Survival Umno Rosot Teruk Jika Presiden Timbalan Tak Dipertanding Kata Penganalisis


freemalaysiatoday.com
Nora Mahpar
-December 14, 2022 11:33 AM
Penganalisis berpendapat dua jawatan tertinggi wajar dipertandingkan untuk mengelak impak dan kesan serius kepada ‘survival’ Umno sendiri. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Penganalisis berpandangan “survival” dan imej Umno akan merosot teruk jika dua jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang.

Ariff Aizuddin Azlan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata, ini kerana parti Melayu itu kini berpecah kepada dua kem iaitu satu mahukan Presiden Ahmad Zahid Hamidi berundur selepas kekalahan terburuk mereka dalam PRU15, sementara satu pihak lagi kekal menyokong kepimpinan beliau.

“Sebelum ini akar umbi menyuarakan agar presiden letak jawatan demi untuk memulihkan imej kepartian agar disenangi dan diterima semula oleh orang ramai, dan paling penting membuka ruang dan laluan kepada proses demokrasi.

“Adalah baik jika dua jawatan tertinggi itu dipertandingkan, jika tidak ia akan memberi impak dan kesan serius kepada ‘survival’ Umno itu sendiri,” katanya kepada FMT.

Sebelum ini Ketua Umno Sungai Besar Jamal Yunos mencadangkan satu usul dibawa ke Perhimpunan Agung Umno (PAU) bulan depan, agar jawatan presiden dan timbalan tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang.

Bagaimanapun, Ariff tidak menolak Zahid akan kekal memimpin Umno untuk sepenggal lagi jika jawatan itu dipertandingkan, kerana sukar baginya bergerak sebagai timbalan perdana menteri sekiranya tidak lagi menjadi sebahagian pemimpin tertinggi parti.

“Kemungkinan besar beliau mempertahankan jawatannya sepenggal lagi kerana jika kita lihat dalam konteks hari ini, sekiranya tidak mempertahankan jawatan presiden, agak sukar untuk beliau bergerak dalam konteks kerajaan perpaduan.

“Dalam konteks kerajaan perpaduan walaupun beliau dipilih sebagai TPM, pada waktu sama beliau perlulah dilihat sebagai dominan bukan saja dalam konteks kepartian tetapi dalam Jemaah Menteri itu sendiri,” katanya menambah kemungkinan besar Zahid mengekalkan jawatannya dan status quo kembali seperti sebelumnya.

Beliau berkata, sudah tentu penolakan dari akar umbi terhadap Zahid akan berlaku, namun hanya membabitkan kelompok kecil memandangkan sebahagian besar akar umbi dan pemimpin Umno akur keputusan mengejut PRU15 lalu, manakala keutamaan parti kini adalah menjayakan agenda kerajaan perpaduan.

Sementara itu, Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata agak sukar untuk usul dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan diluluskan memandangkan ia memerlukan suara majoriti akar umbi dari 191 bahagian.

“Bagi saya sukar untuk dapat kelulusan melalui PAU kerana ia memerlukan hampir sebulat suara. Saya tak nampak perkara itu boleh berlaku,” katanya.

PAU 2022 yang dijadual berlangsung pada 21 hingga 24 Dis ini ditangguhkan kepada 10 hingga 13 Jan depan. Bagaimanapun, tiada pemilihan parti diadakan dalam tempoh persidangan itu.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) sebelum ini meluluskan usul pindaan Perlembagaan Umno yang diputuskan parti itu sebelum ini. Kelulusan itu menyaksikan pemilihan Umno di semua peringkat diadakan tidak boleh lebih dari enam bulan selepas pilihan raya umum.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/survival-umno-rosot-teruk-jika-presiden.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Konspirasi Bakal Halang Khairy Tanding Kerusi Presiden Umno

Konspirasi Bakal Halang Khairy Tanding Kerusi Presiden Umno

papar berkaitan - pada 13/12/2022 - jumlah : 182 hits
agendaily com12 12 2022Khairy Jamaluddin menempelak Zahid Hamidi Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau Khairy Jamaluddin yang sebelum ini mendesak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan tidak menolak kemungkinan untuk bertanding jawata...
Umno Terima Apa Saja Usul Untuk Perkukuh Parti Kata Zahid

Umno Terima Apa Saja Usul Untuk Perkukuh Parti Kata Zahid

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 191 hits
UMNO akan menerima nbsp apa sahaja usul untuk dibawa ke Perhimpunan Agung yang akan datang selagi mana ia nbsp dapat memperkukuhkan parti kata nbsp Presidennya Ahmad Zahid Hamidi Beliau yang juga nbsp timbalan perdana menteri nbsp berkata n...
Bersatu Sasar Bunuh Umno Tetapi Tersasar Kata Zahid

Bersatu Sasar Bunuh Umno Tetapi Tersasar Kata Zahid

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 198 hits
freemalaysiatoday com December 11 2022 11 43 PMPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi di majlis Ulang Tahun ke 10 Persatuan Usahawan Wanita Cina Malaysia dan Anugerah Kecemerlangan MCWEA 2022 PETALING JAYA Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menolak...
Kj Tanding Jawatan Presiden Umno Kita Akan Tengok

Kj Tanding Jawatan Presiden Umno Kita Akan Tengok

papar berkaitan - pada 13/12/2022 - jumlah : 160 hits
MalaysiakiniKhairy Jamaluddin tidak menolak kemungkinan akan mencabar Ahmad Zahid Hamidi untuk jawatan presiden Umno Pada PRU ke 15 baru baru ini Zahid meletakkan Khairy bertanding di Sungai Buloh dan seterusnya tewas di kubu kuat Pakatan H...
Jangan Halang Pertandingan Hishammuddin Mesti Berani Lawan Presiden Umno

Jangan Halang Pertandingan Hishammuddin Mesti Berani Lawan Presiden Umno

papar berkaitan - pada 13/12/2022 - jumlah : 176 hits
DIA NI MEMANG SUKA BERSEMBUNYI DIBELAKANG TABIR JENIS PENGECUT TANYA LOKMAN ADAM DAN ZAMIL KENAI LA DIA NI LOKMAN PANGGE DIA PONDAN SIAM SEBAB ADA KES DIMANA PERDEBATAN DI UKM SEKITAR TAHUN 1999 DIMANA BELIAU PENAKUT UNTUK HADIR BERDEBAT KE...
Umno Terus Gali Kubur Sendiri Kata Tun Faisal

Umno Terus Gali Kubur Sendiri Kata Tun Faisal

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 294 hits
Bekas timbalan ketua Umno Putrajaya berkata parti itu tidak belajar daripada kesilapan apabila Barisan Nasional memutuskan untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan selepas PRU15 Umno kini sedang menggali kuburnya sendiri namun kedalaman kub...
Julai Waktu Sesuai Adakan Prn Kata Bekas Timbalan Pengerusi Spr

Julai Waktu Sesuai Adakan Prn Kata Bekas Timbalan Pengerusi Spr

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 141 hits
Wan Ahmad Wan Omar berkata jarak masa yang panjang hingga Julai secara tidak langsung dapat memberikan kelegaan kepada rakyat selepas terbeban dengan ketegangan PRU15 lalu PETALING JAYA Pilihan raya negeri melibatkan enam negeri sesuai diad...
Menteri Timbalan Menteri Umno Akan Sokong Zahid

Menteri Timbalan Menteri Umno Akan Sokong Zahid

papar berkaitan - pada 11/12/2022 - jumlah : 261 hits
bharian com myOleh Disember 10 2022 Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Foto BERNAMAKUALA LUMPUR UMNO yang disenarai sebagai menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan dilihat cenderung menyokong Datuk Seri Dr Ahmad Zahi...
Kalah Teruk But With Ph A 2nd Chance For Umno

Kalah Teruk But With Ph A 2nd Chance For Umno

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 386 hits
A second chance for Umno to be accepted by all Malaysians Let s not mince words Umno got the worst beating in GE15 than its whole recent history Not even 30 seats Kalah Teruk Not only were they rejected by Malaysians they were almost reject...
Former Macc Chief Questions Legality Of Second Seizure Of Ilham Tower

A Complete Guide To Sd Muhammadiyah 1 Tanggul For

Top Ways To Monetize Your Domains

Website Vs Media Sosial Kelebihan Dan Kelemahannya

Hak Pengguna Pertahan Rakyat Terus Sengsara Mati Tanpa Pembelaan Aatv Berita Rakyat 05 06 2025

Sprm Serah Kertas Siasatan Skandal Perlombongan Sabah Kepada Agc

Sekiranya Hadi Awang Berundur Pas Akan Bermasalah

Senarai Pekerjaan Yang Tak Boleh Dan Sukar Diganti Dengan A I Di Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Salam Aidiladha 2025

Misteri Banglo Besar Di Sebelah Kerian Valley Resort Kubang Kerian Masih Wujudkah

Mca Dakwa Kerajaan Akur Desakan Tarik Balik Larangan Penggunaan Lpg Bersubsidi

Perli Isu Duit Rm500 Dalam Bank Akaun Bella Dowanna Amp Riena Diana Dikritik Beria Gila Terpaling Back Up Membe

Kj Tengku Zafrul Kemungkinan Akan Bertanding Di Ampang

Back The Yusoff Rawther Anwar Ibrahim Case Does Two Wrongs Make A Right