Kadir Jasin Diberi Tempoh 48 Jam Mohon Ampun Kepada Sultan



ALOR SETAR - UMNO Kedah memberi tempoh 48 jam kepada Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk A. Kadir Jasin untuk memohon ampun kepada Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan institusi diraja negeri ini berhubung tulisan di laman blognya mengenai istiadat pertabalan Sultan Kedah ke-29.

Ketua Penerangannya, Datuk Suraya Yaacob (foto) berkata, UMNO Kedah akan membuat laporan polis di atas keceluparan dirinya sekiranya Penasihat Media dan Komunikasi di Pejabat Perdana Menteri itu tidak memohon ampun dalam tempoh tersebut.

Menurutnya, pihaknya kesal dan kecewa dengan tulisan bertajuk 'Kadir Jasin: Rakyat perlu tahu peruntukan belanja buat raja' yang dipetik daripada portal Malaysiakini dan menjadi viral di media sosial baru-baru ini.

Katanya, Sultan Sallehuddin merupakan payung negeri yang berdaulat dan amat disayangi rakyat Kedah dan UMNO Kedah tidak boleh menerima tindakan Kadir yang disifatkan sebagai biadab itu.

"Penulisan Kadir yang mengulas mengenai istiadat pertabalan Sultan Kedah ke-29, Sultan Sallehuddin pada 22 Oktober lalu dimulakan dengan baik. Namun beliau (Kadir) tiba-tiba mengungkap soal 'berpanjangan usia di bilik lembaga' dan 'pelihara konglomerat niaga baginda' telah menimbulkan tanda tanya yang mencurigakan.

"Beliau turut menulis 'raja kita selamat dalam bilik lembaga, atas padang bola, dalam arena politik negara atau mencari bijih dan balak dalam hutan belantara' seolah-olah memomokkan institusi kesultanan diraja Kedah dengan unsur negatif berkenaan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Suraya yang juga Ketua UMNO Bahagian Pendang berkata, tindakan itu menimbulkan persoalan mengenai motif sebenar di sebalik tulisan tersebut.

"Beliau juga dilihat sengaja 'menjolok' di perenggan akhir tulisan itu kononnya segala perbelanjaan raja-raja Melayu di negara ini perlu didedahkan kepada rakyat menerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Gesaan tersebut menggambarkan kebiadaban beliau yang cenderung menghasut ke arah penderhakaan," katanya.

Menurutnya, tindakan itu telah memalukan seluruh rakyat negeri ini dan tidak wajar dijadikan tauladan. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://feedproxy.google.com/~r/blogspot/LWFdy/~3/2FndenxDdBE/kadir-jasin-diberi-tempoh-48-jam-mohon.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
A Kadir Jasin Biadap Terhadap Sultan

A Kadir Jasin Biadap Terhadap Sultan

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 298 hits
A KADIR JASIN BIADAP MALUKAN ORANG PENDANG RAKYAT KEDAH 1 Kak Su ingin melahirkan kekesalan dan amat kecewa dengan tulisan Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk A Kadir Jasin yang dipetik Malaysiakini com bertajuk Kadir...
Tulisan Datuk Kadir Jasin Berunsur Penghinaan Kepada Tuanku Sultan Sallehuddin Sultan Kedah

Tulisan Datuk Kadir Jasin Berunsur Penghinaan Kepada Tuanku Sultan Sallehuddin Sultan Kedah

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 628 hits
TERKINI SIDANG MEDIA DATO JOHARI BIN ABDUL AHLI PARLIMEN SUNGAI PETANI MEMERANGKAP ADUN GURUN01 NOVEMBER 2018 10 00 PAGIBILIK MEDIA LOBI PARLIMEN TULISAN DATUK KADIR JASIN BERUNSUR PENGHINAAN KEPADA TUANKU SULTAN SALLEHUDDIN SULTAN KEDAH Sa...
Kadir Jasin Denies Insulting Kedah Sultan

Kadir Jasin Denies Insulting Kedah Sultan

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 401 hits
The prime minister s media adviser and news veteran Datuk A Kadir Jasin denied a claim he insulted Kedah s Sultan Sallehuddin Badlishah in a blog post Rubbishing the accusation from Pakatan Harapan s parliamentary whip Datuk Johari Abdul to...
Kadir Jasin Ada Cakap Cakap 40 Mp Umno Akan Keluar Parti

Kadir Jasin Ada Cakap Cakap 40 Mp Umno Akan Keluar Parti

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 443 hits
Susulan penyertaan Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia Anggota Majlis Tertinggi BERSATU Datuk A Kadir Jasin memberi gambaran kemungkinan 40 lagi wakil rakyat Umno akan keluar parti Ketika...
Kadir Jasin 40 Umno Mps Met Dr M May Join Ppbm

Kadir Jasin 40 Umno Mps Met Dr M May Join Ppbm

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 378 hits
Datuk A Kadir Jasin claimed today that there is a possibility of up to 40 Umno MPs jumping ship to Parti Pribumi Bersatu Malaysia The PPBM Supreme Council member said the MPs have been meeting party chairman Tun Dr Mahathir Mohamad and pres...
40 A Parlimen Umno Sertai Bersatu Kadir Jasin

40 A Parlimen Umno Sertai Bersatu Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 447 hits
Kadir ketika merasmikan Perwakilan Bersatu Bahagian Tebrau di Bricks Cafe Kampung Maju Jaya Skudai di sini hari ini JOHOR BAHRU Bersatu mendedahkan terdapat kemungkinan 40 lagi Ahli Parlimen Umno akan keluar parti kerana menyatakan hasrat u...
40 Ahli Parlimen Umno Jumpa Dr M Dijangka Masuk Ppbm A Kadir Jasin

40 Ahli Parlimen Umno Jumpa Dr M Dijangka Masuk Ppbm A Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 547 hits
JOHOR BAHRU Kira kira 40 ahli Parlimen Umno dikatakan berkemungkinan meninggalkan parti itu dan menyertai PPBM Ahli Majlis Tertinggi PPBM Datuk A Kadir Jasin berkata mereka dikatakan berpotensi berbuat demikian kerana sudah beberapa kali me...
Setuju Dengan Kadir Jasin Menteri Dan Pegawai Perlu Masuk Sekolah

Setuju Dengan Kadir Jasin Menteri Dan Pegawai Perlu Masuk Sekolah

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 399 hits
REAKSICADANGAN A Kadir Jasin agar para menteri timbalan menteri menteri besar disekolahkan sebelum rakyat hilang keyakinan kepada kerajaan Harapan sangat disokong Mungkin ayat digunakan Kadir itu kasar tetapi itulah hakikat yang berlaku kin...
Perkasa Wants Cops To Probe Kadir Jasin Tycoon For Sedition

Perkasa Wants Cops To Probe Kadir Jasin Tycoon For Sedition

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 417 hits
Perkasa wants authorities to take action against veteran newsman Kadir Jasin and construction tycoon Koon Yew Yin PARIT Malay rights group Perkasa today urged police to investigate veteran newsman A Kadir Jasin and construction tycoon Koon ...
Trump Steals The Show But Pmx Had Close Encounter Of The Beast Kind

Meet The Vespa 787b A Vivid Tribute To The Mazda That Won Le Mans

Ai Experts These Are The Only 5 Jobs That Will Remain In 2030

Person Detained After Intruding On Putrajaya Mrt Track

18 07 Holiday Home Office Inainn Norway

Strawberry Smoothie

How Do You Feel About Travel Right Now We Want To Hear From You

Padang Besar Here We Come Part 1


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tempat Shooting Qalbi Fil Madinah Masjid Nabawi Dan Kedai 1 Riyal Yang Viral Di Madinah

Modenas Z15gt Vs Yamaha Y16zr Siapa Raja Supermoped Tempatan

Tuaian Kangkung Pada Hari Ke 26

Oms Energy Technologies Inc Meterai Kontrak Rakan Kongsi

15 Pantang Larang Dalam Tik Tok

Pinjaman Mikro Di Malaysia Risiko Dan Peluang Untuk Peminjam