2 Pemimpin Bersatu Didakwa Rasuah Rm6 9juta Dan Rm500 000



KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM500,000 berkaitan Jana Wibawa.
Bagaimanapun, Adam Radlan, 42, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim Suzana Hussain.
Mengikut pertuduhan, CEO itu didakwa meminta suapan iaitu wang tunai antara 3.5 hingga tujuh peratus daripada nilai projek yang akan diperoleh daripada Pengarah Urusan syarikat MIE Infrastructure & Energy Sdn Bhd, Mat Jusoh Mamat.
Ia sebagai dorongan untuk membantu syarikat itu mendapatkan surat setuju terima bagi projek di bawah program Jana Wibawa daripada Kerajaan Malaysia.
Adam Radlan juga didakwa menerima suapan RM500,000 menerusi akaun CIMB Bank Berhad miliknya daripada individu sama sebagai upah membantu syarikat itu mendapatkan surat sama bagi Projek Membina Jalan Sungai Adam ke Kampung Banat, Perlis daripada Kerajaan Malaysia secara rundingan terus yang bernilai RM47.8 juta.
Kedua-kedua kesalahan itu dilakukan sebuah restoran di Dutamas dan CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku, di sini, pada Mac dan 26 November 2021, mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau denda RM10,000 atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Farah Yasmin Salleh, menawarkan jaminan RM300,000 terhadap tertuduh dengan dua penjamin.
"Syarat tambahan perlu melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan, selain pasport diserahkan sehingga kes selesai," katanya.
Bagaimanapun, peguam bela tertuduh, Datuk Seri Rajan Navaratnam, memohon jaminan RM100,000 dengan alasan anak guam memberi kerjasama baik sepanjang siasatan SPRM dan tidak pernah didakwa dalam kes jenayah.
"Anak guam ada empat anak yang berusia antara sembilan hingga 16 tahun.
"Semalam, anak guam dihubungi SPRM dan beliau sendiri hadir ke pejabat SPRM untuk keterangannya diambil dan ketika itu dimaklumkan akan dituduh di mahkamah hari ini,"katanya.
Hakim kemudian menetapkan tertuduh diikat jamin RM120,000 dengan dua penjamin serta syarat seperti dimohon pendakwaan, selain 23 Mac ini untuk sebutan semula kes.
Terdahulu dalam prosiding berasingan, Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM6.9 juta berhubung projek Jana Wibawa. 
Dua pertuduhan ke atas Wan Saiful, 48, yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.
Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa meminta suapan wang daripada Lian Tan Chuan sebagai dorongan untuknya membantu syarikat Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek 'Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur' daripada kerajaan Malaysia secara prakelayakan yang jumlah keseluruhannya RM232,000,000.
Wan Saiful juga dituduh menerima bagi dirinya suatu suapan iaitu wang tunai sejumlah RM6,962,694.54 melalui akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya WSA Advisory Group Sdn Bhd daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Syarikat Nepturis Sdn Bhd sebagai upah membantu syarikat Nepturis mendapatkan Surat Setuju Terima bagi projek tersebut.
Bekas pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu didakwa melakukan kedua-dua perbuatan tersebut di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana di sini, sekitar April 2022 dan di CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku, Taman Tunku, Bukit Tunku di sini antara 8 Julai 2022 hingga 30 Sept 2022.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, manakala Wan Saiful diwakili peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/02/jana-wibawa-2-pemimpin-bersatu-didakwa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Didakwa Rasuah

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Didakwa Rasuah

papar berkaitan - pada 21/2/2023 - jumlah : 296 hits
TERKINI Wan Saiful Wan Jan didakwa di Mahkamah Sesyen KL atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM6 9 juta berhubung projek Jana Wibawa Ketua Penerangan BERSATU Datuk Wan Saiful Wan Jan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas dua p...
Penolong Jurutera Jkr Di Reman Bantu Siasatan Kes Rasuah Lebih Rm500 000

Penolong Jurutera Jkr Di Reman Bantu Siasatan Kes Rasuah Lebih Rm500 000

papar berkaitan - pada 25/2/2023 - jumlah : 127 hits
nbsp KUANTAN Seorang penolong jurutera Jabatan Kerja Raya Raub direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan dakwaan menerima rasuah berjumlah RM516 325 antara 2018 hingga 2022 Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat meng...
Dakwaan Terima Rasuah Rm6 9 Juta Ketua Penerangan Bersatu Mohon Dibicara Diikat Jamin Rm400k

Dakwaan Terima Rasuah Rm6 9 Juta Ketua Penerangan Bersatu Mohon Dibicara Diikat Jamin Rm400k

papar berkaitan - pada 21/2/2023 - jumlah : 84 hits
Ketua Penerangan BERSATU Datuk Wan Saiful Wan Jan mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6 9 juta membabitkan projek Jana Wibawa bernilai RM232 juta pada tahun lalu
Tuduhan Terima Rasuah Rm6 9 Juta Patutlah Bersatu Kaya Kot Kot

Tuduhan Terima Rasuah Rm6 9 Juta Patutlah Bersatu Kaya Kot Kot

papar berkaitan - pada 21/2/2023 - jumlah : 122 hits
Ketua Penerangan Bersatu merangkap Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan mengaku tidak bersalah berhubung dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM6 9 juta Bagi pertuduhan pertama dia didakwa meminta suapan wang daripada Lian T...
Rentasan 1317 Gempar Kini Pemimpin Pas Koyak Pemimpin Bersatu Dida

Rentasan 1317 Gempar Kini Pemimpin Pas Koyak Pemimpin Bersatu Dida

papar berkaitan - pada 24/2/2023 - jumlah : 93 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1317 1 INI BUKAN PENDAKWAAN TERPILIH SPRM 2 SILAP MATA DI JANA WIBAWA 3 TIDAK PATUT TUDUH ANWAR BERDENDAM DAN ZALIM
Selongkar Kes Rasuah Kerajaan Terdahulu Suatu Peringatan Juga Buat Pemimpin Semasa

Selongkar Kes Rasuah Kerajaan Terdahulu Suatu Peringatan Juga Buat Pemimpin Semasa

papar berkaitan - pada 23/2/2023 - jumlah : 64 hits
Di sebalik adanya tuduhan bahawa tindakan menyelongkar kes rasuah dan salah guna kuasa melibatkan pemimpin kerajaan terdahulu atau blok pembangkang sekarang merupakan pendakwaan terpilih dan seolah olah Anwar Ibrahim seorang pendendam hakik...
Urus Jenazah Pun Makan Rasuah

Urus Jenazah Pun Makan Rasuah

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 67 hits
SHAH ALAM Tiga kakitangan Unit Forensik di Hospital Serdang menangis ketika merayu hukuman dikurangkan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini kerana mengambil rasuah bagi memperdagangkan jenazah pada lima tahun lalu Kesemua te...
Sprm Tumpu Rasuah Skala Besar Dulu Sibuk Tangkap Ikan Bilis

Sprm Tumpu Rasuah Skala Besar Dulu Sibuk Tangkap Ikan Bilis

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 134 hits
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata sasaran utama SPRM ketika ini adalah kepada kes berskala besar bagi menyelamatkan wang rakyat dan tidak lagi hanya kepada kes kecil Selain itu katanya SPRM akan melaksanakan siasatan dan pencegahan yang...
Usaha Anwar Perangi Rasuah Untuk Bersihkan Negara Bukan Kerana Dendam Atau Menganiaya

Usaha Anwar Perangi Rasuah Untuk Bersihkan Negara Bukan Kerana Dendam Atau Menganiaya

papar berkaitan - pada 16/2/2023 - jumlah : 69 hits
Baik Mahiaddin Md Yasin atau sesiapa saja yang sedang disiasat SPRM atas kemungkinan melakukan rasuah salah guna kuasa atau mencuri wang negara tak usah gelabah atau gundah gulana Jika tiada kesalahan dilakukan tiada apa yang perlu mereka t...
Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Optimizing Your Twitter Feed Strategies For Positive Content Filtering

Adapting To Consumer Behavior

There Is An Awakening

Rm232mil Road Project Awarded To Nepturis Witness Tells Wan Saiful Trial

App Inarah

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Masih Beraya



5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3


Pesanan Buat Sang Suami

Lfl Should Defend The Victims Too

1 500 Berarak Ke Dataran Merdeka Tuntut Hak Pekerja

More Than Pools Patios Eric Curtis Landscape Architecture Designs For Life

Dua Lelaki Didakwa Tebang Pokok Robin Hood

Anwar Announces Over 13 Pay Hike For Govt Servants Largest In History