2 Jawatan Tertinggi Umno Tak Perlu Tanding Cadangan Lapuk Tak Demokratik Kata Nazri


freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-December 25, 2022 11:13 AM
Ketua Umno Bahagian Padang Rengas Nazri Aziz, berkata cadangan untuk tidak dipertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden bakal menjadi satu lagi ‘episod hitam’ selepas prestasi buruk parti, pada PRU15.
PETALING JAYA: Umno dianggap tidak demokratik sekiranya tunduk kepada usaha pihak tertentu menghalang jawatan dalam parti dipertandingkan, pada pemilihan parti akan datang, kata Ketua Umno Bahagian Padang Rengas Nazri Aziz.

Katanya, langkah seperti itu menyekat amalan demokrasi yang sudah lama subur dalam Umno selain menyatakan sebarang cadangan ke arah itu sebagai “lapuk”, sekali gus menunjukkan Umno semakin hilang arah dan identiti perjuangan.

“Ia juga bakal menjadi satu lagi episod hitam Umno selepas prestasi buruk pada PRU15 lalu,” lapor Utusan Malaysia.

Nazri berkata, cadangan dua jawatan itu tidak dipertandingkan, merujuk presiden dan timbalan presiden yang masing-masing disandang Ahmad Zahid Hamidi dan Mohamad Hasan, seolah-olah memperkecilkan keupayaan mereka.

Beliau berkata, kedua-dua pemimpin itu terbukti mampu menang pada pemilihan parti, pada 2018, sekali pun tidak ada jawatan dalam kerajaan.

“Masa jadi pembangkang boleh ada pertandingan, bila dah jadi kerajaan tidak mahu ada pertandingan, tidak cerdik sangat cadangan ini? Mereka ini semua anggap Zahid macam tidak ada maruah.

“Kena ingat, Zahid adalah orang yang membenarkan jawatan presiden dipertandingkan pada 2018, beliau berani dan kerana keberanian itu beliau menang sebab ahli-ahli Umno mahu amalan demokrasi dalam parti subur,” katanya.

Beliau ketika mengulas lanjut, berkata semua boleh terima jika sebelum ini parti tidak mahu ada pemilihan kerana mahu fokus PRU15 dan tidak mahu ada perpecahan dalam parti.

Beliau mempersoalkan bilakah mahu diadakan pemilihan sekiranya selepas PRU15 masih tidak mahu berbuat demikian.

“Bila boleh? Nak tunggu selepas PRU16? Takut nanti selepas PRU16, Umno sudah tidak ada lagi,” katanya.

Nazri berkata, jika benar mahu mengelak perpecahan dalam parti, semua jawatan di cawangan dan bahagian juga tidak dipertandingkan.

“Sebenarnya mereka yang mencadangkan agar jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan ini bukan nak jaga perpaduan dalam Umno, tetapi menjaga kepentingan peribadi sebab dalam PRU15 lalu mereka ini telah menjadi calon tetapi kalah teruk.

“Mereka ini bimbang kalau berlaku pertukaran pemimpin nama mereka tidak lagi dicalonkan pada PRU16,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/2-jawatan-tertinggi-umno-tak-perlu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kj Tanding Jawatan Presiden Umno Kita Akan Tengok

Kj Tanding Jawatan Presiden Umno Kita Akan Tengok

papar berkaitan - pada 13/12/2022 - jumlah : 185 hits
MalaysiakiniKhairy Jamaluddin tidak menolak kemungkinan akan mencabar Ahmad Zahid Hamidi untuk jawatan presiden Umno Pada PRU ke 15 baru baru ini Zahid meletakkan Khairy bertanding di Sungai Buloh dan seterusnya tewas di kubu kuat Pakatan H...
Awani Ringkas Belum Ada Keputusan Dua Jawatan Tertinggi Umno Dipertandingkan

Awani Ringkas Belum Ada Keputusan Dua Jawatan Tertinggi Umno Dipertandingkan

papar berkaitan - pada 27/12/2022 - jumlah : 197 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawani com Astro AWANI LIV...
Umno Lebih Kuat Bersama Ph Dap Kata Nur Jazlan Yang Kalah Pru 15

Umno Lebih Kuat Bersama Ph Dap Kata Nur Jazlan Yang Kalah Pru 15

papar berkaitan - pada 19/12/2022 - jumlah : 360 hits
agendaily com19 12 2022Timbalan Pengerusi Johor Datuk Nur Jazlan Mohamed Kerjasama dengan Pakatan Harapan dan DAP akan dapat memastikan masa depan UMNO lebih terjamin selepas ini kata Datuk Nur Jazlan Mohamed Timbalan Pengerusi UMNO Johor y...
Nazri Mocks Fellow Umno Members Urges Party Election To Proceed As Usual

Nazri Mocks Fellow Umno Members Urges Party Election To Proceed As Usual

papar berkaitan - pada 26/12/2022 - jumlah : 234 hits
FORMER UMNO supreme council member Datuk Seri Nazri Abdul Aziz urged UMNO to hold its elections and allow all party positions to run for all party posts Party polls can be held anytime since the general election had concluded last month add...
Survival Umno Rosot Teruk Jika Presiden Timbalan Tak Dipertanding Kata Penganalisis

Survival Umno Rosot Teruk Jika Presiden Timbalan Tak Dipertanding Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 14/12/2022 - jumlah : 204 hits
freemalaysiatoday com December 14 2022 11 33 AMPenganalisis berpendapat dua jawatan tertinggi wajar dipertandingkan untuk mengelak impak dan kesan serius kepada survival Umno sendiri PETALING JAYA Penganalisis berpandangan survival dan imej...
Pindah Ke Sungai Buloh Kj Tanding Timbalan Presiden Umno

Pindah Ke Sungai Buloh Kj Tanding Timbalan Presiden Umno

papar berkaitan - pada 28/12/2022 - jumlah : 226 hits
Serentak dengan meningkatnya petunjuk akhir akhir ini bahawa Hishammuddin Hussein bakal menawarkan diri bertanding jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti tahun depan Khairy Jamaluddin pula menyusul dengan tindakan menukar keahliannya da...
Jangan Sekat Demokrasi Dalam Umno Ujar Nazri Aziz

Jangan Sekat Demokrasi Dalam Umno Ujar Nazri Aziz

papar berkaitan - pada 25/12/2022 - jumlah : 437 hits
satuberita myBy December 24 2022MANA mana pihak atau individu tidak seharusnya menyekat amalan demokrasi yang telah lama subur dalam UMNO kata Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz Menurut Mohamed Nazri sebag...
Kereta Breakdown Tepi Jalan Waktu Hujan Lebat

Selangor Mb In Firing Line For Seeing Bandar Utama School Murder Tragedy From Racial Lenses

Jenna Ortega S Legs And Feet In Tights 34

Mcmc Warns Against Sharing Content On School Stabbing

Gempa Bumi Lemah Landa Keningau Sabah Pagi Tadi

Prepaid Sah Laku 365 Hari

Court Returns Guan Eng S Passport As Pm Appoints Him Trade Official

Airports Refuse To Show Video Of Kristi Noem Blaming Democrats For Shutdown


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sticker Produk Custom Kunci Branding Murah Tapi Efektif Untuk Usahawan Baru

Belajar Flutter Bagi Pengembang Native

Kelantan Curi Buku Perpustakaan Sorok Dalam Baju

8 Latest Trends Shaping Native App Development Services In 2026

Jasa Konsultan Dan Sertifikasi Dapur Mbg Panduan Lengkap Untuk Dapur Sehat Dan Aman

Detik Awal Sebelum Puting Beliung Mengganas Di Sijangkang Dirakam Penduduk