24 Jam Tak Henti Main Bantu Anak Salurkan Tenaga Pada Tempat Sesuai Mak Ayah Buatlah Aktiviti


PKP yang semakin berpanjangan ini mula menampakkan kebosanan pada anak-anak kita yang terperangkap lama di rumah. Jangan biarkan anak tepu sebaliknya buatlah aktiviti anak di rumah.
Anak yang aktif, bermain 24 tanpa henti memerlukan sesuatu untuk menyalurkan tenaganya dengan baik. Jadi mak ayah bantulah anak beraktiviti di rumah. Ini tip dan aktiviti yang dikongsikan oleh Pn Ayesha Sairi.

Anak bergerak tanpa henti?
Memandangkan esok kita akan bercuti hujung minggu, saya hendak berkongsi mengenai kisah anak yang suka bergerak, berlari sana sini.
Ada ibubapa datang bercerita kepada saya. Mereka mengatakan anak mereka di rumah tidak boleh duduk diam, sentiasa bergerak. Apabila dipanggil untuk duduk, anak tidak boleh duduk lama. Sekejap sahaja dan dia akan bangun semula.

Ibubapa bertanya apa yang mereka boleh buat supaya anak boleh duduk lebih lama.
Saya bertanya kembali, kenapa hendak anak duduk lama? Sekiranya dia hendak bermain, tidak semestinya perlu dalam posisi duduk.
Ibubapa menjawab, dia tidak mahu duduk diam. Kami letih tengok dia sentiasa bergerak.
Ada ke ibubapa yang lain menghadapi masalah yang sama? Masalah ‘letih melihat anak bergerak tanpa henti’.
Ibubapa yang mulia,
Anak bergerak maksudnya dia tubuh badannya sihat secara fizikal. Mari bersyukur tentang itu.

Anak bergerak tanpa henti mungkin membawa maksud:
1. Tenaga yang sedia ada tidak dapat disalurkan ke tempat yang sesuai. Anak sedang mencari cara yang boleh dia keluarkan tenaganya.
2. Input sensori yang diterima anak tidak mencukupi bagi membolehkan anak bertenang dan mengawal dirinya. Contoh mudah, seperti orang yang sukakan kopi, selagi tidak dapat kopi pada hari itu, hidup tidak tenang dan berasa gelisah.
3. Tidak ada aktiviti yang menarik perhatian anak dan bermakna untuknya. Oleh itu, anak cuba mencipta aktiviti sendiri.
Sekiranya ibubapa sedar, ketiga-tiga kemungkinan ini sebenarnya dapat ditangani sekiranya ibubapa menyediakan aktiviti yang sesuai dengan anak.
Namun, ia memerlukan penglibatan ibubapa secara aktif, bukan pasif. Maksudnya, ibubapa kena rancang dan laksanakan dengan bersungguh-sungguh. Bukan hanya biarkan anak selepas berikan arahan.

Contoh aktiviti yang ibubapa boleh lakukan di rumah:
✅Lakukan kemahiran motor kasar di dalam rumah seperti merangkak, berguling, melompat, berlari dan sebagainya. Pilihlah mana yang bersesuaian dengan ruang rumah kerana kita masih perlu melawan Covid.
✅Boleh buat aktiviti ini ala-ala sukaneka di dalam rumah.
⭐️Melompat setempat 5 kali, merangkak menujuk ke meja, gunting mengikut garisan.
⭐️Berguling ke depan ke belakang 5 kali, lompat atas trampolin, baling bola masuk bakul.
⭐️Merangkak pusing sekeliling meja makan, panjat kerusi makan dan lompat ke bawah, duduk dan susun blok mengikut huruf.

✅Pilihlah aktiviti yang bersesuaian dengan umur dan kemahiran anak. Sekiranya adik beradik yang lain turut serta, boleh ubahsuai aktiviti tersebut.
Aktiviti ini dapat memberikan anak tempat untuk melepaskan tenaganya. Selain itu, input sensori seperti proprioseptif (daya otot dan sendi), vestibular (keseimbangan badan) turut dapat diterima oleh anak.
Aktiviti itu akan jadi bermakna apabila ibubapa turut serta, adik beradik yang lain turut serta. The more, the merrier bak kata orang putih.
Jom kita bermain bersama anak!
Menarik: Bantu Anak Makin Kreatif, DIY Bahan Bantu Anak Belajar, Idea Ibu Ni Memang Kreatif
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

The post 24 Jam Tak Henti Main, Bantu Anak Salurkan Tenaga Pada Tempat Sesuai, Mak Ayah Buatlah Aktiviti! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/24-jam-tak-henti-main-bantu-anak-salurkan-tenaga-pada-tempat-sesuai-mak-ayah-buatlah-aktiviti/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selalu Sangat Pukul Kawan Cara Anak Lepaskan Emosinya Mak Ayah Kena Bantu Anak Kawal Diri

Selalu Sangat Pukul Kawan Cara Anak Lepaskan Emosinya Mak Ayah Kena Bantu Anak Kawal Diri

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 361 hits
Mula mula elok saja main sama sama bila dah mula bosan sudahnya pasti ada aksi memukul kawan Asal sahaja bergaduh mesti cepat naik tangan Jangan dibiarkan sahaja mak ayah perlu cepat bertindak Anak memukul kawan ketika bermain sebenarnya di...
Bantu Anak Ubah Cara Duduk W Sitting Tak Bagus Untuk Anak Banyakkan Aktiviti Otot Teras

Bantu Anak Ubah Cara Duduk W Sitting Tak Bagus Untuk Anak Banyakkan Aktiviti Otot Teras

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 370 hits
Anak duduk dalam posisi W sitting sememangnya sudah diketahui kurang bersesuaian dan banyak keburukannya namun bila anak sudah terbiasa ternyata tabiat ini begitu sukar untuk diubah Mengubah anak kembali pada posisi duduk bersila dan sebaga...
Bukan Merajuk Tapi Anak Dah Mula Shut Down Pada Kita Mak Ayah Berlembutlah

Bukan Merajuk Tapi Anak Dah Mula Shut Down Pada Kita Mak Ayah Berlembutlah

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 315 hits
Bertindak tegas dengan anak memang perlu Pun begitu ada waktun dan situasi bertindak tegas ini kelak akan membuatkan anak mula makan hati dan menjauh diri Bukan merajuk tetapi anak sudah mula shut down dengan kita Menurut Penulis Keibubapaa...
Anak Mengamuk Serentak Buat Mak Ayah Jadi Tak Keruan Tak Perlu Marah Marah Guna Teknik Disyorkan Pakar Ni

Anak Mengamuk Serentak Buat Mak Ayah Jadi Tak Keruan Tak Perlu Marah Marah Guna Teknik Disyorkan Pakar Ni

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 280 hits
Bila anak mengamuk mak ayah mulalah rasa tak keruan Bertambah rasa tak keruan bila mana anak mula mengamuk serentak Tidak dinafikan adakalanya mood anak kita yang kurang baik akan turut membuatkan mood kita sebagai mak ayah turut terkesan M...
Cuba Panduan Ini Kalau Mak Ayah Terpaksa Kongsi Bilik Tidur Dengan Anak

Cuba Panduan Ini Kalau Mak Ayah Terpaksa Kongsi Bilik Tidur Dengan Anak

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 445 hits
PERKARA pertama apabila anak makin membesar adalah mengasingkan bilik tidur bukannya kongsi bilik Mungkin semasa anak masih kecil tidak menjadi masalah tapi apabila makin membesar memang kena sediakan bilik berasingan Ada sesetengah mak aya...
Berbakul Bagi Arahan Pada Anak Satu Pun Anak Buat Tak Endah Mak Ayah Mungkin Salah Teknik

Berbakul Bagi Arahan Pada Anak Satu Pun Anak Buat Tak Endah Mak Ayah Mungkin Salah Teknik

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 370 hits
Mak ayah mana yang tak makin sakit kepala bila anak mula buat tak endah arahan yang kita berikan Penat berleter anak buat tak kisah saja Rupanya hendak marah anak perlu ada tekniknya Bukan main tembak saja Menurut Ahli Terapi Cara Kerja men...
8 Beradik Anak Yatim Lepas 3 Hari Mak Ayah Dijangkiti Covid 19

8 Beradik Anak Yatim Lepas 3 Hari Mak Ayah Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 346 hits
Wabak Covid 19 terus memakan korban dan kes kematian masih tinggi secara konsisten sepanjang bulan lalu seringkali angka kes harian mencecah melebihi angka 100 nyawa Antara nyawa yang terkorban itu ibu bapa Nazurah Nabilah Yajeed berusia 19...
Tak Sama Macam Ibu Ayah Bantu Anak Kuat Dalamannya Sebab Tu Lah Ayah Hero Pada Anak

Tak Sama Macam Ibu Ayah Bantu Anak Kuat Dalamannya Sebab Tu Lah Ayah Hero Pada Anak

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 243 hits
Tidak dinafikan anak anak kecil kita cukup selesa kala berada bersama figura bergelar ayah Malah ketika bermain pun anak anak lebih senang bermain bersama ayah berbanding ibu Aura ayah memang lain macam Ayah ibarat hero pada anak malah jati...
Pernah Tak Anak Tunjuk 5 Sikap Ini Bahaya Kalau Ibu Ayah Biarkan

Pernah Tak Anak Tunjuk 5 Sikap Ini Bahaya Kalau Ibu Ayah Biarkan

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 344 hits
Siapa yang tidak sayangkan zuriat sendiri kan Namun adakalanya sikap anak boleh menguji kesabaran ibu bapa Jom kenal pasti 5 perangai anak yang boleh mendatangkan kebimbangan Kebimbangan mengenai sikap anak Sebagai ibu bapa pastinya tertany...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya