7 Aktiviti Menarik Di Rumah Bersama Anak Anak Sepanjang Musim Pkp


 


#7 Aktiviti menarik di rumah bersama anak anak sepanjang musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kita baru sahaja memasuki perintah kawalan pergerakan 2.0 (kali kedua) hari ini. Berbeza dengan PKP yang pertama dahulu, kali ini terdapat beberapa kelongaran yang diberikan kerajaan terutamanya kepada industry penting untuk terus beroperasi. Namun, bagi anak anak, mereka diminta untuk terus kekal di rumah.

Bercerita mengenai anak anak yang “terpaksa” berkurung di dalam rumah untuk tempoh masa yang agak lama, pastinya pelbagai kerenah ataupun cabaran yang terpaksa di hadapi oleh ibu bapa. Antara cabarannya sudah tentulah, bagaimana mahu menghiburkan anak anak di rumah ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebagai ibubapa, aku sendiri terkadang pening memikirkan, apa yang kami mampu atau perlu buat supaya anak anak tak rasa bosan berada di dalam rumah untuk tempoh masa yang lama. Kalau kita nak bagi mereka gadget dan tengok cerita kegemaran mereka untuk tempoh masa yang lama, takut perkara lain pula yang berlaku.

Jadi, atas sebab itu, aku kongsikan beberapa idea menarik yang boleh kita lakukan, bagi mengurangkan rasa bosan kepada anak anak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlansung.

#Aktiviti menarik di rumah bersama anak anak sepanjang musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). #1. Main puzzle

Bila sebut pasal puzzle, mesti korang pun akan rasa bosan kan? Tapi nanti dulu, ianya mungkin akan rasa bosan kalau korang beli saiz kecil. Apa kata, untuk tempoh PKP ini, korang beli puzzle yang bersaiz besar! Mungkin boleh beli yang 1500 pieces. Atau 2500 atau puzzle 3000 pieces?

Boleh ajak ramai ramai buat. Anak isteri semua boleh join sekali. Atau kalau rasa ini pun masih tahap biasa, korang boleh cari yang lebih besar.

#2. Aktiviti memasak

Ini juga boleh aku katakan sebagai aktiviti yang menarik. Kalau anak perempuan ramai lagi bagus. Tapi anak lelaki pun sekarang kenalah belajar memasak. Esok kalau dah jadi suami orang, boleh la tolong isteri memasak di dapur kan.

Pengajar dah tentulah ibu/isteri. Boleh juga cuba menu luarbiasa yang sebelum ini tak pernah pun terhidang di atas meja makan. Pastinya ianya akan jadi bertambah menarik bukan?

#3. Buat aktiviti bertukang

Aku suka aktiviti ini sebenarnya. Aku suka beli kayu, lepas tu bertukang. Buat la meja atau kerusi atau sebagainya. Sebelum PKP diperkenalkan. Aku buat reban ayam! Hahaha. Duduk rumah taman, buat reban ayam.

Bagi aktiviti ini, perlu extra perhatian nya disebabkan ianya melibatkan alatan merbahaya.

#4. Buat pertandingan

Aktiviti ini juga menarik bagi aku. Buat pertandingan di antara anak anak. Contohnya seperti, siapa bangun awal, dapat 10 markah. Siapa kemas rumah, dapat 10 markah. Siapa banyak tolong ibu, dapat 10 markah lagi. Dan pelbagai lagi.

Habis sahaja tempoh pkp, hadiah akan diberi kepada mereka yang dapat markah tertinggi. Tapi percayalah cakap aku ini, walaupun kita buat aktiviti macam ini, diakhirnya nanti, semua anak anak akan dapat habuan yang sama, betul tak? Hehe.

Apa pun, itu tidak penting, yang penting, kita nak mendidik mereka agar ringan tulang membantu ibu bapa di rumah.

#5. Menonton rancangan kegemaran bersama

Buat mereka yang ada bajet lebih sedikit, boleh beli projector dan pasang di rumah. Buat rumah seperti panggung wayang! Jadikan rumah sebagai lokasi paling menyeronokkan buat mereka. Boleh jadi sebelum ini, ibubapa hanya luangkan sedikit masa hujung minggu dan mungkin sebulan sekali untuk bersama anak anak menonton rancangan kegemaran mereka.

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, berikan mereka sepenuh perhatian agar mereka rasa lebih dihargai dan yang lebih penting agar mereka tahu, kita sentiasa ada untuk mereka.

#6. Berkebun

Ini juga boleh jadi perkara yang sangat menarik. Berikan “task” buat anak. Beri mereka ruang sendiri. Benih dan peralatan. Biar mereka usahakan sendiri sampai jadi. Ibu bapa Cuma pantau sahaja. Ajar mereka cara semai benih, baja dan proses menjaga pokok sampai Berjaya.

Boleh jadi ini menjadi suatu aktiviti yang panjang buat mereka.

#7. Aktiviti keagamaan.

Dan untuk Aktiviti menarik di rumah bersama anak anak sepanjang musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang terakhir, habiskan masa bersama keluarga dirumah dengan aktiviti keagamaan. Cukup waktu, ajak kesemua solat berjemaah. Kemudian berilah sedikit tazkirah atau boleh juga cerita kepada anak anak cerita pasal nabi atau apa sahaja cerita keagamaan.

Boleh ajar anak anak mengaji. Oleh ajar anak anak dengan lebih mendalam pasal agama. Boleh ajar anak anak contoh contoh akhlak yang baik. Boleh cerita pasal indahnya syurga dan betapa dasyatnya neraka. Agar mereka lebih faham.

Mungkin ada yang bertanya, kalau nak penuhi dengan aktiviti ini sahaja sepanjang tempoh PKP, anak anak akan jadi lebih bosan? Jangan risau, selang selikan dengan aktiviti yang aku kongsikan di atas. Pastinya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan kali ini akan jadi lebih bermakna. Ok?



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mrejoy.com/2021/01/aktiviti-menarik-bersama-anak-anak-ketika-pkp.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sekolah Mama Bagus Idea Ibu Ini Penuhi Aktiviti Anaknya Di Rumah Musim Pkp

Sekolah Mama Bagus Idea Ibu Ini Penuhi Aktiviti Anaknya Di Rumah Musim Pkp

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 528 hits
Memandangkan kes Covid masih lagi tinggi langkah kerajaan dengan menutup dulu sekolah di beberapa negeri berisiko adalah jalan terbaik untuk mengekang penularan wabak ini Bagaimanapun ibu bapa risau apabila anak duduk saja di rumah masa mer...
Aktiviti Senaman Adalah Perlu Sepanjang Pkp

Aktiviti Senaman Adalah Perlu Sepanjang Pkp

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 244 hits
Hi korangApa jer aktiviti SA di musim musim PKP ni SA hanya mampu bersenam jer uolls pagi petang SA akan jogging workout senaman ringan untuk cergaskan badan Dulu masa muda muda kurang bersenam sebab sibuk dengan kerjaya dan mencari rezeki ...
Hiburan Hanya Duduk Rumah Sepanjang Pkp Lufya Omar Cuba Nasib Jual Kek Durian Musang King

Hiburan Hanya Duduk Rumah Sepanjang Pkp Lufya Omar Cuba Nasib Jual Kek Durian Musang King

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 396 hits
Musim musim PKP ini pastinya banyak perniagaan dari rumah yang muncul seperti tumbuhnya cendawan selepas hujan Begitu juga dengan pelakon Lufya Omar yang katanya mula menjinakkan diri dengan perusahaan membuat kek Sumber Menurut Lufya dia m...
Ada Anak 6 7 Tahun Latihlah Baca Kira Tulis Sekarang Masanya Jadi Cikgu Di Rumah

Ada Anak 6 7 Tahun Latihlah Baca Kira Tulis Sekarang Masanya Jadi Cikgu Di Rumah

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 352 hits
Tahun 2020 dan 2021 tiada siapa pun menjangkakan negara akan dilanda dengan wabak virus berbahaya Namun itulah takdir yang perlu diterima dengan reda Walaupun ujian ini berat namun hidup tetap perlu diteruskan Cuma yang terkesan dengan waba...
Surat Perjalanan Sekali Mohon Untuk Tempoh Sepanjang Pkp

Surat Perjalanan Sekali Mohon Untuk Tempoh Sepanjang Pkp

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 244 hits
TUMPAT Penduduk di Kelantan yang bekerja sendiri atau tiada majikan boleh memohon surat kebenaran perjalanan untuk tempoh sepanjang 10 hari Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa Selain itu ketua balai polis akan ditempatkan di setiap se...
Nak Anak Bijak Haramkan Jajan Kek Gula Gula Minuman Bergas Di Rumah Jika Ada Anak 0 8 Tahun

Nak Anak Bijak Haramkan Jajan Kek Gula Gula Minuman Bergas Di Rumah Jika Ada Anak 0 8 Tahun

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 250 hits
Dia tak nak makan nasi bagi jajan baru makan Biarlah asalkan dia makan jugak jajan Umurnya baru berusia 3 tahun tapi sudah diperkenalkan dengan jajan Artikel Menarik Jangan salahkan anak jika orang dewasa yang perkenalkan jajan kek gula gul...
Hiburan Nak Jadi Sado Usop Ambil Peluang Bina Badan Sepanjang Tempoh Pkp 2 0 Mula Aktif Main Gimnasium

Hiburan Nak Jadi Sado Usop Ambil Peluang Bina Badan Sepanjang Tempoh Pkp 2 0 Mula Aktif Main Gimnasium

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 354 hits
Penyanyi Usop khabarnya kini mempunyai impian baru untuk mendapatkan bentuk badan idaman yang lebih berotot bagi membina keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang ramai Sumber Tambahnya lagi dia akan menggunakan waktu terluang sepanjan...
Anak Lelaki Boleh Harap Buat Kerja Rumah Jaga Adik Ini Rahsia Ibu Anak 4

Anak Lelaki Boleh Harap Buat Kerja Rumah Jaga Adik Ini Rahsia Ibu Anak 4

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 430 hits
Kita percaya tak pada rezeki Setiap orang ada anak Tapi tidak semua anak itu diuruskan dengan cara yang sama Setiap ibu ayah ada cara tersendiri Tapi matlamatnya adalah sama iaitu supaya anak kita menjadi manusia yang berguna untuk agama da...
Kerja Pembinaan Perlu Dihenti Sepanjang Tempoh Pkp Kementerian Kerja Raya

Kerja Pembinaan Perlu Dihenti Sepanjang Tempoh Pkp Kementerian Kerja Raya

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 229 hits
Gambar hiasan KUALA LUMPUR Kerja kerja pembinaan perlu dihentikan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di negeri yang terlibat kecuali bagi kerja kerja yang disenaraikan Perkhidmatan Perlu kata Kementerian Kerja Raya Menurut kenyata...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord