Pindah Ke Sungai Buloh Kj Tanding Timbalan Presiden Umno






Serentak dengan meningkatnya petunjuk akhir-akhir ini bahawa Hishammuddin Hussein bakal menawarkan diri bertanding jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti tahun depan, Khairy Jamaluddin pula menyusul dengan tindakan menukar keahliannya daripada UMNO Bahagian Rembau ke Sungai Buloh.


Dengan pertukaran keahlian itu, bermakna Khairy atau KJ turut kehilangan jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau yang disandangnya sekarang.


Ketua UMNO Bahagian Rembau ketika ini ialah Mohamad Hasan yang juga merupakan Timbalan Presiden UMNO serta baru-baru ini dilantik sebagai Menteri Pertahanan.


Pada PRU15 lalu, KJ yang telah menjadi Ahli Parlimen Rembau selama tiga penggal telah tidak diberi kerusi untuk bertanding sehingga beliau terpaksa berusaha sendiri mencari kerusi untuk dirinya dengan mendapat laluan daripada MIC untuk bertanding di Sungai Buloh.


Beliau bagaimanapun tewas di Sungai Buloh kepada calon PH, R Ramanan dengan kekurangan undi sebanyak 2,693.


Kerusi Rembau sebaliknya ditandingi oleh Mohamad Hasan yang lebih awal daripada itu meminta kepada KJ agar memberi laluan kepada bertanding di kerusi itu.


Berikutan telah berpindah ke Sungai Buloh, walaupun KJ memberitahu asasnya ialah untuk menunjukkan beliau tidak lari daripada kawasan itu setelah kekalahannya, perkiraan bekas Menteri Kesihatan tersebut barangkali lebih jauh ke depan daripada itu.


Ia bukan saja menunjukkan kemungkinan KJ bakal mengetuai UMNO Sungai Buloh selepas ini, malah merupakan isyarat kemungkinan beliau bergandingan dengan Hishammuddin dalam pertandingan merebut jawatan tertinggi parti pada awal tahun depan.


Untuk KJ mengambil alih teraju kepimpinan UMNO Sungai Buloh dirasakan tidak berdepan banyak masalah kerana Ketua UMNO Sungai Buloh ketika ini adalah Megat Firdouz Megat Junid iaitu bekas Setiausaha Politiknya.


Secara logiknya, jika KJ tidak ada perancangan untuk bertanding jawatan tertinggi parti, tiada keperluan pun untuk beliau berpindah bahagian ke Sungai Buloh.


Beliau boleh saja terus kekal di Bahagian Rembau yang ketika ini diketuai oleh Mohamad Hasan atau Tok Mat.


Sebelum PRU15 lalu, KJ ada mengeluarkan kenyataan sekiranya Ismail Sabri Yaakob terus kekal sebagai Perdana Menteri, Ahli Parlimen Bera itu hatus diangkat sebagai Presiden UMNO, manakala bagi jawatan Timbalan Presiden, beliau akan berunding dengan Hishammuddin untuk mencapai kesepakatan siapa yang harus menduduki jawatan tersebut.


Oleh kerana Ismail Sabri tidak lagi menjadi Perdana Menteri, tentunya tidak munasabah untuk terus menonjolkan beliau bertanding jawatan Presiden UMNO.


Memandangkan kebelakangan ini Hishammuddin telah memberi isyarat dan memperlihatkan minat yang ketara untuk bertanding jawatan Presiden UMNO menentang Zahid Hamidi, tidak dinafikan gandingan yang paling sesuai bersamanya adalah KJ.


Sebelum ini, Hishammuddin dan KJ pernah bergandingan memimpin Pemuda UMNO sebagai Ketua dan Naib Ketua pergerakan tersebut.


Kiranya gandingan itu menjadi kenyataan sekali lagi, ertinya perpindahan KJ ke Sungai Buloh bukan saja untuk beliau bertanding salah satu jawatan tertinggi dalam pemilihan UMNO tahun depan bergandingan dengan Hishammuddin, malah untuk beliau menentang Tok Mat, bekas bossnya sendiri dalam Bahagian Rembau bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO.


Kalau dalam PRU15 lalu tempat KJ di Parlimen Rembau diambil alih oleh Tok Mat, apakah kali ini giliran KJ pula untuk mengambil alih jawatan Timbalan Presiden UMNO daripada Tok Mat? - ShahbudinHusin 28/12/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/12/pindah-ke-sungai-buloh-kj-tanding.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hishammuddin Bakal Tanding Presiden Umno

Hishammuddin Bakal Tanding Presiden Umno

papar berkaitan - pada 24/12/2022 - jumlah : 111 hits
Melalui hantaran video di media sosialnya bekas Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein menggariskan sedikit sebanyak tentang hala tuju politiknya selepas ini Antara lain beliau berazam mahu mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap pa...
Kalau Lah Zahid Ada Telur Biar Kerusi Presiden Timbalan Dipertandingkan

Kalau Lah Zahid Ada Telur Biar Kerusi Presiden Timbalan Dipertandingkan

papar berkaitan - pada 27/12/2022 - jumlah : 159 hits
Zahid Hamidi begitu gembira apabila Anwar Ibrahim menang undi percaya di Dewan Rakyat Presiden UMNO itu juga menyifatkan kerajaan PH BN yang terbentuk hari ini sebagai satu ketentuan Allah Beliau juga berkata BN dan UMNO mengalami kekalahan...
2 Jawatan Tertinggi Umno Tak Perlu Tanding Cadangan Lapuk Tak Demokratik Kata Nazri

2 Jawatan Tertinggi Umno Tak Perlu Tanding Cadangan Lapuk Tak Demokratik Kata Nazri

papar berkaitan - pada 25/12/2022 - jumlah : 95 hits
freemalaysiatoday com December 25 2022 11 13 AMKetua Umno Bahagian Padang Rengas Nazri Aziz berkata cadangan untuk tidak dipertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden bakal menjadi satu lagi episod hitam selepas prestasi buruk part...
Biarkan Saja Presiden Timbalan Presiden Ditandingi Jangan Jadi Pengecut

Biarkan Saja Presiden Timbalan Presiden Ditandingi Jangan Jadi Pengecut

papar berkaitan - pada 26/12/2022 - jumlah : 109 hits
Zulkiflee BakarBy December 26 2022AHMAD Zahid begitu gembira apabila Anwar Ibrahim menang undi percaya di Dewan Rakyat Presiden UMNO itu juga menyifatkan Kerajaan Perpaduan yang terbentuk hari ini sebagai satu ketentuan Allah Beliau juga be...
Ezam Kini Timbalan Presiden Prm

Ezam Kini Timbalan Presiden Prm

papar berkaitan - pada 14/12/2022 - jumlah : 167 hits
Bekas ahli PKR dan Umno Ezam Mohd Noor dilantik sebagai timbalan presiden Parti Rakyat Malaysia Pelantikan Ezam diputuskan sebulat suara oleh jawatankuasa pusat parti itu pada 11 Dis PRM dalam satu kenyataan berkata parti itu berharap penga...
Kalau Hishammudin Dilabel Pengecut Cuba Halang Jawatan Presiden Umno Ditandingi Juga Jadikan Zahid Hamidi Sama Pengecut

Kalau Hishammudin Dilabel Pengecut Cuba Halang Jawatan Presiden Umno Ditandingi Juga Jadikan Zahid Hamidi Sama Pengecut

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 102 hits
Berdasarkan rekod sejarah Zahid Hamidi adalah pemimpin yang berani dan tidak pernah kalah apabila bertanding dalam UMNO di peringkat pusat Beliau berani bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO pada 1996 walaupun lawannya ketika itu ada yang be...
New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Chinese Freight Train Pops Another Surprise 6th Generation Jet


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Jom Asah Minda Dan Cabar Logik Ini 50 Teka Teki Paling Susah

Sadis Sanggup Abang Kandung Bunuh Adik Sendiri Berumur 3 Tahun

Selesai Majlis Tahlil Untuk Arwah Mak Pah

Menginap Satu Malam Di Muar Traders Hotel

Saya Larikan Diri Lee Minho Dedah Pernah Terima Tawaran Jadi Idola Di Sm Entertainment