubung penyebaran kandungan di media sosial berkaitan kes Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir Kandungan berkenaan dipercayai mengandungi makl...
Menahan Diri Keluar Kenyataan Bedah Siasat Peguam Ibu Zara Qairina Pilih Berdiam Diri

Menahan Diri Keluar Kenyataan Bedah Siasat Peguam Ibu Zara Qairina Pilih Berdiam Diri

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 210 hits
Pasukan peguam yang mewakili Puan Noraidah Lamat 45 ibu kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir mengambil keputusan untuk menahan diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan laporan bedah siasat anaknya Keputusan ini dibuat b...
Mcmc Pdrm Buru Individu Mengaku Pakar Bedah Kes Zara Qairina Fahmi Fadzil

Mcmc Pdrm Buru Individu Mengaku Pakar Bedah Kes Zara Qairina Fahmi Fadzil

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 425 hits
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bersama Polis Diraja Malaysia kini sedang mengenal pasti identiti seorang pengguna TikTok yang mendakwa dirinya sebagai pakar bedah dalam kes kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahath
Tolak Bedah Siasat Dilakukan Ibu Zara Qairina Bersuara Kami Panik Amp Terkejut Tiada Penjelasan Yang Jelas

Tolak Bedah Siasat Dilakukan Ibu Zara Qairina Bersuara Kami Panik Amp Terkejut Tiada Penjelasan Yang Jelas

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 213 hits
Pendedahan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk M Kumar semalam tentang tindakan ibu arwah Zara Qairina Mahathir menolak bedah siasat mengejutkan ramai pihak Bagaimanapun Noraidah Lamat berkata dia tidak dapat berfikir dengan waras ketik...
Elcah Kongsi Tips Perut Kempis Tapi Dikecam Netizen Malu Lah Bagi Info Salah Macam Ni

Rupanya Ada Cara Main Video Di Latar Tanpa Perlu Langgan Youtube Premium

Sara System Breakdown A Simple Apology Cannot Restore Public Trust

Design Ideas Nobody In Nyc Tells You About

Klia Klia 2 Vehicle Access Management System

The Bmw Vision Ce Electric Concept Is A Two Wheeled Dune Buggy

Proton Saga Kereta Pertama Selepas Kahwin

Minum Air Jampi Penerang Hati Semburan Chad Gila Hingga Dapat Pergi Ke Luar Negara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cuepacs Mohon Kerajaan Fokus Naik Taraf Kemudahan Kesihatan Daif

Maritim Tahan Dua Bot Digunakan Untuk Penggambaran Di Laut

Zaid Wants Jakim To Expand Its Halal Mission Beyond Plates To Graft Fight Declare Dirty Money Haram

Pas Non Muslim Wing Chinese Indians Are Increasingly Comfy With Pas Support On The Rise

Don T Just Squeeze Petronas Build Buffers

Pn Pledges 40 Revenue Return To Sabah In Upcoming Manifesto