A Kadir Jasin Biadap Terhadap Sultan


A KADIR JASIN BIADAP MALUKAN ORANG PENDANG, RAKYAT KEDAH
1. Kak Su ingin melahirkan kekesalan dan amat kecewa dengan tulisan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk A Kadir Jasin yang dipetik Malaysiakini.com bertajuk; “Kadir Jasin: Rakyat perlu tahu peruntukan belanja buat raja”, dan tular tersebar luas di media sosial baru-baru ini.
2. Nama A. Kadir Jasin cukup dikenali sebagai penulis politik yang handal mendewa-dewakan kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad di era pentadbiran Perdana Menteri ke-4 dahulu, namun sayang beliau kini melampaui batas kebebasan menulis dan menyuarakan pandangan secara biadap.
3. Penulisan Kadir yang mengulas mengenai majlis istiadat pertabalan Sultan Kedah yang ke-29, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, pada 22 Oktober lalu dimulakan dengan baik, namun tiba-tiba mengungkap soal “berpanjangan usia di bilik lembaga” dan “pelihara konglomerat niaga baginda,” telah menimbulkan tanda tanya yang mencurigakan.
4. Beliau kemudian menulis perkaitan “raja kita selamat dalam bilik lembaga, atas padang bola, dalam arena politik negara atau mencari bijih dan balak dalam hutan belantara.”, seolah-olah memomokkan institusi Kesultanan DiRaja Kedah dengan unsur-unsur negatif berkenaan, sekaligus mencetus motif sebenar di sebalik penulisan tersebut.
5. Agenda sebenar Penasihat Media dan Komunikasi di Pejabat Perdana Menteri itu semakin terserlah apabila dengan biadap apabila sengaja “menjolok” di perenggan akhir kononnya segala perbelanjaan Raja-Raja Melayu di negara ini perlu didedahkan kepada rakyat menerusi Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri.
6. Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah merupakan “Payung Negeri yang berdaulat” dan amat disayangi rakyat Kedah. Baginda seorang Sultan yang berjiwa rakyat, cukup lembut dan mesra, namun sangat tegas khususnya melibatkan kewujudan institusi Diraja, kedudukan istimewa orang Melayu serta kesucian Islam sebagai agama rasmi sebagaimana yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.
7. Tindakan Kadir menulis dan mengaitkan soal “berpanjangan usia di bilik lembaga”, “pelihara konglomerat niaga baginda”, “raja kita selamat dalam bilik lembaga, atas padang bola, dalam arena politik negara atau mencari bijih dan balak dalam hutan belantara” serta gesaan tidak langsung supaya mendedahkan peruntukan perbelanjaan Raja-Raja Melayu menggambarkan kebiadapan beliau yang cenderung menghasut ke arah penderhakaan.
8. Kadir yang merupakan anak kelahiran Pendang benar-benar telah memalukan seluruh rakyat Kedah khususnya daerah Pendang, dan pendiriannya itu tidak wajar untuk menjadi tauladan yang baik bagi generasi akan datang di negeri ini.
9. Kak Su dan kepimpinan UMNO Bahagian Pendang memberikan tempoh 48 jam kepada A Kadir Jasin untuk memohon ampun daripada Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan institusi DiRaja Kedah, atau beliau bakal berdepan dengan laporan polis atas keceluparan dirinya.
Kak Su (Datuk Suraya Yaacob)
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia
Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah
Ketua UMNO Bahagian Pendang
Adun Sungai Tiang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2018/11/01/a-kadir-jasin-biadap-terhadap-sultan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tulisan Datuk Kadir Jasin Berunsur Penghinaan Kepada Tuanku Sultan Sallehuddin Sultan Kedah

Tulisan Datuk Kadir Jasin Berunsur Penghinaan Kepada Tuanku Sultan Sallehuddin Sultan Kedah

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 581 hits
TERKINI SIDANG MEDIA DATO JOHARI BIN ABDUL AHLI PARLIMEN SUNGAI PETANI MEMERANGKAP ADUN GURUN01 NOVEMBER 2018 10 00 PAGIBILIK MEDIA LOBI PARLIMEN TULISAN DATUK KADIR JASIN BERUNSUR PENGHINAAN KEPADA TUANKU SULTAN SALLEHUDDIN SULTAN KEDAH Sa...
Kadir Jasin Denies Insulting Kedah Sultan

Kadir Jasin Denies Insulting Kedah Sultan

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 354 hits
The prime minister s media adviser and news veteran Datuk A Kadir Jasin denied a claim he insulted Kedah s Sultan Sallehuddin Badlishah in a blog post Rubbishing the accusation from Pakatan Harapan s parliamentary whip Datuk Johari Abdul to...
Kadir Jasin Diberi Tempoh 48 Jam Mohon Ampun Kepada Sultan

Kadir Jasin Diberi Tempoh 48 Jam Mohon Ampun Kepada Sultan

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 358 hits
ALOR SETAR UMNO Kedah memberi tempoh 48 jam kepada Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk A Kadir Jasin untuk memohon ampun kepada Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan institusi diraja negeri ini berhubun...
Wartawan Jangan Terikut Dengan Menteri Tak Pandai Berhujah A Kadir Jasin

Wartawan Jangan Terikut Dengan Menteri Tak Pandai Berhujah A Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 388 hits
SHAH ALAM Wartawan boleh menjadi pembetul arah dan memberi teguran kepada barisan Menteri Kabinet dalam pentadbiran kerajaan baharu Penasihat Media dan Komunikasi Pejabat Perdana Menteri Datuk A Kadir Jasin berkata wartawan kini tidak perlu...
40 Ahli Parlimen Umno Jumpa Dr M Dijangka Masuk Ppbm A Kadir Jasin

40 Ahli Parlimen Umno Jumpa Dr M Dijangka Masuk Ppbm A Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 484 hits
JOHOR BAHRU Kira kira 40 ahli Parlimen Umno dikatakan berkemungkinan meninggalkan parti itu dan menyertai PPBM Ahli Majlis Tertinggi PPBM Datuk A Kadir Jasin berkata mereka dikatakan berpotensi berbuat demikian kerana sudah beberapa kali me...
Kadir Jasin 40 Umno Mps Met Dr M May Join Ppbm

Kadir Jasin 40 Umno Mps Met Dr M May Join Ppbm

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 317 hits
Datuk A Kadir Jasin claimed today that there is a possibility of up to 40 Umno MPs jumping ship to Parti Pribumi Bersatu Malaysia The PPBM Supreme Council member said the MPs have been meeting party chairman Tun Dr Mahathir Mohamad and pres...
Kadir Jasin Ada Cakap Cakap 40 Mp Umno Akan Keluar Parti

Kadir Jasin Ada Cakap Cakap 40 Mp Umno Akan Keluar Parti

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 381 hits
Susulan penyertaan Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia Anggota Majlis Tertinggi BERSATU Datuk A Kadir Jasin memberi gambaran kemungkinan 40 lagi wakil rakyat Umno akan keluar parti Ketika...
Katanya Kerajaan Ph Terdedah Kepada Sabotaj Dari Dalam A Kadir Jasin

Katanya Kerajaan Ph Terdedah Kepada Sabotaj Dari Dalam A Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 373 hits
Oleh A Kadir JasinIrwan Serigar berkempen di Langkawi melawan Dr MahathirBAHAYA kerajaan baru Pakatan Harapan disabotaj tidak dapat ditolak begitu sahaja dan terdapat dua sumber utama kepada ancaman ini Pertama pemimpin PH termasuk anggota ...
Kenyataan Balas Sultan Brunei Terhadap Media Barat Yang Mengancamnya

Kenyataan Balas Sultan Brunei Terhadap Media Barat Yang Mengancamnya

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 486 hits
CNN dan media Barat kini sibuk mengancam Brunei disebabkan pelaksanaan Undang undang Syariah Mereka memboikot semua hotel dan kepentingan Brunei Berikut adalah jawapan kerajaan Brunei kepada mereka DALAM negara negara kamu kamu mengamalkan ...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi