Itenari Percutian Tempat Tempat Menarik Di Bandaraya Ipoh


Mahu mencari destinasi tempat menarik di sekitar Bandaraya Ipoh? Jika ya, ikuti posting ini yang merupakan olahan daripada perkongsian itenari seorang gadis ketika bercuti ke Ipoh, Perak sekitar awal Januari 2020.

Kisah percutian gadis ini menerusi akaun Twitter telah mendapat lebih daripada 7 ribu retweets. Ini menunjukkan bahawa masih ramai antara rakyat Malaysia terutamanya; tidak mengetahui mengenai tempat-tempat menarik dan best yang ada di Ipoh.

Tempat Menarik di Ipoh Untuk DikunjungiApa menariknya percutian di Ipoh? Mengapa sehingga mendapat lebih daripada 7K ulang-kicau di media sosial sehingga ada beberapa blog berkaitan travel dan percutian berkongsi itenari yang sama?

Ipoh. Sebuah bandaraya yang kaya dengan sejarah negara yang telah mencorakkan bentuk dan format kemerdekaan negara Malaysia. Malah, banyak perkara pertama berlaku di Perak adalah berlokasi di Bandaraya Ipoh ini. selain Taiping, Batu Gajah, Pasir Salak dan yang lain.

Mari baca perkongsian tersebut yang turut menerima lebih 15 ribu sukaan. Perkongsian tersebut telah diolah dari tweets asal untuk memudahkan pembacaan anda.

Istana KellieIstana Kellie terletak tidak jauh dari Bandaraya Ipoh. Jika anda dari arah Kuala Lumpur, anda perlu keluar dari exit tol Gopeng/Kampar atau Simpang Pulai untuk sampai ke lokasi ini. Keluar sahaja tol, dah ada papan tanda arah menuju ke istana ini.

Memang ada beberapa kisah menarik yang berlaku semasa pembinaan Istana Kellie yang terbengkalai ini. Jika ada yang tidak tahu, istana ini tidak sedikit pun terlibat dengan sebarang kematian yang dikatakan berlaku semasa pembinaannya.

Malah, kisah berhantunya istana ini tidak dapat dipastikan memandangkan kebanyakkan cerita hanya cakap-cakap sahaja atau kata lain cuma hearsay. Kemungkinan adanya kisah misteri berkaitan istana ini dihebohkan kerana ianya pernah lama ditinggalkan oleh pemiliknya, selain dikelilingi hutan dan belukar yang tebal sebelum ini.

Jika nak baca mengenai istana ini, boleh baca di blog berikut - Singkap Kebenaran Cerita Mengenai Berhantunya Istana Kellie Batu Gajah

Kedai Kopi Yong Suan
Tak ramai yang tahu nama sebenar kedai ini yang popular dengan Nasi Ganja Ipoh. Ia menjadi tarikan penggemar nasi kandar di sekitar bandaraya ini. Walaupun terdapat isu sensitif timbul yang berkait dengan kedai makan ini, ia tetap menjadi pilihan mereka yang mahukan hidangan panas dan sedap nasi kandar yang popular di bahagian utara Semenanjung Malaysia.

Concubine LaneConcubine Lane, juga berdekatan dengan beberapa tempat tarikan di Ipoh seperti Kong Heng Square, Time Tunnel Ipoh, Dunia Terbalik dan juga Muzium Yasmin. Ia menjadi salah satu tempat menarik dan dipetakan dalam laluan bersejarah Bandaraya Ipoh. Jika anda mengambil servis bas hop-in-hop-off; boleh turun di sini.

Dari sini boleh jalan kaki sahaja ke tempat menarik yang lain seperi dikongsikan dalam tweets gadis bernama Yaya ini.

Miniature Wonders Art Gallery
Dunia kecil dengan penceritaan. Jika anda tertarik dengan miniature, benda-benda kecil yang comel, lokasi ini memang tempat terbaik di Ipoh.

Time TunnelSekarang, dah banyark tempat yang menyediakan tempat seperti Time Tunnel Ipoh Old Town ini. Malah, di Cameron Highlands pun ada tempat dinamakan Time Tunnel. Ia menyajikan lokasi untuk mengambil gambar berlatar-belakangkan benda-benda yang rare serta vintaj.

Muzium Yasmin AhmadTidak ramai di Malaysia yang mengetahui akan kewujudan Muzium Yasmin Ahmad di Bandaraya Ipoh ini. Ia bersebelahan dengan Kong Heng Square dan juga Concubine Lane. Memang tak jauh, boleh berjalan kaki sahaja ke sini dari dua lokasi tadi.

Di sinilah anda boleh melihat pelbagai karya Yasmin Ahmad. Ia juga adalah lokasi menarik untuk mengabadikan gambar kenangan percutian di Ipoh.

Stesen KTM /  Town Hall / Restoran Pakcik Wong / Family Bundle
Pasar KaratPasar Karat di Bandaraya Ipoh memang dah lama wujud. Malah, lokasi asal Pasar Karat adalah di tepian Sungai Kinta. Ia juga dikenali sebagai Loken buat penduduk di Perak. Di sinilah anda boleh mendapati banyak benda yang sangat sukar ditemui sekarang dijual dengan harga berpatutan.

Malah, ada menyifatkan pencari 'harta karun' menjadikan Pasar Karat sebagai lubuk buat duit online jika tahu mengenai nilai estitika yang ada pada barangan tersebut.

Gunung LangLokasi ini sudah beberapa kali mengalami perubahan sehingga ia menempatkan sebuah mini Zoo di dalam Taman Gunung Lang. Istimewanya ialah anda perlu akses menerusi bot untuk ke taman yang ada Zoo Mini tersebut.

Ia tempat bersantai samada pada waktu pagi mahupun petang. Tak susah nak ke sini, daripada bandaraya Ipoh sudah ada papan tanda tunjuk arah ke sini, malah jika anda menyelusuri ikut Lebuhraya Utara Selatan pun boleh nampak tunjuk arah ke Gunung Lang ini.

Tasik CerminTak ramai yang tahu mengenai kewujudan Tasik Cermin ini hatta pada penduduk sekitar Ipoh. Ia dianggap sebagai hidden gem yang terletak berhampiran tapak projek kuari yang sedikit sebanyak dikhuatiri mengancam tasik yang cantik ini.

Menariknya ialah, akses untuk ke Tasik Cermin yang terletak di Gunung Rapat, Ipoh ini memerlukan anda melalui kawasan perumahan dan kedai. Dan untuk masuk ke kawasan Tasik Cermin ini, anda akan melalui satu gua. Gua ini boleh dilalui oleh sesiapa sahaja, tak perlu guna apa-apa kelengkapan khas.

Jika anda berada di Ipoh untuk percutian anda, pastikan senarai ini anda jadikan panduan.

Artikel ini diolah dari perkongsian thread tweets oleh yay4






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.daain.info/2020/01/tempat-menarik-di-ipoh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tempat Yang Menarik Di Korea Dan Tempat Cenderahati Murah

Tempat Yang Menarik Di Korea Dan Tempat Cenderahati Murah

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 337 hits
Lama nya baru dapat idea nak sambung cerita ke korea hari tu heheHari ke 3 King s Cross Platform 9 3 4 Harry Potter cafeHongdae StreetCOEX Mall Starfield Library SMTOWN Coex Atrium GangnamMyeongdong StreetHari ke 4Namsangol Hanok VillageGwa...
5 Fakta Menarik Ranu Manduro Mojokerto Tempat Wisata Baru Di Jatim

5 Fakta Menarik Ranu Manduro Mojokerto Tempat Wisata Baru Di Jatim

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 427 hits
Saat ini Ranu Manduro menjadi salah satu destinasi yang ramai dikunjungi Komposisi alamnya yang indah membuat banyak orang ingin berswafoto di sana
Travel Ke 6 Tempat Menarik Di Belgium Eropah

Travel Ke 6 Tempat Menarik Di Belgium Eropah

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 525 hits
Tempat Yang Wajib Dilawati Bila Ke Belgium Eropah Assalamualaikum semua Allah terasa lama tak menulis di sini tapi aku gagahkan jugak jari jemari ni hihi Aku buang semua rasa malas ni ke tepi demi nak kembali manfaatkan blog yang aku ada ni...
Tempat Menarik Di Johor Bahru

Tempat Menarik Di Johor Bahru

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 669 hits
Terletak di lokasi paling selatan dalam Malaysia kini makin banyak tempat menarik di Johor Bahru yang ditawarkan untuk pengunjung Banyak tempat juga sudah diberi nafas baru dengan penambahan beberapa pusat pelancongan terbaru Pusat Bandar y...
Ketahui 14 Tempat Menarik Untuk Dilawati Di Perlis

Ketahui 14 Tempat Menarik Untuk Dilawati Di Perlis

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 788 hits
Negeri Perlis Walupun negeri ini kecil tetapi ia mempunyai banyak tempat tarikan menarik untuk para pelancong Selain dikenali sebagai negeri yang terkenal dengan buah mempelam Harum Manis ia juga merupakan negeri yang menjadi pintu masuk ke...
Tempat Menarik Di Melaka Yang Anda Boleh Datang Bercuti

Tempat Menarik Di Melaka Yang Anda Boleh Datang Bercuti

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 794 hits
Jika anda ingin bercuti dalam negara pada tahun 2020 apa kata anda buat keputusan untuk pergi ke Melaka Kenapa Situ macam banyak tempat sejarah je macam tak best pula Walaupun Melaka terkenal dengan Bandaraya Bersejarah tetapi masih ada lag...
Jom Ke Setiu Tempat Menarik Di Setiu Terengganu

Jom Ke Setiu Tempat Menarik Di Setiu Terengganu

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 620 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang membaca blog saya Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya Baiklah untuk entri kali ini saya ingin kongsikan tempat menarik di Setiu Terengganu Berkunjung ke nege...
Tempat Tempat Menarik Di Korea Yang Wajib Korang Pergi Ayda Jebat Nabil Dah Lalui Saat Romantik Di Sini

Tempat Tempat Menarik Di Korea Yang Wajib Korang Pergi Ayda Jebat Nabil Dah Lalui Saat Romantik Di Sini

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 547 hits
Annyeonghaseyo Bila dengar perkataan tu je mesti teringat artis Korea yang hensem cantik dan comel tu kan Hehe Sebenarnya memang ramai yang simpan angan angan untuk jadikan Korea sebagai destinasi percutian Maklumlah Korea bukan hanya terke...
5 Tempat Menarik Di Italy Yang Paling Kerap Dikunjungi Pelancong

5 Tempat Menarik Di Italy Yang Paling Kerap Dikunjungi Pelancong

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 1217 hits
Itali adalah salah satu negara yang terletak di benua Eropah dan ia juga merupakan negara yang menerima ramai pelancong pelancong yang hadir bagi menikmati keunikan landskap semulajadinya seni budaya makanan yang lazat dan banyak lagi fakto...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game