45 Tempat Menarik Di Kuala Terengganu Bandaraya Warisan Pesisir Air


Negeri cantik, budaya menarik, itulah kata-kata yang digunakan untuk menggambarkan sebuah negeri yang terletak di pantai timur, Terengganu Darul Iman. Negeri ini bukan sahaja kaya dengan hasil laut, malahan ianya sebuah destinasi pelancongan yang cukup lengkap sekali pakejnya, berbeza dengan negeri-negeri lain di Malaysia.
Pulau-pulaunya, pantai-pantainya yang indah-indah belaka, memang tak akan habis berjalan kalau datang beberapa hari sahaja. Mungkin anda perlukan lebih daripada sebulan untuk merasai kesemua nikmat keindahan alam yang ditawarkan di negeri yang terkenal dengan keropok lekornya ini.
Bukan setakat itu, negeri ini turut kaya dengan warisan tradisional yang dijaga dengan baik sekali. Memang rugi kalau anda dan keluarga tidak datang untuk melihat dengan mata sendiri peninggalan bersejarah yang terdapat di sini.
Yang syoknya lagi, di sini anda dapat melihat bermacam gaya hasil-hasil seni fabrik warisan kebangsaan, mana taknya, di negeri inilah batik dan sutera banyak dihasilkan.
Sungguh menarik sekali tarikan-tarikan yang ditawarkan oleh negeri Terengganu, keunikan alam semula jadinya, budayanya, sejarahnya, malahan makanan tradisionalnya pun menjadi daya tarikan.
Nak memudahkan anda merancang perjalanan apabila ke Terengganu nanti, di sini saya senaraikan 45 tempat menarik di Kuala Terengganu beserta lokasi-lokasi yang perlu anda lawati di negeri ini, kalau tak singgah, teringat-ringat, kalau singgah, terkenang-kenang.
45. Pantai Batu Buruk Sumber: Pantai Batu Buruk Terletak di Bandar Kuala Terengganu. Pantai Batu Buruk ini sangat terkenal dengan kemeriahannya. Di sekitar pantai ini juga terdapat banyak tempat makan bukan sahaja restoran-restoran makanan segera, malahan masakan enak hasil laut Terengganu juga banyak.
Baca: Senarai Lengkap Destinasi Menarik Di Terengganu
Kalau anda teringin nak makan ikan celup tepung, keropok, sate ikan dan bermacam lagi, datanglah ke Pantai Batu Buruk. Yang syoknya lagi, anda boleh menaiki kereta kuda yang dihias cantik mengalahkan kereta kuda cerita Cinderella. Tak percaya? Pergi dulu, baru tahu.
Alamat: Pantai Batu Buruk, 20400, Terengganu
43. Jambatan Angkat Kuala Terengganu Sumber: @aliaatfh, @adrinshafilphotography Salah satu tarikan utama dan kini menjadi mercu ikonik negeri Terengganu, Jambatan Angkat Kuala Terengganu menjadi satu destinasi wajib singgah jika anda ke negeri ini. Tujuan pembinaan jambatan ini adalah untuk merentasi Sungai Terengganu di samping menambah jambatan sedia ada bagi mengurangkan kesesakan lalulintas. Rekabentuk ikonik yang menyerupai The Tower Bridge London menyebabkan jambatan ini menjadi tumpuan orang ramai untuk melawat dan mengambil gambar.
Bukan sekadar untuk kelancaran lalulintas, jambatan ini juga boleh dilawati oleh orang ramai. Di sini terdapat galeri yang menghimpunkan lukisan-lukisan anak tempatan untuk tatapan pengunjung. Menara setinggi 15 tingkat ini juga memiliki sky terrace iaitu satu lokasi yang pasti membuatkan anda teruja apabila berdiri di atas kaca sambil menikmati pemandangan indah laut dan bandar Terengganu. Jambatan Angkat Terengganu  juga mempunyai restoran yang boleh menempatkan 200 tetamu dalam satu-satu masa. Restoran ini mengutamakan juadah-juadah lazat dari setiap 13 negeri di seluruh Malaysia selain mempunyai hidangan bufet masakan cina dan barat. Sambil menikmati hidangan enak di sini, anda juga turut disajikan dengan persembahan kebudayaan tempatan sebagai salah satu dari tarikan utama di sini.
Bagi peminat mega structure , anda boleh melawat bilik enjin melalui pakej Technical Visit. Anda akan melihat sendiri pengoperasian jambatan angkat yang menggunakan teknologi canggih terkini. Ketika jambatan ini dibuka untuk laluan air, anda akan melihat bagaimana sistem kejuruteraan ini berfungsi secara langsung dihadapan anda. Bagi pelajar-pelajar kejuruteraan, bolehlah anda ambil peluang ini untuk mengenali sistem jambatan angkat dengan lebih dekat.
Banyak tarikan yang ada di jambatan angkat ini selain dari menjadi lokasi tular untuk bergambar, jambatan ini juga menyediakan peluang lawatan sambil belajar terutama bagi mereka yang ingin meneroka teknologi yang digunakan untuk operasi jambatan dan mengenali kaedah laluan air yang menghubungkan sungai Terengganu dan lautan lepas.
Alamat: Jambatan Angkat Terengganu , 20000 Kuala Terengganu, Terengganu
43. Wanisma Craft & Trading Sumber: Wanisma Craft And Trading Tercari-cari barangan cenderamata yang ingin dibawa pulang dari Terengganu? Singgahlah datang ke Wanisma Craft & Trading. Pusat perniagaan dan penghasilan kraftangan ini adalah sebuah perusahaan  milik Wan Mahadi bin Ismail sejak dari tahun 1980-an lagi.
Selain menawarkan pelbagai jenis barangan logam, songket atau batik untuk dibeli dalam harga yang berpatutan, di sini juga anda boleh melihat sendiri bagaimana barangan logam dan batik dihasilkan. Pengalaman yang pastinya cukup berharga terutama sekali bagi anak-anak kecil supaya mereka dapat mengenal dengan lebih mendalam mengenai warisan peninggalan yang bernilai estitaka tinggi ini.
Untuk pengetahuan anda, Wanisma Craft & Trading merupakan salah satu lokasi yang sering dilawati pelancong luar negara seperti daripada negara barat, Brunei dan Singapura yang ingin mendapatkan hasil kraftangan asli yang berkualiti.
Alamat:  32, Ladang Sekolah, 20000, Kuala Terengganu, Terengganu
42. Taman Awam Lagun Kuala Ibai Sumber: Siti Hajar Othman Pernah dengar tentang Masjid Terapung? Di sinilah terletaknya masjid itu. Taman ini terletak di teluk Sungai Ibai yang memiliki banyak aliran sungai yang menjadi tarikan bagi kaki pancing.
Untuk bermandi-manda juga ini merupakan lokasi yang agak selamat, apa lagi yang difikirkan, bawalah anak-anak anda ke sini. Yang bestnya lagi, ada gerai-gerai yang menjual sate ikan, keropok dan lain-lain yang boleh anda nikmati sambil berseronok bersama keluarga di taman ini.
Alamat: Taman Awam Lagun Kuala Ibai, 21100 Kuala Terengganu
41. Pasar Besar Kedai Payang Sumber: Beautiful Terengganu Aps Sebuah pasar yang setaraf pasar seni kalau di Kuala Lumpur ini amat terkenal dalam kalangan pelancong. Kalau anda nak membawa pulang buah tangan hasil Terengganu datanglah ke Pasar Besar Kedai Payang.
Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Kuala Terengganu
Terdapat bermacam produk yang dijual di sini seperti sutera, songket, batik, periuk belanga, makanan hasil laut Terengganu seperti keropok, rempah nasi dagang ikan masin dan banyak lagi.
Alamat: 11 pasar besar kedai payang, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu
40. Kompleks Kraf Noor Arfa Sumber: Teratai Homestay Kompleks Kraf Noor Arfa ini memiliki reka bentuk tradisional Terengganu. Sebuah lokasi yang perlu dilawati untuk mengenali dan melihat dengan lebih dekat lagi keindahan dan keunikan seni batik di Malaysia.
Yang menariknya lagi, anda boleh membeli secara borong batik-batik di sini. Terdapat juga kraftangan lain yang dipamerkan di sini seperti anyaman, ukiran kaca dan wau.
Alamat: Kompleks Kraf Noor Arfa (NACC) Lot 4153, Kawasan Perindustrian Cendering, 21080 Kuala Terengganu.
Waktu Operasi: Isnin – Khamis (8.30am – 6.00pm)| Jumaat (8.30am – 5.30pm) | Sabtu – Ahad (8.30am – 6.30pm)
39. Desa Murni Sumber: Desa Murni Sekiranya anda ingin membeli-belah pakaian dengan sakan inilah destinasi yang tepat kalau berada di Terengganu. Di sini terdapat bermacam-macam jenis rekaan kain batik, kain pasang, baju melayu, telekung dan kain pelikat.
Ia juga boleh dikatakan sebagai syurga membeli-belah bagi wanita kerana di sini juga menempatkan beribu-ribu pilihan tudung muslimah kerana Desa Murni juga turut dikenali sebagai pusat tudung muslimah terbesar di pantai timur. Tunggu apa lagi?
Alamat: 17888, Jalan Baru Pak Sabah, Kuala Dungun, Terengganu
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Jumaat (10.00 am – 7.00 pm) | Jumaat (Tutup)
38. Pusat Budaya Kraf Terengganu Sumber: PKKM Terengganu Berada di tempat Perindustrian Chendering, di sini anda bersama keluarga dapat mengenali dengan lebih dekat hasil kraftangan Terengganu seperti ukiran kayu, produk tembaga, pembuatan songket, sarong, sutera dan banyak lagi.
Anda boleh juga membuat tempahan khas produk kraftangan mengikut citarasa anda sendiri. Apa salahnyakan untuk membawa pulang sesuatu yang istimewa sekali-sekala datang ke Terengganu.
Alamat: Lot 2195, Kawasan Perindustrian Chendering, 20700 Kuala Terengganu
Waktu Operasi: 8.00 am – 5.00 pm
37. Bazar Warisan Sumber: Noor Asmah Mohamad Berdekatan dengan Pasar Payang di Jalan Sultan Zainal Abidin ini adalah sebuah bangunan yang memiliki reka bentuk tradisional Terengganu.
Bazar Warisan mengumpulkan banyak kraftangan dan seni tradisional Terengganu seperti tembaga, songket, batik dan sutera. Anda juga dapat menikmati pemandangan indah muara Sungai Terengganu dari tingkat 3 bangunan ini.
Alamat: Bazar Warisan, Jalan Sultan Zainal Abidin
36. Kampung Losong Sumber: Rafi Aakr Umbi Terletak hanya 10 minit perjalanan dari Bandar Kuala Terengganu adalah Kampung Losong. Kampung Losong ini terkenal sebagai lokasi pilihan ramai untuk membeli makanan tradisional Terengganu yang tak lain tak bukan keropok lekor.
Di sini memang banyak sekali pilihan gerai keropok lekor yang semuanya memang sedap-sedap belaka. Kawasan ini turut diberi pengiktirafan oleh kerajaan negeri sebagai Pusat Perniagaan Keropok Lekor di Terengganu.
Begitu ramai orang yang membeli keropok lekor di sini sehingga dianggarkan sekitar 500 kg keropok lekor yang berjaya dijual dalam sehari apabila tiba musim cuti sekolah. Kawasan jualan keropok lekor ini juga terletak tidak jauh dari Muzium Negeri Terengganu dan Taman Tamadun Islam.
Alamat: Kg. Losong Haji Su, 21000 Kuala Terengganu
35. Kampung Bukit Tok Beng Sumber: Terengganu Times Terletak di Kuala Nerus, ini merupakan satu lagi destinasi di mana anda dapat membeli keropok lekor. Keropok lekor di sini juga digelar Keropok Lekor Nombor atau Beratur, kenapa?
Ini adalah kerana terlalu ramai orang yang datang untuk membeli keropok lekor semasa musim cuti sehinggakan untuk membeli keropok lekor di sini anda perlu mendapatkan angka giliran terlebih dahulu.
Wah… dahsyat! Ramai yang sanggup beratur kerana keropok lekor di sini sedap dengan isi ikannya yang banyak berbeza dengan tempat lain.
Alamat: Kampung Bukit Tok Beng, 21300 Kuala Terengganu
34. Pusat Sains Kreativiti Terengganu Sumber: Pusat Sains Kreativiti Terengganu Nak makan angin sambil mengisi minda? Bawalah anak-anak anda ke Pusat Sains Kreativiti Terengganu. Berdekatan dengan Kampung Laut, Chendering, di sini anak-anak dapat mempelajari pelbagai informasi saintifik yang disampaikan secara kreatif dan menarik sekali.
Terdapat info tentang dinasour, permainan kanak-kanak dan bermacam lagi. Anda juga dapat bergambar di Green Screen dan gambar ini akan disunting untuk memberikan latarbelakang yang anda inginkan seperti Eiffel Tower, di dalam kapal angkasa dan lain-lain. Menarik bukan?
Alamat: Jalan Kampung Laut, Taman Chendering Utama, 21080 Kuala Terengganu
Waktu Operasi: Isnin – Rabu (9.00am – 5.00pm) | Khamis (9.00am – 4.00pm) | Jumaat (Tutup) | Sabtu – Ahad (9.00am – 5.00pm)
Bayaran Masuk: Pakej Keluarga 2 Dewasa, 3 Kanak-kanak RM40.00
33. Taman Tamadun Islam Sumber: Taman Tamadun Islam Destinasi yang wajib dilawati di mana anda dapat melihat rekaan bangunan yang terkenal dalam dunia Islam. Taman Tamadun Islam menampilkan 21 replika bangunan yang dibina disini seperti Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Kubah As Sakhrah, Kota Lama Islam Aleppo, Istana Alhambra dan banyak lagi.
Sebuah lokasi yang menarik untuk menambahkan ilmu pengetahuan anak-anak tentang Islam yang bukan sahaja membawa kesejahteraan malahan kemajuan dalam pelbagai aspek.
Alamat: Pulau Wan Man, Losong Panglima Perang, 21000 Kuala Terengganu
Waktu Operasi: Setiap Hari (7.00 am – 12.00 pm) | Jumaat (Tutup Sementara Dari 11.30 am – 2.30 pm)
32. River Cruise TTI Sumber: Taman Tamadun Islam Salah satu aktiviti yang boleh dilakukan di Taman Tamadun Islam adalah menyusuri sungai di Pulau Wan Man. Dengan menaiki bot, anda dapat menikmati pemandangan indah termasuk Masjid Kristal dan Taj Mahal dari sudut yang indah sekali.
Masa yang diambil dalam perjalanan menaiki bot cruising ini adalah sekitar 45 minit. Antara destinasi yang dilalui oleh bot dari TTI ini adalah Muzium Negeri, Pulau Sekati, Pulau Haji Siah, Pulau Api, Seberang Takir, Pulau Duyung, Pulau Warisan dan banyak lagi.
Alamat: Pulau Wan Man, Losong Panglima Perang, 21000 Kuala Terengganu
Waktu Operasi: Isnin, Rabu, Khamis (10.00am – 7.00pm) | Jumaat – Ahad, Cuti Umum (9.00am – 7.00pm kecuali Jumaat tutup sementara pada 12.45pm – 2.30pm) | Selasa (Tutup Kecuali Cuti Sekolah)
Bayaran: Dewasa RM20 | Kanak-kanak 7-12 Tahun RM15 | Kanak-kanak Bawah 7 Tahun Percuma
31. Masjid Kristal Sumber: Pesan Bonda Masjid yang terletak di Pulau Wan Man ini memakan bajet sekitar RM23 juta untuk dibina menggunakan hanya besi, kristal dan kaca. Sesuai dengan bajet yang dikeluarkan, masjid ini memiliki reka bentuk yang unik yang terkenal di seluruh dunia.
Waktu terbaik untuk menangkap gambar masjid ini adalah pada waktu matahari terbenam kerana cahaya matahari yang cantik pada waktu itu akan terpancar pada sekeliling masjid ini yang dibuat daripada material yang memantulkan cahaya.
Alamat: Pulau Wan Man, 21000 Kuala Terengganu
30. Bukit Besar Sumber: Skyscraper City Di sinilah terletaknya tulisan ikonik di Terengganu iaitu ‘Allah Peliharakanlah Terengganu.’ Ramai yang menjadikan Bukit Besar sebagai destinasi untuk berekreasi dengan cara berjalan mendaki ke atas bukit ini untuk menikmati keindahan Terengganu dari puncaknya.
Anda dapat melihat Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam dan kecantikan Sungai Terengganu dari sini.
29. Istana Maziah Sumber: Wan Ashraf Istana Maziah merupakan tempat rasmi bagi Sultan Terengganu, lokasinya adalah di kaki Bukit Puteri. Batu asas istana ini diletakkan pada tahun 1895.
Di hadapan istana ini terdapat Dataran Maziah yang merupakan taman mini yang dihias dengan indah. Bawalah keluarga anda ke sini untuk melihat keindahan istana ini dengan lebih dekat lagi.
Alamat: Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Panglima, 20000 Kuala Terengganu
28. Pantai Pandak Sumber: Azmizi Omar Pantai ini terletak dalam kawasan perkampungan di jalan utama Marang-Terengganu. Nama lain bagi pantai ini adalah Pantai Chendering. Kalau anda suka bergambar juga ini merupakan lokasi yang tepat sebab permukaannya yang berbatu membuatkan gambar kelihatan menarik.
Cuma anda perlu berhati-hati kerana pantai ini memiliki pusaran air yang agak kuat, oleh itu, agak tidak sesuai untuk anda bermandi-manda. Kalau dah puas bergambar di sini, singgahlah pula ke warung celup tepung yang terdapat di pantai ini.
Alamat: Pantai Pandak, 21080 Kuala Terengganu
27. Masjid Abidin (Masjid Putih) Sumber: Pantai Timur Sabahan Masjid Abidin yang juga digelar sebagai Masjid Besar atau Masjid Putih ini merupakan masjid yang tertua di Terengganu yang mula dibina pada tahun 1793 oleh Sultan Zainal Abidin II.
Bangunan yang asalnya daripada kayu ini telah diubah kepada bangunan batu pada tahun 1852 dan banyak lagi penambahbaikan yang telah dilaksanakan sehingga ia menjadi sebuah masjid yang besar. Berhampiran masjid ini terdapat Makam DiRaja yang lama.
Alamat: Jalan Masjid Abidin, 20000 Kuala Terengganu
26. Bot Penambang di Dataran Shahbandar Apa lagi cara terbaik nak merasa tiupan angin sepoi-sepoi di Terengganu kalau bukan dengan menaiki bot?
Anda boleh menaiki bot ini untuk ke Seberang Takir dan melihat perkampungan nelayan ini dengan lebih dekat lagi dan kalau dah puas berjalan, boleh pekena kopi di kedai kopi yang terdapat di sini.
Alamat: Jeti Bot Penambang Shahbandar, Jalan Sultan Zainal Abidin, 20200 Kuala Terengganu
25. Beca di Pasar Payang Sumber: Eddy Alias Beca pun ada ya di Terengganu, bukan di Melaka sahaja. Sekiranya anda berjalan di sekitar Pasar Besar Payang anda dapat melihat pak cik-pak cik beca mengayuh basikal beroda tiga ini.
Untuk sempurnakan pengalaman anda sewaktu berada di Terengganu, carilah mana-mana pak cik beca untuk membawa anda berpusing-pusing sekitar Terengganu. Janganlah paksa pak cik tu mengayuh jauh sangat, kesian pula dia.
Alamat: Pasar Payang, 20000, Kuala Terengganu
24. Pusat Akuatik MBKT Sumber: SOM Terengganu Terletak di Pantai Batu Buruk adalah kolam renang yang sesuai untuk anda datang bersama keluarga untuk bermandi-manda, kolam ini juga lengkap dengan bumbung. Bolehlah anda berenang sepuas hati tanpa perlu risau memikirkan cuaca.
Alamat: Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Batu Buruk,20400 Kuala Terengganu
23. Bukit Panorama Sumber: Yusran Hashim Seperti namanya, dari puncak bukit ini anda dapat menikmati keindahan panorama sekitar Terengganu sambil menikmati masakan enak di kafe yang terkenal dengan masakan panas dan baratnya.
Nak bergambar gempak bersama orang tersayang? Ajaklah mereka ke sini. Pasti anda puas hati punyalah dengan pemandangan dari bukit ni.
Alamat: Bukit Pak Apil, Kuala Terengganu
22. Water Front Kuala Terengganu Sumber: Rahim Rahmad Terletak berdekatan Hotel Felda Residence ini adalah tempat bersantai, Waterfront Kuala Terengganu. Terdapat pelbagai pilihan kafe dan restoran untuk anda menjamu selera bersama keluarga sambil mencuci mata menikmati pemandangan sungai Terengganu.
Kalau anda nak tahu, Waterfront ni juga terletak berdekatan dengan Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di mana nelayan memasarkan hasil-hasil tangkapan laut mereka.  Bolehlah singgah kalau anda teringin nak makan ikan-ikan yang segar.
Alamat: Jalan Balik Bukit, 20300 Kuala Terengganu
21. Medan Selera Pantai Batu Buruk Sumber: Pantai Batu Buruk Memang best untuk meluangkan masa di sini, sebab apa? Sudahlah pilihannya banyak, makan pula ditemani tiupan angin yang tenang di tepi pantai. Antara makanan yang terdapat di sini adalah seperti sup daging, nasi ayam, nasi minyak dan banyak lagi.
Terdapat lebih daripada 20 gerai di sini. Dah kenyang nanti boleh melawat tempat lain lagi, banyak lagi nak dibuat di Terengganu ni.
Alamat: Jalan Pantai Batu Burok; Kuala Terengganu
Senarai Tempat Menarik Berhampiran:
12 Pulau Di Terengganu Untuk Percutian Pulau Yang Luarbiasa 14 Tempat Menarik Di Pulau Perhentian | Panduan Bercuti Ke Syurga Laut Biru 13 Tempat Menarik Di Cherating Untuk Percutian Pantai Yang Seronok 20. Dataran Shahbandar Sumber: Dataran Shah Bandar Di tepian sungai Terengganu ini memang banyak tempat-tempat yang menjadi tarikan, salah satunya ialah dataran ini. Daripada Dataran Shahbandar ini anda dapat melihat panorama yang menarik sekali. Boleh juga sekiranya anda ingin berkelah di dataran ini bersama keluarga.
Alamat: Dataran Shahbandar Jalan Sultan Zainal Abidin 20000 Kuala Terengganu
19. Kontena Uptown Sumber: Adam Naufal Nak makan di tempat yang lain daripada yang lain? Datanglah ke Kontena Uptown ataupun digelar Dapo Pata Uptown. Di sini, terdapat banyak kafe yang dibuat daripada kontena, rekaan dalamannya juga agak kreatif dan berkonsepkan hipster.
Rekaan gerai-gerai di sini memang up-to-date sebab kewujudan Kontena Uptown ini agak baru sebenarnya. Memang syoklah kan dapat makan sambil merasakan tiupan angin Laut China Selatan di tepi pantai.
Alamat: Uptown Kontena, Tok Jembal 21000 Kuala Terengganu
Waktu Operasi: Setiap hari (5.00pm – 2.00am)
18. Pulau Warisan Sumber: OurJourney06 Pulau Warisan ini kelihatan seperti I-City di Shah Alam dengan lampu-lampu pokoknya yang berwarna-warni, begitu hidup sekali suasana malam di tempat ini. Tak sah kiranya kawasan yang menjadi perhatian ramai tidak ada kedai makan bukan?
Di sini terdapat banyak kafe untuk dijadikan tempat bersantai bersama keluarga sambil menikmati pemandangan Sungai Terengganu. Jika anda datang pada waktu yang tepat, dapatlah anda menyaksikan pertandingan lumba perahu layar yang sering diadakan di sini.
Alamat: I-City Kuala Terengganu, Pulau Warisan, Kuala Terengganu
17. Muzium Negeri Terengganu Sumber: Fit Factor Reka bentuk muzium ini adalah berdasarkan senibina rumah tradisional Terengganu atau lebih tepat lagi Rumah Tele atau Rumah Tiang. Muzium Negeri Terengganu ini juga merupakan yang terbesar di Asia Tenggara.
Muzium ini memiliki 5 bahagian berbeza iaitu, Muzium Utama, Muzium Perikanan, Muzium Maritim, taman botani serta herba dan akhir sekali adalah 4 buah rumah rekaan tradisional.
Alamat: Bukit 20566 Darul Iman, Terengganu
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat (9.00am – 5.00pm) | Jumaat (Tutup) | Hari Kelepasan Am (9.00 am – 5.00 pm)
16. Bukit Puteri Sumber: WeMalaysia Suatu ketika dahulu, bukit ini dijadikan kubu pertahanan kerana dari sini, pejuang dapat melihat pihak lawan yang datang dari arah bertentangan dengan jelas.
Sebagai lokasi bersejarah, anda dapat melihat beberapa peninggalan zaman dahulu seperti meriam, rumah genta dan loceng antik di sini. Lagi satu, anda tidak perlu risau sekiranya perlu mendaki bukit ini kerana terdapat eskalator yang disediakan untuk kemudahan anda.
Alamat: Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Panglima, 20200 Kuala Terengganu
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Khamis (9.00am – 8.00pm)
15. Kota Duyong Lama Sumber: Amazing Terengganu Terletak di perkampungan nelayan di Pulau Duyong yang hanya 7 km dari bandar Terengganu, binaan rumah warisan Terengganu ini sangat istimewa, manakan tidak, ianya dibina menggunakan campuran putih telur, pasir, madu, tanah liat dan batu kelikir sahaja, tanpa sebarang simen! Reka bentuk rumah ini memiliki ciri-ciri Istana Kecil Raja Melayu serta pengaruh Mesir.
Alamat: Pulau Duyung Kecil, Kuala Terengganu 20100
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat (8.00am – 6.00pm)
14. Pulau Duyung Sumber: Azam Hasim Sudah puas mencuci mata di sekitar bandar yang tidak pernah sunyi dari kehadiran orang ramai? Apa kata kalau anda ‘up’ kan lagi pengalaman bercuti ini dengan melawat kawasan pulau.
Lokasi Pulau Duyung ini yang terletak di muara Sungai Terengganu, cukup mudah untuk diakses. Anda boleh merentasi sungai dengan menaiki bot yang disediakan atau melalui jalan raya.
Kalau anda mencari aktiviti menyelam skuba, ini mungkin bukanlah pulau yang dicari, tapi di sini anda boleh menempuhi satu ‘dunia’ klasik di mana penduduk kampung hidup dalam penuh kedamaian dengan kemeriahan aktiviti seperti perlawanan layang-layang dan pembuatan kapal.
Tinggalkan semua gajet anda dan tenggelamkan diri di dalam dunia penuh dengan keharmonian dan untuk sebuah penerokaan yang sukar dilupakan di Pulau Duyung.
Alamat: Pulau Duyung Besar, 21200 Kuala Terengganu
13. Bas Kite Sumber: BAS KITē Kalau anda ke Terengganu, memang tak sah kalau tak pernah nampak bas dengan reka bentuk yang seumpamanya di atas muka bumi ini iaitu Bas Kite. Bas unik ini memiliki reka bentuk berkonsepkan rumah tradisional Terengganu.
Luarannya menggambarkan kekayaan seni, budaya, fauna dan khazanah negeri pantai timur ini. Masuk ke ruangan dalamnya pula anda dapat melihat dekorasi songket, batik dan ukiran kayu klasik.
Selain memiliki dalaman dan luaran yang menarik pandangan mata, Bas Kite turut lengkap dengan kemudahan wifi, TV LED, dan rak yang dipenuhi dengan brochure pelancongan. Tingkapnya juga cukup luas untuk anda menikmati pemandangan tanpa had setiap kawasan yang dilawati.
12. Nasi Dagang Atas Tol Sumber: Ervan Rizuan Bagi yang masih belum tahu, nasi dagang adalah salah satu makanan tradisional yang cukup terkenal di pantai timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Kedua-dua negeri ni memiliki cara masakan nasi dagang mereka tersendiri.
Untuk mencuba nasi dagang Terengganu, salah satu restoran dengan hidangan nasi dagang yang terbaik di Kuala Terengganu adalah kedai Nasi Dagang Atas Tol.
Kecukupan rasanya tidak seperti di kedai-kedai lain, memang kaw apatah lagi bila dihidangkan di atas daun pisang! Tak cukup dengan itu, saiz hidangannya juga sangat mengenyangkan perut. Jangan lupa untuk melengkapkan hidangan ini dengan menikmati teh peng berbuihnya yang juga dikatakan antara yang paling best pernah dinikmati.
Nasihat untuk anda yang bercadang nak makan nasi dagang di sini, datanglah seawal yang mungkin, sebab kalau terlewat sikit je untuk bersarapan, dalam sekitar pukul 10.00 pagi, kemungkinan besar nasi dagangnya dah licin.
Alamat: T101, 20050 Kuala Terengganu, Terengganu
11. Warung Pok Nong Sumber: Muhammad Firdaus Hassan Sentiasa dikunjungi ramai untuk melepaskan gian masakan celup tepung (goreng) yang memuaskan deria rasa, Warung Pok Nong adalah salah satu warung yang wajib disinggahi bila menjejakkan kaki ke Kuala Terengganu. Tapi hati-hati, kalau tiba je musim cuti sekolah warung ini boleh jadi agak padat.
Hidangan celup tepung yang terdapat di sini adalah terdiri daripada pelbagai jenis hasil laut seperti ikan, sotong guntingnya dan udang. Keropok lekor pun ada! Yang penting semua hidangannya cukup fresh!
Sambil menikmati makanan penuh kerangupan yang berkriuk-kriuk di mulut, anda boleh melihat pemandangan yang sangat menenangkan sekitar kawasan pantai dengan hamparan lautan dan langit yang ibarat tiada penghujungnya.
Alamat: Jalan Pantai, A1693, T145, Kampung Teliput, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi: 3.30 pm – 8.00 pm
10. Fauzi Nasi Kerabu (World Best street food) Sumber: Fauzi Nasi Kerabu Ini satu lagi destinasi jalan-jalan cari makan yang mesti anda singgah di Kuala Terengganu. Fauzi Nasi Kerabu yang terletak di Kampung Ladang Padang Cicar ini pernah disenaraikan dalam “Top 50 List of the  World Street Food Congress 2017!” Hidangan yang terkenal di kedainya sudah semestinya nasi kerabu seperti nama kedai ini sendiri.
Nasi berwarna kebiruan ini sungguh enak dimakan dengan ayam dan daging panggang yang aromanya menguasai sekitar kedai.
Apa yang menjadikan lauknya luar biasa sedap adalah kerana cara masakannya iaitu menggunakan teknik pembakaran secara tradisional menggunakan arang.
Keenakan nasi kerabu ini dimaksimakan lagi apabila dilengkapkan dengan ulam, sambal belacan atau ikan masin. Macam mana? Dengar tak perut anda berbunyi kelaparan mengidam nasi kerabu?
Alamat: Jalan Sultan Sulaiman, Kampung Ladang Padang Cicar, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu
9. Pulau Lang Tengah Sumber: Ash Raja Terletak di antara Pulau Redang dan Pulau Perhentian, pulau yang terletak di dalam Kuala Terengganu ini, Pulau Lang Tengah adalah sebuah destinasi pelancongan yang agak terkenal dalam kalangan pelancong.
Untuk pengetahuan anda, pulau ini lengkap dengan beberapa buah chalet dan resort. Namun, sekiranya anda bercadang untuk bermalam di pulau ini, pastikan anda membuat tempahan lebih awal dan bukannya secara walk-in untuk mengelakkan masalah bilik penuh.
Ini adalah satu kemungkinan besar terutama sekali sekiranya anda datang ketika musim cuti, memandangkan pulau ini merupakan pilihan ramai kaki scuba diving.
Untuk ke sini anda boleh mengambil bot laju dari Merang, Setiu dengan masa perjalanan sekitar 30 ke 40 minit. Sampai sahaja di pulau ini anda akan disambut dengan keindahan persis di alam mimpi kawasan pantai dengan air kebiruan dan hutan yang mekar kehijauan.
Jangan lepaskan peluang untuk berkelah di tepi pantai ini sambil menikmati pemandangan matahari terbenam atau terbit. Kalau bernasib baik, anda mungkin dapat melihat kelibat burung helang yang menangkap ikan daripada permukaan lautan.
Alamat: Pulau Lang Tengah, Kuala Terengganu
8. Pulau Redang Sumber: Ash Raja Bukan calang-calang ya Kuala Terengganu ni, agak banyak pulau menarik yang terdapat di sekitarnya, salah satunya adalah pulau yang cukup terkenal di negeri ini iaitu Pulau Redang.
Berjarak 45 km dari kawasan daratan Kuala Terengganu, perjalanan untuk menuju ke sini sekiranya bertolak dari KT adalah dalam sekitar 1 jam, manakala dari Merang pula hanyalah 50 minit.
Kalau anda nak tahu, di sekitar perairan pulau ini terdapat 2 lokasi kapal karam iaitu H.M.S Prince of Wales dan kapal H.M. Repulse yang karam ketika perang dunia ke-2. Kalau anda pandai menyelam skuba, memang syok habis dapat explore apa yang ada di sini. Bagi yang tak tahu menyelam lagi, join kelas skuba sebelum ke sini ya?
Alamat: Pulau Redang, 21090 Kuala Terengganu
7. Pulau Bidong Sumber: Terengganu Tourism Pulau Bidong adalah pulau yang unik untuk dilawati, nak tahu kenapa? Sebab pulau ini adalah sebuah pulau yang pernah menjadi tempat pelarian Vietnam ketika peperangan antara Vietnam dan Amerika pada tahun 1975.
Jadi, kalau anda ke sini, dapatlah anda lihat bermacam sisa binaan atau bangunan terbiar seperti kedai-kedai, pejabat pos, bar, gereja dan banyak lagi! Bagi yang suka buat ‘ekspedisi berani’ membongkar lokasi terbiar, mailah ke sini.
Untuk yang ‘ketaq lutut’ nak melawat kawasan terbiar ni, anda boleh sahaja memilih untuk bersantai di kawasan pantainya atau menyelam di banyak spot-spot menyelam best yang ada di sini, salah satunya adalah Blue Garden yang kaya dengan sejenis hidupan laut unik bernama Blue Anemone yang akan mengeluarkan cahaya biru dari badan mereka. Sebuah pemandangan yang cukup memukau pandangan!
Alamat: Pulau Bidong Laut, Kuala Terengganu
6. Bukit Keledang Sumber: Citra Persuratan Darul Aman Bukit ini menempatkan makam-makam pembesar negeri zaman dahulu kala. Dulunya juga, bukit ini dijadikan sebagai pusat pemerintahan awal Terengganu. Pada kurun ke-18, kawasan ini menjadi pengkalan pedagang-pedagang yang datang dari Hulu Sungai Terengganu.
5. China Town Sumber: Vivianne Ky Persis Art of Old Town di Ipoh, di sini kalau anda nak berfotografi memang syok habis. Kedai-kedai di China Town ini memiliki aura klasik yang tersendiri. Ada sahaja hasil seni yang menarik perhatian dengan warna-warninya di setiap lorong di celah deretan kedai.
Seni lukisan yang dihasilkan di China Town ini juga terbahagi kepada beberapa bahagian berbeza seperti Lorong Warisan Dunia, Lorong Kenangan, Lorong Penyu dan lain-lain. Jangan lupa untuk caj bateri kamera anda sebelum ke sini!
Alamat: Jalan Bandar, Kuala Terengganu 20100
4. Pantai Tok Jembal Sumber: Nik Ramzi Nak bermandi sakan? Apa kata anda datang ke sini bersama keluarga. Di sekitarnya terdapat banyak gerai-gerai yang menjual bermacam jenis makanan, nak apa? Ais krim? Sate ikan? Keropok? Macam-macam ada. Nak naik kuda pun boleh. Mesti seronok punyalah kalau datang ke sini.
Alamat: Pantai Tok Jembal, Gong Badak, Kuala Terengganu
3. Gunung Tebu, Jerteh Sumber: Jerteh Kalau anda dan ahli keluarga sukakan aktiviti lasak, apa kata sama-sama mendaki Gunung Tebu? Tapi kena pastikan semua berstamina tinggilah ya, sebab gunung ini agak tinggi, dah nama pun gunung kan, gunung ini merupakan puncak yang tertinggi di Terengganu, nak mendaki nanti pun agak mencabar bentuk muka buminya.
Kata orang, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Memang mengah mendaki gunung ni, tapi, sampai sahaja ke puncak, anda dapat menikmati pemandangan bukan satu tapi dua pulau terkenal di Malaysia, siapa tak kenal Pulau Perhentian dan Pulau Redang? Memang puas hati selepas berjam mendaki gunung ini. Alang-alang dah sampai, tak salah untuk memasang khemah dan bermalam di sini.
2. Masjid Tengku Tengah Zahara (Masjid Terapung) Sumber: Alyph Nur Terengganu memang banyak binaan masjid yang cantik, masjid ini adalah salah satu darinya. Masjid Terapung ini diberikan nama sedemikian kerana dari jauh masjid ini seolah-olah terapung di atas air.
Masjid ini memiliki ciri-ciri reka bentuk islam dan tempatan. Datanglah ke sini untuk menikmati kecantikan masjid ini ditemani dengan angin laut yang tenang.
Alamat: Kuala Ibai, 20400, Kuala Terengganu
1. Pantai Teluk Ketapang Sumber: Mine Yasmine Yauzi Pantai yang agak luas ini terletak di utara Sungai Terengganu. Pantai ini digelar Teluk Ketapang kerana ianya dikelilingi oleh bukan sahaja pokok kelapa malahan pokok ketapang.
Di sekitar pantai ini terdapat banyak gerai-gerai kecil untuk anda membeli makanan untuk dimakan sambil menikmati pemandangan. Di pantai ini juga terdapat gerai yang dilawati ramai orang untuk menikmati Ikan Celup Tepung (ICT).
Terdapat juga gerai-gerai yang best yang boleh anda singgah semasa perjalanan dari Kuala Terengganu ke sini seperti kedai Keropok Lekor Bukit Tok Beng dan Warung Air Buah Gelas Besar Pior.
Alamat: Pantai Teluk Ketapang, 21300, Terengganu
Berkaitan:
24 Hotel Murah Di Kuala Terengganu Yang Selesa Untuk Bajet Traveller 30 Homestay Di Kuala Terengganu Untuk Percutian Keluarga Istimewa Akhir kata, terima kasih kerana meluangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Saya berharap dengan senarai 44 tempat menarik di Kuala Terengganu ini, dapat sedikit sebanyak membantu anda dalam membuat perancangan.
Semoga anda mendapat sebuah percutian yang penuh makna di Terengganu nanti. Tunggu apa lagi, moh kita ke Terengganu!
4.7/5 - (141 votes) The post 45 Tempat Menarik Di Kuala Terengganu (2024) | Bandaraya Warisan Pesisir Air appeared first on Mai Singgah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.maisinggah.com/tempat-menarik-di-kuala-terengganu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
50 Tempat Makan Menarik Di Kuala Lumpur Restoran Best Di Kl

50 Tempat Makan Menarik Di Kuala Lumpur Restoran Best Di Kl

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 188 hits
Kotaraya moden bukan sekadar terkenal dengan menara KLCCnya tapi juga dengan kebanjiran tempat makan yang agak mustahil untuk habis teroka Terlampau banyak dari yang terletak di tengah tengah kota hinggalah yang tersembunyi Yang menariknya ...
33 Tempat Makan Menarik Di Bangi Restoran Paling Best

33 Tempat Makan Menarik Di Bangi Restoran Paling Best

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 249 hits
Apa Sampai 33 kedai makan best dalam satu kawasan Biar betul Ya kami tak tipu sememangnya syurga makanan yang sejati Dari sajian utara ke selatan hidangan timur ke barat semuanya ada di Bangi dan kawasan sekitarnya Sediakan buku nota untuk ...
34 Tempat Makan Menarik Di Seremban Restoran Best Untuk Foodie

34 Tempat Makan Menarik Di Seremban Restoran Best Untuk Foodie

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 247 hits
Seremban merupakan sebuah daerah yang cukup terkenal dengan jolokan lubuk makanan orang Nogori untuk diterokai apatah lagi jika anda pertama kali menjejakkan kaki ke Tambahan pula jika anda seorang yang gilakan masakan pedas dan asli maka S...
39 Tempat Makan Menarik Di Kuantan Hidangan Lazat Suasana Istimewa

39 Tempat Makan Menarik Di Kuantan Hidangan Lazat Suasana Istimewa

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 273 hits
Pahang adalah negeri yang terbesar di antara 14 negeri negeri lain yang terdapat di Malaysia Bukan hanya popular sebagai sebuah negeri yang terbesar dari segi saiz malahan Pahang juga turut terkenal dengan pelbagai aktiviti pelancongan yang...
32 Tempat Menarik Di Hatyai Terkini 2023

32 Tempat Menarik Di Hatyai Terkini 2023

papar berkaitan - pada 25/12/2023 - jumlah : 301 hits
Percutian ke Selatan Thailand khususnya di sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia Ini kerana lokasinya yang terletak di persempadanan banyak tempat makan best dan Hatyai terkenal sebagai syurga membeli belah Saya sendiri pernah bercuti di...
Bukit Gambang Waterpark Taman Tema Air Menarik Di Kuantan

Bukit Gambang Waterpark Taman Tema Air Menarik Di Kuantan

papar berkaitan - pada 3/1/2024 - jumlah : 183 hits
Di Malaysia waterpark atau taman tema air sangat popular di kalangan golongan berkeluarga terutama sekali bagi mereka yang mempunyai anak anak kecil dan remaja Sumber Azman abu hassan Antara taman tema air yang perlu anda kunjungi ialah Buk...
26 Tempat Makan Menarik Di Subang Jaya Pilihan Sesuai Untuk Seisi Keluarga

26 Tempat Makan Menarik Di Subang Jaya Pilihan Sesuai Untuk Seisi Keluarga

papar berkaitan - pada 23/12/2023 - jumlah : 347 hits
Subang Jaya sebuah bandar yang tak jauh dari hiruk piruk Kuala Lumpur yang menempatkan pelbagai fasiliti mengelilingi kawasan perumahan yang telah lama bertapak di negeri Selangor Kepelbagaian aktiviti menarik yang ditawarkan di Subang Jaya...
32 Tempat Makan Menarik Di Cyberjaya Khas Untuk Pencinta Makanan

32 Tempat Makan Menarik Di Cyberjaya Khas Untuk Pencinta Makanan

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 224 hits
Bagi yang bercadang nak ke Cyberjaya hujung minggu ini atau pun sekadar santai membawa diri atau keluarga berjalan pasti tercari cari mana tempat makanan yang sedap dan menarik yang terdapat di Cyberjaya Jangan bimbang kerana di Cyberjaya b...
7 Tempat Makan Menarik Di Setia Alam Restoran Sedap Wajib Cuba

7 Tempat Makan Menarik Di Setia Alam Restoran Sedap Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 304 hits
Setia Alam merupakan antara bandar yang kian meningkat dari segi pembangunan dan juga populasi penduduk Semakin hari semakin banyak kedai makan dan restoran yang dibuka Mari kami kongsikan antara 7 tempat makan menarik di Setia Alam yang me...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan