
Abang-abang akan ajar adik-adik mengaji
Begitulah. Saya senyum sahaja. Seolah-olah mereka tidak percaya kepada rezeki. Ada yang dapat rezeki anak tak sepah rumah, ada yang dapat rezeki anak diam je tak lincah, ada yang dapat rezeki anak tak reti nak manjat lepas tu dengar cakap ibu ayah ikut je peraturan rumah dan sebagainya.
Biasakan anak solat berjemaah
Tapi rezeki saya alhamdulillah dapat anak yang bergabung tenaga sehingga ramai yang meluahkan rasa surrender. Tapi, setiap anak ada kelebihan dan kekurangan.
Sama-sama lakukan tugas mengemas rumah
Walaupun keempat-empat anak saya suka buat rumah macam kapal pecah sehingga menyebabkan saya menggunakan pelbagai cara supaya mereka dalam tempoh bertenang. Tapi saya tidak bagi mereka main gajet.
Lepas makan, masing-masing akan cuci pinggan dan cawan
Abang sulung suapkan adik-adik makan
Walaupun mereka selalu sepahkan rumah, tetapi mereka sangat rajin membantu saya di rumah atas faktor saya menjalankan perniagaan lain dan saya agak sibuk sedikit. Mereka sangat berdikari, tolong saya mop lantai, vakum rumah. Bila mesin basuh rosak, mereka tolong saya cuci pakaian guna tangan, basuh pinggan, sapu lantai, jemur kain, kemas bilik, yang sulong ajar adik adik mengaji, ajak adik adik solat, suapkan adik-adik makan bila saya sibuk.
Sama-sama jemur baju
Dalam satu kekurangan itu, saya memandang begitu banyak kelebihan mereka walaupun usia mereka 6 tahun, 5 tahun, 4 tahun dan 2 tahun. Terima kasih yang mendoakan baik baik untuk mereka.
Bilik tidur mesti sentiasa dalam keadaan kemas
Sebenarnya ini apa yang mereka belajar dari ayahnya. Sebab ayahnya juga memang membantu saya buat kerja rumah. Walaupun mereka lelaki, bila mereka nampak ayahnya buat kerja rumah, jadi mereka pun tahu mereka anak lelaki pun boleh buat juga.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |