7 Cara Menulis Artikel Blog Yang Menarik Serta Kreatif
Bila kita sudah tahu, cara menulis artikel yang menarik. Kita sebagai pemilik blog tidak akan sesekali akan mengatakan bahawa "tiada idea untuk menulis ataupun update blog". Saya juga percaya, setiap hari pasti kalian mempunyai beribu idea untuk ditulis serta dijadikan bahan bacaan bagi pengunjung di blog.
Tapi sebelum itu, saya nak tanya kalian blog update tak ni? betul ke susah nak menulis artikel di blog? dalam artikel kali ini, saya nak berkongsi cara menulis artikel yang menarik mengikut garis panduan yang saya gunakan untuk pastikan blog sentiasa di update dengan content artikel menarik.
Tujuan artikel ini ditulis, kerana mendapat pertanyaan di aplikasi WhatsApp tempoh hari.
"Macam mana nak banyakkan idea menulis di blog?"
Menjawab persoalan tersebut;
1. Selain membaca buku untuk jadikan bahan penulisan, saya juga suka baca status rakan-rakan dalam Facebook.
Penulisan yang baik, saya ambil jadikan sebahagian idea content. Tapi bukan tiru content orang tau.
Dari sini, idea-idea baharu lain akan muncul. Macam suis lah kiranya. Tercetus idea baharu, apabila membaca cerita-cerita rakan lain.
2. Menonton cerita kesukaan
Kadang-kadang, cerita tersebut saling berhubung kait dengan kehidupan saya. Macam throwback pun yer. Jadi, kisah kehidupan saya jadikan artikel berbentuk penyelesaian, dalam masa sama tidak mengaibkan mana-mana pihak.
Bersembang mampu jadi sebahagian content artikel menarik
Biasanya bergurau dengan ahli keluarga, suami dan anak-anak. Lepastu ada dialog semasa berbual. Ada anekdot [ kisah lucu dalam masa sama mendidik ] . Dari sini, saya selitkan juga dalam artikel.
Dengan rakan-rakan biasanya suka bertanya khabar. Tanya perkembangan semasa mereka. Tapi bukan mengumpat. Tanya yang baik-baik sahaja. Sebab bagi saya, kalau mengumpat dah menganggu emosi kita sebenarnya.
4. Bersiar-siar
Sesekali, kita perlu keluar rumah untuk menikmati angin dan pemandangan luar. Dari sini juga mampu buat otak kita lebih terbuka dengan persekitaran. Apa yang kita bau, lihat dan dengar sekeliling. Kita boleh jadikan satu content artikel.
5. Mimpi.
Jangan tak percaya, dalam artikel blog saya. Ada jer saya masukkan mimpi-mimpi saya dan jadikan artikel panjang. Harap-harap takde orang plagiat jadikan novel fiksyen sudah lah.
Jika kalian nak tahu, dalam penulisan novel genre fiksyen boleh dimasukkan cerita mimpi. Ia mengikut kesesuaian jalan cerita itu. Semuanya atas kreativiti penulis itu sendiri bagaimana mahu mengolahnya.
6. Mengikuti kelas
Tidak salah jika kalian ambil sedikit maklumat dari kelas yang dipelajari. Serta olahnya menjadi satu idea content terbaharu dalam gaya penulisan sendiri. Berikan nafas baharu.
6. Question and Answer
Yang ini saya paling seronok. Saya ni suka melayan jika ada pertanyaan daripada rakan-rakan, kadang-kadang prospek saya sendiri. Ada juga pertanyaan daripada pelanggan ghostwriting saya. Jadi, dari sini juga saya jadikan sebahagian isi kandungan untuk saya menulis artikel yang menarik.
Cara menjawab Question and answer (Q&A) macam kaunter pertanyaan. Kalian memang kena sabar, banyakkan bersabar. Mungkin ada sesetengah orang cakap benda ini buang masa melayan soalan-soalan diluar kotak. Tapi percayalah kalian, dengan ini semua buat otak kita terbuka untuk berfikir mencari penyelesaian kepada persoalan tersebut.
Sebab itu, sebagai penulis digalakkan juga perlu memasuki kelas-kelas sebagai tempat menimba ilmu dalam penulisan.
Artikel lain : Pengalaman menjadi Content Writer
Sebagai contoh ada yang tanya macam ini, sebahagian pertanyaan daripada rakan-rakan, prospek dan pelanggan servis penulisan :
saya tak faham lah emel ni tulis apa? dia nak apa sebenarnya. klien nak saya tulis artikel ni, tapi tak jelas.Berapa nak caj artikel ni Ina? saya nak puan tulis artikel guna keyword yang saya berikan ni ya? boleh tulis ke?Nak buat ebook. Tapi puan guna content saya beri tu. Tapi selebihnya puan cari boleh ?
Nampak macam mengarut jer kan? tapi tulah idea macam mana saya nak jadikan blog sentiasa berupdate. Walaupun bukan update setiap hari, tapi masih ada juga content berbentuk artikel.
Harus diingat, ini blog personal. Bukan website, jika website memang tidak boleh menulis begini. Ada format berlainan pula.
Sejak tahun 2021, saya mula menulis artikel personal juga dalam format SEO iaitu artikel mempunyai keyword yang dalam carian orang ramai.
Content di blog personal saya seimbangkan antara tips dan kehidupan peribadi. Jadi, jika pengunjung datang singgah pun takkan jemu sebab penuh dengan warna-warni kehidupan. Tak gitu?
Kesimpulannya:
Menulis artikel menarik, memang mudah jer. Kita sebagai penulis perlu jadi kreatif. Perlu juga peka dengan keadaan sekeliling. Menulis yang baik-baik, yang baik juga datang kepada kita. Menulis gosip dan isu semasa, kita akan menarik sasaran audiens daripada kelompok begitu. Jadi, dapatlah bawangrian menjadi followers kalian.
Menulis artikel menarik ialah artikel yang mana menjadi carian orang ramai di google. Artikel tersebut memberikan solusi kepada mereka yang mempunyai masalah. Seperti artikel yang kalian baca ini. Akhir kata, jutaan terima kasih kepada kalian yang menjumpai artikel ini dan sudi membacanya.
Teruskan mengikuti saya. Selain di blog, saya juga banyak berkongsi di akaun media sosial Facebook.
Namun, jika kalian ada bahan penulisan di media sosial tetapi content pendek. Ada masalah untuk menulis artikel panjang, boleh rujuk artikel : 7 Teknik kembangkan idea content Facebook kepada artikel
Facebook : Nor Azlina Mohd Ali
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ehbelogaku.com/2022/12/cara-menulis-artikel-yang-menarik-blog-kreatif.html