Katanya Kerajaan Ph Terdedah Kepada Sabotaj Dari Dalam A Kadir Jasin


Oleh: A Kadir Jasin

Irwan Serigar berkempen di Langkawi melawan Dr Mahathir
BAHAYA kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) disabotaj tidak dapat ditolak begitu sahaja dan terdapat dua sumber utama kepada ancaman ini.

Pertama, pemimpin PH – termasuk anggota kabinet – mensabotaj kerajaan mereka sendiri kerana kejahilan, tamak kuasa dan ketiadaan fokus.

Saya telah menyentuh hal ini secara tidak langsung dalam tulisan yang lepas mengenai lima menteri belum setahun jagung menerima bintang kebesaran daripada negeri Melaka. Ini adalah petanda keamatoran pemikiran mereka.

Untuk mengelak hal ini berulang, PH boleh mengenakan syarat menghalang menteri pusat, menteri negeri dan ahli exconya daripada menerima bintang kebesaran ketika dalam perkhidmatan.

Lagi baik kalau semua Ahli Parlimen (Dewan Rakyat dan Dewan Negara) serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dimasukkan di dalam senarai larangan ini.

Kedua, sabotaj oleh kakitangan awam dan eksekutif GLC/GLIC kerana ketidakcekapan, pengaruh ideologi dan korupsi.

Ketiga-tiga ciri ini wujud walaupun saya tidak menafikan bahawa ada banyak kakitangan awam dan eksekutif GLC/GLIC yang cemerlang dan berkelas dunia, tetapi lebih banyak yang tidak.

Kerana lebih 60 tahun di bawah kerajaan yang sama, pemikiran mereka dipengaruhi oleh ideologi parti pemerintah dan parti pemerintah menjadi begitu feudalistik dan korup sejak beberapa dekad kebelakangan ini.

Walaupun kerajaan PH telah tidak menyambung atau memendekkan tempoh perkhidmatan beberapa orang pegawai atasan dan melantik orang baru menggantikan mereka namun “DNA”, “inprint”, acuan dan “template” Umno/BN masih kuat. Hal yang sama berlaku dalam GLC dan GLIC.

Sekolahkan dan kembalikan profesionalisme perkhidmatan awam
Adalah penting mereka ini disekolahkan semula secara sistematik agar kembali menjadi penjawat awam dan pengurus GLC/GLIC yang profesional, berkecuali dan bebas rasuah.

Teruja

Akibat tidak ada pengalaman, ada menteri yang jelas telah berjaya dipukau oleh Ketua Setiausaha Kementerian masing-masing sehingga mereka menjadi “protective” terhadap KSU dan pegawai-pegawai kanan mereka.

Saya dimaklumkan ada menteri yang tidak suka atau tidak lagi mahu mendengar maklum balas parti dan orang ramai mengenai KSU mereka.

Kalau betul – tidak kira kalau sedikit sekali pun – hal ini amat berbahaya bagi kerajaan PH dan rakyat jelata yang bergantung kepadanya. Kerajaan PH terdedah kepada pemesongan dan sabotaj oleh saki-baki tali barut kerajaan lama.

Hal yang sama saya dengar berlaku di sesetengah GLC dan GLIC walaupun kepemimpinan atasan mereka sudah ditukar.

Hal ini tentulah lebih teruk di GLC dan GLIC yang masih diuruskan oleh pengurusan era BN.

Kecenderungan menyembunyikan maklumat masih berleluasa malah ada yang mempamerkan sikap angkuh kerana berasa kerajaan baru tidak tahu apa-apa dan kepakaran mereka tidak dapat diganti. Atau lebih tepat “kerajaan PH tidak mampu untuk menyingkirkan saya.”

Sebuah cerita klasik yang saya dengar adalah bagaimana ketua eksekutif sebuah GLC apabila ditanya berapa gajinya menjawab: “I can’t remember.” (Saya tidak ingat).

Setalah diselidik, didapati dia memperoleh pendapatan lebih RM7 juta setahun sedangkan syarikat kerajaan yang diuruskannya itu bolehlah dikira sebagai monopoli.

Saya juga mendapat maklum balas berkenaan adanya pengurusan GLC/GLIC yang mengintip kakitangan mereka sendiri agar tidak memberi maklumat yang diminta oleh kerajaan.

Jangan Tunggu Lama-lama

Saya cadangkan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pusat Kebangsaan Mengenai Governans, Integriti dan Antirasuah (GIACC) memantau pegawai kanan kerajaan dan eksekutif GLC/GLIC yang berpotensi mensabotaj kerajaan.

Serentak itu siasatan ke atas pegawai kanan kerajaan dan eksekutif GLC/GLIC yang bersara atau ditamatkan perkhidmatan perlu disegerakan dan audit forensik ke atas GLC/GLIC dijadikan prosedur tetap (SOP).

Sebelum terlambat dan rakyat jelata hilang keyakinan kepada kerajaan PH, saya rasa elok menteri, menteri besar, ketua menteri dan semua wakil rakyat PH disekolahkan.

Rasanya tidak memadai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad seorang menjadi guru dan mentor. Menanglah hebat dan istimewa dididik oleh Perdana Menteri, tetapi masa terlalu suntuk untuk tujuan itu.

Saya bernasib baik menjadi salah seorang “lepasan” kem bina semangat perdana di Negara Sembilan, yang dimentorkan sendiri oleh Dr Mahathir pada awal tahun 1990-an. Modul itu masih boleh digunakan.

Saya yakin menteri pun akan mendapat kebaikan jika disekolahkan bagi mengubah acuan minda mereka daripada pembangkang kepada kerajaan, daripada bercakap kepada bekerja dan daripada omong kosong kepada mengisi kekosongan.

Ingatlah, jika pada 9 Mei rakyat jelata boleh menendang keluar kerajaan BN yang telah berkuasa selama 61 tahun, apalah sangat dengan PH yang baru setahun jagung.

Wallahuaklam.

sumber

p/s:Pendapat penulis tidak semestinya menjadi pendapat Blog Sensasi

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bloginfo4uall.blogspot.com/2018/10/katanya-kerajaan-ph-terdedah-kepada.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BlogSensasi+%28Blog+Sensasi%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Ph Terdedah Kepada Sabotaj

Kerajaan Ph Terdedah Kepada Sabotaj

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 279 hits
A Kadir Jasin Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger Ia tiada kena mengena dengan apa apa jawatan yang mungkin saya pegang Irwan Serigar berkempen ...
Katanya Usaha Istana Halang Mahathir Pulang Gagal A Kadir Jasin

Katanya Usaha Istana Halang Mahathir Pulang Gagal A Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 11/10/2018 - jumlah : 286 hits
Oleh A Kadir JasinYang di Pertuan Agong bersama Perdana Menteri dan TimabalanHAKIKAT bahawa Yang di Pertuan Agong Sultan Muhammad V menawarkan jawatan Perdana Menteri kepada Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah pun diperkatakan secara ...
A Kadir Jasin Beri Gambaran Impian Anwar Berakhir

A Kadir Jasin Beri Gambaran Impian Anwar Berakhir

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 263 hits
Adakah dakwaan kononnya 40 lagi Ahli Parlimen UMNO bakal menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia merupakan isyarat berakhirnya impian Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Sekiranya mengikut pandangan Setiausaha Agung UMNO Tan S...
Kadir Jasin 40 Umno Mps Met Dr M May Join Ppbm

Kadir Jasin 40 Umno Mps Met Dr M May Join Ppbm

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 304 hits
Datuk A Kadir Jasin claimed today that there is a possibility of up to 40 Umno MPs jumping ship to Parti Pribumi Bersatu Malaysia The PPBM Supreme Council member said the MPs have been meeting party chairman Tun Dr Mahathir Mohamad and pres...
Sabotaj Punca Kerajaan Gagal Kesan Dan Tangkap Jho Low Tun M

Sabotaj Punca Kerajaan Gagal Kesan Dan Tangkap Jho Low Tun M

papar berkaitan - pada 13/10/2018 - jumlah : 345 hits
SABOTAJ dalam kerajaan dilapor antara sebab kenapa sukar kerajaan Malaysia untuk mengesan dan menangkap penjenayah Low Taek Jho kata Tun Mahathir Perdana Menteri dilapor berkata beliau percaya Itulah punca Jho Low berjaya mengelak daripada ...
Kadir Jasin Ada Cakap Cakap 40 Mp Umno Akan Keluar Parti

Kadir Jasin Ada Cakap Cakap 40 Mp Umno Akan Keluar Parti

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 365 hits
Susulan penyertaan Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia Anggota Majlis Tertinggi BERSATU Datuk A Kadir Jasin memberi gambaran kemungkinan 40 lagi wakil rakyat Umno akan keluar parti Ketika...
Impian Anwar Jadi Pm Berakhir Gambaran A Kadir Jasin

Impian Anwar Jadi Pm Berakhir Gambaran A Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 276 hits
Lihat sambungan siri ini E Buku IH 121 Kemelut Dalam Senyum Anwar MahathirADAKAH dakwaan kononnya 40 lagi Ahli Parlimen UMNO bakal menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia merupakan isyarat berakhirnya impian Datuk Seri Anwar Ibrahim menjad...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game