Tempat Menarik Di Melaka Yang Anda Boleh Datang Bercuti



Jika anda ingin bercuti dalam negara pada tahun 2020, apa kata anda buat keputusan untuk pergi ke Melaka. Kenapa? Situ macam banyak tempat sejarah je, macam tak best pula. Walaupun Melaka terkenal dengan Bandaraya Bersejarah tetapi masih ada lagi tempat-tempat menarik di Melaka yang bertemakan bukan sejarah.

Jadi jangan berlengah lagi, jom kita tengok tempat menarik di Melaka yang anda boleh datang bercuti bersama teman-teman dan keluarga

20 Tempat Menarik Di Melaka
#1 - The Pirate Adventure
Taman tema Indoor yang bertemakan ‘Pirate’ atau ‘Lanun’ memang seronok dikunjungi oleh mereka yang sukakan adventure atau cabaran. Di sini, anda boleh memakai kostum seperti lanun sambil berjalan mengelilingi taman tema yang dibahagikan kepada beberapa bahagian dan dalam masa sama dapat merasai pengalaman menjadi seorang lanun. Jangan lupa datang The Pirate Adventure
Jika anda berminat anda boleh datang dengan bayaran sebanyak RM20 dikenakan bagi dewasa RM15 bagi kanak-kanak.
Waktu beroperasi:Isnin-Khamis (10am-7pm)Jumaat-Ahad, Cuti Umum (10am-9.30pm)
#2 - The Shore Sky Tower
Ingin menguji tahap keberanian sambil meningkatkan adrenalin anda? Jom naik ke tingkat 43 di bangunan tertinggi dan pusat beli-belah terbaharu di Melaka ini. Keluar sahaja dari lif, lantai kaca lutsinar dan dan dinding kaca lutsinar di ruang terbuka membolehkan anda menyaksikan panorama sekeliing Bandar Melaka. Satu adventure bagi mereka yang gayat tatkala melihat pemandangan di bawah!

Bayaran sebanyak RM25 dikenakan bagi dewasa dan RM18 untuk kanak-kanak. Jom tempah untuk naik The Shore Sky Tower

Waktu buka
Isnin-Ahad (10.30am-11pm)
#3 - The Shore Toy Museum
Dalam pusat beli-belah ini juga anda boleh singgah ke Toy Museum yang terletak di Aras 1. Ia menempatkan lebih daripada 10,000 koleksi permainan Edisi Terhad dengan tiap satunya mempunyai rekaan unik tersendiri yang didatangkan dari Jepun, Thailand dan banyak lagi

Bagi peminat anime dan komik tanpa mengira kategori umur, di sinilah tempatnya anda boleh melihat adiwira pujaan dan karakter kartun yang anda minat . Memang ralit melihat koleksi yang dipamerkan sehinggakan tidak sedar masa berlalu. Jangan takut untuk mengambil gambar kerana anda bebas berbuat demikian

Anda hanya perlu membayar RM30 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak

Waktu buka:Setiap hari bermula 10.30 am-9pm
#4 - Masjid Selat
Keunikan masjid yang dibina dengan rekaan seni binaan masjid terapung Jeddah adalah ia dibina atas pulau buatan manusia yang dikenali sebagai Pulau Melaka. Setiap kali air pantai pasang, masjid ini akan kelihatan seperti terapung-apung di atas air
Tiang masjid ini sering dijadikan sebagai lampu isyarat bagi bot-bot dan kapal laut yang melalui Selat Melaka pada waktu malam.

#5 - Upside Down House Gallery
Menggunakan penataan hiasan dalaman sesebuah rumah dengan lima ruang iaitu dapur, ruang tamu, bilik tidur uutama, bilik tidur kanak-kanak dan bilik air, bezanya kesemua perabot dan kelengkapan rumah diletakkan dalam keadaan terbalik

Di sini, cabaran adalah lebih kepada kreativiti dalam mengambil gambar di setiap sudut dalam galeri

Untuk masuk ke Upside Down House Galeri ini, orang dewasa perlu membayar RM15 (Bukan warganegara-RM20) dan kanak-kanak bawah umur 2 tahun RM10 (Bukan warganegara-RM16)
Waktu buka:Isnin-Khamis (10am-7pm)Jumaat-Ahad (10am-9pm)
#6 - Pantai Klebang
Datang Melaka sekarang ni tak sah orang cakap kalau tak singgah di Pantai Klebang. Selain daripada tempat menjamu selera disini seperti coconut shake Klebang, kat sini juga tempat instagrammers suka bergambar. Ini kerana, disini terdapat kawasan pantai yang berbukit dengan pasir putih. Sangat sesuai untuk bergambar dan berswafoto disini sebagai kenangan


#7 - Muzium Kapal Selam
Terletak di sekitar Pantai Klebang, ia adalah muzium kapal selam pertama seumpamanya di Melaka. Diberi nama FS Quessant Agosta 70, ia adalah buatan Perancis yang dahulunya dimiliki oleh Tentera Laut Diraja Malaysia. Ia dijadikan tempat latihan krew pertama kapal selam dan kali terakhir ia digunakan adalah sewaktu belayar di Lautan Atlantik pada tahun 2009

Menariknya, terdapat pakej disediakan bagi yang ingin merasa pengalaman bermalam di sini. Ia boleh menempatkan sehingga 25 orang dalam satu-satu masa. Pengunjung perlu membuat tempahan terlebih dahulu dengan pihak Perbadanan Muzium Melaka

Bayaran tiket hanyalah RM5 untuk dewasa dan (Bukan warganegara RM10) dan RM2 untuk kanak-kanak (Bukan warganegara RM6)

Waktu buka:Isnin-Khamis (9am-5.30pm)Jumaat-Ahad (9am-6.0pm)
#8 - The Shore Oceanarium
Satu lagi tarikan menarik di Aras 2 pusat beli-belah The Shore. Kanak-kanak pasti menyukai tempat ini memandangkan mereka dapat mengenali pelbagai spesies haiwan laut dan habitat mereka. Malah kanak-kanak dan pengunjung diberi peluang memegang beberapa jenis haiwan yang diletakkan di dalam Touch Pool

Manakala di Zon Interaktif, siap dilengkapi dengan “Magical Vacuum Aquarium/MVA Aquarium” yang mana pengunjung perlu memakai cermin mata 3D untuk melihat “Like Real Vision” dan wayang gambar 3D.

Bayaran sebanyak RM35 dikenakan kepada dewasa manakala warga emas dan kanak-kanak dikenakan sebanyak RM25.

Waktu buka:
Setiap hari bermula 10am-9pm
#9 - Mamee Jonker Housesumber via Vkeong.com
Sebut Mamee, pasti sudah terbayang plastik kuning dengan makanan di dalamnya yang rangup. Selepas lebih 40 tahun dalam industri makanan, Mamee buat pertama kalinya memperkenalkan ‘Concept Store’ milik mereka. Terletak di Jonker Street, ia mempunyai 4 tarikan:Mamee Café - Di kafe ini, pengunjung dapat merasai pelbagai menu menarik yang menggunakan Mamee Chef Tarik Noodle Cakes sebagai bahan asas hidangan.Mamee Merchandise - Pengunjung boleh membeli pelbagai produk makanan dan barangan eksklusif di kedai ini.Noodle Doodle - Di sini, anda berpeluang mereka cipta cawan Mamee Chef Noodle mengikut kreativiti sendiri. Berkonsepkan ‘mix and match’, serlahkan bakat melukis anda!Lil Monster Kitchen - Dengan mengikuti sesi bengkel selama 90 minit pada hujung minggu, anda dapat mengetahui ‘rahsia’ makanan Mamee Monster.
Waktu buka:Isnin, Rabu & Khamis (10am-5pm)Jumaat-Ahad (10am-7pm)
#10 - Melaka Thousand Tales of Adventures - The Adventures Of Sinbad
Sinbad, satu karakter kartun yang memang tidak asing sejak dahulu lagi. Di sini, anda akan menaiki kapal dan bersiap sedia menyertai pengembaraan mendebarkan serta penuh aksi dengan Sinbad, Pelayar yang merentas tujuh lautan bersama anak kapalnya mengalahkan ahli sihir Shaman dan roh tenteranya dalam misi menyelamatkan dunia

Mengguna simulasi teknologi 7D yang pertama seumpamanya di Malaysia, anda akan menolong Sinbad mengalahkan mereka yang jahat, memecahkan kod rahsia di setiap bilik seterusnya menuju ke cabaran-cabaran bertema seterusnya

Tiket untuk dewasa adalah RM28 dan kanak-kanak RM23

Waktu buka:Isnin-Khamis (10am-7pm)Jumaat-Ahad (10am-9.30pm)
#11 - Melaka River Cruise
Pengunjung boleh menaiki kapal cruise menyusuri Sungai Melaka. Sepanjang sungai ini, pengunjung boleh melihat hampir keseluruhan dinding bangunan merangkumi rumah penginapan, hotel dan rumah penduduk yang terletak berhampiran di lukis dengan seni grafiti berwarna-warni

Pemandangan waktu senja hingga malam lebih cantik berbanding waktu siang kerana sepanjang sungai dilimpahi dengan pencahayaan warna-warni lampu dekoratif

Kaunter tiket dibuka setiap hari bermula 9 pagi hingga 11.30 malam. Harga tiket bagi dewasa adalah RM10 (Bukan warganegara RM15) dan RM5 bagi kanak-kanak. Buat tempahan disini
#12 - Skytrex Adventure
Untuk peminat sukan outdoor lasak, inilah tempat anda! Dengan konsep ‘sky-trekking’, anda boleh merasai pengalaman ‘terbang’ ataupun meluncur dari satu pokok ke pokok lain melalui aktiviti yang disediakan. Lebih ekstreme adalah aktiviti SkyRide yang mana anda berbasikal menyeberangi laluan bertali

Bagaimanapun, pengunjung digalakkan membeli tiket secara online melalui telefon pintar dan bayaran boleh dibuat mengguna pindahan, kredit kad dan juga Paypal terlebih awal sebelum memasuki tempat yang terletak di Taman Botanikal Ayer Keroh

Bayaran masuk adalah RM60

Waktu buka:Setiap hari bermula pukul 9am hingga 3pm.

#13 - Melaka Wonderland Theme Park & Resort
Satu lagi tarikan terbaharu di Melaka. Taman tema air yag terletak di Ayer Keroh mempunyai 11 tempat menarik antaranya Tornado Chaser, Lazy cum Crazy River, 1 Big Wave Pool, Adventure Island selain dikelilingi oleh hutan hijau semula jadi seluas 360 hektar

Bayaran dikenakan adalah seperti berikut:Dewasa RM37.90 (Hari biasa) dan RM42.65 (Hujung minggu)Kanak-kanak RM30.80 (Hari biasa) dan RM36.75 (Hujung minggu)Warga emas RM23.70Dewasa (Bukan warganegara) RM49.75Kanak-kanak (Bukan warganegara) RM42.65Warga emas/OKU (Bukan warganegara) RM27.25
Waktu buka:Selasa-Jumaat (11am-7pm)Sabtu-Ahad (9am-7pm)
#14 - Freeport A'Famosa Outlet
Baru sahaja dibuka, ia menyerupai Johor Premium Outlet, syurga beli-belah bagi mereka yang gemar membeli barang berjenama popular terkenal antarabangsa. Berkeluasan kira-kira 180,000 kaki persegi, ia menawarkan lebih 70 jenama meliputi fesyen, sukan dan aksesori barangan

Penat membeli-belah, anda boleh berehat di tepi tasik, air pancut, karousel dan kincir air yang direka dengan seni bina Belanda

Waktu buka:Isnin-Ahad (10am-10pm)
#15 - Menara Taming Sari
Setiap hujung minggu, akan nampak satu barisan panjang orang menunggu untuk menaiki Gyro tower pertama seumpamanya di Malaysia ini. Dengan ketinggian 110 meter, apabila tiba di atas, pengunjung dapat melihat 360 darjah panorama Bandar Melaka sambil duduk di tempat yang disediakan dalam struktur yang berpusing. Penyewaan binokular turut disediakan bagi mereka yang ingin menggunakannya

Jika cuaca baik, maka akan kelihatan Pulau Sumatera dari kejauhan. Jika ingin melihat Melaka dalam warna-warni terang dek pencahayaan lampu-lampu, maka bolehlah menaiki menara ini pada waktu malam

Bayaran masuk untuk dewasa adalah RM17 dan kanak-kanak RM11. Tempah disini.
Waktu buka:Isnin-Ahad (10am-10pm)

sumber : Jom Travel Cheap Cheap



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mohtravel.com/2019/12/tempat-menarik-di-melaka-boleh-datang.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+mohtravel%2FPaib+%28mohtravel+%E2%9C%88%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
9 Tempat Menarik Percuma Wajib Singgah Bila Rancang Bercuti Ke Cameron Highlands

9 Tempat Menarik Percuma Wajib Singgah Bila Rancang Bercuti Ke Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 434 hits
Cameron Highland terkenal dengan suasana nyaman udara sejuknya yang dingin dan pemandangan yang menakjubkan Nak bawa anak anak dan keluarga bercuti disini pun sesuai sangat sebab Cameron Highlands banyak tempat tempat yang menarik yang sesu...
Tempat Menarik Boleh Di Lawati Di Putrajaya

Tempat Menarik Boleh Di Lawati Di Putrajaya

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 633 hits
Inginkan percutian dengan ketenangan di dalam kawasan urban Mungkin anda boleh pilih bercuti di Putrajaya Tapi ada ke tempat yang menarik di sana Bukan banyak bangunan bangunan kerajaan je ke di sana Mungkin jika kali pertama anda pergi ke ...
20 Tempat Menarik Di Sungai Petani Jom Bercuti Ke Bandar Perindustrian Kedah

20 Tempat Menarik Di Sungai Petani Jom Bercuti Ke Bandar Perindustrian Kedah

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 1087 hits
Tercari cari destinasi yang unik untuk percutian akan datang Mai singgah ke Sungai Petani Kedah Masa yang diambil untuk ke negeri di sudut utara Semenanjung Malaysia ini adalah dalam 4 ke 5 jam sebaik memasuki negeri ini akan dapat melihat ...
Itenari Percutian Tempat Tempat Menarik Di Bandaraya Ipoh

Itenari Percutian Tempat Tempat Menarik Di Bandaraya Ipoh

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 463 hits
Mahu mencari destinasi tempat menarik di sekitar Bandaraya Ipoh Jika ya ikuti posting ini yang merupakan olahan daripada perkongsian itenari seorang gadis ketika bercuti ke Ipoh Perak sekitar awal Januari 2020 Kisah percutian gadis ini mene...
Ketahui 14 Tempat Menarik Untuk Dilawati Di Perlis

Ketahui 14 Tempat Menarik Untuk Dilawati Di Perlis

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 789 hits
Negeri Perlis Walupun negeri ini kecil tetapi ia mempunyai banyak tempat tarikan menarik untuk para pelancong Selain dikenali sebagai negeri yang terkenal dengan buah mempelam Harum Manis ia juga merupakan negeri yang menjadi pintu masuk ke...
Tempat Yang Menarik Di Korea Dan Tempat Cenderahati Murah

Tempat Yang Menarik Di Korea Dan Tempat Cenderahati Murah

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 338 hits
Lama nya baru dapat idea nak sambung cerita ke korea hari tu heheHari ke 3 King s Cross Platform 9 3 4 Harry Potter cafeHongdae StreetCOEX Mall Starfield Library SMTOWN Coex Atrium GangnamMyeongdong StreetHari ke 4Namsangol Hanok VillageGwa...
5 Tempat Beli Belah Mesti Pergi Seandainya Bercuti Ke Sarawak

5 Tempat Beli Belah Mesti Pergi Seandainya Bercuti Ke Sarawak

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 720 hits
Sarawak Negeri terbesar di Malaysia ini juga merupakan syurga kepada salah satu spesies burung unik di dunia iaitu Burung Kenyalang atau Enggang Di Sarawak terdapat 8 spesies burung ini daripada 54 spesies hornbills yang wujud di dunia Empa...
5 Tempat Menarik Di Italy Yang Paling Kerap Dikunjungi Pelancong

5 Tempat Menarik Di Italy Yang Paling Kerap Dikunjungi Pelancong

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 1217 hits
Itali adalah salah satu negara yang terletak di benua Eropah dan ia juga merupakan negara yang menerima ramai pelancong pelancong yang hadir bagi menikmati keunikan landskap semulajadinya seni budaya makanan yang lazat dan banyak lagi fakto...
Mb Melaka Tak Boleh Terima Kenyataan Kena Letak Jawatan Hahahaha

Mb Melaka Tak Boleh Terima Kenyataan Kena Letak Jawatan Hahahaha

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 299 hits
Pengerusi Pakatan Harapan Melaka Adly Zahari enggan melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri walaupun tidak memperoleh sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri ketika ini Ketika berceramah di Program Solidariti Adly Zahari di luar peka...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025