Usaha Anwar Perangi Rasuah Untuk Bersihkan Negara Bukan Kerana Dendam Atau Menganiaya


 
Baik Mahiaddin Md Yasin atau sesiapa saja yang sedang disiasat SPRM atas kemungkinan melakukan rasuah, salah guna kuasa atau mencuri wang negara, tak usah gelabah atau gundah gulana.
Jika tiada kesalahan dilakukan, tiada apa yang perlu mereka takutkan.
Ketika disiasat oleh pihak berkuasa, baik mengenai projek yang dikaitkan dengan anak menantu atau dakwaan penerima dana daripada kontraktor yang dimasukkan ke dalam akaun bank Bersatu, berilah jawapan yang tulus, jujur dan berdasarkan fakta yang sebenar.
Tak usahlah cuba mengaitkannya dengan kononnya ia fitnah kepada PN dan andaian disebabkan ketakutan PH berdepan enam PRN yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Semua itu bukan saja tiada kaitan, malah tidak munasabah sama sekali.
Mereka-reka tuduhan adalah merbahaya kepada PH sendiri kerana ia boleh mengundang simpati rakyat kepada PN.
Lantaran itu, jika tiada asas yang kukuh, tidak mungkin Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sedia membenarkan perkara itu berlaku.
Sudah tentu, siasatan yang dijalankan kerana ada asas, selain ada adun telah diterima.
Lagi pula, apa kaitan kemenangan dalam PRN dengan kedudukan kerajaan pusat yang ditadbir Anwar?
Hakikatnya, dengan sokongan mantap parti-parti yang membentuk kerajaan perpaduan, siapa pun yang menang di enam PRN itu nanti tidak menjejaskan kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri.
Begitu juga dengan siasatan yang dilaporkan telah dijalankan terhadap seorang bekas Menteri Kewangan yang didakwa memiliki kekayaan luar biasa di luar negara berdasarkan maklumat Pandora Papers yang bocor tidak lama sebelum ini.
Semua itu juga bukan bersifat dendam atau bertujuan menganiaya orang berkenaan, mereka pun tidak perlu bimbang atau takut jika tiada kesalahan telah dilakukan.
Sebagaimana sering disebut ketika belum berkuasa dan kemudian diulang banyak kali setelah menjadi Perdana Menteri, keseriusan Anwar dalam memerangi rasuah dengan memulakan siasatan terhadap beberapa kes yang sedang berjalan sekarang adalah bukti beliau sedang menunaikan janji-janjinya.
Tidakkah kita mahu seorang pemimpin itu sentiasa berpegang pada janji?
Anwar hanya ingin membersihkan negara ini daripada rasuah, ketirisan, rompakan dan pencurian kerana negara terbukti telah kerugian berbilion ringgit melalui amalan tersebut sejak puluhan tahun dulu lagi.
Dengan rasuah dan ketirisan dapat dikawal, ia bukan saja dapat menyelamatkan harta negara, bahkan faedah akan melimpah kepada rakyat akhirnya.
Sebagai rakyat di mana selama ini mereka menyaksikan asal bergelar pemimpin saja, mesti seseorang itu dan keluarganya jadi kaya raya dalam sekelip mata, semua ini adalah petanda paling nyata berleluasanya amalan rasuah dan salah guna kuasa.
Tiada pilihan lain demi masa depan anak cucu kita melainkan kita mesti menyokong usaha murni Anwar dalam memerangi rasuah ini. – ShahbudinHusin 15/02/2023.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/02/usaha-anwar-perangi-rasuah-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Tak Cadang Perkenal Gst Atau Cukai Lain Anwar

Kerajaan Tak Cadang Perkenal Gst Atau Cukai Lain Anwar

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 246 hits
Kerajaan tidak bercadang memperkenalkan sebarang cukai termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan bagi menampung kenaikan hutang negara Sebaliknya Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata usaha akan dilakukan untuk mengetatkan pengurangan subsidi ...
Dalam Wawancara Media Antarabangsa Anwar Disoal Berhubung Isu Kes Rasuah Zahid

Dalam Wawancara Media Antarabangsa Anwar Disoal Berhubung Isu Kes Rasuah Zahid

papar berkaitan - pada 2/2/2023 - jumlah : 266 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan anak muridnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Isu kes rasuah Timbalan Perdana Menteri yang dibicarakan di mahkamah antara menjadi soalan utama media antarabangsa terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim baru baru ini ...
Jangan Guna Alasan Agama Pertahan Rasuah Penyelewengan Anwar

Jangan Guna Alasan Agama Pertahan Rasuah Penyelewengan Anwar

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 280 hits
JANGAN GUNA ALASAN AGAMA PERTAHAN RASUAH PENYELEWENGAN ANWARJangan guna alasan agama pertahan rasuah penyelewengan AnwarPosted By on February 08 2023Perkembangan siasatan ke atas akaun parti politik yang dibekukan ketika ini agak membimbang...
Anwar Malaysia Lemah Hilang Arah Akibat Rasuah Tadbir Urus Buruk

Anwar Malaysia Lemah Hilang Arah Akibat Rasuah Tadbir Urus Buruk

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 340 hits
BernamaBANGKOK Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi jaminan Malaysia akan ditabir sebaiknya selaras konsep Madani dan bangkit daripada kelemahan akibat tadbir urus buruk rasuah dan penyalahgunaan kuasa Beliau berkata Malaysia mempunyai pel...
Peguam Negara Amerika Pegawai Rasuah Guna 1mdb Seperti Akaun Peribadi

Peguam Negara Amerika Pegawai Rasuah Guna 1mdb Seperti Akaun Peribadi

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 302 hits
Peguam Negara Amerika Loretta E Lynch berkata 1MDB diwujudkan kerajaan Malaysia untuk membangunkan ekonomi negara menerusi perkongsian global dan pelaburan terus asing Ia juga bertujuan untuk digunakan bagi meningkatkan taraf hidup rakyatny...
Rasuah Guna Alasan Tolong Bumiputera Tak Boleh Diteruskan Anwar

Rasuah Guna Alasan Tolong Bumiputera Tak Boleh Diteruskan Anwar

papar berkaitan - pada 21/2/2023 - jumlah : 273 hits
Menteri Kewangan Anwar Ibrahim menegaskan kementeriannya telah menetapkan proses tender lebih telus Menurutnya amalan rasuah dengan menggunakan alasan menolong bumiputra tidak boleh diteruskan
Outpouring Of Tributes For Sumo Salad Founder Jane Lee Amid Mom S Inquiry Into Alleged Fake Injury Claim

Budak Kilat

Itinerary Kami Perth Day 1 Caversham Swan Valley Dfo Belmont Hotel

Perth Day 2 Perth Cbd London Court Kmart Chemist Warehouse Hay St Mall Woolworths Dengan Bas

Meneroka Misteri Alam Semesta Bengkel Pemindahan Ilmu Fizik Zarah Eksperimen Comet

Selamat Datang Victor Einar Gy Keres Ke Arsenal Fc

Sambal Tempoyak Masak Atau Kokek Tempoyak

What Unity Govt When Dap Always Attacking Us Says Gps Man


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengumuman Penghargaan Perdana Menteri Untuk Rakyat

03 Mangrove Resort Tuaran Sabah Melakar Kenangan Indah

Aliff Syukri Minta Rakyat Malaysia Bersabar Isu Jet Peribadi Video

Resipi Orang Dulu Dulu Lempeng Pisang Nostalgia Yang Sedap Mudah

Saat Dunia Bergelap Lebih Enam Minit

Afiq Adnan Hancur Chord