Hapuskan Siput Babi Si Perosak Sayur Sayuran
Jenis sayur yang ditanam
Dalam banyak-banyak sayur, saya duk fokus tanam sayur sawi, bayam dan bendi sahaja. Sebab apa? Sebab sayur ni je yang kami sekeluarga suka makan dan pada saya yang ni agak cepat mendapat hasilnya. Dalam menanam ni pun ada cabaran tau, dengan cabaran diserang ulat, belalang dan siput babi.
Bayam merah, barulah nampak rupanya, sebelum ni asal tanam je togel, asal togel je si siput yang makan
Sawi si hijau manis
si kangkung tinggi lampai
Nampaknya bukan kami je suka makan, siput babi pun gedik nak makan sama :). Memang dasar siput babi!!
Alhamdulillah pertama kali tanam dulu, saya dah dapat petik hasilnya, dan seronok giler dapat masak sawi hasil ditanam sendiri. Dan sekarang ni dah masuk ni kali ke empat saya duk ulang menanam. Bukan sebab dapat kutip hasil beberapa kali, tapi disebabkan tanaman saya hilang entah ke mana.
Angkara si siput babi
Mula-mula semai biji benih, dapatlah tengok anak pokok tu membesar dalam seminggu dua. Then lepas tu saya tengok habis semua licin tinggal tunggul je. Ishh awok ingatkan belalang makan sayurnya, then saya serkup dengan jaring hitam tu.
So takpe, gemburkan tanah dan semai lagi biji benih. Lepas 2/3 minggu anak sayur naik, then saya tengok pokok tu togel lagi. Pernah satu malam saya mengendap, nak tengok kerja siapalah yang duk menggondolkan sayuran saya ni, dalam hati duk fikir ulat ngan belalang. Tapi salah, rupanya ada siput babi duk ralit buat kerja dia memakan anak-anak sayur ni.
Racun ni saya beli di nurseri Sungai Buloh, RM7 sepaket
Tabur dikeliling batas sayuran korang, kononnya kalau dia melalui kawasan tu, sure dia lalok dan mati
Antara siput babi yang tewas
Cara banteras siput babi
Apa lagi saya terus duk google apa cara nak banteras di siput babi ni. Siapa rajin menanam sayur, korang mesti tahu group facebook kebun bandar : Jom Tanam Sendiri. Kat sinilah saya jumpa cara nak elakkan sayuran dan tanaman di makan si siput babi tu.
So antara cara untuk elak tanaman dimakan siput babi ialah dengan cara tabur serbuk kopi, tabur garam kasar atau kulit telur di keliling tanaman anda. Tapi saya pula jenis tak sabar. Terus beli racun siput babi warna pink tu dan terus tabur. Ha nampak tak siput yang mati tu? Itulah buktinya
.
Kat group ni jugak saya banyak belajar tips menanam. Selain dapat tips, kat sini kita jadi lebih semangat dan rajin nak menanam bila tengok pokok dan sayuran orang lain yang segar bugar. Best best!!!
Anak pokok tomato, umur dalam 2 minggu macam tu
Anak-anak sawi, segar bugar
Semangat tu yang penting. Nak plak umah saya dekat dengan nurseri sungai buloh. Nak cari tanah hitam, baja, pasu, benih pokok senang je ;). Janji kene rajin je kekdah dia, Insha Allah berjaya
.
Menanam ni kita memang boleh buat kita ralit. Seronok tengok bila anak pokok tu membesar dan pucuknya menjulur keluar dan hari-hari balik kerja mesti jenguk dia dulu. Siram kalau boleh 2 hari sekali. Dan baja jangan dilupai ya. Nak dapat hasil yang baik, mesti kena letak baja juga, hasilnya nanti memang puas hati
.
(21)
The post Hapuskan siput babi si perosak sayur-sayuran appeared first on Ajumohit.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ajumohit.com/2019/02/hapuskan-siput-babi-si-perosak-sayur-sayuran.html