9 Tempat Menarik Percuma Wajib Singgah Bila Rancang Bercuti Ke Cameron Highlands



Cameron Highland terkenal dengan suasana nyaman, udara sejuknya yang dingin dan pemandangan yang menakjubkan. Nak bawa anak-anak dan keluarga bercuti disini pun sesuai sangat sebab Cameron Highlands banyak tempat-tempat yang menarik yang sesuai untuk dikunjungi

Tapi bagi sesiapa yang biasa datang ke sini, tiket kemasukan ke beberapa tempat popular disini boleh tahan juga harganya. Kalau pergi seorang dua boleh tahan lagi, boleh pejam mata. Tapi kalau pergi sekeluaraga jika dikira-kira dah berapa

Sebenarnya, tak perlu bimbang lari bajet. Mak ayah boleh lebih berjimat dan tetap menikmati keseronokan di Cameron Highlands dengan memilih tempat-tempat menarik yang menawarkan kemasukan PERCUMA sahaja

1. Ladang Teh Boh Sungei Palas
Sebut saja Cameron Highland, pasti anda terbayang ladang teh hijau yang luas. Boh merupakan pengeluar teh terbesar di Malaysia.Mereka memiliki 3 ladang teh terkenal di Cameron Highland yang terletak di kawasan Ringlet, Tanah Rata dan Brinchang

Ladang teh yang terletak di Sungai Palas, mempunyai keluasan 8 ribu ekar. Merupakan ladang teh yang terluas di Asia Tengara.Tidak seperti Ladang Teh Bharat,yang terletak di Tanah Rata dan Boh Tea Garden yang terletak di Ringlet, jalan ke Ladang Teh Sungai Palas ini agak berliku-liku, mencabar dan sempit.Jadi lebih berhati-hati iya


Di sini anda dapat melawat kilang teh sambil mempelajari sedikit tentang proses membuat uncang Teh Boh.Tapi kalau cuma mahu melihat panorama, boleh juga berehat sambil menghirup satu cawan teh Boh panas di anjung kafe yang disediakan

Jika anda hanya sempat melawati satu tempat sahaja semasa berada di Cameron Highland nanti, pastikan anda datang ke sini kerana pemandanganya memang luar biasa

Bayaran Masuk: PercumaWaktu Operasi: Selasa � Ahad (9.00am � 4.30pm)Lokasi: Ladang Teh Boh, Ringlet, 39200, Cameron Highlands

2. Big Red Strawberry Farm

Mengidam makan Strawberi segar baru sahaja dipetik? di Big Red Strawberry Farm anda dapat merasa nikmat makan Strawberry segar.Kebanyakkan stawberi yang dijumpai di Malaysia datang dari Cameron Highland dan di sini anda dapat melihat bagaimana proses menjaga pokok strawberi. Dengan bayaran yang kecil anda juga dapat memetik strawberi anda sendiri

Selain dari strawberi, di sini juga terdapat Caf�, kedai cenderamata dan ladang sayur organik dan bunga segar. Kena cuba waffle strawberi kat sini, sangat sedap


Bayaran Masuk: PercumaWaktu Operasi: Isnin � Ahad (8.30am � 6.00pm)Lokasi: Big Red Strawberry Farm, Brinchang, 39100 Cameron Highland

3. Pasar Malam Cameron Highlands
Pada awal Februari 2017, Pasar Malam Cameron Highlands telah pun berpindah tapak ke Sungai Ruil berdekatan Golden Hills.Berada di tengah-tengah antara Tanah Rata dan Brinchang iaitu 3.6km dari Pekan Tanah Rata dan 2.3km dari Pekan Brinchang

Apa yang membezakan Pasar Malam ini dari pasar malam yang lain dinegara ini adalah di sini anda dapat membeli hasil keluaran penduduk tempatan Cameron Highland seperti teh, sayur dan buah-buahan segar.Pasar malam ini juga merupakan salah satu destinasi tempat makan menarik di Cameron Highlands yang mempunyai makanan sedap dan santai


Pelbagai jenis makanan boleh didapati di sini, antara makanan yg popular adalah sayur goreng tempura, pelbagai jenis seafood tempura, strawberry, �apple Cameron�, jagung mutiara

Waktu Operasi: Jumaat � Sabtu (6.00pm � 11.00pm)Cuti sekolah � Setiap hariLokasi: Jalan Sungai Ruil, Pekan Brinchang, 39100, Cameron Highland
4. Fragrance Nursery
Fragrance Nursery merupakan destinasi yang sesuai untuk penggemar bunga sejati. Mereka sudah lama menjadi bembekal tumbuhan pasu terkenal di Cameron Highland yang telah beroperasi selama 25 tahun


Antara bunga yang dipamerkan disini adalah Lavender, Rosemary, Orkid, Ros, Kekwa dan 100 jenis tumbuhan flora yang lain. Baru-baru ini mereka juga telah mula menanam anggur.Sambil jalan-jalan boleh ajar anak-anak kenal pelbagai jenis bunga yang ada disini

Bayaran Masuk: PercumaWaktu Operasi: Isnin � Ahad (8.00am � 6.00pm)Lokasi: Batu 41, Jalan Kea Farm, Brinchang, 39100 Cameron Highlands

5. Puncak Gunung Brinchang & Mossy Forest
Puncak Gunung Brinchang merupakan kawasan tertinggi di Cameron Highland. Dari sini boleh melihat permandangan cantik dari kawasan puncak, bahkan boleh nampak bandaraya Ipoh jika dilihat dari menara tinjau disini. Sesuai datang kesini pada waktu pagi & petang ketika matahari sedang tenggelam atau naik


Mossy Forest pula merupakan destinasi khas buat mereka yang datang untuk menikmati kecantikan alam semulajadi yang ditawarkan oleh Cameron Highland.Gabungan udara yang sejuk dan lembab, menjadikan atmosfera di dalam hutan sesuai untuk tumbuhan seperti fern, moss, lichen dan bunga orkid


Jika tidak mahu mendaki dan hanya mahu ber jungle trekking boleh berjalan di platform kayu sepanjang 150m yang disediakan oleh Jabatan Hutan Cameron Highlands.Di sini anda ada kawasan hutan sejuk yang penuh dengan lumut � dari tanah hinggalah batang kayu, semuanya diliputi lumut hijau yang menyerap air seperti span basah.Permandangan yang sangat cantik untuk bergambar

Bayaran Masuk: PercumaLokasi: Mossy Forest, Brinchang, 39000 Cameron Highland
6. Ladang Lebah Eu Feng Gu (Bee Farm)
Ladang Lebah Eu Feng Gu boleh dijumpai 3.5km dari pekan Brinchang berhampiran dengan Equatorial Resort. Di sini anda dapat belajar sedikit sebanyak tentang proses menghasilkan madu dan cara betul menjaga lebah


Selain daripada itu disini juga terdapat galeri membeli-belah yang besar dan tempat permainan kanak-kanak, muzium mini dan caf�. Boleh juga membeli madu-madu segar yang dihasilkan oleh lebah-lebah diladang ini. Ada juga ruangan tempat membeli produk lebah seperti madu, losyen madu & juga sabun-sabun yang diperbuat daripada madu

Bayaran Masuk: PercumaWaktu Operasi: Isnin � Ahad (8.00am � 7.00pm)Lokasi: 75, Batu 43, Green Cow, Kea Farm, Brinchang, 39100 Cameron Highlands
7. Kea Farm
Kea Farm antara yang menjadi tumpuan utama di Cameron Highland.Lokasinya hanya lebih kurang2-3km dari Tringkap. Pelbagai jenis jualan boleh diperolehi di sini.Seperti bunga-bungaan, sayur-sayuran,barangan cenderahati, strawberi segar, madu dan harganya agak murah, jika dibandingkan dengan harga jualan di pasar malam Brinchang


Jadi, jika terlepas untuk ke pasar malam, masih boleh singgah di Kea Farm lokasi ideal untuk mencari cenderahati seperti buah-buahan dan sayuran segar untuk dibawa pulang

Bayaran Masuk: PercumaWaktu Operasi: 8.00am � 6.00pmLokasi: Brinchang, 39100 Cameron Highlands
8.Cactus Point
Merupakan sebuah kebun yang mempunyai pelbagai jenis pokok kaktus baik yang besar mahupun yang kecil didalam pasu. Lokasi ini sesuai untuk dijadikan destinasi lawatan dengan anak-anak untuk lebih mengenali pokok-pokok berduri yang eksotik ini.Disini juga mempunyai beberapa tumbuhan pokok bunga yang tidak kurang menariknya. Bolehlah beli pokok kaktus kecil sebagai cenderahati disini


Bayaran Masuk: PercumaWaktu Operasi: 9.00am � 6.00pmLokasi: Brinchang, 39100 Cameron Highlands
9. Kebun Anggur Bertam Valley
Selain popular dengan kebun strawberi, Cameron Highland juga terkenal dengan kebun anggur yang terletak di Bertam Valley mahupun Blue Valley.Namun kena datang sini pada musimnya. Anggur hanya berbuah dua kali setahun sekita Mac atau September


Selain bergambar, pengunjung boleh merasai pengalaman memetik buah anggur dan beli sebagai buah tangan.Harga sekitar RM20-23 sekilo bergantung kepada harga pasaran semasa

Bayaran Masuk: PercumaWaktu Operasi: 9.00am � 5.00pmLokasi: Jalan Sungai Royang-Ringlet(6km dari Stesen Petrol Shell di Simpang Ringlet) Cameron Highlands
Jadi, jika merancang mahu bawa anak dan keluarga pergi bercuti di Cameron Highland, Pahang, jangan lupa singgah 9 tempat menarik ini. Lebih best kemasukan pula adalah PERCUMA! 
Sumber: https://www.mingguanwanita.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohbicara.blogspot.com/2019/11/9-tempat-menarik-percuma-wajib-singgah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tempat Tempat Menarik Di Korea Yang Wajib Korang Pergi Ayda Jebat Nabil Dah Lalui Saat Romantik Di Sini

Tempat Tempat Menarik Di Korea Yang Wajib Korang Pergi Ayda Jebat Nabil Dah Lalui Saat Romantik Di Sini

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 548 hits
Annyeonghaseyo Bila dengar perkataan tu je mesti teringat artis Korea yang hensem cantik dan comel tu kan Hehe Sebenarnya memang ramai yang simpan angan angan untuk jadikan Korea sebagai destinasi percutian Maklumlah Korea bukan hanya terke...
Tempat Menarik Di Melaka Yang Anda Boleh Datang Bercuti

Tempat Menarik Di Melaka Yang Anda Boleh Datang Bercuti

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 794 hits
Jika anda ingin bercuti dalam negara pada tahun 2020 apa kata anda buat keputusan untuk pergi ke Melaka Kenapa Situ macam banyak tempat sejarah je macam tak best pula Walaupun Melaka terkenal dengan Bandaraya Bersejarah tetapi masih ada lag...
20 Tempat Menarik Di Sungai Petani Jom Bercuti Ke Bandar Perindustrian Kedah

20 Tempat Menarik Di Sungai Petani Jom Bercuti Ke Bandar Perindustrian Kedah

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 1086 hits
Tercari cari destinasi yang unik untuk percutian akan datang Mai singgah ke Sungai Petani Kedah Masa yang diambil untuk ke negeri di sudut utara Semenanjung Malaysia ini adalah dalam 4 ke 5 jam sebaik memasuki negeri ini akan dapat melihat ...
Tempat Menarik Boleh Di Lawati Di Putrajaya

Tempat Menarik Boleh Di Lawati Di Putrajaya

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 632 hits
Inginkan percutian dengan ketenangan di dalam kawasan urban Mungkin anda boleh pilih bercuti di Putrajaya Tapi ada ke tempat yang menarik di sana Bukan banyak bangunan bangunan kerajaan je ke di sana Mungkin jika kali pertama anda pergi ke ...
Itenari Percutian Tempat Tempat Menarik Di Bandaraya Ipoh

Itenari Percutian Tempat Tempat Menarik Di Bandaraya Ipoh

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 463 hits
Mahu mencari destinasi tempat menarik di sekitar Bandaraya Ipoh Jika ya ikuti posting ini yang merupakan olahan daripada perkongsian itenari seorang gadis ketika bercuti ke Ipoh Perak sekitar awal Januari 2020 Kisah percutian gadis ini mene...
Ketahui 14 Tempat Menarik Untuk Dilawati Di Perlis

Ketahui 14 Tempat Menarik Untuk Dilawati Di Perlis

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 788 hits
Negeri Perlis Walupun negeri ini kecil tetapi ia mempunyai banyak tempat tarikan menarik untuk para pelancong Selain dikenali sebagai negeri yang terkenal dengan buah mempelam Harum Manis ia juga merupakan negeri yang menjadi pintu masuk ke...
Nak Bercuti Tapi Bajet Takde Ikut Tips Ni Boleh Dapat Pakej Percutian Percuma

Nak Bercuti Tapi Bajet Takde Ikut Tips Ni Boleh Dapat Pakej Percutian Percuma

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 359 hits
Percutian sememangnya merupakan perkara yang disukai oleh semua orang tanpa mengenal usia Bukan sahaja dapat menenangkan minda percutian juga adalah salah satu terapi diri bagi menangani stres dalam menjalani rutin kehidupan seharian Namun ...
4 Lokasi Menarik Di Berlin Yang Korang Wajib Kunjungi

4 Lokasi Menarik Di Berlin Yang Korang Wajib Kunjungi

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 428 hits
4 Lokasi Menarik di Berlin yang korang wajib kunjungi Hai semua Selamat petang Hari ini saya nak kongsikan dengan korang salah satu bandar raya yang boleh dikatakan menjadi tumpuan pelancong jika bercuti di benua Eropah Kalau sebut Eropah s...
5 Tempat Beli Belah Mesti Pergi Seandainya Bercuti Ke Sarawak

5 Tempat Beli Belah Mesti Pergi Seandainya Bercuti Ke Sarawak

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 720 hits
Sarawak Negeri terbesar di Malaysia ini juga merupakan syurga kepada salah satu spesies burung unik di dunia iaitu Burung Kenyalang atau Enggang Di Sarawak terdapat 8 spesies burung ini daripada 54 spesies hornbills yang wujud di dunia Empa...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game