8 Beradik Anak Yatim Lepas 3 Hari Mak Ayah Dijangkiti Covid 19




Wabak Covid-19 terus memakan korban dan kes kematian masih tinggi secara konsisten sepanjang bulan lalu, seringkali angka kes harian mencecah melebihi angka 100 nyawa.
Antara nyawa yang terkorban itu, ibu bapa Nazurah Nabilah Yajeed, berusia 19 tahun dan tujuh adiknya yang berumur antara 18 hingga empat tahun.
Arwah ibu bapanya, sebelum ini mencari nafkah berniaga goreng pisang, kembali ke rahmatullah akibat Covid-19 dalam jangka masa tiga hari, meninggalkan Nabilah dan adik-beradiknya menjadi anak yatim.
Sebilangan besar adik-adik Nabilah masih bersekolah, kecuali adik bongsunya yang berusia empat tahun. Nabilah sendiri pelajar di Kolej Politeknik Mersing di Johor.
Dia berkata bapanya meninggal pada hari Jumaat lalu (16 Julai) dan dua hari kemudian pada hari Ahad (18 Julai), ibunya pula meninggal dunia akibat Covid-19.
“Pada mulanya, ibu saya diuji positif pada 18 Jun sehingga dia pergi ke (pusat kuarantin dan rawatan) Maeps, dan kemudian pada 21 Jun, dia mengalami kesukaran bernafas kemudian dia terus masuk ke unit rawatan rapi (ICU) dan tidak sedarkan diri sehingga dia menghembuskan nafasnya yang terakhir semalam.
“Ayah saya adalah kontak rapat ibu saya. Saya tidak ingat hari apa dia mengambil ujian dan disahkan positif tetapi dia sukar bernafas dan dimasukkan ke hospital pada 30 Jun.
"Dia dimasukkan ke ICU di Rumah Sakit Selayang dan selepas itu 'ditidurkan'. Dia tidak sedarkan diri sehingga meninggal dunia pada hari Jumaat lalu,” kata Nabilah, yang kelihatan tenang sepanjang perbualannya bersama Malaysiakini semalam.
Kini Nabilah dan adik-adiknya tinggal di rumah ibu saudaranya di Bukit Beruntung, Rawang, Selangor.
Ibu saudaranya tidak bekerja dan sebelum ini positif Covid-19.
Nabilah berkata mereka semua baik-baik saja sekarang dan baru sahaja menyelesaikan tempoh kuarantin mereka. Jelasnya lagi, mereka sedang menunggu untuk memotong gelang merah jambu mereka.
Di sebalik tragedi yang menimpa keluarga mereka, Nabilah sedar hidup mesti diteruskan, apalagi dia kakak sulung kepada tujuh adik-adik untuk dijaga.
"Ya, saya terkejut dan saya masih sedih, tetapi tak mengapa. Saya perlu terus tinggal bersama adik-adik saya,” katanya.
Nabilah berkata setakat ini dia mendapat bantuan daripada jiran-jiran dan juga beberapa orang tidak dikenalinya, yang menghulurkan bantuan makanan dan wang.
Pun begitu, Nabilah berkata dia terbuka untuk menerima lebih banyak bantuan untuk membantu keluarganya kembali berdikari.
Bagi mereka yang ingin menghubungi Nabilah untuk memberikan bantuan, dia boleh dihubungi di [email protected].
Sumber : Malaysiakini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://lagiberita.blogspot.com/2021/07/8-beradik-anak-yatim-lepas-3-hari-mak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tinggal Kami 8 Beradik Dalam 3 Hari Yatim Piatu Setelah Ibu Ayah Pergi Akibat Covid

Tinggal Kami 8 Beradik Dalam 3 Hari Yatim Piatu Setelah Ibu Ayah Pergi Akibat Covid

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 341 hits
Sejak kebelakangan ini peningkatan kes kematian akibat wabak Covid 19 dilihat semakin menjadi jadi Keadaan ini dianggap sebagai ancaman dalam diam dan tak dapat nak pastikan siapa yang akan kena Apa yang menyentuh hati jika kematian ini mel...
Cuba Panduan Ini Kalau Mak Ayah Terpaksa Kongsi Bilik Tidur Dengan Anak

Cuba Panduan Ini Kalau Mak Ayah Terpaksa Kongsi Bilik Tidur Dengan Anak

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 514 hits
PERKARA pertama apabila anak makin membesar adalah mengasingkan bilik tidur bukannya kongsi bilik Mungkin semasa anak masih kecil tidak menjadi masalah tapi apabila makin membesar memang kena sediakan bilik berasingan Ada sesetengah mak aya...
Bimbang Anak Ada Masalah Delay Mak Ayah Jangan Lupa Semak Check List Perkembangan Anak Ni Penting

Bimbang Anak Ada Masalah Delay Mak Ayah Jangan Lupa Semak Check List Perkembangan Anak Ni Penting

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 374 hits
Adalah amat penting untuk kita sebagai mak ayah ada kesedaran untuk memeriksa check list perkembangan anak kita dari usianya sejak lahir hingga enam tahun Ini bagi memastikan kita dapat menilai samada anak kita lambat perkembangannya atau b...
Pulihkan Burnout Anak Mak Ayah Kena Kurangkan Expectation Tenang Saja Buat Mana Mampu

Pulihkan Burnout Anak Mak Ayah Kena Kurangkan Expectation Tenang Saja Buat Mana Mampu

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 377 hits
Sama seperti kita anak kecil kita juga turut berdepan masalah burnout ketika PKP ini Mereka buntu kerana tidak dapat melalui kehidupan bermain dan bebas ke mana mana dan kini hanya terperuk di rumah Semuanya jadi serba tak kena pada mereka ...
Hiburan Suhu Tinggi Mendadak Anak Pu Abu Kini Tidak Stabil Kerana Dijangkiti Covid 19

Hiburan Suhu Tinggi Mendadak Anak Pu Abu Kini Tidak Stabil Kerana Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 393 hits
Anak kepada Pencetus Ummah Abu iaitu Muhammad Adam Aysar yang disangka hanya mengalami demam panas rupa rupanya telah disahkan menghidapi COVID 19 BACA AdvertisementPerkara tersebut dimaklumkan PU Abu atau nama sebenarnya Mohd Abu Sufyan Mo...
Berbakul Bagi Arahan Pada Anak Satu Pun Anak Buat Tak Endah Mak Ayah Mungkin Salah Teknik

Berbakul Bagi Arahan Pada Anak Satu Pun Anak Buat Tak Endah Mak Ayah Mungkin Salah Teknik

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 421 hits
Mak ayah mana yang tak makin sakit kepala bila anak mula buat tak endah arahan yang kita berikan Penat berleter anak buat tak kisah saja Rupanya hendak marah anak perlu ada tekniknya Bukan main tembak saja Menurut Ahli Terapi Cara Kerja men...
Kasih Pak Long Tpm Bantu Lapan Beradik Yatim Piatu Akibat Covid 19

Kasih Pak Long Tpm Bantu Lapan Beradik Yatim Piatu Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 351 hits
Kasih Pak Long TPM bantu lapan beradik yatim piatu akibat Covid 19 Nazurah Nabilah Benyajeed 19 bersama tujuh adik beradik lain yang kisahnya tular selepas kehilangan ibu bapa akibat Covid 19 baru baru ini akan diserap masuk menjadi anak an...
8 Beradik Jadi Yatim Piatu Kerana Covid 19

8 Beradik Jadi Yatim Piatu Kerana Covid 19

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 380 hits
8 beradik jadi yatim piatu kerana Covid 19 Wabak Covid 19 terus memakan korban dan kes kematian masih tinggi secara konsisten sepanjang bulan lalu seringkali angka kes harian mencecah melebihi angka 100 nyawa Antara nyawa yang terkorban itu...
Sweetnya 13 Gaya Sedondon Selebriti Bersama Anak Kecil Sambut Hari Raya Korban

Sweetnya 13 Gaya Sedondon Selebriti Bersama Anak Kecil Sambut Hari Raya Korban

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 572 hits
Walaupun negara masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan namun umat islam tetap menyambut hari raya korban walaupun tiada aktiviti ziarah dibenarkan dan perlu duduk di rumah sahaja Ianya bukanlah penghalang untuk kita tidak merai...
The Prophet By Kahlil Gibran

Kahlil Gibran In The Eyes Of Ibnu Arabi

Mic Chief Accuses Zahid Of Lying Declares Loss Of Confidence

Commentary Freedom Of Choice Must Drive Malaysia S Multi Lane Free Flow Toll Era

Pmo Dan Ba Kdmp Kubu Raya Lakukan Audiensi Ke Setda Kabupaten Kubu Raya

Full Acquisition Of Genting Malaysia For Rm6 7 Bil Will Bolster Global Gaming Expansion

Proton Saga Terbabas Ditemui Di Dasar Sungai

Let Gang Rape Suspects Take Spm After Trial Says Maria


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dah Beli Cat Untuk Locker

Cara Ringkas Daftar Akaun Str Sumbangan Tunai Rahmah 2026

Aktiviti Taklimat Kesihatan Secara Alami Ppim 14 10 2025

Donat Gula Klasik Resipi Sedap Lembut Gebu Yang Wajib Cuba

Tentang Rambut Yang Gugur Dan Keyakinan Yang Tumbuh

Perancangan Dan Persiapan Hadapi Musim Banjir Di Pahang Dibuat Berdasarkan Data Analisis Risiko Setiap Kawasan