Hiburan Nak Jadi Sado Usop Ambil Peluang Bina Badan Sepanjang Tempoh Pkp 2 0 Mula Aktif Main Gimnasium
Penyanyi Usop khabarnya kini mempunyai impian baru untuk mendapatkan bentuk badan idaman yang lebih berotot bagi membina keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang ramai.
Sumber : Instagram Usop Tambahnya lagi, dia akan menggunakan waktu terluang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan mengunjungi gimnasium dan bersenam untuk membina badan.
Kata Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor ini lagi, tempoh PKP kali ini dia tidak mempunyai sebarang aktiviti jadi lebih baik untuknya menghabiskan masa di rumah dengan melakukan perkara yang berfaedah.
AdvertisementView this post on InstagramA post shared by Usop ? (@usopofficial)
“Tahun ini saya memang berazam nak buat badan, lagi pula tengok ramai kawan pakat-pakat buat badan, saya pun nak juga. Nak bagi badan naik sikit supaya bila orang tengok nampak macam..mmm dapnya! Selain itu untuk kesihatan tubuh badan kita juga.”
Dia sebelum ini ada memuat naik beberapa video dirinya sedang berada di Gimnasium bersama teman-teman serta turut bertanyakan kepada peminat bagaimanakah cara untuk mendapatkan badan yang lebih ‘sado’.
View this post on InstagramA post shared by Usop ? (@usopofficial)
AdvertisementUsop yang kini berada di Kedah bersama keluarga tersayang turut memberitahu bahawa akan meneruskan hobi barunya itu apabila pulang ke Kuala Lumpur nanti.
“Dekat sini saya ada jurulatih sendiri, jadi balik KL nanti saya dah boleh buat rutin ini secara sendirian. Selain tetapkan waktu untuk bersenam, saya juga membantu ibu meniaga di gerai kami, Nasi Kandar Mama Usop.” – Usop
The post Nak Jadi ‘Sado’, Usop Ambil Peluang Bina Badan Sepanjang Tempoh PKP 2.0, Mula Aktif Main Gimnasium first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2021/01/hiburan-nak-jadi-sado-usop-ambil.html