4 Variasi Nasi Daging Dan Sayur Sayuran Sedapnya


Bosan makan nasi dengan lauk, jom kita variasikan hidangannya, Ni min kongsikan 5 resipi Nasi olahan Azian Hassan, penulis buku masakan.
Daging Selasih, Kari Daging, Pulao Sayu-sayuran dan labu memang enak sekali. Min dah rasa memang gerenti sedap. Cubalah nanti ya…
1. NASI KARI DAGING

BAHAN-BAHAN :
1/2kg daging | dipotong besar dan direbus sehingga lembut, simpan airnya)3 cawan beras biasa4 cawan air rebusan daging2 labu bawang merah besar | dihiris halus2 ulas bawang putih | dihiris halus1.5 sm halia | dihiris halus2 sm kulit kayu manis1-2 kuntum bunga lawang3 sudu makan mentega3 sudu makan minyak masak3 sudu besar rempah kari daging | campurkan sedikit air,jadikan pes1 sudu makan serbuk cili2 sudu makan tomato puri2 biji tomato | dipotong dadu1 ikat daun ketumbar | secekak, dihiris halusGaram secukup rasaCARA MEMASAKNYA :
1.Panaskan minyak dan mentega
2. Tumis, bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga wangi
3.Masukkan rempah kari daging dan serbuk cili yang sudah dibancuh dengan air dan dijadikan pes. Masak sehingga rempah garing
4.Masukkan daging, air daging, tomato puri, garam dan masak sehingga mendidih
5.Masukkan beras, tomato dan daun ketumbar.
6. Apabila masak gaulkan sekata.
Saiz hidangan : 6 orang
Waktu memasak : 35 minit
Cara memasak : Tumis dan didih
Jenis masakan : Sajian Nasi
Keistimewaan : Hidangan nasi berdaging dengan diperkayakan rempah ratus
Anggaran kos : RM 20
INFO : Nasi kari daging ini adalah sajian fusion India dan Melayu . Diinspirasikan dari masakan India tapi menepati citarasa dan selera Melayu
2. NASI PULAO SAYUR-SAYURAN

BAHAN-BAHAN:
1 cawan beras basmathi | dibersihkan dan direndam selama sejam1 ¾ cawan air2 sudu makan minyak sapi2 sudu makan minyak masak2 biji bawang merah | dimayang2.5 sm halia | dihiris memanjang2 biji tomato | dipotong dadu1 batang lobak merah | dipotong dadu2 biji ubi kentang | dipotong kecil200gm kobis bunga | dipotong kecil1 cawan kacang pis hijau4 biji cili hijau | dipotong pendek2 cekak daun ketumbar | dihiris halus1 batang kulit kayu manis2 kuntum bunga lawang3 kuntum bunga cengkih3 biji pelaga1/2 sudu teh serbuk jintan manis1 helai daun pandanGaram secukup rasaCARA MEMASAKNYA:
1. Panaskan minyak di dalam periuk dan kemudian masukkan minyak sapi.
2. Tumis bawang merah , halia, bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga, jintan manis, tomato dan cili hijau sehingga terbit bau wangi.
3. Masukkan beras, ubi kentang, lobak merah, kobis bunga , daun pandan dan air.
4. Tutup periuk dan masak sehingga nasi masak.
5. Akhir sekali masukkan kacang pis dan kacau nasi sehingga sebati. Taburkan dengan daun ketumbar.
Saiz hidangan : 3 orang
Waktu memasak : 35 minit
Cara memasak : Tumis dan didih
Jenis masakan : Sajian Nasi
Keistimewaan : Hidangan nasi sayur-sayuran tinggi serat
Anggaran kos : RM 10
INFO CHEF : Selain Pakistan nasi pulao juga terkenal di India, Afghanistan., Bangladesh, Turki dan beberapa negara Timur Tengah dengan panggilan nama berbeza seperti ilaf, Palao, Pilau dan lain-lain.
3. NASI ISTIMEWA BERLABU

BAHAN-BAHAN :
¼ biji labu | dipotong dadu kecil4 ulas bawang putih | dicincang1 sudu makan udang geragau/udang kering | ditumbuk1 mangkuk nasi putih1 sudu makan kicap cair1 sudu makan sos tiram1 biji cili merah | dipotong dadu2 tangkai daun bawang |dipotong pendek2 tangkai daun sup | dihiris halus4 sudu makan minyak masak¼ sudu teh serbuk lada sulah¼ sudu teh garamCARA MEMASAKNYA :
1. Panaskan minyak masak kemudian tumis bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan udang kering dan masak sehingga udang garing.
3. Masukkan labu dan kacau sebati. Biarkan labu hingga empuk.
4. Gunakan api besar kemudian masukkan nasi, kicap cair, dan sos tiram.
5. Masak sehingga nasi betul-betul garing dan akhir sekali pecahkan telur ke dalam nasi.
6. Perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah.
7. Kacau sebati kemudian masukkan cili merah.
8. Angkat dan hias dengan hirisan daun sup dan daun bawang.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan kacau goreng
Jenis masakan : Sajian Nasi, China Fusion
Keistimewaan : Hidangan nasi berperisa labu yang lazat
Anggaran kos : RM 7
INFO CHEF : Labu kuning kaya dengan beta karotene dan bersifat anti oksidan, ia memberi manfaat kesihatan yang baik kepada tubuh seperti menajamkan penglihatan dan mencegah kanser.
4. NASI DAGING SELASIH

BAHAN-BAHAN :
250gm daging cincang4 biji cili merah | dihiris halus4 biji cili padi| ditumbuk5 ulas bawang putih | ditumbuk2 sudu makan kicap cair2 sudu makan sos ikan2 sudu makan sos tiram3 sudu makan minyak masak2 genggam daun selasihGaram secukup rasaCARA MEMASAK :
1. Tumbuk cili merah, cili padi dan bawang putih.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi.
3. Masak sehingga cili garing.
4. Masukkan daging cincang dan masak sehingga daging empuk dan masak,
5. Masukkan sos ikan, kicap cair dan sos tiram. Kacau sebati.
6. Perasakan dengan garam.
7. Masukkan daun selasih dan gaul kan kesemuanya.
8. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan kacau goreng
Jenis masakan : Sajian Nasi, masakan pengaruh Thai
Keistimewaan : Keunikan rasa yang sedap dibangkitkan oleh daun selasih
Anggaran kos : RM 10
INFO CHEF : Daun selasih atau dikenali dengan daun kemangi , sering digunakan sebagai penyedap makanan dalam sajian atau lauk bagi membangkitkan aroma hidangan yang disediakan.
Komen anda

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/02/4-variasi-nasi-daging-dan-sayur-sayuran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
16 Buah Buahan Bijian Dan Sayur Sayuran Elok Untuk Penghidap Asthma

16 Buah Buahan Bijian Dan Sayur Sayuran Elok Untuk Penghidap Asthma

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 851 hits
Bagi penghidap Asthma memang banyak pantang larang makannya Jika tersilap makan ia boleh mencetus asthma pulak Ni min nak kongsikan makanan yang elok dimakan oleh penghidap penyakit ini Buah buahan dan sayur sayuran ini memang digalakkan me...
Nasi Putih Ikan Bawal 3 Rasa Sayur Terung Berlada Rm6 00

Nasi Putih Ikan Bawal 3 Rasa Sayur Terung Berlada Rm6 00

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 325 hits
Kuah 3 rasa dalam plastik tepi ikan tu tepi tu terung berladoHi korang Percaya tak Mesti ada yang tak percaya kan tapi percayalah harga makan tengahari SA hari ni RM6 je macam nasi bajet la senang citer hari hari ada orang hantar ke office ...
Hapuskan Siput Babi Si Perosak Sayur Sayuran

Hapuskan Siput Babi Si Perosak Sayur Sayuran

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 885 hits
Jenis sayur yang ditanam Dalam banyak banyak sayur saya duk fokus tanam sayur sawi bayam dan bendi sahaja Sebab apa Sebab sayur ni je yang kami sekeluarga suka makan dan pada saya yang ni agak cepat mendapat hasilnya Dalam menanam ni pun ad...
Koleksi 12 Resipi Daging Sedap Mantap Tak Rugi Masak Ni

Koleksi 12 Resipi Daging Sedap Mantap Tak Rugi Masak Ni

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 768 hits
Bila sebut nak masak daging ramai beranggapan ia agak rumit dan perlu masak lama Sebenarnya daging boleh je masak dengan cara ekspres tak liat dan sedap Yang penting korang tahu nak masak menu apa dan dan macam mana nak menolah daging supay...
Cara Buat Daging Burger Homemade Sedap Tiada Lemak Tanpa Msg

Cara Buat Daging Burger Homemade Sedap Tiada Lemak Tanpa Msg

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 1242 hits
Makanan segera sejuk beku seperti nuget ayam daging burger sosej dan sebagainya memang tak sihat Kalau diambil selalu boleh mendatangkan masalah kesihatan Malah kandungan lemak yang terkandung juga boleh menyebabkan berat badan anda naik TI...
Penduduk Islam Di Wilayah Xinjiang Dipaksa Makan Daging Babi Dan Minum Arak

Penduduk Islam Di Wilayah Xinjiang Dipaksa Makan Daging Babi Dan Minum Arak

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 633 hits
Lagi melibatkan nasib etnik Islam Uighur di Xinjiang apabila dilaporkan dipaksan memakan daging babi dan meminum arak ketika menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina baru baru ini Penduduk mendakwa mereka telah menerima jemputan ke majlis...
Stok Melimpah Harga Daging Dan Telur Ayam Turun Di Pasar Jakarta

Stok Melimpah Harga Daging Dan Telur Ayam Turun Di Pasar Jakarta

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 282 hits
Selain harga daging ayam harga telur ayam juga mengalami penurunan dari awal tahun 2019 Rata rata pedagang telur di awal tahun mematok harga sebesar Rp 26 000 per Kg kini menjadi Rp 24 000 per Kg
Jika Menang Pilpres Prabowo Janji Turunkan Harga Daging Telur Dalam 100 Hari

Jika Menang Pilpres Prabowo Janji Turunkan Harga Daging Telur Dalam 100 Hari

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 269 hits
Sementara untuk menurunkan harga tarif dasar listrik dirinya dan Sandiaga membutuhkan waktu kurang lebih 18 bulan setelah dilantik menjadi Presiden dan Wakil Presiden Pasalnya ada beberapa faktor yang membutuhkan waktu untuk bisa menurunkan...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp