77 Tempat Percutian Menarik Di Malaysia


“Ada tak tempat menarik selain dari hotel yang boleh saya tinggal ketika bercuti nanti?”
Soalan ini sering timbul setiap kali kita merancang percutian. Ini kerana, selain daripada tempat menarik untuk dilawati, tempat yang dipilih untuk menginap juga penting untuk memastikan kita dapat kepuasan penuh semasa bercuti.
Hasil dari misi peribadi saya mencari tempat penginapan luarbiasa semasa bercuti nanti, saya telah menyusun senarai 77 tempat percutian menarik di Malaysia.
Setiap satu tempat yang disenaraikan, menjanjikan pengalaman bercuti yang istimewa dan berlainan.
Mungkin anda mencari pengalaman bermalam diatas kapal, camping dibawah langit malam dihias bintang, atau menenangkan minda sambil dikelilingi hutan hijau yang belum pernah disentuh manusia, pasti boleh anda alami di salah satu resort yang tersenarai di bawah.
77. Casabrina Vacation Villas Raub, Pahang Keindahan yang melampau persis di dalam mimpi, inilah yang ditawarkan Casabrina Vacation Villas yang terletak di sebalik kehijauan flora Raub, Pahang. Bukanlah sebuah penginapan biasa kerana rumah percutian ini adalah sebuah penginapan bertaraf bukan 5, tapi 6 bintang!
Direka bentuk oleh AA Yoka Sara, seorang arkitek terkenal Bali, setiap pelusuk Casabrina Vacation Villas, luar dan dalamnya umpama lanskap indah yang mustahil dapat dilupakan.
Rumah percutian yang jauh dari kebingitan kota ini menawarkan 2 jenis villa iaitu Villa Aranya dan Villa Amertani.
Sesetengah villa lengkap dengan ruang santai dan balkoni. Untuk kedua-dua jenis villa ini, anda boleh memilih untuk menginap sama ada di tingkat atas atau bawah.
Sekiranya anda ingin melihat panorama yang menakjubkan tanpa batasan hutan hujan dan gunung di kejauhan, anda boleh memilih mana-mana villa yang terletak di tingkat atas.
Antara kemudahan lain yang boleh didapati di sini adalah kolam renang, sauna dan tab mandian terrazzo.
Telefon: +6016-980 3222
Facebook: Casabrina Vacation Villas
Alamat: Lot 1460, Jalan Tras, Mukim Tras, Raub
76. Dusun Bonda Resort Terletak di Ulu Tamu, Batang Kali, Dusun Bonda Resort menawarkan penginapan yang menceriakan dan mendamaikan di dalam lanskap tropika yang ditumbuhi pokok-pokok buah yang mekar.
Bukan sekadar penginapan, Dusun Bonda Resort menjanjikan suasana yang penuh dengan ketenangan dan padat dengan keseronokan untuk anak-anak. Antara tarikan yang terdapat di resort ini adalah kolam dengan air terjun buatan, buaian di atas sungai, taman permainan kanak-kanak, ruang makan di bahagian rooftop, dapur, surau, kemudahan bbq dan banyak lagi.
Selain aktiviti yang ditawarkan di dalam resort, anda juga boleh mengatur aktiviti luar seperti jungle trekking ke kawasan air terjun, bermandi-manda di kolam air panas yang hanyalah 3 minit dari sini atau mencuba nasib memancing ikan di kolam memancing air tawar yang hanyalah 4.2 km dari resort.
Mengenai penginapan di resort ini, Dusun Bonda menawarkan penginapan jenis studio villa, villa 3-bilik, dan juga Glam 5-metre Bell Tent serta Glam 4-metre Bell Tent. Secara keseluruhannya, resort ini dapat menampung sehingga 50 penginap dewasa pada satu-satu masa.
Laman Web: Dusunbonda.com
Tel: 012-663 3667
Alamat: Lot 2121 (2996), Jln Ulu Tamu, Kampung Orang Asli Gurney, Ulu Tamu, 443000 Batang Kali, Selangor Darul Ehsan
75. Rumah Kebun Semungkis Rumah Kebun adalah rumah percutian yang terletak di Kampung Semungkis, Hulu Langat. Dikelilingi oleh pokok-pokok yang tumbuh mekar, di sinilah anda sekeluarga dapat menghirup udara bersih yang dapat mengembalikan kesegaran segenap tubuh badan setelah berbulan lamanya tenggelam dalam asap kota.
Tidak hanya menjanjikan suasana luar yang sempurna untuk ketenangan jiwa, villa penginapannya juga sungguh mengujakan. Mengetengahkan konsep kedesaan dan minimal, atmosfera ini menambahkan lagi kedamaian penginapan.
Yang menariknya lagi, pihak Rumah Kebun menyediakan dapur yang berkonsep terbuka. Dapurnya juga serba lengkap dengan pelbagai kemudahan memasak. Fasiliti lain yang disediakan adalah ruang makan outdoor, bbq pit, dan kolam renang yang diairi oleh air sungai yang mengalir segar iaitu Sungai Semungkis.
Sambil bermandi-manda di dalam kolam, anda boleh memejamkan mata dan menikmati bunyi deruan sungai dan kicauan burung yang menyegarkan halwa telinga.
Sesudah bermain air, aktiviti seterusnya yang boleh anda rancang untuk lakukan adalah mendaki untuk menuju ke kawasan air terjun atau memberi makan kambing dan ayam kampung yang ada di sekitar. Bercutilah di sini sekiranya anda merindukan suasana kampung ya?
Facebook: RumahKebun
Emel: [email protected]
Alamat: Kampung Sungai Semungkis Batu 14 1/2 Hulu Langat, Langat, Selangor, 43100
74. Atas Villa Inginkan pengalaman bercuti yang “atas” atau mewah? Datanglah Ke Atas Villa di Ayer Keroh, Melaka. Penginapan berkonsep villa peribadi ini menyediakan beberapa banglo dan pelbagai kemudahan dalam sebuah kawasan yang berkeluasan 20,000 kaki persegi.
Penginapan dan seluruh villa ini bukan sahaja dihias dengan rekaan yang tampak mewah, elegan dan modern, malah juga dilengkapi dengan kelengkapan yang berkualiti tinggi.
Atas Villa menjanjikan pengalaman serba mewah bagai kelas atasan atau di-Raja. Dengan bilik-bilik yang dihias indah, keselesaan di sini bukanlah suatu persoalan. Anda juga disediakan dengan kolam renang peribadi, bilik game yang lengkap dengan PS4 dan meja pool, dan banyak lagi.
Buat pengetahuan anda Atas Villa juga menyediakan perkhidmatan sewaan untuk events seperti Majlis perkahwinan atau sambutan istimewa. Ikuti laman Facebook dan Instagram mereka untuk maklumat dan promosi terkini.
Alamat: N 0.8551, Solok, Jalan Sungai Putat, 75450 Ayer Keroh, Malacca
73. La Villa Langkawi Untuk sebuah percutian yang cukup relaxing dan tanpa tekanan, atau percutian secara berkumpulan dengan penginapan yang lebih private, bolehlah anda cuba La Villa Langkawi.
Berdekatan dengan Pantai Cenang, resort yang dibina di sebuah perkampungan kecil ini membawakan beberapa jenis villa atau bungalow yang boleh anda sewa mengikut kesesuaian percutian dan bajet anda. Sama ada 1 bilik, 2 bilik atau 3 bilik, semua villa di sini dilengkapi dengan kolam renang persendirian dan dihias indah.
Suasana tenang ini merupakan gabungan antara rekaan dalaman mereka yang natural, modern dan simple bersama keindahan alam semulajadi dan elemen-elemen alami. Di sini, mereka turut menyediakan perkhidmatan spa untuk anda yang ingin memanjakan diri dan yang tersayang.
Pengalaman mewah ini juga lengkap dengan servis transport yang boleh mengambil anda dari Lapangan Terbang dan menghantat anda ke mana-mana pusat pelancongan yang anda ingin lawati. Hilangkan tekanan dan stress dengan percutian private dan menenangkan ini di La Villa Langkawi.
Alamat: Lot5, Kg. Padang Putih, Jalan Pantai Tengah, Mukim Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah Darul Aman, Malaysia
72. Le’ Manah Retreat, Pahang Seperti berada di perkampungan Eropah, Le’ Manah Retreat adalah sebuah rumah banglo yang menawarkan banyak bilik penginapan selesa sama ada untuk kumpulan yang kecil atau ahli keluarga yang besar.
Penginapan yang ditawarkan di sini adalah Tudor Bungalow Zone (max 25 pax), Tudor Pond Zone (max 32 pax), Tudor Dorm Daisy (max 10 pax) dan Tudor Dorm Lily (max 6 pax).
Bagi para penginap Tudor Bungalow Zone, anda akan mendapat akses eksklusif untuk ruangan halaman, kolam renang kanak-kanak, outdoor hall dan kawasan lapang yang lengkap dengan ruang santai dan bbq pit.
Untuk penginap di Tudor Pond Zone anda mendapat akses terus ke kolam memancing dan kolam renang dengan air yang berpunca daripada gunung. Kemudahan lain yang disediakan adalah Open Pond Hall (lengkap dengan meja, tv, peti ais, bbq pit).
Kesemua penginap tanpa mengira zon penginapan dapat menggunakan segala fasiliti di Common Ground (lengkap dengan kolam memancing, gelanggang badminton / tenis, taman, akses peribadi ke kawasan sungai).
Telefon: Isnin – Jumaat (10.00 am – 6.00 pm) – +6019 321 8877 (Whatsapp) Facebook: Le’ Manah Retreat, Janda Baik Laman Web: le-manah-retreat.com Alamat: Lorong Belia 1, Kg Chemperoh, Janda Baik, 28750, Pahang
71. JapaMala Resort, Pahang Terletak di dalam lokasi yang tersembunyi jauh dari kesibukan kota, JapaMala Resort yang terletak di Pulau Tioman ini adalah sebuah penginapan menakjubkan yang diselubungi oleh keindahan alam semula jadi rimba hijau.
Baca: 31 Tempat Menarik Untuk Family Day Di Malaysia
Berkeluasan 11 ekar, JapaMala Resort yang merupakan sebuah ‘eco-luxe’ resort dibina dengan penuh teliti tanpa memberi kesan kepada alam semula jadi di sekelilingnya.
Sebagai penginap di resort ini, anda dapat menikmati waktu santai penuh privasi di pantai peribadi tanpa gangguan, dari sini juga anda dapat menikmati panorama indah matahari terbenam yang memukau mata. Pada waktu malam, dari resort ini anda sekeluarga dapat melihat keindahan ribuan bintang yang berkerdipan di langit.
Aktiviti lain yang boleh dilakukan adalah menyelam skuba, menikmati rawatan spa, bermandi-manda di kolam renang dan sebagainya.
Telefon: +603 2630 8324
Facebook: JapaMala Resort (Tioman Island)
Instagram: japamala_resort
Laman Web: japamalaresorts.com
Alamat: JapaMala Resort, Pulau Tioman, Pahang
70. Zamani’s Place, Kedah Bayangkan dapat terus terjun ke dalam kolam renang sebaik bangun dari tidur, inilah yang dapat anda rasai sekiranya menginap di Zamani’s Place. Resort peribadi ini memiliki 8 buah bilik serta banyak fasiliti menarik yang dapat memaksimakan keseronokan percutian anda sekeluarga tanpa perlu keluar dari kawasan penginapan.
Antara kemudahan yang disediakan adalah kolam renang yang luas untuk anda bermandi-manda sepuas hati, taman yang mekar dengan pelbagai jenis tumbuhan hijau dan kolam ikan.
Tarikan Zamani’s Place tidak terhenti di sini, lokasinya juga cukup menggoda jiwa. Dikelilingi oleh sawah padi dan berhadapan dengan lautan selat Melaka, dari halaman belakangnya pula anda dapat menyaksikan pemandangan menakjubkan Gunung Jerai. Apa lagi yang anda inginkan?
Telefon: +6011-2627 6589
Alamat: Lot 5501, Jalan Pantai Murni | Kampung Pantai Murni, Yan Besar, Yan, Kedah
69. Chalet Su, Terengganu Terletak hanyalah 15 minit dari bandaraya Kuala Terengganu adalah sebuah penginapan menarik dalam harga bajet, Chalet Su. Siapa kata untuk dapatkan penginapan yang best perlu keluarkan belanja yang banyak?
Chalet ini menyediakan sebanyak 12 buah bilik penginapan dan juga sebuah homestay yang kesemuanya menyajikan pemandangan lautan biru. Tahap keselesaan, kebersihan dan kemudahannya cukup tip-top!
Antara kemudahan yang disediakan untuk para penginap adalah ruang bbq, pantry, tempat meletak kereta dan pondok-pondok rehat.
Dah puas bersantai di chalet? Anda boleh juga merancang untuk ke Pulau Kapas yang terletak hanyalah 10 minit dari chalet ini.
Tak perlu bersusah-payah, segala urusan untuk anda ke sana seperti perkhidmatan bot, penginapan di kawasan pulau dan sebagainya boleh diuruskan oleh pihak Chalet Su.
Telefon: +6017 6797672 / +6012 2394490
Facebook: Chalet Su Terengganu / Chalet Su & Spa
Instagram: chaletsuterengganu
Alamat: Chalet Su, A1545, Kampung Rusila, 21600 Marang, Terengganu
68. Samaya Villa, Melaka Rindukan suasana semasa bercuti di Bali? Atau impian anda untuk bercuti ke Bali masih tidak kesampaian? Menginaplah di Samaya Villa. Sebaik menjejakkan kaki ke dalam kawasan villa, tidak mustahil untuk anda terlupa lokasi sebenar percutian yang masih lagi di dalam negara dan bukannya di Bali.
Terletak berdekatan dengan Pantai Klebang, dekorasi dalaman villa ini cukup menarik dipandang kerana pemiliknya menggunakan karya seni asli sebagai sebahagian daripada perhiasan dan juga perhiasan mewah lain.
Bangun pagi daripada rehat yang melegakan di katil yang empuk, anda boleh terus berendam badan di dalam kolam renangnya atau bersantai di ruang taman villa yang penuh dengan kehijauan.
Airbnb: Samaya Villa
Telefon: +6012 631 8668
Facebook: The Samaya Luxury Villa – Melaka
Alamat: 7602, Jalan Taman Mawar, Taman Mawar, 75200 Klebang Besar, Melaka
67. Daun Retreats, Selangor Terletak hanyalah 30 minit pemanduan dari Kuala Lumpur, Daun Retreats adalah destinasi yang perlu anda tuju sekiranya ingin lari dari beban hidup di kota secepat yang mungkin.
Berlatar belakangkan kehijauan pokok yang mekar, sesuai dengan nama penginapan, Daun Retreats adalah salah satu penginapan yang dapat membuatkan jiwa anda terbang di awangan sebaik terpandang akan keindahan dekorasi dan binaannya yang cukup indah.
Untuk pengetahuan anda, Daun Retreats menawarkan beberapa buah penginapan berbeza iaitu Gerimis Senja Villa (villa 3 bilik), Norehan’s Place (penginapan ala-kampung dengan kebun) dan Kasturi Cabin (penginapan kontena).
Telefon: +6012 252 2235
Facebook: Gerimis Senja Villa
Instagram: daunretreats
Laman Web: daunretreats.com
Alamat: Batu 17 3/4, Kampung Dusun Tua, 43100, Selangor
66. Desa Damai Chalet, Melaka Siapa yang tidak suka sentiasa ditemani bunyi ombak yang menyegarkan deria telinga? Untuk menikmati salah satu keindahan dunia ini, bookinglah Desa Damai Chalet.
Di sini terdapat 4 buah chalet kayu dengan reka bentuk rumah tradisional yang masing-masing lengkap dengan pelbagai kemudahan yang dapat menambahkan keselesaan. Tahap kebersihannya? Cukup sempurna.
Tidak jauh dari sini, terdapat restoran makanan laut yang boleh anda cuba untuk menghilangkan rasa lapar sebelum melakukan banyak aktiviti yang ditawarkan di sekitar seperti lawatan ke pusat penetasan penyu atau berkelah di tepi pantai.
Malas bergerak jauh dari chalet? Anda boleh menggunakan kemudahan bbq yang disediakan pihak chalet atau berehat di gazebo yang ada untuk menikmati pemandangan dan bayu laut.
Telefon: +6019 234 8966 / +6019 352 9351
Facebook: Desa Damai Chalet
Instagram: desadamaichalet
Alamat: Lot 1681, Batu 22 1/2, Kampung Hailam, Pengkalan Balak, Melaka
65. Cottage Homes PD, Negeri Sembilan Penuh dengan warna-warni, penginapan ini pasti dapat menaikkan lagi mood percutian anda bersama keluarga. Cottage Homes PD adalah sebuah pilihan yang tepat sekiranya anda membawa anak-anak kecil.
Penginapan yang ditawarkan adalah Mini Banglo Daisy Cottage, Bluebell Cottage, Studio Suite Cottage dan Sunflower Cottage. Dari warna pink hinggalah biru, memandang sekitar kawasan rumah penginapan ini, tak ubah seperti berada di taman tema yang ceria. Dekorasi dalamannya? Tidak ubah seperti berada di IKEA.
Bukan sahaja sedap dipandang mata, kelengkapan fasilitinya juga dapat membuat anda tersenyum.
Antara kemudahan yang disediakan adalah kolam renang (dewasa dan kanak-kanak), meja makan dan kerusi di ruangan patio, air filter cuckoo, bbq pit, sun lounger, kawasan untuk beraktiviti, parking yang luas dan juga gazebo.
Telefon: +6011 1149 5235
Facebook: cottagehomespd
Instagram: cottagehomespd
Alamat: Cottage Homes PD, Kg Sawah Sunggala Port Dickson
64. Suara Rimba Hulu Langat Chalet, Selangor Ingin bercuti tanpa perlu mengeluarkan belanja yang banyak? Dari hanya RM100 semalaman, anda boleh memilih untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga di Suara Rimba Hulu Langat Chalet.
Cukup banyak aktiviti yang boleh dilakukan di chalet yang terletak berdekatan dengan kawasan sungai ini. Antara yang boleh anda rancang untuk lakukan adalah berbbq dan bermandi-manda di kolam renang dengan sepuas hati sehingga lewat malam. Yang bestnya, kolam ini menggunakan air sungai yang segar.
Selain ini semua, anda turut dapat melihat dengan dekat banyak haiwan yang dibiarkan bebas di sekitar resort seolah-olah menginap di dalam zoo mini. Antara haiwan jinak yang ada adalah seperti itik, ayam, burung merak, anak pelanduk dan sebagainya. Sangat menarik bukan?
Telefon: +6013 604 4440
Facebook: Suara Rimba Hulu Langat Chalet
Alamat: Suara Rimba Hulu Langat Chalet, Tanah Rizab Asli, Sg Lopo, Hulu Langat, Negeri Sembilan
63. Casa Bayu Chalet, Kedah Casa Bayu Chalet adalah sebuah penginapan yang cukup luas untuk anda yang datang bersama keluarga besar dan tanpa perlu mengeluarkan belanja yang besar. Dari hanya semurah RM130 semalaman anda sekeluarga dapat menikmati percutian yang penuh dengan keseronokan.
Lengkap dengan kolam renang, pantry dan kemudahan berbbq, anda boleh menggunakan kesemua fasiliti ini pada bila-bila masa.
Terletak bertentangan dengan lautan yang luas, anda boleh juga melakukan aktiviti memancing atau menjalan ikan. Kalau bernasib baik, mungkin boleh dapat hasil tangkapan seperti ikan sembilang, ikan belanak dan udang.
Telefon: +6019 529 4736
Facebook: Casa Bayu Chalet
Alamat: Lot 60010 Seksyen 4 Belakang Sek. Keb. Tok Mat Salleh Kampung, Ruat, Yan, Kedah
62. The Cedar at Bidor, Perak The Cedar at Bidor adalah sebuah villa yang besar berlokasi di Bidor, Perak. Terletak di atas tanah yang berkeluasan 4 ekar di tengah-tengah hutan hijau, anda dapat merasai ketenangan sebenar bercuti di dalam lokasi yang penuh privasi.
Villa ini mampu memberikan keselesaan kepada sehingga 20 orang penginap pada satu-satu masa. Lengkap dengan 8 buah bilik tidur beserta 8 buah bilik mandi dan 2 tandas. Kemudahan lain yang disediakan adalah ruang makan outdoor, dapur, kids playroom, pool table, ruang tamu / ruang karaoke, kawasan bbq dan kolam renang infiniti.
Cukup lengkap fasiliti yang disediakan, tapi ini bukanlah segalanya. Kedudukan villa ini juga antara faktor utama yang menjadikannya pilihan penginapan ramai. Dari villa ini, anda dapat menikmati pemandangan indah mentari terbenam atau terbit sambil menyaksikan kehijauan hutan hujan dan Sungai Gepai.
Ingin melakukan aktiviti luar? Anda boleh melawat kawasan Air Terjun Gepai yang terletak hanya 5 minit dari sini.
Telefon: +6012-683-9979
Facebook: The Cedar at Bidor
Instagram: thecedarbidor
Laman Web: thecedarbidor.com
Alamat: Lot 1852, Jalan Paku, Kampung Chang, 35500 Bidor, Perak
61. The Waterway Villa, Pahang Sebuah penginapan yang dikelilingi oleh kehijauan bukit-bukau hutan hujan Bentong, The Waterway Villa menawarkan penginapan penuh privasi di dalam villa indah. Ia juga menjanjikan pelbagai aktiviti menarik dan hidangan makanan yang menyelerakan.
Antara aktiviti yang boleh dirancang adalah seperti river tubing, jungle trekking, bermandi-manda sambil berseronok dengan gelongsor air, menaiki ATV, paintball, memanah, karaoke dan bermacam-macam lagi.
Dah puas beraktiviti, anda boleh singgah ke kebun durian untuk menikmati durian Musang King dalam harga borong. Namun begitu, ini hanyalah ditawarkan pada musim durian. Rancang percutian anda pada musim durian nanti ke sini ya?
Untuk penginapannya pula, terdapat beberapa jenis bilik yang ditawarkan dan salah satunya adalah Family Suite di Stone Villa yang dapat memuatkan dari 8–12 orang penginap. Lengkap dengan ruang santai yang dikelilingi oleh taman hijau.
Lokasinya, hanyalah 40 minit dari KL. Nak cepat-cepat lari dari pencemaran kota, bookinglah villa ini.
Telefon: +6012 722 6711
Facebook: The Waterway Villa
Instagram: The Waterway Villa
Laman Web: thewaterwayvilla.com
Alamat: PT 21564, Batu 7, Jalan Kuala Lumpur Lama, Bentong Pahang Bentong Pahang, 28750
60. Casa Hill Resort, Pahang Akhir-akhir ini semakin banyak penginapan kontena yang diberikan sentuhan kreatif sehingga kelihatan seperti sebuah rumah mewah. Salah satu penginapan yang melalui proses yang sama adalah Casa Hill Resort.
Rumah cabin / kontena mewah ini adalah antara penginapan yang ditawarkan kerana di sini juga terdapat villa yang luas lengkap dengan 12 buah bilik. Berkaitan dengan rumah kontenanya, kesemua 23 buah kontena ini telah diubahsuai sehingga menjadi penginapan yang elegan, lengkap dengan bilik mandi.
Mengenai kemudahan yang disediakan pula, terdapat kolam jakuzi, kolam renang kanak-kanak / dip pool dan akses wifi percuma.
Telefon: +6017 920 8899 / +6016 988 3388
Facebook: Casa Hill Resort
Laman Web: casahillresort.com
Alamat: 189, Jalan Jeram Akar , Kg Arang, Sungai Lembing, 26200 Kuantan
59. Casa Loma, Pahang Suasana yang damai penuh dengan kehijauan pokok dan tanaman warna-warni bungaan yang mekar dapat anda nikmati setiap kali melangkah keluar dari bilik, inilah yang dapat anda rasai sepanjang penginapan di Casa Loma.
Sementara itu, bilik penginapannya pula, cukup luas untuk keselesaan penginapan bersama keluarga. Ia juga lengkap dengan ruang balkoni peribadi untuk anda menikmati udara segar Cameron dan pemandangan mendamaikan jiwa dalam suasana penuh privasi. Pendek kata, anda dapat menikmati suasana penginapan umpama sebuah hotel bertaraf 5 bintang dalam harga bajet.
Kedudukannya, cukup strategik, mudah untuk anda ke kawasan pekan dan kedai-kedai berdekatan yang hanyalah kurang 10 minit berjalan kaki dari sini.
Telefon: +6019 627 2199
Facebook: Casa Loma Cameron Highlands
Alamat: Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang
58. Marakau Cabin Lodge, Sabah Jom bersantai sambil menikmati udara yang 100% segar tanpa sezarah pencemaran di Marakau Cabin Lodge. Penginapan yang terletak di Ranau, Sabah ini turut menghidangkan kemegahan Gunung Kinabalu sebagai latar belakang kabin. Keindahan pemandangannya tidak ubah seperti di New Zealand.
Penginapan yag dibina di atas tanah yang berkeluasan 0.405 hektar ini menawarkan beberapa buah kabin kayu yang berbentuk silinder, segi tiga dan juga bentuk kotak. Memang unik!
Untuk beraktiviti, anda boleh singgah ke dusun buah yang terletak di dalam kawasan kabin atau berbbq dengan kemudahan yang disediakan.
Aktiviti lain yang boleh dibuat adalah seperti paragliding dan juga menikmati mandian hangat di kolam air panas semula jadi yang terletak berdekatan.
Telefon: +6019 831 2866/ 088 878338
Facebook: Marakau Cabin Lodge
Alamat: Marakau Cabin Lodge, Kampung Marakau, Ranau
57. Casa Tanjung Jara, Terengganu Casa Tanjung Jara adalah sebuah penginapan tepi pantai yang luas, cukup sesuai untuk anda yang datang bercuti bersama keluarga besar atau untuk membuat reunion.
Lokasinya yang terletak berhadapan dengan kawasan pantai di mana angin laut sentiasa bertiupan dan bunyi ombak dapat didengari setiap kali terjaga dari tidur menjadikan penginapan ini pilihan yang tepat untuk anda yang ingin mendapatkan ketenangan jiwa.
Mengenai penginapan yang ditawarkan, anda boleh memilih sama ada untuk menginap di villa 3 bilik yang memiliki dapur serta halaman berkolam renang, atau lodge dengan 8 buah bilik yang lengkap dengan surau dan ruang makan.
Telefon: +6019 959 1355
Facebook: Casa Tanjung Jara
Laman Web: casatanjungjara.wordpress / casatanjungjara.business.site
Alamat: Jalan Pantai Teluk Bidara, Kampung Gok Kapur, 23050 Kuala Dungun, Terengganu
56. Chengal Hill Retreat, Pahang Berbeza dari yang lain, Chengal Hill Retreat adalah sebuah penginapan yang agak viral kerana keunikan reka bentuknya yang sangat menarik dipandang. Rumah kecil daripada kayu yang bercat coklat dan hitam ini kelihatan seakan-akan rumah pondok di atas pokok yang comel.
Pemandangan rumah yang dibina dengan penuh kecomelan ini disempurnakan lagi dengan udara sejuk dan segar kawasan hutan yang dapat menyegarkan segenap tubuh badan.
Terletak di tanah yang berkeluasan 0.8 hektar, suasana kampungnya ‘disemarakkan’ lagi dengan kehadiran ayam yang berkeliaran serta sungai yang mengalir dengan tenang. Tiada sebab untuk anda tidak merancang percutian di sini.
Sepanjang penginapan, anda tidak akan pernah kebosanan dengan bermacam tawaran aktiviti yang ada seperti berseronok di kawasan sungai, berbbq, berbasikal, menaiki 4×4, berjungle trekking dan memanah.
Telefon: +6017 201 5118
Facebook: Chengal Hill Retreat
Alamat: Lot 8537 Kuala Lurah, Kampong Janda Baik, Pahang
55. Cabana Retreat, Sabah Terletak hanyalah dalam sekitar 1 jam 30 minit dari Kota Kinabalu, Cabana Retreat Kota Belud Sabah memberikan anda peluang untuk merasai pengalaman berglamping atau bercamping dalam kemewahan.
Walaupun berkonsep outdoor, anda masih dapat menikmati keselesaan yang setaraf dengan hotel biasa namun dengan bonus anda dapat bersatu dengan alam semula jadi.
Khemah-khemah mewah yang didirikan dapat memuatkan dari 2 orang dewasa sehinggalah kepada 4 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak. Kesemua khemah yang bersaiz 5 meter lengkap dengan ruang balkoni di mana anda dapat bersantai dan berbbq.
Antara kemudahan yang disediakan adalah ruang makan di tepi pantai, kolam renang dengan pemandangan pantai dan bilik mandian kongsi.
Untuk aktiviti yang boleh dilakukan pula, tidak mengecewakan, cukup banyak! Antaranya adalah menonton tayangan filem outdoor, berbasikal, kite flying, menaiki bot pedal, menaiki jet ski dan lain-lain lagi.
Telefon: +6013 885 0903
Facebook: Cabana Retreat
Instagram: Cabana Retreat
Laman Web: cabanaretreat.com
Alamat: Lot 8537 Kuala Lurah, Kampong Janda Baik, Pahang
54. The Banjaran Hotsprings Retreat, Perak Berlatar belakangkan bukit-bukit batu kapur, The Banjaran Hotsprings Retreat adalah sebuah penginapan yang paling sempurna pernah anda temui. Kesemua penginapan yang ditawarkan adalah villa mewah yang terletak di dalam lokasi penuh privasi untuk anda menikmati percutian dalam ketenangan.
Sesetengah kawasan penginapan menyajikan pemandangan sungai, sesetengahnya pula (yang bernilai lebih tinggi) memiliki kawasan halaman sendiri.
Lokasinya, hanyalah 10 minit perjalanan kaki dari Taman Tema Air Lost World of Tambun. Tapi sekiranya anda tidak bercadang untuk keluar dari kawasan penginapan, anda sebenarnya telah membuat pilihan yang tepat.
Resort ini lengkap dengan restoran terbuka, spa, pusat kecergasan, kolam renang, gua-gua yang terbentuk secara semula jadi dan kawasan kolam geothermal untuk mandian air panas.
Telefon: +605 210 7777
Facebook: The Banjaran Hotsprings Retreat, Ipoh
Instagram: thebanjaranhotsprings
Laman Web: thebanjaran.com
Alamat: 1, Persiaran Lagoon, Sunway 3, 31150 Ipoh, Negeri Perak
53. Sugeh Village Country House, Selangor Pernah dengar tentang Sugeh Village Country House? Penginapan ini adalah rumah percutian milik salah seorang usahawan yang berjaya di Malaysia iaitu Dato’ Aliff Syukri. Siapa yang tak kenalkan?
Di sini, terdapat banyak jenis rumah penginapan dan bilik selesa untuk dipilih. Pemandangannya? Cukup untuk membuatkan anda terlupa segala masalah di dada. Bagi yang membawa anak kecil pula, Sugeh Village Country House turut memiliki zoo mini yang menempatkan bermacam jenis haiwan seperti burung unta, ayam, kuda, angsa, rusa dan lain-lain.
Dah puas berjalan menikmati keindahan lanskapnya, anda boleh merendamkan badan di dalam kolam renang besar yang disediakan. Turut terdapat bersebelahan dengan kolam ini adalah sebuah kolam kecil ala-jakuzi untuk mandian yang lebih santai di mana anda boleh berendam sambil membaca novel.
Kemudahan lain yang disediakan adalah bbq pit, tapi jangan lupa untuk membeli arang dan starter sendiri.
Telefon: Isnin – Jumaat (11.00 am – 8.00 pm): +6012 409 2865
Instagram: sugeh.resort
Laman Web: sugeh-village-country-house.business.site
Alamat: 2974, Lorong Melati, Kampung Cempedak, 47000 Sungai Buloh, Selangor
52. Home@11 Homestay, Melaka Di saat terpandang Home@11 Homestay, anda pasti akan teruja melihat keindahan seni binanya yang cukup indah. Rumah kayu tradisional ini dapat menggamit nostalgia kehidupan di kampung yang penuh dengan kedamaian.
Rumah yang terletak di Bandar Hilir, Melaka ini juga memiliki kolam renang dan bilik rekreasi yang lengkap dengan piano dan permainan carrom. Di bawah rumah ini, ada ruang santai yang boleh anda gunakan untuk berbual sambil menikmati udara luar atau mengawasi anak-anak yang sedang berseronok di kolam renang.
Walaupun sebuah rumah kampung, kemudahan yang disediakan cukup moden seperti tv bersiaran Astro di dalam setiap bilik, wifi dan lain-lain. Yang bestnya, anda juga boleh menggunakan basikal secara percuma untuk explore sekitar Melaka.
Laman Web: AirBnB
Alamat: 11, Lorong Laksamana Cheng Ho 5, Taman Bakti Bandar Hilir, 75000 Melaka
51. Homestay Rumah Sungai, Perak Homestay Rumah Sungai adalah sebuah penginapan daripada kayu yang terletak di tepian sungai yang masih agak baru dibuka. Setiap penginapannya lengkap dengan ruang balkoni untuk anda melihat pemandangan air sungai yang mengalir serta menghirup udara segar daripada kawasan hutan.
Bukan itu sahaja, homestay ini turut tidak sunyi dari aktiviti rekreasi yang menarik seperti berbasikal mengelilingi kampung, bermandi-manda atau memancing di sungai / air terjun, berjungle trekking dan banyak lagi.
Telefon: +6011 3272 6225
Facebook: Rumah Sungai
Alamat: Kg Kuak Lata Papan, 33400 Lenggong, Perak
50. Farm Ville Cafe & Homestay, Selangor Farm Ville Cafe & Homestay ataupun lebih dikenali sebagai Sekinchan Container Hotel adalah sebuah penginapan yang didirikan menggunakan kontena besi yang datang dalam pelbagai saiz dan disusun dengan kreatif.
Daripada setiap penginapan kontena ini, anda dapat menikmati pemandangan yang meluas hamparan sawah padi yang penuh dengan kehijauan.
Berkenaan dengan fasiliti yang disediakan, cukup banyak dan menarik, antaranya adalah mini golf, trampoline, jakuzi, kolam renang kanak-kanak yang lengkap dengan gelongsor, taman, kawasan bbq, akses wifi percuma dan banyak lagi.
Waktu terbaik untuk bercuti di sini adalah antara bulan Mac – April dan Oktober – November ketika mana padi mula menghijau.
Telefon: +6017 206 8666
Facebook: Farm Ville Cafe & Homestay
Laman Web: farmvillehomestay.com.my
Alamat: 11304, Jalan Tepi Sawah, Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor
49. KeCabin Homestay Bungalow in a Village, Melaka Penginapan dalam kontena yang seterusnya ini adalah KeCabin Homestay Bungalow in a Village. Ya, ianya terletak di dalam kawasan kampung iaitu di Semabok, Melaka, jauh dari hiruk-pikuk kota dan pencemaran.
Kelihatan dari luar tidak ubah seperti kontena biasa, tapi jangan terkejut sebaik memasuki ruangan dalamnya, cukup luas dan penuh dengan keselesaan.
Lengkap dengan pendingin hawa yang boleh membuat anda menggigil kesejukan, tv dengan siaran Astro, telekung bersih, akses wifi dan sebagainya. Dekorasi dalamannya, cukup sejuk dipandang, langsung tidak kelihatan seperti kontena kerana dinding dan lantainya diselaputi oleh lapisan bertona kayu.
Selain kabin, anda juga boleh memilih untuk menginap di Bungalow in a Village yang lebih luas untuk anda yang datang bercuti beramai-ramai.
Dah puas berehat? Mai mandi di kolam renangnya yang sesuai digunakan oleh dewasa dan kanak-kanak.
Telefon: +6012 308 0929
Facebook: KeCabin by Bungalow in A Village
Instagram: kecabin
Alamat: Lot 463 jalan Bunga Kemboja 8, Semabok Dalam, 75050, Melaka
48. Teratak Sofea, Selangor Teratak Sofea adalah sebuah homestay berkonsep rumah kayu tradisional namun sempurna dengan bermacam kemudahan moden. Rumah ini lengkap dengan 2 buah bilik serta ruang tamu yang kesemuanya berpendingin hawa. Teratak indah ini bertambah serinya dengan ruang balkoni luas sebagai ruang santai.
Bukan itu sahaja, ia juga menawarkan dua buah kolam renang yang boleh dinikmati sepuas hati oleh kesemua ahli keluarga. Kemudahan lain yang disediakan adalah dapur yang lengkap dengan fasiliti memasak, bbq pit (dengan caj tambahan) dan mesin basuh. Cukup sesuai untuk percutian panjang.
Telefon: +6012 233 3636
Alamat: 1632, Jalan Manggis Batu 9, Kampung Medan Sijangkang, 42500 Telok Panglima Garang Selangor
47. Nouri Villa Glass House, Hulu Langat Rindukan alam semula jadi? Menginaplah di Nouri Villa Glass House. Di sini anda dapat menikmati lanskap hijau tanpa mengira masa, walaupun ketika hujan bercurahan.
Rumah kaca ini  secara keseluruhannya menawarkan 7 buah bilik yang dapat memberikan keselesaan kepada 16 orang penginap. Di samping itu, ia juga lengkap dengan hiburan smart tv dan jakuzi. Di halaman belakang rumah pula terdapat sebuah kolam ikan dengan ikan talapia dan ikan patin.
Kelaparan? Anda boleh singgah ke dusun buah-buahannya untuk menikmati buah segar dari pokok seperti durian, manggis, rambutan, pisang, ciku, avocado dan banyak lagi!
Selain ini semua, berdekatan dengan homestay ini terdapat 2 batang sungai yang mengalir jernih untuk anda jadikan lokasi bermandi-manda. Ingin mengadakan bbq? Kemudahan ini boleh diminta daripada pihak penginapan.
Telefon: +6017 617 6774
Airbnb: NOURI VILLA | A Tale of Two Rivers
Facebook: Nouri Glass Villa – Hulu Langat
Instagram: nourivilla
Laman Web: AirBnB
Alamat: Lot 3488, Jalan Sungai Congkak, Kampung Padang, 43100 Hulu Langat, Selangor
46. Dreamland Beach Holiday, Sabah Selain Cottage Homes PD, penginapan lain yang juga ceria dengan warna-warni adalah Dreamland Beach Holiday. Designnya yang berbentuk segi tiga juga menambahkan keunikan dan menjadi sebab kukuh untuk anda booking.
Terletak di Kampung Tampakan, penginapan indah ini menyajikan pemandangan lautan biru yang menyegarkan pandangan.
Kesemua biliknya lengkap dengan pendingin hawa dan cukup luas untuk keselesaan anda yang datang bercuti bersama keluarga.
Di sini, anda boleh melakukan aktiviti lasak menaiki ATV, memancing, menaiki bot atau sekadar bersantai di tamannya sambil berbbq dan menikmati pemandangan.
Telefon: +6016 832 5331
Facebook: Dreamland Beach Holiday
Alamat: Dreamland Beach Holiday, Kampung Tampakan, Kudat, Sabah
45. The Nahara Kalumpang, Selangor Terletak di hulu Selangor, The Nahara Kalumpang menawarkan penginapan jenis chalet kayu dan villa yang indah untuk diinapi.
Di sini, anda dapat menikmati kebebasan umpama seekor burung tatkala meneroka alam semula jadinya yang cukup luas. Anda boleh merentasi sungai melalui jambatan comel yang disediakan,.
Anda juga boleh merentas sungai sambil merasai kesegaran air sungai di kaki dengan berpaut pada tali yang disediakan. Aktiviti lain yang boleh dilakukan adalah flying fox (mini) atau berseronok menikmati tiupan angin di atas sambil bermainb buaian.
Kemudahan lain yang disediakan adalah surau terbuka, wakaf yang banyak (perlu reserve terlebih dahulu), tandas, tapak perkhemahan dan padang yang luas untuk bermacam aktiviti.
Telefon: +6019 431 2193 / +603 604 91171
Facebook: Nahara Resort Kalumpang
Alamat: The Nahara Kalumpang, Lot 428, Jalan Kg Pasir Putih, Kalumpong, Kerling, Hulu Selangor, Selangor
44. Glamz At Genting, Pahang Ini bukan glamping biasa, tapi glamping yang extra mewah bagi anda yang ingin merasai pengalaman bercamping dengan penuh glamour. Lokasinya adalah di Glamz At Genting di Jalan Meranti, Genting.
Menginap di sini, sebaik tiba waktu malam, anda dapat menyaksikan keindahan langit dengan taburan bintang yang berkerdipan, satu pemandangan yang sungguh mempesonakan.
Antara jenis penginapan yang disediakan adalah seperti Dome Room dengan sebahagian dinding kaca membentangkan pemandangan langit, VIP Dome yang lengkap dengan jakuzi peribadi, Bell Tent untuk keselesaan 4 orang penginap dan Family Dome untuk 8 pax.
Antara fasiliti yang disediakan adalah jakuzi, bilik steam, inflatable playground dan bbq pit (dengan caj tambahan).
Telefon: +6012 664 5269
Facebook: Glamz At Genting
Instagram: glamzspace
Laman Web: glamz.com.my
Alamat: Glamz At Genting, 1, Jalan Meranti, 69000 Genting Highlands, Pahang
43. Villaku, Pahang Villaku Residences yang terletak di Balok Kuantan ini merupakan dua villa yang telah digabungkan menjadi satu.
Setiap Villa boleh memuatkan 18 orang dan mempunyai kolam renang peribadi yang tersendiri.
Lokasi dan rekebentuk Villa yang menarik membuat tempat ini ideal untuk bercuti bersama keluarga, rakan-rakan atau boleh digunakan untuk majlis seperti perkahwinan tepi pantai.
Apabila anda sudah puas mandi swimming pool, anda boleh ke pantai yang hanya beberapa langkah dari laut yang tenang.
Telefon: +6019 266 9669
Airbnb: Beachfront VILLAKU RESIDENCES
Facebook: Villaku Residence
Instagram: Villaku Residence
Laman Web: villakuresidence.com.my
Alamat: Lot 28195, Kg Pantai Balok, 26080, Balok, Kuantan, Pahang
42. Tadom Hill Resort, Selangor Kalau anda mencari destinasi yang berlainan dengan harga yang berbaloi untuk bercuti bersama rakan–rakan, Tadom Hill Resort ini pasti menjadi pilihan utama anda.
Anda boleh menjumpai Tadom Hill Resort di Banting Selangor. Jika anda sedar resort ini sudahpun menjadi viral di media sosial.
Ini kerana pengunjung ke resort ini bukan saja dapat memilih untuk bermalam didalam chalet terbuka atau kemah, mereka juga dapat menikmati keindahan alam semulajadi yang boleh dijumpai di sana. Nak mengelakkan panas matahari tengah hari, terjun saja dalam tasik yang ada disitu.
Telefon :
Reception (9am – 10pm) – +6012 522 5908 Reservation (9am – 5pm) – +6012 522 5728 Facebook : Tadom Hill Resort
Instagram : Tadom Hill Resort
Laman Web : tadomhillresorts.com
Alamat : Kampung Labohan Dagang, Banting, Selangor, Malaysia
41. Fig Tree Hill, Pulau Pinang Fig Tree Hill Pulau Pinang ini menawarkan suasana yang tenang untuk berehat bersama keluarga. Hanya 15 minit drive dari lapangan terbang Pulau Pinang, Resort ini akan buat anda lupa hiruk-piruk bandar yang and baru tinggalkan.
Telefon : +6019 362 0270
Facebook: Fig Tree Hill Resort
Instagram: Fig Tree Hill Resort
Laman Web: figtreehill-resort.com
Alamat: Jl. Kenari, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang, Malaysia
Selanjutnya Di Booking.com 40. Sailors Rest, Pahang Jika anda mencari pengalaman bermalam di atas sebuah bot, anda perlu ke Sailor’s Rest Bentong, Pahang. Bot ini boleh memuatkan 2 orang dan mempunyai tempat rehat dan ruang tamu yang tersendiri.
Jika tidur diatas air bukan didalam agenda anda, anda boleh memilih untuk bermalam di chalet atau berkelah di kawasan kemah yang disediakan.
Telefon : +6012 360 9227 | 603-4292.7036
Laman Web: sailorrest.com
Alamat: Lot 8592, Lorong Dato Panglima, Kg. Sg. Lurau, Janda Baik 28750 Bentong, Pahang
Selanjutnya Di Booking.com 39. Casabrina Villa, Pahang Hanya satu jam dari Bandar Kuala Lumpur jika anda memandu, Casabrina Villa Pahang merupakan tempat dimana kemewahan dan keindahan alam semulajadi bertemu.
Baca: 28 Airbnb Menarik Di Malaysia Untuk Pengalaman Menginap Yang Luar Biasa
Gabungan hutan lipur dan keselesaan hotel 6 bintang menjadikan resort ini ideal untuk pencinta alam yang mengutamakan keselesaan.
Berehat di infinity pool mereka sambil menikmati pemandangan hutan lipur yang menakjubkan. Aktiviti yang anda boleh lakukan di sini termasuk golf, jungle trekking dan safari.
Telefon : +6016 980 3222
Facebook: Casabrina Villa’s
Instagram: Casabrina Villa’s
Laman Web: casabrina.net
Alamat : Jalan Tras, Mukim Tras 27600 Raub, Pahang
Selanjutnya Di Booking.com 38. Malihom, Pulau Pinang Jika anda sedang merancang percutian ke Pulau Pinang dan masih mencari resort untuk tinggal semasa anda disana, Malihom Retreat mungkin apa yang anda carikan.
Malihom Retreat pulau pinang ini letaknya di Balik Pulau dan menawarkan pengalaman bercuti yang menarik dekelilingi pokok-pokok hijau.
Telefon : +604 261 0190
Facebook: Malihom Retreat
Instagram: Malihom Retreat
Laman Web: malihom.com
Alamat : Kiri N/t 168 Bukit Penara Mukim 6, Balik Pulau, Pulau Pinang, Malaysia
Selanjutnya Di Booking.com 37. Idaman House, Pahang Idaman House ini terletak di Tanarimba Janda Baik, hanya 35 kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur.
Untuk Pencinta Alam Semulajadi, Janda baik mempunyai spektrum spesis tumbuhan dan hidupan liar yang luas.
Di sini anda dapat rumah persendirian 5 bilik yang boleh memuatkan 10 orang tetamu. Dari balkoni bilik anda akan melihat pemandangan hutan hujan tertua di Malaysia. Sesuai untuk Weekend Getaway bersama keluarga atau rakan-rakan.
Telefon: +603 2730 9988
Laman Web: avillionprivatecollection.com
Alamat: Jalan Tanarimba Pine, Kampung Janda Baik, 20750 Kampung Bukit Tinggi, Pahang
36. Masbro Village, Melaka Kepada suka bergambar, ini mungkin destinasi terbaik untuk anda. Terletak di kawasan Paya Rumput Melaka, Masbro Village ini merupakan perkampungan berwarna-warni yang serupa dengan apa yang boleh di jumpai di Brighton Beach Melbourne Australia.
Hotel Butik yang berwarna-warni ini lengkap dengan segala kemudahan untuk memastikan penginapan anda selesa.
Hanya 7 kilometre dari pusat bandar bersejarah Melaka, tempat ini bagus jika anda menjari tempat picturesque yang berdekatan dengan tempat – tempat menarik di melaka.
Telefon : +6013 313 6872
Facebook: Masbro Village
Instagram: Masbro Village
Alamat : Lot 291, Batu 7 ½, Paya Rumput, Jalan Paya Rumput Perdana, 76450 Melaka
35. Philea Resort, Melaka Philea resort merupakan resort bertaraf 5 bintang dengan seni bina unik yang terletak di Durian Tunggal Melaka. Resort ini merupakan salah satu pilihan popular apabila orang mencari penginapan di Melaka.
Antara kemudahan yang disediakan di resort ini adalah kolam renang, sauna, kelab kanak-kanak, pusat kecantikan, padang golf dan spa. Resort ini juga berhampiran dengan Zoo Melaka.
Telefon : +606 289 3399
Facebook: Philea Resort
Instagram: Philea Resort
Laman Web: phileahotel.com.my
Alamat : Lebuh Ayer Keroh, 75350 Melaka, Malaysia
Selanjutnya Di Booking.com 34. Templer Park Rainforest Retreat, Selangor Templar Park Rainforest Retreat ini menjadi destinasi utama pilihan pelancung luar Negara yang mencari destinasi Eco Tourism yang tidak jauh dari Bandar Kuala Lumpur.
Hanya 40 minit memandu dari pusat bandar, resort yang terletak di tengah-tengah hutan simpan Kancing ini memberi anda peluang untuk lari dari kesibukan bandar tanpa berjalan jauh. Sesuai untuk percutian hujung minggu yang singkat.
Telefon : +6012 220 5033
Airbnb: Templer Park Rainforest Retreat
Facebook: Templer Park Rainforest Reserve
Instagram: Templer Park Rainforest Reserve
Laman Web: tprr.net
Alamat : 24, Jalan 3/2, Templer Heights, Templer Park, 48000 Rawang, Selangor
33. Desa Balqis, Melaka Desa Balqis menawarkan peluang untuk anda bermalam di rumah kampung melayu tradisional yang terletak di tepi pantai.
Terletak di Kuala Tinggi Melaka, tempat penginapan menarik ini sesuai untuk mereka yang mencari resort yang luas untuk beristirehat bersama keluarga yang bertema tradisional melayu sambil menikmati suasana bercuti di tepi pantai.
Telefon : +60 3-4022 7728
Facebook: Desa Balqis
Instagram: Desa Balqis
Laman Web: desabalqis.com
Alamat : Jalan Kuala Sungai Baru / Kuala Linggi, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka, Malaysia
32. Tanah Aina Farouq, Pahang Lagi satu destinasi percutian popular yang bertemakan Eco Tourism adalah Tanah Aina Farouq Raub Pahang.
Anda boleh pilih untuk bermalam di dalam bilik persendirian atau jika anda lebih suka adventure anda boleh bermalam di dalam kemah yang disediakan.
Selain dari Tanah Aina Farouq Ada 3 lokasi lain dibawah urusan Tanah Aina iaitu:
Tanah Aina Farrah Soraya di Bentong Pahang Tanah Aina Farhana di Desaru Johor Tanah Aina Fareena di Karak Pahang Telefon : +603 5512 1006
Facebook: Tanah Aina Farouq
Instagram: Tanah Aina Farouq
Laman Web: tanahaina.com
Alamat: Tanah Aina Farouq – Lot 798, Jalan Tras Raub Pahang
31. The Dusun Mantin, Negeri Sembilan Jika anda ada peluang untuk ke Seremban, cari lah alasan untuk bercuti di The Dusun Mantin. Resort ini mendapat nama “The Dusun” kerana asalnya ia merupakan dusun durian.
Pemiliknya menukar dusun ini kepada resort kerana mahu berkongsi keindahan dusun ini dengan orang ramai. Sampai ke hari ini, jika anda berminat, anda boleh mencuba durian yang tumbuh di dusun ini.
Rumah Rehat ini diperbuat daripada kayu dan direka dengan elemen modern-tradisional. Tetamu dapat melihat pemandangan hutan lipur semulajadi yang belum pernah disentuh manusia.
Supaya suasana resort tidak menjadi terlalu sesak dan untuk menjaga keindahan alam disini, hanya bilangan tetamu yang terhad dibenarkan menginap disini pada bila-bila masa.
Facebook: The Dusun
Instagram: The Dusun
Laman Web: thedusun.com.my
Alamat : 3437, Kampung Kolam Air Mukim, 71770 Seremban, Negeri Sembilan
Selanjutnya Di Booking.com 30. Limas Tiga, Melaka Lagi satu lokasi percutian suasana kampung tradisional yang lengkap dengan segala kemudahan moden. Resort Limas Tiga Umbai, Melaka ini pasti memukau sesiapa yang memilih untuk bermalam di sini.
Homestay peribadi yang dikhaskan untuk tetamu beragama Islam ini hanya mengambil masa perjalanan 2 jam dari Kuala Lumpur.
Resort ini dibahagikan kepada 3 rumah yang berasingan dan setiap rumah mempunyai 2 bilik tetamu yang luas. Antara kemudahan yang disediakan adalah kolam renang, bilik karaoke dan Wifi.
Telefon : +6012 623 7687
Facebook: Limas Tiga
Instagram: Limas Tiga
Laman Web: limastiga.blogspot.my
Alamat : 2046 Jalan Bukit Tembakau, 77300 Umbai, Melaka
29. Sekeping Serendah, Selangor Mencari villa mewah dengan rekabentuk moden yang terletak ditengah-tengah hutan? teruskan pengembaraan anda ke resort Sekeping Serendah. Disini terdapat 10 pondok moden yang dibina di kawasan hutan tropikal seluas 5 ekar.
Tetamu dapat tidur didalam chalet yang berkonsep terbuka supaya mereka dapat menghayati dengan sepenuhnya pengalaman berehat ditengah hutan. Anda tidak perlu risau digigit nyamuk kerana setiap katil disediakan dengan kelambu.
Telefon : +6012 324 6552
Facebook: Sekeping Serendah
Instagram: Sekeping Serendah
Laman Web: sekeping.com
Alamat : Sekeping Serendah, Jalan Ipoh, Kg Orang Asli, Serendah (N3.368050 E101.631150,)
28. The Shorea, Negeri Sembilan Apabila disebut sahaja nama Negeri Sembilan, Port Dickson adalah tempat pertama yang muncul di minda. Tidak ramai tahu tahu tentang permata yang tersembunyi di negeri tersebut.
The Shorea Negeri Sembilan telah dibina oleh sebuah artkitek yang menghargai ketenangan alam semulajadi sebagai tempat percutian peribadi untuk keluarganya.
Seiring dengan tema pemeliharaan alam, kayu yang dipakai untuk membina resort ini adalah kayu yang telah dikitar semula.
Di sini terdapat 2 kolam renang buatan manusia dan satu kolam renang air sungai semulajadi.
Selain daripada berehat didalam suasana resort yang mewah, anda juga berpeluang untuk melakukan aktiviti seperti, mountain biking, jungle treking, nature walk dan mandi di air terjun Jeram Toi.
Telefon : +6017 300 5600
Facebook: The Shorea
Instagram: The Shorea
Laman Web: theshorea.com
Alamat : Kampung Kolam Air, Mukim Pantai, Jalan Jelebu, 71770 Seremban, Negeri Sembilan
Selanjutnya Di Booking.com 27. Tubotel, Langkawi Bilik yang diperbuat dari pembentung simen makin menjadi trend dunia pelancungan tempatan. Jika anda berada di langkawi dan hendak rasa pengalaman tidur didalam silinder simen anda boleh ke Tubotel Langkawi.
Hotel yang terletak di Pantai Cenang ini mempunyai 17 buah bilik dan anda boleh pilih sama ada anda mahu menghadap taman atau laut.
Jika anda mencari sesuatu yang lebih konventional, terdapat 2 bilik biasa utuk pilihan anda. Tubotel hanya 10 minit dari pantai cenang dan 35 minit dari pekan kuah.
Telefon : +6014 240 7022
Facebook: Tubotel Langkawi
Instagram: Tubotel Langkawi
Laman Web: tubotel.com
Alamat: Kuala Cenang, 07000 Pantai Cenang, Malaysia
Selanjutnya Di Booking.com 26. Time Capsule Retreat, Pahang Time Capsule Retreat ini terletak di Raub Pahang dan telah berjaya mengubahsuai paip pembentung simen menjadi bilik yang selesa. Setiap satu bilik terdapat penghawa dinginya tersendiri.
Untuk aktiviti anda boleh jelajah kawasan ini menaiki ATV, mandi di Air Terjun berdekatan, jalan di jambatan gantung, dan jungle trekking.
Disamping itu, sungai lembing mempunyai banyak tempat menarik seperti museum tin mining Sungai Lembing dan Ladang Rusa.
Telefon :  +013 963 8888
Facebook: Time Capsule Retreat
Instagram: Time Capsule Retreat
Laman Web: timecapsuleretreat.com
Alamat : Sungai Lembing, 26200 Sungai Lembing, Pahang
25. The Container Hotel, Kuala Lumpur Di Container Hotel Kuala Lumpur anda dapat tinggal di dalam kontena lama yang telah diubah suai menjadi bilik hotel yang selesa. Anda boleh pilih sama ada anda mahu bermalam di dalam bilik asrama ala backpacker, tube, atau bilik biasa.
Telefon : +603 2110 4388
Facebook: Container Hotel Kuala Lumpur
Instagram: Container Hotel Kuala Lumpur
Laman Web: containerhotel.my
Alamat : Jalan Delima, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Selanjutnya Di Booking.com 24. Bustel Klebang, Melaka Biasanya kita risau tertido dalam bas takut terlepas tempat yang patutnya kita berhenti. Tetapi kali ini anda boleh tido dengan lena di dalam Bus yang telah diubah suai menjadi hotel ini.
Diberi nama Bustel, tempat ini terletak di dataran satu Malaysia, Pantai Klebang Melaka. Setiap bilik mempunyai kelengkapan yang sama seperti bilik hotel biasa.
Telefon : +6019 741 4113
Facebook : Bustel Klebang
Instagram : Bustel Klebang
Alamat :

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.maisinggah.com/tempat-percutian-menarik-di-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
46 Tempat Menarik Di Kundasang Ranau Percutian Dingin Yang Menyeronokkan

46 Tempat Menarik Di Kundasang Ranau Percutian Dingin Yang Menyeronokkan

papar berkaitan - pada 3/1/2024 - jumlah : 371 hits
Terletak 2000 meter dari aras laut Kundasang adalah sebuah pekan kecil yang cukup istimewa di Negeri Bawah Bayu ini Dikelilingi dengan kehijauan alam yang menyejukkan pandangan mata udaranya juga mendamaikan jiwa Tidak lengkaplah percutian ...
34 Tempat Makan Menarik Di Seremban Restoran Best Untuk Foodie

34 Tempat Makan Menarik Di Seremban Restoran Best Untuk Foodie

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 247 hits
Seremban merupakan sebuah daerah yang cukup terkenal dengan jolokan lubuk makanan orang Nogori untuk diterokai apatah lagi jika anda pertama kali menjejakkan kaki ke Tambahan pula jika anda seorang yang gilakan masakan pedas dan asli maka S...
7 Tempat Makan Menarik Di Setia Alam Restoran Sedap Wajib Cuba

7 Tempat Makan Menarik Di Setia Alam Restoran Sedap Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 305 hits
Setia Alam merupakan antara bandar yang kian meningkat dari segi pembangunan dan juga populasi penduduk Semakin hari semakin banyak kedai makan dan restoran yang dibuka Mari kami kongsikan antara 7 tempat makan menarik di Setia Alam yang me...
33 Tempat Makan Menarik Di Bangi Restoran Paling Best

33 Tempat Makan Menarik Di Bangi Restoran Paling Best

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 250 hits
Apa Sampai 33 kedai makan best dalam satu kawasan Biar betul Ya kami tak tipu sememangnya syurga makanan yang sejati Dari sajian utara ke selatan hidangan timur ke barat semuanya ada di Bangi dan kawasan sekitarnya Sediakan buku nota untuk ...
32 Tempat Menarik Di Hatyai Terkini 2023

32 Tempat Menarik Di Hatyai Terkini 2023

papar berkaitan - pada 25/12/2023 - jumlah : 301 hits
Percutian ke Selatan Thailand khususnya di sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia Ini kerana lokasinya yang terletak di persempadanan banyak tempat makan best dan Hatyai terkenal sebagai syurga membeli belah Saya sendiri pernah bercuti di...
Malaysia Melarang Kapal Dari Israel Berlabuh Di Mana Mana Tempat Di Malaysia

Malaysia Melarang Kapal Dari Israel Berlabuh Di Mana Mana Tempat Di Malaysia

papar berkaitan - pada 21/12/2023 - jumlah : 382 hits
Kenyataan Media Perdana Menteri Malaysia pada 20 Disember 2023 mengenai kapal penghantaran barangan yang berpangkalan di Israel Kerajaan Malaysia memutuskan untuk menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israe...
26 Tempat Makan Menarik Di Subang Jaya Pilihan Sesuai Untuk Seisi Keluarga

26 Tempat Makan Menarik Di Subang Jaya Pilihan Sesuai Untuk Seisi Keluarga

papar berkaitan - pada 23/12/2023 - jumlah : 347 hits
Subang Jaya sebuah bandar yang tak jauh dari hiruk piruk Kuala Lumpur yang menempatkan pelbagai fasiliti mengelilingi kawasan perumahan yang telah lama bertapak di negeri Selangor Kepelbagaian aktiviti menarik yang ditawarkan di Subang Jaya...
45 Tempat Menarik Di Kuala Terengganu Bandaraya Warisan Pesisir Air

45 Tempat Menarik Di Kuala Terengganu Bandaraya Warisan Pesisir Air

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 274 hits
Negeri cantik budaya menarik itulah kata kata yang digunakan untuk menggambarkan sebuah negeri yang terletak di pantai timur Terengganu Darul Iman Negeri ini bukan sahaja kaya dengan hasil laut malahan ianya sebuah yang cukup lengkap sekali...
39 Tempat Makan Menarik Di Kuantan Hidangan Lazat Suasana Istimewa

39 Tempat Makan Menarik Di Kuantan Hidangan Lazat Suasana Istimewa

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 273 hits
Pahang adalah negeri yang terbesar di antara 14 negeri negeri lain yang terdapat di Malaysia Bukan hanya popular sebagai sebuah negeri yang terbesar dari segi saiz malahan Pahang juga turut terkenal dengan pelbagai aktiviti pelancongan yang...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord