Cara Delete Blog
Assalamualaikum semua. Rugi sebenarnya jika anda sudah ada entri di sebuah blog dan nak delete blog tersebut. Walaupun blog sudah terkubur dek lama ditinggalkan, namun anda masih boleh merawat dan memperbaiki trafik blog.
Tetapi kita semua ada matlamat masing-masing kan? Mungkin hala tuju sudah berubah, bisnes atau niche tersebut bukan lagi fokus utama. Oleh itu untuk apa nak simpan?
Baiklah sebelum saya kongsikan cara delete blog anda, apa kata kita fikirkan satu idea ini iaitu ........ JUALKAN BLOG ANDA.
Idea ini sesuai untuk anda pertimbangkan sekiranya:-Blog berbentuk niche yang khususSudah ada entri/penulisan yang banyakAda trafik walaupun sedikit mungkin dalam 1000 sebulan?Idea ini tidak sesuai jika:-Blog berbentuk caca merba dan terlalu peribadiTrafik hampir tidak boleh diukur kerana terlalu sedikit
Bagaimana nak JUAL BLOG ANDA
Cuba war-warkan kepada blogger-blogger di luar sana, ada banyak group Blogger di Facebook kan? Anda boleh cuba marketkan mungkin ada di antara penulis yang mahukan niche tersebut, bolehlah terus sambung sahaja penulisan mereka.
WIN WIN situation, orang putih kata.
Mari saya kongsikan cara delete blog
Untuk pengetahuan anda semua selepas anda pilih untuk delete page anda, anda ada masa dalam 60 hari untuk membatalkan setting tersebut kay. Usah risau, blog anda tidak terus dipadam begitu sahaja. Ada masa untuk berfikir dan rancang untuk baiki blog tersebut.
Ini adalah paparan menu sebagai admin blog kan? Anda terus tekan di bahagian menu Settings.
Sila skroll ke bawah sehinggalah anda terjumpa ayat "REMOVE YOUR BLOG". Sila tekan dan sahkan. Akan keluar notis anda diberikan masa 60 hari untuk membatalkan aktiviti pemadaman blog anda.
Alhamdulillah. Mudah sahaja bukan? Semoga bermanfaat
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.emmemarina.com/2022/12/cara-delete-blog.html