Tempat menarik di BerlinMemang tidak dapat dinafikan, selain daripada London, Turki, Paris, Rome, Barcelona dan beberapa lagi bandar raya besar, Berlin merupakan salah satu bandar yang masih banyak dikunjungi oleh pelancong-pelancong dari Asia. Untuk ke Berlin dari Malaysia memakan masa yang agak lama. Ia boleh mencecah 13 ke 15 jam di dalam penerbangan. Jadi pemilihan airline yang sesuai adalah penting bagi memastikan keselesaan korang sepanjang penerbangan.
The Museum of Natural HistoryBerlin sangat terkenal dengan sejarahnya. Kalau korang datang bercuti ke Berlin untuk honeymoon atau dengan keluarga, saya sangat-sangat galakkan korang pergi muzium ini. Apa yang paling menarik dekat dalam muzium ini, dia ada satu zon khas di mana haiwan haiwan diawet. Yang paling menarik, sebaik sahaja korang melangkah masuk muzium, korang dapat tengok real gigantic size of dinasour. Boleh nganga la kejap tengok dinasour ini. Terbayang kejap Jurassic Park dalam kepala.
German Spy Museum Berlin / Credit to : Tom KoronwskiLagi satu muzium yang bagi saya sangat menarik dan unik adalah German Spy Museum Berlin. Muzium Ini bagi saya konsep dia sama macam Kidzania yang ada kat Damansara which is korang boleh hands on semua alat yang disediakan tapi bezanya yang ni adalah spy muzium. Korang boleh bayangkan tak alat-alat yang spy pakai tu? Ha kat sini korang boleh pegang alat-alat tu dan merasa sendiri macam mana rasanya jadi spy agent. Mesti best kan sebab orang dewasa pun boleh masuk.
Brandenburg GateMerupakan salah satu tempat yang paling ramai dikunjungi oleh pelancong-pelancong yang datang ke Berlin. Brandenburg Gate merupakan historical gate di mana ia menunjukkan simbol bagi Berlin’s Cold War yang berlaku suatu ketika dahulu. korang boleh tangkap gambar banyak-banyak di Brandenburg Gate sebab environment dekat sini sangat cantik. Korang datang malam pun still lawa sebab tempat ini dipenuhi dengan cahaya-cahaya lampu yang unik.
Berlin Television TowerSatu-satunya bangunan pencakar langit yang berdiri tegak di tengah-tengah bandar Berlin. Ia juga merupakan simbol utama bagi bandar Berlin ini. Boleh dikatakan sama konsep macam KL Tower. Untuk korang dapatkan view Berlin from above, korang boleh masuk ke television tower ini and enjoy the view of Berlin’s City. Memang lawa. Nak lagi cantik korang boleh pergi masa sunset. Pemandangan dia boleh dikatakan majestic. |
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |