Kemas bilik dan set up bilik seperti suasana di sekolah.Buat sekolah mama di bilik sebab dekat ruang tamu ada tv.Nanti rosak plan.
Anak-anak dah teruja nak belajar di sekolah mama dan tak sabar-sabar nak belajar
Penubuhan sekolah mama
Aktiviti hias kelas
Terbayang keadaan anak-anak sewaktu PKP 3 bulan sebelum ni, masa anak-anak penuh dengan bermain telefon dan menonton televisyen.
Dokumen standard kurikulum pentaksiran sekolah mama..Buat simple jelh..janji ada rujukan apa kita nak buat..Kena rancang sebab jika kita gagal merancang maka kita merancang untuk gagal..Nanti jadi hangat2 tahi ayam pula.
Ni jadual waktu anak-anak.Kelas mama berakhir jam 2petang jek..Lepas tu bolehlah bagi aktiviti bebas anak2.Boleh nak bagi tengok tv atau bermain..Bukan belajar sepenuhnyakan.Pukul 4.30 petang anak2 pergi mengaji.
Sejak itu, aku berazam…tak nak biar masa anak-anakku dengan fon dan tv..Aku kena buka sekolahku sendiri..Maka tertubuhlah sekolah mama. Keesokkan harinya aku bawa anak-anak pergi beli buku, alat tulis dan papan putih untuk persiapan sekolah mama.
Aktiviti bersama keluarga.Siang en papa sibuk kerja,malam kena luangkan masa dengan anak2.No fon sampai pukul 10 malam..Lepas anak2 tidur,bolehlah nak tengok fon.
Nak bina sekolah dengan 3 orang pelajar jek pun. Aku nak cipta sistem pembelajaran sama seperti disekolah..kena ada takwim sekolah, DSKP, jadual waktu guru, jadual waktu pelajar dan sebagainya.
Aktiviti pendidikan seni
Aku kena cipta aktiviti untuk anak-anak supaya masa anak-anak dapat diisi sepenuhnya macam mereka belajar disekolah. Jadual yang dibuat juga berubah-ubah ikut jadual pdp online sekolahku dan anak-anak. (kena utamakan jadual online sekolahku dahulu sebab aku cikgu..Jadi utamakan anak muridku dulu berbanding anak-anak sendiri sebab kita makan gajikan. Barulah ada keberkatan gaji disitu. Anak sendiri kita boleh ajar waktu lain)
Aktiviti memasak..Latih anak2 kemahiran menggunting,memotong dan mengemas meja makan.
Sebelum kelas bermula kenalah buat aktiviti macam sekolah kat Jepun tu..cuci tandas,kemas bilik,kemas ruang tamu.Setengah jam jek..Jangan lama2..Nak terapkan kebersihan dalam diri anak2..Harini suruh sidai bajulah sebab semua dah bersih.
Marilah kita bersama-sama membina aktiviti bersama anak-anak. Jangan biarkan anak-anak kita membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah dan bergantung dengan telefon.
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |