Cuba Panduan Ini Kalau Mak Ayah Terpaksa Kongsi Bilik Tidur Dengan Anak


 
PERKARA pertama apabila anak makin membesar adalah mengasingkan bilik tidur, bukannya kongsi bilik.
Mungkin semasa anak masih kecil, tidak menjadi masalah tapi apabila makin membesar memang kena sediakan bilik berasingan.
Ada sesetengah mak ayah mula risau nak asingkan bilik tidur, bimbang tengah malam anak jatuh katil atau menangis. Tak kurang juga mak ayah tidak tidur lena, tengah-tengah malam mesti akan ke bilik anak.
Mengasingkan bilik tidur antara mak ayah dengan anak itu memang perlu. Tapi bagaimana apabila rumah yang didiami itu hanya ada satu atau dua bilik saja. Ini pun menjadi masalah.
Walau bagaimanapun, masih ada cara untuk mak ayah kongsi bilik tidur bersama anak.
Ikuti panduan yang diberikan oleh Wan Nur Syakira tentang perkara ini.
Kongsi Bilik Tidur Bersama, Ada Caranya
Ada ibu yang bertanya seandainya mereka suami isteri masih tak mampu asingkan tempat tidur anak kerana ada dua bilik . Satu bilik tidur, satu stor.
Apa yang boleh buat ?
Jadi panduannya,
1. Asingkan tilam antara ibu bapa dan anak-anak. Bilik sama, tetapi compartment berbeza. Jika anak berbeza jantina, usahakan asingkan juga di dalam bilik yang sama.
2. Anak-anak pula , seorang satu selimut. Usah biasakan tidur satu selimut.
3. Jika anak ada di dalam bilik, janganlah tukar baju di hadapan mereka. Minta mereka keluar dahulu atau tukar baju di bilik air. Keluar dengan sudah berpakaian lengkap. Berhati-hati dengan aurat ibu ayah dengan anak-anak.
4. Berjaga-jaga dengan sentuhan suami isteri, jika anak ada, jangan dipaparkan sentuhan yang menjurus kepada keintiman seksual. Begitu juga perbuatan ibu ayah mandi bersama, jangan biar diketahui anak-anak. Jika anak tiada dalam bilik, mungkin boleh buat apa saja.
5. Ibu ayah dan anak-anak perlu mengamalkan rutin mengetuk pintu sebelum masuk. Jangan terjah, kerana semua berkongsi bilik yang sama untuk segala urusan peribadi.
6. Jangan sesekali melakukan hubungan suami isteri di hadapan anak-anak meskipun mereka tidur dan sebenarnya tiada sesiapa boleh melihat atau mendengar hubungan kelamin suami isteri dilakukan, ianya aurat yang perlu disembunyikan rapi. Lakukanlah ketika mereka tiada. Sebenarnya, anak dah pandai pura-pura tidur seawal umur empat tahun, apatah lagi yang berada di sekolah rendah. Panduan ini terpakai selagi mana kita terpaksa berkongsi bilik tidur dengan anak.
7. Andai ada ruang untuk kosongkan stor untuk jadikan bilik, saya amat galakkan begitu. Jadi, anak boleh diasingkan bilik.
Saranan & Pendekatan
Seorang sahabat Facebook saya pernah kongsikan dia lakukan begini untuk anak-anaknya.
Beliau kosongkan stor dan dia dan suaminya tidur di stor dan anaknya di bilik satu lagi. Terpulang, boleh juga digunakan pendekatan beliau ini .
a) Disarankan paling kurang, setiap rumah ada 3 bilik. Satu bilik ibu bapa, satu bilik untuk adik-beradik lelaki, satu bilik untuk adik beradik perempuan.
b) Andai ada dua bilik, satu bilik untuk ibu ayah dan satu bilik lagi untuk adik beradik perempuan. Adik beradik lelaki mungkin tidur di ruang lain, ruang tamu sebagai contoh.
Saya titipkan doa agar diberikan ibu tadi rezeki untuk hidup berbahagia dan lebih terjaga di rumah sendiri. Minta doakan puan ini juga ya.
Rasa tersentak dan terpempan saya apabila Allah datangkan peringatan untuk bersyukur rumah saya ada lebih dari satu bilik.
Saya pun dalam proses latihan asingkan tempat tidur untuk anak sulung.
Memang bukan mudah proses ini, tetapi sesukar-sukar saya , anak saya punya bilik sendiri.
Tidak seperti mereka.
Moga Allah limpah rezeki pada mereka. Amin ya Rab.
 
Sumber: astroawani.com
The post Cuba Panduan Ini, Kalau Mak Ayah ‘Terpaksa’ Kongsi Bilik Tidur dengan Anak appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/cuba-panduan-ini-kalau-mak-ayah-terpaksa-kongsi-bilik-tidur-dengan-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
8 Beradik Anak Yatim Lepas 3 Hari Mak Ayah Dijangkiti Covid 19

8 Beradik Anak Yatim Lepas 3 Hari Mak Ayah Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 349 hits
Wabak Covid 19 terus memakan korban dan kes kematian masih tinggi secara konsisten sepanjang bulan lalu seringkali angka kes harian mencecah melebihi angka 100 nyawa Antara nyawa yang terkorban itu ibu bapa Nazurah Nabilah Yajeed berusia 19...
Berbakul Bagi Arahan Pada Anak Satu Pun Anak Buat Tak Endah Mak Ayah Mungkin Salah Teknik

Berbakul Bagi Arahan Pada Anak Satu Pun Anak Buat Tak Endah Mak Ayah Mungkin Salah Teknik

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 371 hits
Mak ayah mana yang tak makin sakit kepala bila anak mula buat tak endah arahan yang kita berikan Penat berleter anak buat tak kisah saja Rupanya hendak marah anak perlu ada tekniknya Bukan main tembak saja Menurut Ahli Terapi Cara Kerja men...
Dalam Raga Ada Botol Susu Kosong Demi Cari Rezeki Ayah Terpaksa Bawa Anak Sekali

Dalam Raga Ada Botol Susu Kosong Demi Cari Rezeki Ayah Terpaksa Bawa Anak Sekali

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 310 hits
Kasih ayah selamanya Itulah ungkapan yang boleh diberikan kepada seorang ayah yang juga penghantar makanan kerana sanggup membawa anaknya menghantar pesanan makanan Demi meneruskan kelangsungan hidup inilah pengorbanan yang harus dilakukan ...
Projek Mak Mak Guna Kotak Je Hias Bilik Anak Dengan Lampu Comel Lawa Sangat

Projek Mak Mak Guna Kotak Je Hias Bilik Anak Dengan Lampu Comel Lawa Sangat

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 485 hits
Sambil ibu bapa bekerja dari rumah anak anak pun belajar secara atas talian apa kata untuk rehatkan minda boleh sama sama buat aktiviti ini untuk mencantikkan bilik tidur bilik belajar atau bilik mainan anak anak Hanya DIY lampu yang comel ...
Selalu Sangat Pukul Kawan Cara Anak Lepaskan Emosinya Mak Ayah Kena Bantu Anak Kawal Diri

Selalu Sangat Pukul Kawan Cara Anak Lepaskan Emosinya Mak Ayah Kena Bantu Anak Kawal Diri

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 363 hits
Mula mula elok saja main sama sama bila dah mula bosan sudahnya pasti ada aksi memukul kawan Asal sahaja bergaduh mesti cepat naik tangan Jangan dibiarkan sahaja mak ayah perlu cepat bertindak Anak memukul kawan ketika bermain sebenarnya di...
Pulihkan Burnout Anak Mak Ayah Kena Kurangkan Expectation Tenang Saja Buat Mana Mampu

Pulihkan Burnout Anak Mak Ayah Kena Kurangkan Expectation Tenang Saja Buat Mana Mampu

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 300 hits
Sama seperti kita anak kecil kita juga turut berdepan masalah burnout ketika PKP ini Mereka buntu kerana tidak dapat melalui kehidupan bermain dan bebas ke mana mana dan kini hanya terperuk di rumah Semuanya jadi serba tak kena pada mereka ...
Malam Tadi Saya Jaga Sampai Mak Tidur Anak Tak Sangka Mak Tidur Pergi Selamanya

Malam Tadi Saya Jaga Sampai Mak Tidur Anak Tak Sangka Mak Tidur Pergi Selamanya

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 309 hits
Pemergian ibu tercinta benar benar meninggalkan trauma buat anak kecil berusia 8 tahun apabila sebelum itu dia menyangkakan ibunya sedang tidur Di Facebook Pengerusi Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia iaitu Ustaz Rafie Zainal beliau berkongs...
Arwah Merangkak Ke Bilik Saya Minta Tolong Ayah

Arwah Merangkak Ke Bilik Saya Minta Tolong Ayah

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 206 hits
BERNAMAMOHD Rizaini menunjukkan gambar anaknya Muhammad Adham Hazim mahasiswa UiTM Jengka Pahang yang meninggal dunia akibat pendarah dalam kepala FOTO BernamaKuala Nerus Penuntut Universiti Teknologi Mara Jengka Muhammad Adham Hazim Mohd R...
Salahkah Ayah Yb Bantu Anak Berniaga

Salahkah Ayah Yb Bantu Anak Berniaga

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 307 hits
ZAMIR GHAZALIKecoh dalam kalangan rakyat Terengganu Dan bertebaran surah di whatspps akan perihal seorang YB Exco Pelancongan yang disiasat SPRM kes pelbagai tuntutan palsu bernilai RM1 65juta Saya tidak pasti sama ada ia punya kaitan denga...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Risks To Avoid Buy Sell Domains

Dua Hari Guna Hotspot

Us Tarik Diri Daripada Who Malaysia Perlu Menimbang Langkah Serupa Kenyataan Media Ppim 24 01 2025

Filem Bukan Hantu Biashe Biashe

Kkm Larang Jualan Produk Yang Dikesan Mengandungi Racun

Lirik Lagu Rayuan Nurani Saffone