 SHAH ALAM: Wartawan boleh menjadi pembetul arah dan memberi teguran kepada barisan Menteri Kabinet dalam pentadbiran kerajaan baharu.Penasihat Media dan Komunikasi Pejabat Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin, berkata wartawan kini tidak perlu terikut dengan Menteri atau Timbalan Menteri yang tidak pandai berhujah serta tidak mempunyai maklumat berkaitan sesuatu isu.“Memandangkan hampir semua Menteri Kabinet masih baharu, kumpulan wartawanlah yang perlu membantu mereka berdasarkan pengalaman yang lebih lama.Sesetengah wartawan lebih lama dari Menteri dalam Pakatan Harapan (PH). Anda patut guna pengalaman itu untuk bantu mereka.“Kalau boleh, saya tidak mahu wartawan disekat, diherdik, dipandang ringan oleh mana-mana Menteri dan orang politik. Kena wajib ajar Menteri dan Timbalan untuk terima teguran,” katanya ketika ditemui pada Persidangan Serantau Persatuan Komunikasi Antarabangsa Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini, petang tadi.
SHAH ALAM: Wartawan boleh menjadi pembetul arah dan memberi teguran kepada barisan Menteri Kabinet dalam pentadbiran kerajaan baharu.Penasihat Media dan Komunikasi Pejabat Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin, berkata wartawan kini tidak perlu terikut dengan Menteri atau Timbalan Menteri yang tidak pandai berhujah serta tidak mempunyai maklumat berkaitan sesuatu isu.“Memandangkan hampir semua Menteri Kabinet masih baharu, kumpulan wartawanlah yang perlu membantu mereka berdasarkan pengalaman yang lebih lama.Sesetengah wartawan lebih lama dari Menteri dalam Pakatan Harapan (PH). Anda patut guna pengalaman itu untuk bantu mereka.“Kalau boleh, saya tidak mahu wartawan disekat, diherdik, dipandang ringan oleh mana-mana Menteri dan orang politik. Kena wajib ajar Menteri dan Timbalan untuk terima teguran,” katanya ketika ditemui pada Persidangan Serantau Persatuan Komunikasi Antarabangsa Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini, petang tadi.| Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini | 
 
				 
				 
				 
				 
				 
				 
				 
				 
				 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		