31 Koleksi Resepi Masakan Menggunakan Udang


31 KOLEKSI RESEPI MASAKAN MENGGUNAKAN UDANGMemandangkan PKP dilanjutkan lagi sehingga 18hb Febuari 2021 ni, TB pun mula la goyang sikit sebab jenuh nak fikir apa yang nak dimasak hari-hari untuk makan tengahari, petang ataupun malam. Dah PKP ni kerjanya asyik lapar je kan.. hahaha.. Lepas tu terperasan dekat FB hubby dok share Resepi2 udang.. haaa.. apa lagi.. terus zuppppp.. terbayang yang hubby memang tuju ke bini dia ni. dia tahu kita memang akan singgah FB dia kan.. So ternamapk resipi-redipi ni, hubby nak suruh TB masak guna resepi ni la kot.. sebelum hubby delete link.. TB nak save dulu kat sini.. ini resepi orang lain yea.. TB just share.. Selalunya lepas TB cuba, TB akan letak hasil masakan TB guna resepi dekat sini.. Tungguuu.

Sebelum tu mari kita lihat resepi-respi udang yang boleh korang cuba juga nanti.


Resepi Udang Masak Diraja‎

Bahan Kisar :

4 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
5 biji cili padi/besar atau ikut citarasa
3 sudu sk cili kering kisar (nak pedas letak la lebih)

Bahan Lain :

1 kg Udang galah / udang kulit putih etc
2 batang serai dititik
Daun kunyit dihiris halus
2 keping Asam keping
Garam dan gula sesedap rasa
1 cawan santan pekat

Cara Memasak :

Tumiskan bahan yang dikisar.
ila minyak naik masukkan serai dan asam keping. Masukkan santan pekat, gaulkan dan masukkan daun kunyit. Buarkan merenih, pekat skit. Kemudian masukkan perasa garam sedikit dan gula secukup rasa.Akhir sekali masukkan udang.. Masak jangan lama sangat, nanti udang tak fresh.

kredit:Zulfaza Loves Cooking ZLC 


Sambal udang petai versi cabai hijo

Resepi:
Udang digaul kunyit dn garam..goreng kjap. .

Bahan cabai:
Cabai hijau
Cabai merah besar
Bwang besar
Sdikit belacan
Tumbuk semua bahan2..jgn tumbuk halus sngt .tak sedap

Panaskan minyak bekas goreng udang tdi..tumis bhan tumbuk tu..msukkn sikt air..garam perasa..sekeping asam keping...masukkn petai..biar kejap msukkn udang..ok..dah siap..udang tak yah msak lama sebb dah goreng tdi.....

Cdt: roses eagle 

Salah satu menu dinner,
Udang tumis tempoyak bersama petai.
Kegemaran anak2 dan pak habibi...

mamajuju sertakan resepi sekali
UDANG TUMIS TEMPOYAK PETAI

bahan A :
udang 40 ekor
telor sebiji
garam
kunyit
gaul sebati

bahan B :
bawang merah besar 2 biji-cincang/potong dadu
bawang putih 3 ulas-cincang/potong dadu
cili padi 6 biji-hiris serong
halia 1 inci-hiris

tempoyak-2 sudu jadikan pes
daun sup-hiris
air- 1 cawan
isi petai
garam gula secukup rasa

panaskan minyak, masukkan bahan A.bila udang dah kemerahan masukkan semua bahan B.kacau sampai ia pecah minyak.Masukkan pes tempoyak tadi,garam gula secukupnya.masukkan air 1 cawan dan daun sup.Campakkan petai, biar ia mengering dan siap
*taknak letak petai pun xpe


Cdt:engku wan julia 

Raya ni manjang jumpa rendang ayam, rendang daging je kan.. so tengah2 bulan raya ni kita tukar pulak jd rendang udang.. cicah nasi impit pun layannn..

Resepi rendang udang:
4 biji bwg merah
4 biji bwg putih
4 inci Lengkuas
5 btg serai
2 inci Halia
Kunyit hidup
20 biji Cili padi
4 biji lada besar merah
*Blend semua atas ni pastu tumis sampai terbit minyak...

Masuk 1kg udang, kacang panjang, 1 mangkuk santan & 1 keping asam keping .. agak2 dh masak dan pekat masuk kerisik 3 sudu, garam & daun kunyit (racik halus).. siap..

Cdt: nurul joe 

RESEPI UDANG HARLOK

1KG UDANG HIDUP
10 ULAS BAWANG MERAH KECIL(DICINCANG HALUS)
7 ULAS BAWANG PUTIH(CINCANG HALUS)
1 INCI HALIA(CINCANG HALUS)
7 BIJI CILI API(DICINCANG HALUS)
7 BIJI CILI MERAH (DIBLENDER)
4 SUDU SOS CILI
3 SUDU SOS TOMATO
4 SUDU SOS TIRAM
2 BIJI TELOR
2 POKOK DAUN KUCAI
MINYAK
*garam,gula aji ikut keperluan masing2

GORENG UDANG HINGGA LAYU.ANGKAT
TUMIS KE DUA BAWANG DAN HALIA HINGGA KEKUNINGAN DAN SEDIKIT GARING.

MASUKKAN CILI API DAN CILI BLENDER TADI.KACAU DAN MASUKKAN SOS CILI,TOMATO DAN SOS TIRAM,KACAU SEKEJAP,MASUKKAN GARAM,GULA DAN AJI(JIKA SUKA)

BILA DAH SEBATI MASUKKAN UDANG DAN DAUN KUCAI
KACAU DAN BALIK2KAN TUTUP API PECAHKAN TELUR KACAU LAJU2 UNTUK SEBATIKAN DENGAN UDANG TADI. *semasa masukkan udang api kena besarkan.

kredit: nohani derahman 

RESEPI UDANG DIRAJA

Bahan2 dikisar :
4 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
5 batang lada cili
3 sudu lada kering kisar

Bahan2 lain :
Udang galah / udang kulit putih etc
2 batang serai dititik
Daun kunyit dihiris halus
2 keping Asam keping
Garam dan gula sesedap rasa
1 cawan santan pekat

Cara2 memasak :
Tumiskan barang yg dikisar, bila minyak naik masukkan serai dan asam keping,masukkan udang yg telah dibasuh dan ditaburkan garam. Gaulkan sehingga sebati. Last sekali masukkan santan pekat, gaulkan dan masukkan daun kunyit, garam sikit dan gula bagi yang gantikan ajinomoto. Masak jgn lama sgt, nanti udang tak fresh.

Selamat mencuba ya.

Kredit Resepi : suhaiza binti haji sukardi via mahn 


Resepi Udang Sambal Letop...
Yg mane pernah rase di restoran saye ... Mesti tau mcm mane letopnye haha .

Ok hari ni saye bagi resepinye .. Sebab dah cukup la meletopnye ... Kite share2 la pulak .

Bahan :
Udang 350g
Buang kulit ... Kepale simpan sebab nak pakai utk buat sos die nanti , paatikan udang fresh , yg kpale rosak buang sebab bau die kuat.

Bahan utk sos sambal letop :
15 tangkai cili thai.
5 biji cili merah besar.
5 biji cili hijau
5 ulas bawang putih
1 batang serai
1 batang daun ketumbar
1 akar ketumbar
1 biji limau nipis
2cm halia
2 sb cuka makan
1/2 sb Pes asam jawa
1 sk Garam
2 Gula

Caranya :

Rebus kepala udang bersama halia . sesudah mendidih , celurkan udang yg telah dikopek tadi , sudah agak merah , tapis dan masukan udang dalam bekas ... Utk taknak udang tu overcooked , gune kaedah icebath . udang akan jd lebih manis dan pastikan tak kne air sesudah udang masak.

Sos sambal letop :
Kisar sedikit air ,cili thai , cili besar , cili hijau , serai , akar ketumbar dan bawang putih. Panaskan sedikit minyak , dengan api kecil .. Masukan bahan yg dikisar td. Biarkan sebentar sehingga naik bau , pastikan tidak garing ... Mendidih sikit dah cukup , setelah didih , masukan 2 cawan air rebusan kepale udang . masak perlahan2 sehingga kering sedikit .... Masukan cuka , perahan limau nipis , pes asam jawa , garam dan gula . masak sedikit lagi hingga semua sebati , pastikan kacau sentiasa supaya tidak hangit , kalau hangit rase dah berubah . siap masak , tuang atas udang atau nak buat cicah pun boleh .. Lepas tuang , letakan daun ketumbar yg dicincang . siap ... And enjoy !

Gambar kat bawah takde ketumbar sebab die cume garnishing je 

Cdt: amir martinez 

Sambal udang petai..
Suka masak ngan kulitnya sekali....kulitnya Berkhasiat...ada yg suka buang kulit..citarasa masing2...u all suka yg mana?
Pd yg nk resepi:

Sambal udang dan petai

udang sedang sekilo-dibersihkan
Cili kering 40 tangkai(rendam dgn air panas)
Petai 3 papan(nk letak lebih pun bole nk kurangkan pun bole)
Bawang kecik merah 6 ulas
Bawang besar sebiji(dihiris)
Bawang putih 5 ulas
Sedikit belacan(klau suka)
Garam
Ajinomoto/ serbuk ckup rasa sedikit
Gula perang- mencantikkan kuah sambal(gula biasa pun bole)

Cara buat:

1) Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih dan belacan di kisar hingga halus.

3) Tumis bahan kisar hingga naik bau wangi dan hingga pecah minyak.

4). Kemudian barulah masukkan garam, gula dan aji/serbuk cukup rasa...kcau bg sebati.

5) masukkan udang dan petai tadi dan biarkan hingga udang dan petai masak masukkan bawang besar hiris dan sebatikan rasa mana yg x ckup...angkat, siap.

#milakitchen
Cdt:normilawati nordin 

On tak on???

UDANG MASAK PHAT PHET, IBU PULAK KENA POT PET....

macam mana tak potpetnyer, ceq tertarik habis sepohon kunyit tokwan yang baru je dia tanam dan baru nak idup demi merealisasikan resepi ceq... sebab tak mau bazir, daun dia kita gunting cucuk bentuk parti harapan....dengan harapan, satgi tokwan pas makan, dia tak ingat dah kat pokok kunyit dia

Bahan asas dan hiasan :

•Udang togel. Nak ada baju tup aurat pon boleh
•Petai kupas sebijik sebijik, direndam dalam air panas didih dalam 5 minit. Sebab rendam: nak bagi kaler petai hijau berkilat instead masak terus mentah-mentah(gigih la sket)
•Daun kari (ganti daun purut yang takde)
•Cili padi

Bahan kisar:

•3 ulas bawang merah kecil
•3 ulas bawang putih
•1 batang serai
•1 ibu jari kunyit hidup
• 1 inci halia
•5 batang cili padi hijau
•1 batang cili merah besar
•1 sudu jintan manis

Cara-cara :

1. Blender halus semua bahan kisar dengan sedikit minyak masak. Tumis sehingga pecah minyak dan harum.

2. Masukkan udang. Masak sekejap sehingga air udang kering (tapi jangan terlalu lama, nanti udang keras dan hilang manis)

3. Tauk petai. Tauk daun kari, cili padi.

4. Hias dengan lebihan daun kunyit berbentuk parti harapan.

Selamat mencuba.... sharing is caring

Cdt: ashrafun nur yeop 



RESEPI UDANG MASAK LEMAK NENAS (version tumis cara saya)
...............................
BAHAN:
1kg Udang
Nenas hiris sedang²
Sehelai daun kunyit
2 btg serai diketuk
1kotak santan
**3biji bawang merah besar
**4ulas bawang putih
**Sedikit halia
**Sedikit kunyit hidup
**Cili padi ikut kepedasan
**Cili merah/hijau
Sedikit minyak utk menumis

Bahan bertnda ** perlu dikisar

Cara :
Panaskan minyak, masukkan bahan kisar.. Tumis sehingga naik bau masukkan serai,nenas, daun kunyit.tutup periuk kejap. Bg aroma, rasa kuah tu sebati ..lepas tu masukkan udang, santan, garam secukup rasa, masak sehingga mendidih. Siap..

#HomemadeByRoselyza

Kredit Resepi : tengku roselyza raja muhammad via mahn 

UDANG BEREMPAH

Bahan2:
Udang
Serbuk kari daging
3-4 sb Cili blend
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Serai
Bawang merah
Bawang putih
Garam gula

1) gaul udang ngan serbuk kari n garam pastu goreng halfcook je. Ketepikan
2) minyak goreng udang td.. Tumis bawang merah bawah putih dan serai smpai naik bau..
3) masuk cili blend dan serbuk kari masak smpai pecah minyak
4) masuk sos cili,sos tomato,sos tiram
5) gula garam secukup rasa
6) masuk udang gaul rata

Taraaa leh makan..

cdt: nurul amiera 

RESEPI UDANG MASAK BALI

homemadebyroselyza

Bahan :
1 kilo udang (size besar, lumur kunyit, garam dan goreng kejap)
7-8 batang serai (ketuk)
3labu bawang merah
5 ulas bawang putih
Kicap manis/kicap lemak masin (Enaq)
Cili kisar (agak2 aje)
Gula
Garam
Daun kari

Panaskan minyak, tumis serai dan daun kari sampai layu sikit, masukkan bawang blend, tumis sampai kekuningan, masukkan cili kisar.. Tumis sampai pecah minyak ...tuang kicap ...tumis lagi, baru masukkan udang yg dh digoreng tadi...gaul sekata masukkan sedikit garam dan sedikit gula secukp rasa ..tabur lg ngn daun kari ...siap .. 

RESEPI UDANG BUTTERMILK

semalam ada order udang buttermilk. Total rm40 untuk 300gram udang.
Hari ini nak masak hidangan yang sama. Beli udang 300gram dengan harga rm10. Jimat lagi. Hihi cuma udang tak sebesar di senibong. Tapi asal namanya udang.

Sarang Telur:
2 biji kuning telur
1 senduk butter
1 cawan minyak masak

Udang:
12 ekor udang
Sedikit garam
Tepung jagung
Minyak
3 ulas bawang putih - dicincang
6-8 tangkai cili padi - dihiris
5 tangkai daun kari
1 mangkuk kecil cawan susu segar
Sedikit butter untuk menumis
Garam secukup rasa

Cdt: siti nur ain azizan 

Hi, assalamualaikum selamat pagi 
Hari ini mekza terus masak lauk untuk tengahari ..
Utk bekalan husben ke tempat kerja 

RESEPI UDANG MASAM MANIS (resepi asal dr kak mariana zainal menggunakan ayam)
#HomemadeByRoselyza
............................................................
Bahan yg perlu dikisar kasar:
1biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 batang serai
10-15biji cili padi (ikut nak pedas bnyk mana)
Sedikit halia

Bahan lain :.
Sos cili
Sos ikan
Garam n gula secukup rasa
Daun limau purut
Daun ketumbar
Bawang holland hiris bulat
1/2 kilo udang

Caranya:
Panaskan minyak, tumis bahan kisar..sampai naik minyak dan garing. Seterusnya masukkan garam n gula secukup rasa ..masukkan sos ikan, sos cili daun limau ..masukkan udang, bawang hiris ..gaul rata sampai mereka mesra ..last skli masukkan daun ketumbar ..siap.. (jika nak kuah tmbh air sikit)

Cdt: tengku roselyza raja muhammad 

Resepi apa pulak nak dimasak yang boleh menaikkan selera sekeluarga?
RESEPI SUP UDANG NANAS
.
.
Bahan-bahan:
- Udang
- Nanas | dihiris
- Cili merah
- Cili padi
- Bawang putih | dihiris
- Daun bawang | dihiris
- Air
- Minyak masak
- Garam
.
.
Cara-cara:
1) Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan
2) Masukkan kepingan buah nanas. Tumis seketika
3) Masukkan air dan biarkan merenih. Tambahkan cili merah dan cili padi
4) Apabila kuah mendidih, masukkan udang dan biarkan hingga masak
5) Ubah suai rasa dengan menambah garam mengikut cita rasa anda
6) Sedia untuk dinikmati
Resepi ini dipetik dari: Rasa 

UDANG KAM HEONG

saya masak style saya

sedap udang masak camni...rasa manis2 pedas..menambah nasik camni

BAHAN2

20 ekor udang (gaul rata dgn serbuk kunyit, garam & gula) tujuan letak gula supaya bila goreng warna udang jadi cantik gitewww.

1 biji bwg merah besar (potong dadu)
4 ulas bwg putih (potong dadu)
1 tangkai daun kari
5 biji cili padi (nak pedas letak lebih)

BAHAN2 SOS

2sb serbuk kari ikan atau ayam
4 sb cili sos
2 sb sos tiram
2 sb kicap manis
sedikit air
semua bahan2 ni di kacau rata

CARA MASAK

1. Goreng udang dgn minyak panas, jgn lama2 goreng hingga udang bertukar warna je..kemudian angkat dan ketepikan.

2. Tumis bwg merah, bwg putih dan daun kari,
Masukkan bahan sos dan garam, gaul rata.

3. Masukkan udang goreng gaul rata

Kredit Resepi : sunflower oct 

Resepi Udang Nestum

Bahan-Bahan:

500gm udang saiz L
3 sudu besar mentega (buttercup)
2 tangkai daun kari
3 ulas bawang putih (Dicincang Halus)
4 biji cili padi (Dihiris Nipis)
2 biji telur (Ambil bahagian putih sahaja) **
1/4 cawan susu cair **
1/2 sdm tepung beras **
1/2 kiub pati ayam (Hancurkan) - Optional
1/3 cawan Nestum
Garam dan gula secukupnya
1sdth Serbuk lada hitam kasar
Minyak untuk menggoreng

** bahan perlu digaul bersama sehingga sebati dahulu sebelum dimasukkan dalam kuali.

Cara Memasak:

1. Goreng udang yang telah dibersihkan dengan minyak sehingga keemaasan, angkat dan toskan.
2. Panaskan mentega. (kuali asing)
3. Tumis bawang putih, daun kari dan cili padi.
4. Kemudian bahan bancuhan (**) dan kiub pati ayam kacau seketika dan masukkan udang yang telah digoreng.
5. Tambahkan nestum, garam, gula, lada hitam dan kacau sehingga sebati.
6. Hidangkan mengikut kesesuian anda.

By :sae'ra 

UDANG BAKAR CHEESE
.
Bahan-bahan:
Beberapa ekor udang - yang telah dibersihkan dan kalau boleh saiz besar
Sedikit mentega
Keju mozzarella
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada sulah - lada hitam pun boleh

Cara:
1. Mula-mula sekali, udang yang telah dibersihkan tu, belah bahagian belakangnya.
2. Pada masa yang sama, campurkan keju mozzarella, mentega, garam dan lada sulah dalam satu bekas.
3. Setelah itu, letakkan bahan campuran tersebut pada belahan udang dan dibahagian kaki udang.
4. Kemudian bolehlah susun atas pemanggang dan bakar untuk 10-12 minit atau sehingga masak.
5. Keju akan cepat cair, jadi kalau biar lama-lama nanti hangit plak cheese tu. Kena agak la bila udang dah keperangan tu maksudnya dah masak la tu.
Selamat mencuba..
.
credit : resepi Kak Leha 

Udang Tepung Ala Kedai menu kegemaran anak saya...jimat duit boleh buat sendiri...yang nak cuba buat resepi kat bawah ye...

RESEPI UDANG TEPUNG ALA KEDAI

Udang yg dibuang kulit(tinggalkan ekor hujung sahaja)
Tepung bluekey(pink)
Serbuk kunyit
Perasa

-bancuhkan tepung dengan air macam nak buat cekodok(jangan cair atau pekat sangat).masukkan sedikit serbuk kunyit dan perasa..
-panaskan minyak dahulu...pastikan minyak dah panas baru masukkan udang yg dah di celup tepung...

p/s:-nak bg cantik..pegang hujung ekor udang masa nak celup dalam tepung... 

Resepi UDANG BUTTER #masakagak2aje #share
BAHAN2NY
A
udang 1 kilo
Tepung jagung 3 sb,telur putih 2bj/utk di gaul bersama udg kmdian di goreng
Bahan2 sos
Minyak 2sb utk menumis
6 ulas bwg putih/di cincang halus
Daun kari
Buttercup 3sb
Telur kuning shj 2bj
Cili api 10bj/lebihkan jika suka pedas
Susu cair stgh tin
Gula,garam & secukup rasa/agak2 sj

Cara2nya
Goreng udg yg di gaul bersama tepung jagung & telur putih kmdian tos kan
Cara2 membuat sosnya
Tumis kan minyak,masukkan butter,masukkan daun kari kemudian telur kuning yg di masukkan sedikit demi sedikit dn di kacau mcm satu pusingan tnpa henti sehingga habis,kemudian masukkn bwg putih,setelah agak garing masukkan cili api,kacau seketika kmdian masukkan susu cair dn udang,kemudian masukkan gula garam dn secukup rasa dan boleh lah di hidangkan...SELAMAT MENCUBA & HAPPY COOKING!

Cdt: dtn seri nor 

Gulai Udang tumis darat...Resepi mak kAmi...
Oqg Utaqa mesti taw punya....Terbaik...
Sedap Sangat...

Ada yang Suka dak????

GULAI UDANG TUMIS DARAT..

BAHAN2...
-Udang,Santan,kentang,kacang buncis,.rempah kari ikan.
(semua agak2 ja...bnyak mana nak masak..)

Untuk menumis...
-Bwg besar,bwg putih,daun kari.

Cara2.,
-Rebus ketang dgn air dgn rempah,agak2 dh empuk masuk kcg buncis..rebus lg..dah mendidih masukan santan ngan udang..masuk serbuk perasa ngan garam...dah mendididh kacau2 siap..
Tumis bhan2 tumis td dgn sikit minyak...dah garing masuk dlm gulai td..siap.

Cdt: ismah izzati 

RESEPI UDANG MASAK LEMAK NENAS (version tumis cara saya)
...............................
BAHAN:
1kg Udang
Nenas hiris sedang²
Sehelai daun kunyit
2 btg serai diketuk
1kotak santan
**3biji bawang merah besar
**4ulas bawang putih
**Sedikit halia
**Sedikit kunyit hidup
**Cili padi ikut kepedasan
**Cili merah/hijau
Sedikit minyak utk menumis

Bahan bertnda ** perlu dikisar

Cara :
Panaskan minyak, masukkan bahan kisar.. Tumis sehingga naik bau masukkan serai,nenas, daun kunyit.tutup periuk kejap. Bg aroma, rasa kuah tu sebati ..lepas tu masukkan udang, santan, garam secukup rasa, masak sehingga mendidih. Siap..

#HomemadeByRoselyza

Kredit Resepi : tengku roselyza raja muhammad via mahn 

RESEPI TOMYAM KUNG (guna santan/susu cair)

BAHAN2:paste tomyam

7 biji bawang merah- kisar
5 biji cili kering-kisar
10 tangkai cili padi- ketuk pecah/hiris
4 batang serai - ketuk pecah/hiris
5 hirisan lengkuas
5 keping daun limau purut -hiris
Cendawan butang - hiris nipis
1 tangkai daun ketumbar
10 ekor udang harimau Besar
1 kiub ayam
2 sudu besar perencah hot&sour tomyam paste
2 sudu besar sos ikan
4 sudu besar jus limau
8-10 sudu besar susu cair/santan
Air

CARANYA:

Masukkan air ke dalam periuk & tambahkan stok ayam. Jerang air rebusan.
Masukkan juga bawang dan cili kering yg dah dimesin tadi tu.. lengkuas, serai, & cili padi. Tunggu hingga mendidih.
Apabila mendidih, masukkan paste tomyam & daun limau purut.
Kemudian, masukkan cendawan butang & udang. Kacau rata.
Tambahkan sos ikan. Tunggu sehingga mendidih, kemudian padamkan api.
Tambahkan jus limau & susu cair/santan.
Akhir sekali masukkan daun ketumbar. Kacau & sedia dihidangkan.

cadangan
( bila nak makan baru taruh santan atau susu cair ke dalam mangkuk masing2. saper saper yg tak boleh makan santan atau susu cair sebab kolestrol...tak de masalah sebab tomyam kung nie tetap sedap walaupun tanpa santan atau susu cair....cubalah....

Cdt: ida shahida 

KERABU UDANG + SUUN

Celur udang dgn sedikit garam dan ajinomoto
Air rebusan udang gunakan utk celur suun sehingga lembut....toskan
Hiriskan bawang,cabai,tomato,daun ketumbar
Gula dan garam secukup rasa
Sedikit kicap ikan atau kicap sotong
Campur semua bahan gaul sebati dan akhir sekali perahkan limau nipis utk kerabu suun yg manis,masam,pedas serta harum dgn limau nipis daun kerumbar...
#udang boleh di gantikan dgn sotong atau ayam...prosesnya sama rebus ya
#klu xda daun ketumbar boleh guna daun limau purut muda ...klu ada bunga kantan pun boleh...hiris halus ya....

Cdt: mimi mahmud 

RESEPI UDANG GALAH BAKAR

Bahan-bahannya :
● 600 gm udang galah besar
● 1 batang serai
● ¼ sudu teh jintan manis
● ½ sudu teh serbuk kunyit
● 3 biji cili kering
● Garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk kuah asam limau:
● 1.5 gm belacan
● 5 biji cili merah
● 1 biji asam limau
● 2 labu bawang besar
● 1 sudu teh air asam jawa
● ¼ sudu teh gula
● Garam secukup rasa

Cara-caranya:
1. Bersihkan udang dan belah depan atau belakangnya.[ikut suka]
Gaul dengan garam dan kunyit. Mesin atau giling serai, jintan manis dan cili kering.

2. Bakar udang. Sambil membakar percik dengan bahan-bahan yang dimesin. Udang bakar elok dimakan dengan air asam limau.

3. Untuk membuat air asam limau, tumbuk 4 biji cili merah bersama belacan dan sedikit garam. Masukkan air asam jawa. Hiris bawang nipis-nipis dan gaul dengan sambal. Hiris sebiji cili merah dan campur dengan sambal. Perahkan asam limau. Masukkan sedikit air, garam, gula dan kacau rata-rata.

#SHARE jika manfaat

Cdt: امير زاريس 

RESEPI MASAK OPOR UDANG DARI DAPUR CHE DA

Ramai peminat masak opor ni rupanyaaaa!! Masih ada yang pm tepi tengah atas bawah tuk tahu camana nak masaknya.

Bahan2:
50 g rempah opor ( Warisan Pahang )
1 kg udang ( Daging atau ayam pun bolehhh)
1 cawan santan
1 sudu kerisik
1 labu bwg besar-belah 4
1 btg serai ketuk
air asam jawa
minyak masak
garam
Gula Melaka@Nisan

Bahan Kisar untuk ditumis:

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
3-5 sudu cili kering mesin

Bahan Hiris untuk ditumis:

5 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
3 kuntum bunga lawang
2 btg kulit kayu manis

Cara2:
1. Tumiskan bahan hiris dengan minyak masak sehingga wangi
2. Campurkan bahan kisar dan tumis bersama bahan B hingga garing.
3. Masukkan udang/daging/ayam, air asam jawa, serai dan bawang besar. Biarkan mendidih
4. Masukkan santan kelapa , garam, gula/nisan/gula melaka secukup rasa, masak dgn api yg sederhana sehingga udang/daging empuk dan kuah menjadi pekat.
5. Masukkan kerisik dan kacau sebati. Tarraaa!

Cdt: hanida yusof 

RESEPI UDANG GORENG BEREMPAH

Bahan-bahan:
Udang harimau (500g) ATAU lain2 udang....
Bawang merah (4 ulas)
Bawang putih (2 ulas)
Bawang besar dicincang (1 biji)
Serai dipotong nipis (1/2 batang)
Daun kari (1 tangkai)
Ketumbar (1 sudu)
Serbuk cili (1 sudu)
Serbuk jintan manis (1/2 sudu)
Serbuk kunyit (1/2 sudu)
Serbuk jintan putih (1/2 sudu)
Gula (sikit je kalau perlu)
Garam (secukup rasa)

Cara:
1- Tumbuk serai hingga hancur diikuti dengan bawang putih.
2- Setelah lumat, tumbuk bawang merah. Masukkan garam supaya mudah ditumbuk.
3- Gaulkan udang dengan bahan ditumbuk, semua rempah, gula. Perap 1/2 jam.
4- Goreng daun kari hingga naik bau.
5- Masukkan bawang besar dan biar hingga layu.
6- Masukkan udang, goreng hingga masak dan hidang.
.
Share

Cdt hairul nizam ijam 

UDANG KAM HEONG

saya masak style saya

sedap udang masak camni...rasa manis2 pedas..menambah nasik camni

BAHAN2

20 ekor udang (gaul rata dgn serbuk kunyit, garam & gula) tujuan letak gula supaya bila goreng warna udang jadi cantik gitewww.

1 biji bwg merah besar (potong dadu)
4 ulas bwg putih (potong dadu)
1 tangkai daun kari
5 biji cili padi (nak pedas letak lebih)

BAHAN2 SOS

2sb serbuk kari ikan atau ayam
4 sb cili sos
2 sb sos tiram
2 sb kicap manis
sedikit air
semua bahan2 ni di kacau rata

CARA MASAK

1. Goreng udang dgn minyak panas, jgn lama2 goreng hingga udang bertukar warna je..kemudian angkat dan ketepikan.

2. Tumis bwg merah, bwg putih dan daun kari,
Masukkan bahan sos dan garam, gaul rata.

3. Masukkan udang goreng gaul rata

Kredit Resepi : sunflower oct 

Udang Masak Serai Wangi
Share :  Resepi Ummi 

Bahan-bahan:
600 gm udang harimau - digoreng setengah masak
4 batang serai
100 gm cili kering
100 gm bawang merah
100 gm cili merah
70 gm bawang putih
70 gm halia muda
3 sudu besar pati asam jawa
30 gm belacan bakar
100 gm pati santan
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:
1. Kisar halus serai, cili kering, bawang merah, cili merah, bawang putih dan halia muda.
2. Tumis hingga wangi dan masukkan air asam jawa dan sedikit santan cair.
3. Masak atas api sederhana hingga kuah pekat
4. Masukkan pati santan dan udang.
5. Masak hingga naik bau.

Selamat mencuba !! 

Resepi Udang Sanggul
Oleh Mufidah Abdul Hadi Alyunusi

Udang besar atau sederhana besar
Kulit popia
Telur - dipukul sedikit
Sedikit sos tiram
Lada sulah
Bawang putih ditumbuk halus
Minyak untuk menggoreng

1. Udang dikopek kulit, tinggalkan ekor.
2. Kulit popiah dibuka satu persatu. Gulung dan gunting kulit popia tu halus-halus.
3. Gaul udang bersama sos tiram, lada sulah dan bawang putih yang ditumbuk halus. Perapkan sebentar dalam 5 minit.
4. Celup udang yang diperap tadi ke dalam telur dan lilit dengan kulit popia. Kepal biar kemas lilitan tadi.
5. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga keperangan.

Selamat mencuba 
Tak lupa juga.. resepi dari sahabat teman, NurulMajida.. eh Nurul.. hehehe.. Gambar dia pun dah melazatkan.. slurrppp.. nak cuba jugakk.. kena cari bahan .. 


GARLIC SHRIMP 
Minyak masak 10 ulas Bawang putih *kisar 2sudu besar Cabai kering / Cili flakes 1biji Cabai hijau 1 tangkai Daun kari 1kg Udang *buang kulit Garam secukup rasa 1sudu kecil Dried Parsley 1sudu besar Lada hitam 2 sudu besar Paprika / serbuk cili 2 sudu besar Butter 2 sudu besar Jus limau/lemon 
Last lepas tutup api buh daun sup & bawang goreng. Kalau suka daun ketumbar boleh gantikan daun sup




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.tengkubutang.com/2021/02/31-koleksi-resepi-masakan-menggunakan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+SharingMyCeritera+(Sharing+My+Ceritera)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Idea Masakan Menggunakan Pressure Cooker Sangat Mudah

5 Idea Masakan Menggunakan Pressure Cooker Sangat Mudah

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 216 hits
Periuk tekanan atau pressure cooker memang memudahkan kerja kerja memasak lebih lebih lagi untuk menyediakan sajian yang mengambil masa yang lama untuk disiapkan seperti rendang daging sup tulang dan sebagainya Namun kini terdapat pelbagai ...
Resepi Mee Udang Kimball Kompem Gaya Malaysia

Resepi Mee Udang Kimball Kompem Gaya Malaysia

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 344 hits
Hai korang Siapa sini Kimball lover angkat tangan Actually kami memang dah lama pakai brand Kimball ni sejak turun temurun tau Since mak kami buka kedai makan sampai sekarang sudah 30 tahun still Kimball di hati kami Bukan setakat kedai mak...
Resepi Sambal Toku A Tauhu Ikan Bilis Sesuai Citarasa

Resepi Sambal Toku A Tauhu Ikan Bilis Sesuai Citarasa

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 854 hits
Resepi Sambal Toku a tauhu Ikan bilis Sesuai CitarasaKepada peminat tauhu resepi kali ini datang lagi dengan masakan tauhu yang sesuai dengan citarasa anda
Resepi Kek Pisang Coklat Kluster Kayangan Dan Cara Membuatnya Yang Mudah Gerenti Menjadi

Resepi Kek Pisang Coklat Kluster Kayangan Dan Cara Membuatnya Yang Mudah Gerenti Menjadi

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 522 hits
Resepi Kek Pisang Coklat Kluster Kayangan dan cara membuatnya yang mudah gerenti menjadi Assalamualaikum Baru baru ni Cik Rose ada ternampak satu perkongsian resepi di facebook Dari gambarnya Cik Rose dapat bayangkan ianya sedap Alahai teri...
Resepi Bihun Kung Foo

Resepi Bihun Kung Foo

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 408 hits
RESEPI BIHUN KUNG FOOBAHAN BAHAN1 2 bungkus bihun digoreng dalam minyak panas 2 3 ulas bawang putih cincangIsi ayamFishcakeUdangKailanCarrotBunga kobis1 kiub ayamSerbuk lada sulah1 sdb tepung jagung air1 telur dipukul CARA CARA MEMBUATNYA1 ...
Resepi Coklat Lasagna

Resepi Coklat Lasagna

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 235 hits
RESEPI COKLAT LASAGNABAHAN BAHAN A36 ketul oreo dikisar 6 sudu besar butter dicairkan Campurkan kesemua bahan di atas dan gaul rata Ketepikan BAHAN BAHAN B200 gm cream cheese1 cawan Non dairy whipping cream100 gm gula kastor 2 sudu besar su...
Resepi Nasi Ayam Mandy Acar Dan Sambal

Resepi Nasi Ayam Mandy Acar Dan Sambal

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 613 hits
Resepi Nasi Ayam Mandy Resepi simple untuk lunch atau makan malam Sedap sangat dan senang pulak nak buat Nasi dia tu makan macam tu je pun sedap Nak masak guna rice cooker atau preassure cooker pun boleh Memasak memang memudahkan anda jika ...
Resepi Semperit Dahlia Gebu Gebas

Resepi Semperit Dahlia Gebu Gebas

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 354 hits
Salam semua tetiba teringin nak makan biskut raya Ni resepi dari facebook Aku dah cuba buat semperit dahlia ni Dan berikut merupakan gambar kejadian semperit
Masakan Ayam Goreng Cili Halia Masam Manis Sempena Tahun Baru Cina Untuk Sekeluarga Nikmati

Masakan Ayam Goreng Cili Halia Masam Manis Sempena Tahun Baru Cina Untuk Sekeluarga Nikmati

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 286 hits
Ayam goreng sememang menjadi kesukaan ramai Namun lebih enak jika dihidangkan berkuah seperti menu ayam goreng cili halia masam manis ini Sempena tahun baru cina menu istimewa ini boleh dihidang untuk makan bersama keluarga Jika anda tidak ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Menyusuri Pesona Water Front Kuching Tempat Wisata Yang Wajib Dikunjungi

Pendapatan Kas Negara Tanpa Pajak Dalam Sistem Ekonomi Islam Kaffah

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara