Selongkar Kes Rasuah Kerajaan Terdahulu Suatu Peringatan Juga Buat Pemimpin Semasa




 Di sebalik adanya tuduhan bahawa tindakan menyelongkar kes rasuah dan salah guna kuasa melibatkan pemimpin kerajaan terdahulu atau blok pembangkang sekarang merupakan pendakwaan terpilih dan seolah-olah Anwar Ibrahim seorang pendendam, hakikatnya apa yang dilakukan itu adalah sesuatu yang tepat dan terpuji.
Anwar yang terlihat sebagai Perdana Menteri paling tegas memerangi rasuah setakat ini, dengan itu secara tidak langsung adalah pemimpin yang benar-benar berani.
Hanya pemimpin yang berani, telus dan ingin menyelamatkan masa depan negara saja yang sanggup tampil memerangi rasuah secara bersungguh-sungguh.
Dengan itu, Anwar tidak harus berganjak daripada iltizamnya itu, meski berapa besar sekali pun cabaran akan dihadapinya.
Tambahan lagi, pemerhatian melalui pelbagai dapatan memperlihatkan rakyat amat gembira atas usahanya itu.
Melihat pelbagai kes rasuah yang terdedah, khusus dalam kes Jana Wibawa yang dibawa ke mahkamah sehari dua ini, rakyat sebenarnya amat meluat dengan perlakuan mereka yang ada kuasa dan pernah menjadi kerajaan dalam membolot kekayaan untuk kepentingan sendiri.
Dalam hal ini, rakyat berharap lebih banyak pendakwaan lagi diambil atas kedurjanaan itu.
Ini sekaligus mengesahkan tindakan itu bukanlah bersifat balas dendam, sengaja mecari salah atau untuk melemahkan lawan politik, tetapi semata-mata bertujuan untuk membersihkan negara daripada kedurjanaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang sebenarnya amat parah.
Demi rasuah dan ingin mengaut kekayaan, projek yang dijenamakan atas nama membantu kontraktor Bumiputera pun sanggup diselewengkan lantas diberi terang-terang kepada peniaga kaum lain.
Memang orang yang ada kuasa selalu dan mudah tersilau dengan kuasa yang mereka miliki, lalu disebabkan tamak dan ingin mengumpul kekayaan atau menambah sokongan, amat terdedah kepada penyalahgunaan.
Kalau tiada kesalahan dilakukan, diselongkar walau sedalam mana sekali pun, pasti tiada sebarang penemuan yang mencurigakan boleh ditemui.
Tetapi, jika ada kesalahan ditemui, maka tindakan hendaklah diambil kerana ia merupakan amanah yang mesti dilaksanakan.
Kedurjanaan mereka, terutama apabila tiada lagi kuasa, haruslah didedah dan diambil tindakan supaya ia, selain suatu hukuman, tetapi juga untuk menjadi pengajaran kepada mereka yang sedang berkuasa sekarang.
Bagi pemimpin dalam kerajaan semasa, pendakwaan demi pendakwaan yang terpapar sekarang harus lebih menginsafkan mereka agar sentiasa berhati-hati dalam menggunakan kuasa.
Jika mereka terbabas dan turut melakukan kedurjanaan, selain Anwar sendiri pasti akan bertindak, kesalahan mereka juga akan sampai ke mahkamah akhirnya apabila kerajaan bertukar nanti.
Tiada kerajaan boleh kekal berkuasa selama-lamanya.
Oleh itu, hati-hatilah selalu.
Ini bermakna, apa yang dilakukan Anwar dalam kesungguhannya memerangi rasuah, ia bukan saja untuk menghukum kedurjanaan pemimpin kerajaan terdahulu demi kepentingan rakyat serta negara, ia juga demi untuk memastikan pemimpin-pemimpin kerajaan semasa pimpinannya sekarang ini tidak terghairah sama untuk melakukan rasuah dan salah guna kuasa.
Akhirnya, tidakkah kesungguhan Anwar melawan rasuah adalah suatu kebaikan berganda untuk kita dan anak cucu menikmati kehidupan masa depan di negara ini? – ShahbudinHusin 22/02/2023.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/02/selongkar-kes-rasuah-kerajaan-terdahulu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dewan Rakyat Mahu Tahu Apa Jadi Pada Kes Rasuah Hakim Nazlan Lantikan Mahathir

Dewan Rakyat Mahu Tahu Apa Jadi Pada Kes Rasuah Hakim Nazlan Lantikan Mahathir

papar berkaitan - pada 17/2/2023 - jumlah : 280 hits
Oleh Adam MalikSudah menjadi bisul kepada negara apabila sistem perundangan negara menjadi bahan gelak ketawa dan cemuhan rakyat Ia bertambah buruk apabila perbicaraan Datuk Seri Najib Razak melihatkan betapa flawed nya cara pengadilan dila...
Penolong Pegawai Perubatan Di Temerloh Direman Kes Rasuah Pengurusan Jenazah

Penolong Pegawai Perubatan Di Temerloh Direman Kes Rasuah Pengurusan Jenazah

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 264 hits
nbsp TEMERLOH Seorang penolong pegawai perubatan sebuah hospital dekat sini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes menerima suapan berjumlah RM17 859 berkaitan pengurusan jenazah Perintah reman dikeluarkan Majistret Mohamed Sh...
Menu Rahmah Suatu Kegagalan Kerajaan

Menu Rahmah Suatu Kegagalan Kerajaan

papar berkaitan - pada 12/2/2023 - jumlah : 269 hits
1 Menu Rahmah suatu program galakan dari pihak kerajaan agar peniaga restoran menyediakan hidangan seimbang yang lengkap asas bernilai RM5 2 Ramai orang melihat saranan ini baik kerana dapat membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup terut...
Penolong Jurutera Jkr Di Reman Bantu Siasatan Kes Rasuah Lebih Rm500 000

Penolong Jurutera Jkr Di Reman Bantu Siasatan Kes Rasuah Lebih Rm500 000

papar berkaitan - pada 25/2/2023 - jumlah : 191 hits
nbsp KUANTAN Seorang penolong jurutera Jabatan Kerja Raya Raub direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan dakwaan menerima rasuah berjumlah RM516 325 antara 2018 hingga 2022 Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat meng...
2 Pemimpin Bersatu Didakwa Rasuah Rm6 9juta Dan Rm500 000

2 Pemimpin Bersatu Didakwa Rasuah Rm6 9juta Dan Rm500 000

papar berkaitan - pada 21/2/2023 - jumlah : 253 hits
KUALA LUMPUR Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Segambut Adam Radlan Adam Muhammad didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM500 000 berkaitan Jana Wibawa Bagaimanapun Adam Radlan 42 yang j...
Kerajaan Disaran Laksana Sistem Penggal Tetap Parlimen Kata Dzulkefly

Kerajaan Disaran Laksana Sistem Penggal Tetap Parlimen Kata Dzulkefly

papar berkaitan - pada 16/2/2023 - jumlah : 137 hits
SEORANG ahli Parlimen hari ini mencadangkan supaya kerajaan melaksanakan sistem penggal tetap Parlimen bagi memastikan sesebuah kerajaan yang dibentuk selepas pilihan raya dapat mengekalkan mandat rakyat selama lima tahun Dr Dzulkefly Ahmad...
Adakah Harga Minyak Gencatan Senjata Akan Menyebabkan Usd Jpy Tertekan Selasa 01 Julai 2025

Hishammuddin S Suspension Not Discussed At Supreme Council Meeting Says Zahid

Rafizi Bakar Balik Jangan Jadi Tua Yang Sibuk Jaga Politik Orang

Lumpuh Lepas Bersalin Suami Tinggal Isteri Derita Atas Katil

Cream O Strawberry Is The Berry Snack You Need Rn

Sambal Sotong Kurita Dan Gelagat Orang British

Pihak Polis Ecrl Tubuhkan Jawatankuasa Khas Bendung Kes Curi Kabel Sepanjang Laluan Di Pahang

222 Pelajar Ipt Positif Hiv Tahun Lalu Paling Ramai Berusia 18 19 Tahun


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Wanita Yang Menjaga Diri Allah Akan Peliharanya Dengan Cara Yang Paling Indah

Belimbing Besi Bintang Tropika Dengan Potensi Besar

Asam Pedas Ikan Merah

This Wrap Isn T Just Low Carb It S A Whole New Meal Experience

Alibaba Cloud Buka Pusat Data Ketiga Di Malaysia

Saya Tahu Kekurangan Diri Niat Hanya Nak Sebarkan Gaya Hidup Sihat Isteri Dr Say