Adakah Doa Perempuan Hamil Itu Mustajab



Soalan:
Adakah doa seorang ibu yang sedang mengandung itu mustajab?

Jawapan:
Secara asasnya, sesiapa sahaja yang berdoa telah diberikan jaminan oleh Allah S.W.T akan kemustajaban doa tersebut. Ini seperti yang dinyatakan oleh Allah S.W.T melalui firman-Nya yang berikut:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
“Berdoalah kamu semua kepada-Ku nescaya Aku akan mustajab kan doa kamu semua.” [Surah Ghafir (60)]

Berdasarkan ayat di atas kita dapat menyimpulkan bahawa berdoa itu merupakan suatu ibadah kepada Allah. Ini kerana, setiap suruhan daripada Allah S.W.T kepada para hamba-Nya untuk melakukan sesuatu perkara itu menunjukkan bahawa ia merupakan perbuatan ibadah.

Demikian juga ayat di atas menunjukkan bahawa Allah S.W.T bukan sahaja memerintahkan kepada para hamba-Nya untuk beribadah bahkan Dia juga memberikan jaminan bahawa doa tersebut akan dimustajabkan. Kata Khalid Al-Rib’ie: “Sangat ajaib buat umat ini, dikatakan kepada mereka: Berdoalah kepada-Ku nescaya Aku akan mustajabkan. Allah memerintahkan kepada mereka untuk berdoa, serta menjanjikan kepada mereka kemustajaban tanpa ada sebarang syarat antara keduanya.” [Rujuk Al-Jami’ li Ahkam al-Quran, Al-Qurthubi (15/292)]

Meskipun begitu, seseorang yang berdoa itu hendaklah sentiasa optimis dan yakin dalam berdoa. Dari sudut dia berdoa dalam jiwa yang penuh hadir, khusyuk, serta tunduk kepada Allah S.W.T. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالإِجَابَةِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لاَ يَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لاَهٍ
“Berdoalah kamu semua kepada Allah dalam keadaan kamu yakin ia akan dimustajabkan. Dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak akan memustajabkan doa dari jiwa yang lalai lagi alpa.” [Riwayat al-Tirmizi (3479)]

Manakala berbalik kepada persoalan yang dikemukakan, kami menyatakan bahawa setelah kami mengadakan pencarian terhadap riwayat-riwayat yang menceritakan tentang sebab-sebab kemustajaban doa, kami tidak menjumpai riwayat yang menyebutkan tentang kemustajaban doa wanita yang hamil secara khusus.

Meskipun begitu, secara umumnya Allah S.W.T menyatakan bahawa antara sebab kemustajaban doa seseorang itu adalah apabila dia berada dalam keadaan yang penuh kesukaran dan kesulitan. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T:

أَمَّنْ يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ
“Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepada-Nya (melainkan Allah).” [Surah Al-Naml (62)]




Imam al-Hafiz Ibn Katsir dalam tafsiran beliau ke atas ayat ini berkata: “Siapakah lagi yang menjadi fokus dan tumpuan bagi mereka yang berada dalam kesulitan melainkan kepada-Nya (Allah). Serta siapakah lagi yang menghilangkan kemudaratan dari mereka yang tertimpa mudarat selain Allah?” [Rujuk Tafsir al-Quran Al-‘Azhim, Ibn Katsir (6/206)]

Beliau juga menukilkan sebuah kisah yang berlaku kepada para salafussoleh terdahulu seperti yang disebutkan oleh ‘Ubaidullah bin Abi Soleh beliau berkata: Suatu hari Thawus (Ibn Kaisan) datang menziarahi aku yang sedang sakit di rumahku. Lalu aku berkata kepadanya: “Berdoalah kepada Allah untuk aku wahai Abu Abd al-Rahman.” Maka beliau membalas: “Berdoalah kamu sendiri untuk diri kamu, kerana Allah menjawab mereka yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepada-Nya.” [Rujuk Tafsir al-Quran Al-‘Azhim, Ibn Katsir (6/206)]

Kesimpulan

Sebagai penutup, kami menyatakan bahawa menjadi lumrah wanita yang sedang hamil itu untuk berhadapan dengan kesukaran dan kesulitan, dari sudut kesakitan mengandungkan bayi selama beberapa bulan dan juga kesakitan dalam proses melahirkan bayi. Maka doa wanita hamil yang sedang berada dalam kesukaran ini adalah mustajab kerana termasuk dalam kategori الْمُضْطَرَّ iaitu mereka yang berada dalam kesulitan.

Akhir kalam, kami berdoa kepada Allah S.W.T agar pencerahan ini dapat memberikan kefahaman yang baik kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/04/adakah-doa-perempuan-hamil-itu-mustajab.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doa Buruk Dari Orang Tua Mustajab

Doa Buruk Dari Orang Tua Mustajab

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 303 hits
Doa Buruk dari Orang Tua Mustajab Sy memiliki ortu yg temperamen Seringkali saat marah terucap kata2 doa keburukan utk anaknya Padahal sang anak sama sekali tdk salah Saya takut dg doa itu ust Apakah doa Sprti ini mustajab ustadz Trmksh pen...
Saya Minta Dia Pilih Isteri Dan Anak Atau Wanita Itu Ustaz Selebriti Cerai Isteri Hamil Tujuh Bulan Demi Janda

Saya Minta Dia Pilih Isteri Dan Anak Atau Wanita Itu Ustaz Selebriti Cerai Isteri Hamil Tujuh Bulan Demi Janda

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 907 hits
Saya Minta Dia Pilih Isteri dan Anak Atau Wanita Itu Ustaz selebriti Cerai Isteri Hamil Tujuh Bulan Demi Janda Bekas isteri seorang pendakwah bebas mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen apabila mendakwa diceraikan suaminya kerana k...
Saya Langsung Tidak Setuju Perempuan Dipaksa Pakai Tudung Itu Bukan Cara Islam Latheefa Koya

Saya Langsung Tidak Setuju Perempuan Dipaksa Pakai Tudung Itu Bukan Cara Islam Latheefa Koya

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 1020 hits
Peguam hak asasi manusia Latheefa Koya Abdullah hari ini mengingatkan orang ramai agar tidak memaksa wanita bertudung kerana tiada paksaan dalam Islam berkaitan tuntutan berkenaan Saya langsung tidak setuju orang dipaksa pakai tudung Ini bu...
Doa Mustajab

Doa Mustajab

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 832 hits
Masa k fiezz down baru ni sebab tettt pi la baca kat entry yang sebelum sebelum ni ada seseorang nasihatkan k fiezz macam kat bawah ni tima kaseh pada yang nasihat k fiezz insyaallah akan cuba dipraktikkan doa yang baik baik pada orang lain...
Itu Bukan Cerita Penuh Isu Hana Azraa Adalah Isu Lama Pu Abu Dedah Isu Cerai Isteri Hamil

Itu Bukan Cerita Penuh Isu Hana Azraa Adalah Isu Lama Pu Abu Dedah Isu Cerai Isteri Hamil

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 1923 hits
PU Abu Sufyan akhirnya bersuara mengenai dan mendedahkan maklumat yang dikongsikan bekas isterinya Ain Afini di media sosial bukan cerita penuh BACA Itu bukan cerita penuh Saya cuma boleh cakap cerita bekas isteri saya tu bukan cerita sepen...
Apa Itu Laravel Adakah Ia Lebih Baik Berbanding Core Php

Apa Itu Laravel Adakah Ia Lebih Baik Berbanding Core Php

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 348 hits
Sebelum saya diperkenalkan dengan apa itu Laravel saya sering mendengar istilah Don t reinvent the wheel unless you plan on learning more about wheels yang diguna pakai untuk menyatakan kepada semua jangan la buat kerja bodoh buat benda yan...
Jangan Sibuk Nak Gayakan Bayi Pakai Kasut Tabiat Itu Buat Perkembangan Kaki Mereka Terbantut

Jangan Sibuk Nak Gayakan Bayi Pakai Kasut Tabiat Itu Buat Perkembangan Kaki Mereka Terbantut

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 417 hits
Pelbagai fesyen kasut bayi membuatkan ibu bapa seronok membeli untuk anak anak Maklumlah bila disarungkan pada kaki bayi nampak comel sangat Sebenarnya tindakan ibu bapa memakaikan kasut kepada bayi masih kecil akan membuatkan perkembangan ...
Syahrini Mengaji Itu Les Vokal Aku

Syahrini Mengaji Itu Les Vokal Aku

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 159 hits
Syahrini penyanyi Tanah Air yang dikenal memiliki kesibukan segudang Namun di samping jadwalnya yang padat Syahrini masih tetap memanfaatkan waktu luangnya untuk mengaji
Belajarlah Menerima Ketidaksempurnaan Seseorang Itu Untuk Menyempurnakan Hidup Kita

Belajarlah Menerima Ketidaksempurnaan Seseorang Itu Untuk Menyempurnakan Hidup Kita

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 431 hits
Aku tahu susah menerima seseorang yang baru di kenali dalam hidup kita Patah tumbuh hilang tak berganti Minda ini bukan mudah lupakan seseorang yang pernah bertahta di hati Hati ini masih belum lagi pulih luka yang lama Sukar hanya pernah m...
Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Inflationary Spike Mothers Fume At School Canteen Dishing Out Pathetic Noodles Portion At Rm3 Plate

Pressure Mounts On Anwar For Real Reforms While Many Show Concerns

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Adikwaniey Feat Ella Queen Cinto Mainey Chord

Road Tested Saint Unbreakable Coretec Armored Motorcycle Jeans

The New 2025 Honda Prelude

Sarapan Bubur Nasi Berlauk Kak Sab

Wall Oh Shame

Bila Walaun Otak Terbalik