Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi


PUTRAJAYA – Penyakit jantung iskemia terus menjadi sebab utama kematian di Malaysia pada 2024 yang merekodkan 17,421 kematian atau 13 peratus daripada jumlah kematian yang disahkan secara perubatan, menurut Perangkaan Sebab Kematian Malaysia 2025 dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), hari ini.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata sebanyak 198,992 kematian direkodkan pada 2024, merangkumi 133,844 (67.3 peratus) dan 65,148 (32.7 peratus) kematian yang disahkan secara perubatan
Beliau berkata bilangan kematian disahkan secara perubatan meningkat daripada 60.7 peratus (119,652 kematian) kepada 67.3 peratus (133,844 kematian) pada 2024.
“Sebanyak 12,112 kematian lelaki (15.3 peratus) disebabkan oleh penyakit jantung iskemia, manakala sebab kematian utama bagi perempuan ialah pneumonia, iaitu 6,776 (12.4 peratus),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohd Uzir berkata penyakit jantung iskemia juga menjadi sebab utama kematian bagi etnik Melayu dan etnik India masing-masing merekodkan 10,291 kematian (13.9 peratus) dan 2,161 kematian (17.6 peratus) pada 2024.
Sementara itu, etnik Cina dan Bumiputera Lain masing-masing merekodkan pneumonia sebagai sebab utama kematian, iaitu 4,231 kematian (12.7 peratus) dan 1,016 kematian (9.7 peratus).
Beliau berkata selain itu, pneumonia mencatatkan sebab kematian kedua tertinggi di negara ini, dengan 15,332 kematian atau 11.5 peratus, diikuti diabetes mellitus (6,929 kematian; 5.2 peratus) dan kemalangan kenderaan (4,428 kematian; 3.3 peratus).
Sementara itu, statistik juga menunjukkan kematian akibat neoplasma (kanser) meningkat sejak 2001 daripada 5,231 kematian kepada 19,180 kematian pada 2024.
Neoplasma malignan organ pencernaan merekodkan kematian tertinggi berbanding kanser lain, iaitu 5,825 kematian, diikuti oleh neoplasma malignan middle ear, sistem pernafasan atau organ intratoraks (2,987 kematian) dan neoplasma malignan of breast (2,173 kematian).
“Kematian disebabkan penyakit jantung iskemia dipengaruhi terutamanya oleh amalan gaya hidup dan pengambilan pemakanan yang tidak sihat. Ini disokong oleh kenyataan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, iaitu berlaku apabila saluran darah menjadi keras dan sempit disebabkan oleh plak kolesterol.
Beliau berkata kematian akibat pneumonia adalah disumbangkan oleh kesan pascapandemik, iaitujangkitan paru-paru dalam komuniti terutama bagi individu yang mempunyai sistem imun lemah dan masalah kesihatan sedia ada.
Selain itu, beberapa penyakit tidak berjangkit lain seperti diabetes melitus dan kegagalan buah pinggang turut disebabkan oleh amalan gaya hidup dan pemakanan yang tidak sihat
Mengikut kumpulan umur, Mohd Uzir berkata pneumonia merupakan punca utama kematian dalam kalangan mereka berumur 60 tahun dan ke atas dengan merekodkan 11,989 kematian atau 13.9 peratus, serta dalam kalangan kanak-kanak berumur 0 hingga 14 tahun, dengan 244 kematian atau 5.6 peratus.
Sementara itu, kemalangan pengangkutan menjadi punca utama kematian dalam kalangan individu berumur 15 hingga 40 tahun dengan 2,547 kematian (20.0 peratus), manakala penyakit jantung iskemia penyebab utama membabitkan mereka berumur 41 hingga 59 tahun, dengan 5,380 kematian (17.6 peratus).
Untuk peringkat negeri, Mohd Uzir berkata 13 negeri merekodkan penyakit jantung iskemia sebagai punca utama kematian, manakala Perak, Sabah dan Sarawak merekodkan pneumonia sebagai punca utama.
“Selangor merekodkan jumlah kematian tertinggi akibat penyakit jantung iskemia, iaitu 3,038 kematian, diikuti Johor dengan 2,620 kematian dan Kedah dengan 2,349 kematian,” katanya.
Pada peringkat antarabangsa pula, Mohd Uzir berkata penyakit jantung merupakan punca utama kematian di Amerika Syarikat dan Australia pada 2023, manakala kanser penyebab utama di Jepun, Korea Selatan, Kanada dan Singapura, sambil menambah United Kingdom merekodkan demensia dan penyakit Alzheimer sebagai punca utama kematian pada tahun yang sama.
Sumber: BERNAMA
The post Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian di Malaysia, Selangor Catat Jumlah Tertinggi appeared first on The Malaysian Update.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2025/12/19/penyakit-jantung-iskemia-terus-jadi-punca-utama-kematian-di-malaysia-selangor-catat-jumlah-tertinggi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Rekod 198 992 Kematian Pada 2024 Ischaemic Heart Diseases Punca Utama

Malaysia Rekod 198 992 Kematian Pada 2024 Ischaemic Heart Diseases Punca Utama

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 161 hits
Malaysia Rekod 198 992 Kematian Pada 2024 Ischaemic Heart Diseases Punca Utama PUTRAJAYA 18 DISEMBER 2025 Sebanyak 198 992 kematian direkodkan pada 2024 yang mana 133 844 adalah sebab kematian yang disahkan secara perubatan dan 65 148 adala...
Reformasi Madani Pacu Keyakinan Pelabur Malaysia Catat Pelaburan Tertinggi Rm384 4 Bilion Sepanjang 2025

Reformasi Madani Pacu Keyakinan Pelabur Malaysia Catat Pelaburan Tertinggi Rm384 4 Bilion Sepanjang 2025

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 82 hits
Kerajaan MADANI terus memperkukuh agenda reformasi nasional apabila Malaysia mencatatkan nilai pelaburan tertinggi sebanyak RM384 4 bilion sepanjang tahun 2025 Pencapaian ini secara jelas mencerminkan tahap keyakinan yang semakin kukuh dala...
Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

papar berkaitan - pada 19/12/2025 - jumlah : 138 hits
MARAN Ahli Dewan Negeri Luit Dato Mohd Sofian Abdul Jalil merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada anggota Khidmat Malaysia Maran atas komitmen dan kesungguhan membantu mangsa banjir menerusi operasi mencuci rumah yang terjejas di Tama...
Misi Utama Malaysia B 23 Menghadapi Vietnam Dalam Sukan Sea 2025

Misi Utama Malaysia B 23 Menghadapi Vietnam Dalam Sukan Sea 2025

papar berkaitan - pada 10/12/2025 - jumlah : 197 hits
Misi Utama Malaysia B 23 Dalam Menghadapi Vietnam Di Sukan SEA 2025 Skuad Malaysia B 23 sedang bersiap sedia untuk menghadapi pertemuan penting yang akan menentukan kemaraan mereka ke separuh akhir Sukan SEA 2025 di Thailand Bawah pimpinan ...
Klook Terus Jadi Pilihan Utama Pelancong Ke Jepun Laporan

Klook Terus Jadi Pilihan Utama Pelancong Ke Jepun Laporan

papar berkaitan - pada 12/12/2025 - jumlah : 120 hits
terkini terbitan mendedahkan bahawa Klook merupakan platform paling kerap digunakan dalam kalangan pelancong antarabangsa dalam membuat tempahan lawatan berbayar dan aktiviti ketika berkunjung ke Jepun 42 1 responden menyatakan bahawa merek...
Platform Digital Kini Penentu Utama Sama Ada Kandungan Csam Dapat Dikekang Atau Terus Menular

Platform Digital Kini Penentu Utama Sama Ada Kandungan Csam Dapat Dikekang Atau Terus Menular

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 153 hits
Putrajaya Penyedia platform digital kini memegang peranan yang sangat penting dalam membendung penularan bahan penderaan seksual kanak kanak atau CSAM yang semakin kompleks dan tersembunyi Kandungan berbahaya ini tidak lagi diedarkan secara...
Jumlah Mangsa Banjir Di Pahang Terus Meningkat Kepada 10 740 Orang Berbanding 2 027 Mangsa Yang Direkodkan Semalam

Jumlah Mangsa Banjir Di Pahang Terus Meningkat Kepada 10 740 Orang Berbanding 2 027 Mangsa Yang Direkodkan Semalam

papar berkaitan - pada 19/12/2025 - jumlah : 98 hits
KUANTAN Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus meningkat kepada 10 740 orang berbanding 2 027 orang yang direkodkan semalam Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Pahang Che Adam A Rahman berkata kesemua mangsa daripada 3 566 keluarga...
Bursa Malaysia Lepasi 1 640 Mata Paras Tertinggi Tahun Ini

Bursa Malaysia Lepasi 1 640 Mata Paras Tertinggi Tahun Ini

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 154 hits
Aliran masuk dana ke pasaran saham kekal memberangsangkan sekali gus menyokong prestasi indeks yang dijangka bergerak dalam julat 1 630 hingga 1 650 mata sehingga hujung tahun ini KUALA LUMPUR 15 Dis Bursa Malaysia naik 5 91 mata kepada 1 6...
5 Penyakit Berjangkit Utama Selepas Banjir Yang Sangat Merisaukan

5 Penyakit Berjangkit Utama Selepas Banjir Yang Sangat Merisaukan

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 123 hits
5 Penyakit Berjangkit Utama Selepas Banjir Yang Sangat Merisaukan Air dah surut tapi penyakit baru nak mula Public Health Malaysia Inilah realiti yang sering berlaku setiap kali banjir melanda Bila air mula surut ramai menarik nafas lega Ru...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Anugerah Rekod Nilam

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya