5 Tempat Beli Belah Mesti Pergi Seandainya Bercuti Ke Sarawak


Sarawak. Negeri terbesar di Malaysia ini juga merupakan syurga kepada salah satu spesies burung unik di dunia iaitu Burung Kenyalang (Hornbills) atau Enggang. Di Sarawak, terdapat 8 spesies burung ini daripada 54 spesies hornbills yang wujud di dunia. Empat spesies iaitu black, oriental-pied, rhinoceros dan wreathed hornbills adalah yang paling mudah ditemui di negeri ini.

Sarawak bukan setakat terkenal dengan burung Kenyalang yang boleh mencecah saiz setinggi 1 meter dan kehidupan flora serta fauna yang jarang ditemui, malah ia juga kaya dan unik dengan kepelbagaian budaya serta resam daripada hampir 30 etnik kaum yang ada.

Lokasi Beli-Belah Mesti Pergi Ketika Bercuti di Sarawak
Sarawak adalah tempat percutian yang sangat seronok dan menarik. Ia menawarkan pelbagai macam keistimewaan yang pasti membuatkan sesiapa saja teruja untuk berkunjung ke Bumi Kenyalang ini. Antara tempat menarik yang ada di Sarawak yang berada di peta dunia pelancongan adalah Taman Negara Gunung Mulu, Gua Niah di Taman Negara Niah, Perkampungan Kebudayaan Sarawak, Muzium Sarawak dan banyak lagi.

Selain berkunjung ke pelbagai tempat pelancongan menarik, membeli-belah di Sarawak juga merupakan aktiviti utama yang mesti dilakukan. Rugi kalau tidak membeli-belah di Bumi Kenyalang ini.



Membeli-belah di Sarawak menjanjikan pengalaman yang berbeza di mana pengunjung akan disajikan dengan pelbagai produk tempatan yang unik dan sukar ditemui di tempat lain seperti cenderamata hasil kraftangan, produk kering juga bahan makanan basah untuk dibawa pulang.

Dengan rangkaian produk yang pelbagai, sesiapa sahaja yang berkunjung ke Sarawak pasti rambang mata untuk membawa pulang signature produk utama Sarawak seperti Kek Lapis Sarawak, Ikan Terubuk Masin, Lada Hitam dan juga hasil kraf. Bahkan ada yang mengatakan, jika produk-produk tersebut tidak dibeli, tidak lengkap rasanya kunjungan ke Sarawak.

Bazar Utama Kuching – Pusat Jualan Kraftangan Unik Sarawak
Bazar Utama Kuching (Kuching Main Baazar) merupakan jalan tertua dan menjadi nadi kepada bandar Kuching lama. Pengunjung pasti terpegun melihat binaan reka bentuk rumah kedai lama masyarakat Cina yang telah didiami oleh beberapa generasi keluarga.

Sekiranya menginap di hotel sekitar bandar raya Kuching jangan melepaskan peluang mengunjungi Bazaar Utama Kuching untuk membeli atau sekurang-kurangnya melihat kepelbagaian hasil seni dan kraf tangan buatan masyarakat tempatan. Daripada barang ukiran hinggalah hasil tenunan sendiri, semuanya boleh didapati pada harga yang murah. Pelbagai kedai kraftangan dan cendermata boleh ditemui di sini, dan telah menjadi kawasan tumpuan pelancong untuk membeli-belah.


Antara produk jualan kraf yang boleh didapati di sini adalah tikar Sarawak, kain Pua, rantai manik, beg anyaman, perhiasan rumah dan banyak lagi.

Bertentangan dengannya pula ialah laluan jalan kaki terkenal, Tebingan Kuching atau lebih popular dipanggil waterfront yang merupakan bekas pelabuhan kapal-kapal dagang yang menjadikan tempat itu sebagai tapak permulaan bandar Kuching. Dari situ, pengunjung boleh menikmati pemandangan bandar dari seberang sungai dengan menaiki bot tambang yang pernah menjadi pengangkutan terpenting suatu ketika dulu.


Kampung Melayu – Kek Lapis SarawakSalah satu daripada produk signature Sarawak yang seringkali mendapat perhatian ramai adalah kek lapis Sarawak yang merupakan sejenis kuih pemanis mulut yang wajib ada di atas meja di rumah masyarakat Melayu Sarawak.

Jika berkunjung ke Kuching, anda boleh singgah sebentar di perkampungan Melayu Sarawak untuk mendapatkan kek lapis ini yang mempunyai pelbagai jenis rasa, dan paling menarik warnanya yang cantik. Antara keunikan Kek Lapis Sarawak ialah ianya terdapat lebih 50 jenis yang pelbagai rasa, warna, cantik dan halus buatannya dihasilkan setiap hari.

Pelbagai Jenis Kek Lapis Sarawak


Antara jenis kek yang seringkali ditawarkan ialah kek lapis keju coklat, coklat Cadbury, masam manis, oreo, blueberi keju, nescafe cappuchino dan banyak lagi. Namun yang paling sedap dan mendapat permintaan ramai ialah kek lapis masam manis.

Tahukah antara kelebihan kek lapis dari Sarawak ini ialah ia mampu bertahan lama walaupun disimpan di luar peti sejuk! Ia boleh tahan sehingga satu minggu andai berada di luar peti sejuk manakala jika disimpan dalam peti sejuk dan tidak dipotong, boleh tahan sehingga tiga bulan!

Medan Niaga Satok – Terubuk Ikan Masin
Salah satu tempat membeli-belah produk unik Sarawak adalah di Medan Niaga Satok. Medan Niaga Satok merupakan pasar yang menghimpunkan pelbagai barangan keperluan harian di bawah satu bumbung.

Menariknya di sini terdapat banyak gerai yang menjual ikan terubuk masin. Ikan terubuk masin menjadi satu kemestian kepada mereka yang berkunjung ke Sarawak untuk membeli dan membawa pulang ke tempat masing-masing. Terubuk Masin boleh dikatakan sebagai salah satu ciri unik yang ada di negeri Bumi Kenyalang ini.

Maka, tidak hairan jika seseorang itu melancong ke Bumi Kenyalang tidak akan lupa untuk singgah di Medan Niaga atau Pasar Satok bagi membeli ikan terubuk masin yang banyak dijual di sini sebagai buah tangan.

Jangan risau tentang cara untuk membawanya menaiki kapal terbang, kerana peniaga di sana tahu bagaimana untuk membolehkan terubuk masin ini dibungkus dengan baik. Bukan itu sahaja, mereka juga boleh menguruskan pengeposan ke mana-mana lokasi.

Keistimewaan Terubuk Masin Sarawak
Kelebihan ikan terubuk masin Sarawak terletak pada jenis ikan dan teknik ketika memprosesnya. Ikan terubuk tempatan ternyata lebih berkualiti dengan isinya yang lebih cantik dan lebih segar berbanding ikan terubuk import yang sedikit tawar.



Pasar Tamu Serian – Buah KristalBandar Serian terletak kira-kira 60 kilometer dari bandar Kuching menjadi destinasi riadah dan lokasi membeli belah pada hujung minggu. Kemunculan pusat komersil serta Pasar Tamu Serian yang terkenal dengan produk serta hasil hutannya membolehkan pengunjung mendapatkan segala jenis keperluan di situ.

Di Pasar Tamu Serian terdapat pelbagai gerai-gerai menjual bekalan basah, sayur-sayuran kampung, buah-buahan tempatan dan kuih tradisional Sarawak yang sering dijadikan buah tangan pelancong. Harga yang ditawarkan juga berbaloi dan murah berbanding di kawasan lain.

Buah Kristal, Buah Unik Sarawak
Buah tempatan yang diberi jolokan buah Kristal Sarawak merupakan ole-ole yang mesti dibeli jika berada di Pasar Tamu Serian ini. Rasanya sangat sedap dan manis, seakan buah laici dan mata kucing.

Jika berkesempatan, jangan lupa untuk menikmati buah unik ini.

Sri Aman – Lada HitamLada merupakan rempah ratus yang digunakan dengan meluas sebagai perasa makanan sejak berkurun lamanya. Siapa yang tidak kenal dan tahu mengenai kelebihan yang ada pada lada dari Sarawak. Malah, banyak jenama popular mengetengahkan lada Sarawak sebagai daya penarik untuk sos lada mereka.


Di Sarawak, lada telah ditanam sejak tahun 1856 tetapi penanaman secara meluas hanya bermula pada tahun 1900-an. Kini, lada merupakan salah satu tanaman kontan yang penting sebagai punca pendapatan penduduk di kawasan pedalaman Sarawak. Lada banyak ditanam di beberapa daerah terutama di bahagian Sri Aman.

Kalau anda berada di Sri Aman, jangan lupa untuk singgah ke kilang pemprosesan lada yang terkenal iaitu Aromatic Black Pepper.

Terdapat dua jenis lada yang biasa dijumpai di Sarawak sebagai rempah iaitu lada hitam dan lada putih. Kedua-duanya dihasilkan dari buah lada hitam melalui dua proses yang berbeza. Lada hitam dihasilkan dengan cara menjemur dan mengeringkan buahnya yang belum masak di atas api hingga kulitnya berubah menjadi hitam dan berkeriput.

Lada putih pula dihasilkan dengan memetik buah yang hampir masa, ia kemudiannya direndam untuk memudahkan proses pengupasan. Lada putih mempunyai bau yang lebih kuat dari lada hitam, tetapi bau lada hitam lebih wangi dari lada putih. Pengunjung juga berpeluang untuk membeli lada di sini yang dijual dengan harga jauh lebih murah berbanding di pasaran.

Gunakan panduan ini untuk memastikan anda tidak melepaskan peluang mendapatkan produk dan barangan cenderahati atau ole-oleh unik dari Sarawak. Jadikan ia sebagai kenangan abadi anda ketika percutian anda di negeri Bumi Kenyalang ini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.daain.info/2019/11/tempat-beli-belah-mesti-pergi-di-sarawak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cari Tempat Bercuti Dan Jimatkan Wang Beli Tiket Tarikan Dengan Jomjalan

Cari Tempat Bercuti Dan Jimatkan Wang Beli Tiket Tarikan Dengan Jomjalan

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 286 hits
Bercuti dalam negara sekarang semakin mahal Walaupun harga bilik hotel hampir sama seperti 10 tahun dulu harga tiket masuk ke tempat menarik semakin mahal sama seiring dengan harga makan Untuk berjimat biasanya hotel dahulu yang diutamakan ...
Tempat Tempat Menarik Di Korea Yang Wajib Korang Pergi Ayda Jebat Nabil Dah Lalui Saat Romantik Di Sini

Tempat Tempat Menarik Di Korea Yang Wajib Korang Pergi Ayda Jebat Nabil Dah Lalui Saat Romantik Di Sini

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 540 hits
Annyeonghaseyo Bila dengar perkataan tu je mesti teringat artis Korea yang hensem cantik dan comel tu kan Hehe Sebenarnya memang ramai yang simpan angan angan untuk jadikan Korea sebagai destinasi percutian Maklumlah Korea bukan hanya terke...
Pengurusan Pusat Beli Belah Perlu Tingkat Langkah Pencegahan Covid 19

Pengurusan Pusat Beli Belah Perlu Tingkat Langkah Pencegahan Covid 19

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 356 hits
PUTRAJAYA 15 Feb Pengurusan pusat membeli belah di Wilayah Persekutuan diingatkan supaya meningkatkan langkah pencegahan COVID 19 dengan mengikut saranan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia kata Menteri Wilayah Persekutuan Khali...
Tempat Menarik Di Melaka Yang Anda Boleh Datang Bercuti

Tempat Menarik Di Melaka Yang Anda Boleh Datang Bercuti

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 784 hits
Jika anda ingin bercuti dalam negara pada tahun 2020 apa kata anda buat keputusan untuk pergi ke Melaka Kenapa Situ macam banyak tempat sejarah je macam tak best pula Walaupun Melaka terkenal dengan Bandaraya Bersejarah tetapi masih ada lag...
Angkara Cemburu Lelaki Tembak Mati Bekas Isteri Di Pusat Beli Belah Bangkok

Angkara Cemburu Lelaki Tembak Mati Bekas Isteri Di Pusat Beli Belah Bangkok

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 434 hits
Bangkok Seorang lelaki menembak mati bekas isterinya dan mencederakan seorang lagi di sebuah pusat beli belah di sini hari ini Dalam kejadian pada 3 15 petang lelaki bersenjata itu menyerbu klinik kecantikan di Century The Movie Plaza berha...
9 Tempat Menarik Percuma Wajib Singgah Bila Rancang Bercuti Ke Cameron Highlands

9 Tempat Menarik Percuma Wajib Singgah Bila Rancang Bercuti Ke Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 431 hits
Cameron Highland terkenal dengan suasana nyaman udara sejuknya yang dingin dan pemandangan yang menakjubkan Nak bawa anak anak dan keluarga bercuti disini pun sesuai sangat sebab Cameron Highlands banyak tempat tempat yang menarik yang sesu...
20 Tempat Menarik Di Sungai Petani Jom Bercuti Ke Bandar Perindustrian Kedah

20 Tempat Menarik Di Sungai Petani Jom Bercuti Ke Bandar Perindustrian Kedah

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 1079 hits
Tercari cari destinasi yang unik untuk percutian akan datang Mai singgah ke Sungai Petani Kedah Masa yang diambil untuk ke negeri di sudut utara Semenanjung Malaysia ini adalah dalam 4 ke 5 jam sebaik memasuki negeri ini akan dapat melihat ...
Negeri Sabah Dan Chow Kit Tersenarai 52 Tempat Di Dunia Mesti Dilawati Pada Tahun 2020

Negeri Sabah Dan Chow Kit Tersenarai 52 Tempat Di Dunia Mesti Dilawati Pada Tahun 2020

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 792 hits
Akhbar terkemuka dunia dari Amerika Syarikat New York Times telah mengeluarkan senarai 52 tempat tempat menarik diseluruh dunia yang perlu dilawati pembaca mereka untuk sepanjang tahun 2020 Lembah Danum Paling membanggakan dua tempat dari M...
Rasa Nak Pergi Turki Lah

Rasa Nak Pergi Turki Lah

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 711 hits
Lama sangat rasanya tak pergi bercuti kemana mana kalau rasa teringin nak bercuti ke luar negara tapi tak mampu saya selalu google je tempat tempat best nak tengok culture penduduk tempatan tempat menari makanan makanan yang sedap sedap di ...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Raised And Itchy


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Flexibility In Business Operations

Semua Ni Sebab Chagee

Takwim Persekolahan Sesi 2025 2026

Buat Sendiri Roti Arab Lembut Gebu Sekali Hadap Boleh Habis 3 Keping

Sihir Ep1

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni