Resepi Mee Udang Kimball Kompem Gaya Malaysia
Hai korang. Siapa sini Kimball lover angkat tangan? Actually kami memang dah lama pakai brand Kimball ni sejak turun-temurun tau. Since mak kami buka kedai makan sampai sekarang sudah 30 tahun still Kimball di hati kami. Bukan setakat kedai makan, restoran atau hotel, malah surirumah ramai menggunakan produk Kimball dalam masakan mereka untuk menjadikan setiap hidangan tersebut seperti masakan di restoran.
Setelah almost 50 years dalam masakan, Kimball mengadakan Kempen Kompem Gaya Malaysia.
Baru-baru ni kami dapat surprise box dari Kimball. Dalam kotak surprise tu terdapat pelbagai produk Kimball. Most of the produk yang kami dapat tu, memang kami selalu beli dan memang barang keperluan wajib ada sebagai stok di rumah.
Serba sedikit tentang Kimball
Kimball adalah jenama tempatan yang diperkenalkan pada tahun 1970-an. Ini adalah jenama yang dipercayai dan hadir di kalangan warga tempatan melalui produk khasnya, Sos Cili Kimball dan Sos Tomato Kimball. Rasanya menjadi pilihan utama masyarakat Malaysia dari semua lapisan. Makanan tidak lengkap tanpa sos tersebut. Kimball terkenal dengan pelbagai sos dan pasta yang asli.
Dibuat dengan bahan berkualiti tinggi mengikut garis panduan pengeluaran yang ketat, produk Kimball adalah bertaraf antarabangsa dan terkenal dengan konsistensi rasa yang merangkumi beberapa dekad. Kimball kini mempunyai rangkaian produk yang lain seperti pasta kering, sos pasta, mayonis, kacang kuda dan kacang parang.
Kimball menawarkan pelbagai rasa dengan cara yang bijak dan mudah melalui pelbagai produk yang berkualiti. Produk tersebut menawarkan pengalaman menjamu selera yang luar biasa. Oleh itu, jadikanlah setiap hidangan istimewa dengan Kimball.
Kimball, jenama buatan Malaysia menawarkan produk yang disahkan Halal dan juga terkenal dengan pelbagai sos dan pasta yang asli. Menawarkan produk berkualiti dan sedap yang bertaraf antarabangsa dan juga dibuat dengan bahan berkualiti tinggi untuk memenuhi selera rakyat Malaysia
“Memasak di rumah dengan Kimball rasa sama seperti masakan di restoran. Dengan Kimball, Kompem Gaya Malaysia”
Unboxing Rangkaian Produk Kimball
Kimball menawarkan pelbagai produk yang menarik untuk memenuhi pengalaman menjamu selera seperti sos cili, sos tomato, sos tiram, sos spageti dan mayonis. Kimball juga mempunyai pasta, pati tomato, kacang kuda dan kacang parang.
Sebelum kami share menu menggunakan produk Kimball, kami nak share produk yang kami dapat dari Kimball surprise box dengan korang. Kami ada buat unboxing dalam IG story, tapi nak share pula dengan follower blog kami pula hihi. Terima kasih pada pihak Kimball kerana menghantar produk-produk Kimball. Sempena Kempen Kompem Gaya Malaysia, jom kita masak-masak
Ini adalah antara barangan yang kami dapat. Most of the item, memang selalu kami beli dan memang ada stok di rumah.
- Sos Cili- So Tomato- Sos Tiram- Sos BBQ- Sos Cili Thai- Sup Tomato- Chick Peas (Kacang Kuda)- Tomato Puree- Foul Medammas (Kacang Parang)
- Sos Spageti Tradisional
- Spaghetti Pasta
- Apron
- 2X Pinggan Kimball
- Welcome Card + Recipe Card
Spaghetti ni memang wajib ada. My whole family suka sangat makan Spaghetti Bolognese. Suka dengan pasta ni sebab cepat masak, lembut dan tahan lama.
Ini adalah sos spageti yang keluarga kami paling suka. Kadang-kadang try dia punya mushroom sedap juga. Cukup rasa semua. Tak payah tambah apa2 lagi.
Sos cili, sos tomato dan sos tiram Kimball wajib ada dirumah. Suka dengan rasa sos Kimball. Masakan menjadi lebih lazat.
Mudah betul nak memasak di rumah dengan adanya produk Kimball ni tau, rasa pon sama seperti masakan di restoran! Dengan Kimball, semua masakan Kompem Gaya Malaysia. Ok untuk membuktikan kami ni Kimball Lover, kami nak try masak menu Mee Udang Kimball. Menu ini menggunakan produk Kimball seperti, Sos Cili, Sos Tomato, Sos Tiram, Tomato Puree dan Spaghetti. Jom kita tengok bahan dan cara masakan.
Resepi Mee Udang Kimball
Bahan bahan:
6 ekor udang besar (ikut suka)
2 sudu besar cili kisar/cilibo
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2 senduk sos tomato
1 senduk sos cili
Stok udang
Batang sawi
Garam, gula, serbuk perasa
Bahan kisar: (Bahan B)
6 ekor udang kecil buang kulit
2 sudu besar udang kering (ditumbuk hancur)
1 sudu besar tomato puree
1 biji ubi kentang – rebus
Bahan hiasan:
telur - rebus
sawi - celur
cili merah - hiris
bawang goreng
daun bawang - hiris
Spaghetti – celur
Cara penyediaan:
- Tumis bawang semua yang telah diblend dalam minyak yang panas hingga wangi. Masukkan cili kisar dan goreng hingga garing.
-Setelah cilibo dah naik minyak, masukkan bahan B
-Bahan B dah agak pekat, masukkan stok udang dan masak hingga mendidih dan sesuaikan kepekatannya. Masukkan sos tomato, sos cili, batang sawi, udang. Last perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Jika semua rasa mencukupi boleh tutup api.
-Masukkan spaghetti yang dicelur ke dalam pinggan dan sendukkan kuah ke dalamnya. Kemudian letakkan bahan bahan hiasan yang disukai. Siap.
Kami ada share video cara memasak Resepi Mee Udang Kimball. Jangan lupa tonton.
Dengan Kimball semua masakan jadi mudah. Korang nak western boleh, masakan melayu. Cina, india, arab. Ikut kreativiti sendiri. Rasanya jangan cakaplah padu sangat memenuhi citarasa seisi keluarga very tasteful and flavourful. Tak payah dah pergi makan luar, masak di rumah pun dah macam makan masakan di restoran. Semua produk Kimball ni boleh digunakan dalam pelbagai masakan. Tak payah banyak bahan perasa.
Korang jangan lupa untuk melayari https://kimball.com.my/recipe.html untuk mencuba pelbagai resepi yang enak dan simple dan mencuba pelbagai produk dari Kimball di https://www.kimball.com.my, Kompem Gaya Malaysia punya!!
Selamat Mencuba!!
#KompemGayaMalaysia
#GayaMalaysia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.eldarwena.com/2020/12/resepi-mee-udang-kimball-kompem-gaya.html