Urus Jenazah Pun Makan Rasuah



SHAH ALAM: Tiga kakitangan Unit Forensik di Hospital Serdang menangis ketika merayu hukuman dikurangkan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini kerana mengambil rasuah bagi memperdagangkan jenazah pada lima tahun lalu.
Kesemua tertuduh, Mohd. Shah Rizan Yasak, 43; Mohd. Riduan Ibrahim, 41 dan Muhamad Yusri Yusof, 36, membuat pengakuan sedemikian selepas pertuduhan pilihan dibacakan secara berasingan ke atas mereka di hadapan Hakim Rozilah Salleh.
Masing-masing dikenakan hukuman penjara tiga hingga lima bulan dan denda RM5,000 hingga RM20,000 serta penjara tambahan antara tiga hingga enam bulan jika gagal membayarnya selepas hakim mendengar rayuan mereka yang tidak diwakili peguam.
Rozilah dalam penghakimannya menjelaskan tanggungjawab semua tertuduh yang bertugas sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 adalah pekerjaan mulia dan sepatutnya menolak apabila ditawarkan rasuah.
“Jangan bagi cadangan atau peluang dan sepatutnya menegur baru ada integriti sebagai penjawat awam. Dapat duit (gaji) sedikit, biar berkat. Ada fikiran yang Allah bagi bagi menilai baik dan buruk. Apa yang kamu buat ini salah dan harap hukuman ini jadi kifarah kepada kamu,” tegasnya.
Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga mereka sebagai petugas di Unit Forensik Hospital Serdang menerima wang tunai masing-masing RM1,100, RM3,550 dan 6,250 menerusi pemindahan atas talian dalam akaun bank masing-masing daripada pemilik sebuah syarikat yang berusia 32 tahun bagi kerja-kerja pengurusan jenazah.
Perbuatan itu dilakukan antara 18 Mac 2018 hingga 7 Ogos di dua cawangan bank berlainan sekitar Bandar Baru Bangi, Kajang dan Banting.
Justeru, mereka didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Sementara itu, pada prosiding sama, seorang lagi rakan mereka iaitu Hairul Nizam Idris, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan termasuk pilihan menerima wang tunai RM1,100 daripada individu sama.
Perbuatan itu dilakukan di sebuah cawangan bank di Kajang pada 20 dan 23 April 2018.
Justeru dia dakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah 24 (1) akta yang sama yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.
Selain itu, bapa tiga anak itu juga didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Hairul yang diwakili Peguam Siti Nurul Jannah Rizali dibenarkan ikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin serta mematuhi syarat tambahan seperti menyerahkan pasport ke mahkamah dan melaporkan diri di pejabat SPRM.
Hakim kemudian menetapkan sebutan semula kes ditetapkan 17 Mac depan. Sepanjang prosiding itu, pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Mohd. Alif Shaharuzaman. – UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/02/urus-jenazah-pun-makan-rasuah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penolong Pegawai Perubatan Di Temerloh Direman Kes Rasuah Pengurusan Jenazah

Penolong Pegawai Perubatan Di Temerloh Direman Kes Rasuah Pengurusan Jenazah

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 149 hits
nbsp TEMERLOH Seorang penolong pegawai perubatan sebuah hospital dekat sini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes menerima suapan berjumlah RM17 859 berkaitan pengurusan jenazah Perintah reman dikeluarkan Majistret Mohamed Sh...
Anwar Malaysia Lemah Hilang Arah Akibat Rasuah Tadbir Urus Buruk

Anwar Malaysia Lemah Hilang Arah Akibat Rasuah Tadbir Urus Buruk

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 220 hits
BernamaBANGKOK Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi jaminan Malaysia akan ditabir sebaiknya selaras konsep Madani dan bangkit daripada kelemahan akibat tadbir urus buruk rasuah dan penyalahgunaan kuasa Beliau berkata Malaysia mempunyai pel...
Berat Saya Naik Han Sohee Kongsi Sudah Berhenti Makan Ramen

Berat Saya Naik Han Sohee Kongsi Sudah Berhenti Makan Ramen

papar berkaitan - pada 4/2/2023 - jumlah : 182 hits
Semua pastinya ingin mengetahui bagaimana ingin mendapatkan badan langsing seperti Han So hee kan ARTIKEL BERKAITAN Terbaru sebuah entri di laman komuniti Korea berjudul Makanan Yang Tak Boleh Dimakan Han So hee telah tular Dalam posting it...
Makan Di Black Canyon Aeon Bukit Indah

Makan Di Black Canyon Aeon Bukit Indah

papar berkaitan - pada 5/2/2023 - jumlah : 158 hits
Assalamualaikum WBTKISAH dua tiga minggu lepas ni pergi ke Aeon Bukit Indah semata mata nak makan di Black Canyon Suka sistem kat sini tandakan menu dalam kertas pesanan aje Mula mula tomyam sampai dulu Macam selalu pesan Tomyam Seafood Ter...
Hari Hari Makan Sedap Badan Pun Sado Anjing Jadi Bodyguard Gerai Nasi Lemak Tauke Tukar Tapak Doggo Sibuk Ikut Sekali

Hari Hari Makan Sedap Badan Pun Sado Anjing Jadi Bodyguard Gerai Nasi Lemak Tauke Tukar Tapak Doggo Sibuk Ikut Sekali

papar berkaitan - pada 5/2/2023 - jumlah : 269 hits
KEBANYAKAN gerai atau restoran mempunyai keunikan tersendiri untuk menarik pelanggan Ada yang keistimewaannya terletak pada menu dan ada juga yang menggunakan suasana meriah di sekitar gerai sebagai tarikan Bagaimanapun sebuah gerai nasi le...
Jom Makan Mee Sotong Di Kepala Batas Pulau Pinang

Jom Makan Mee Sotong Di Kepala Batas Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 3/2/2023 - jumlah : 224 hits
Restoran Mee Sotong Kepala BatasRestoran Mee Sotong Kepala BatasPeminat mee goreng terutamanya mee goreng mamak di area Kepala Batas Pulau Pinang ni boleh la cari restoran Mee Sotong di pekan lama Kepala Batas Mee di sini memang sempoi habi...
Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

This Five Cylinder Puch Proves There S No Replacement For Displacement

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Adab Tu Kena Ada Walaun Tak Dak Adab Ke Tak Sekolah



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Lanwuu Imagine By Aurora Design In Yunnan China

Raffa Affar Pelita Dalam Doa Chord

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g

Ringgit Closes Higher As Investors Shift From Safe Haven Currencies

Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

Traditional Seats No More A Factor In Pn Says Gerakan