
Lebih kurang macam ni rasa burnout tuSepanjang beberapa bulan ni Ayuni cuba sedaya-upaya untuk memulihkan semangat diri sendiri yang makin menghilang. Ayuni cuba join group melukis untuk memupuk semula semangat melukis. Itu pun adakalanya down dan asyik termenung melihat kertas walaupun dah membeli banyak peralatan melukis. Bila terjumpa teknologi foto AI terhibur sedikit sebab dapat buat sesuatu yang ada kaitan dengan kreativiti walaupun ia tak memuaskan hati seperti melukis dengan tangan sendiri. Kadang-kadang Ayuni guna AI untuk mencipta watak burung gagak yang lucu menyampaikan luahan berkaitan isu semasa dalam akaun Facebook. Kenapa burung gagak? Mungkin sebab ia haiwan yang dirasakan lebih serasi untuk menyalurkan gerak hati Ayuni sekarang.
Antara lukisan terakhir Ayuni yang berjaya dihasilkan pada beberapa bulan laluSelain daripada tu Ayuni ada cuba juga untuk menulis blog semula. Tetapi setiap kali buka blog minda jadi kosong. Pandangan menjadi kabur. Mungkin sebab tak tukar cermin mata lagi. Akhirnya tak tulis-tulis sampai sekarang. Bersawang balik blog. Tak lama kemudian laptop rosak. Terpaksa beli laptop baru lagi.
Rindu dengan geng blogger dulu-dulu. Kini tinggal kenangan...Sakit juga nak bangkit balik dalam bidang blog terutama sekali dengan wujudnya kemunculan platform media sosial baru yang lebih trending seperti TikTok dan Twitter. Agaknya beginilah rasa golongan pelukis masa AI diperkenalkan sekarang. |
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |