14 Punca Rambut Gugur Dan 6 Cara Merawat Keguguran Rambut


hi , kita wanita memang risau kalau rambut asyik gugur dalam jumlah yang banyak. 
Entry kali ini berkaitan dengan masalah keguguran rambut, dan panduan , petua dan jenis-jenis keguguran rambut, serta fasa pertumbuhan rambut. Ketahui dengan lebih lanjut mengenai isu berkaitan keguguran rambut.
Rambut terhasil dalam folikel rambut di lapisan luar kulit dan terdiri daripada protein yang dikenali sebagai keratin. 
Apabila folikel menghasilkan sel rambut baru, sel-sel lama ditarik keluar ke permukaan kulit, dan pada kadar setahun, kira-kira 6 inci panjang folikel akan ditarik keluar

Punca dan cara merawat keguguran rambut
Rambut kita sebenarnya merupakan rantaian sel keratin yang mati. Menurut apa yang Mrs Pip baca, kepala dewasa purata mempunyai kira-kira 100,000 hingga 150,000 rambut dan rambut boleh gugur sehingga 100 helai sehari dari permukaan kulit

Fasa pertumbuhan rambut
Daya kitaran hidup folikel berbeza-beza dan dipengaruhi oleh umur, penyakit, genetik, dan faktor-faktor lain. Kitaran hidup folikel terbagi kepada tiga fasa yang dikenali sebagai:-
✔ Fasa Anagen - pertumbuhan rambut pada fasa anagen sangat aktif, ianya berlangsung di antara dua sehingga enam tahun

✔ Fasa Catagen - ini merupakan fasa pertumbuhan rambut peralihan berlangsung dua sehingga tiga minggu

✔ Fasa Telogen - Ini adalah fasa rehat bagi rambut, fasa Telogen berlangsung selama dua sehingga tiga bulan. Pada akhir fasa Telogen, rambut digugurkan dan rambut baru diganti dan kitaran yang lain bermula

Dan untuk pengetahuan semua, dalam definisi perubatan, penipisan rambut disebut sebagai Alopecia, dan alopecia ini boleh menjadi sementara (rambut gugur lebat dan kembali tumbuh semula) atau kekal selamanya.(rambut tidak lagi tumbuh buat selamanya)

Masalah alopecia berlaku tanpa mengenal jantina, tetapi orang lelaki lebih cenderung berdepan dengan masalah alopecia.
Jenis-jenis keguguram rambutJenis-jenis Keguguran Rambut
1. Alopecia Involutional - Keadaan rambut yang secara beransur-ansur menipis dengan usia, dan ianya merupakan keadaan semulajadi. Pada waktu ini, lebih banyak folikel rambut memasuki fasa rehat, dan rambut yang tinggal semakin pendek dan lebih sedikit

2. Alopecia Androgenik - Merupakan kebotakan yang biasanya berlaku secara beransur-ansur. Untuk lelaki, alopecia androgenik bermula seawal remaja atau sekitar umur awal 20-an. Manakala untuk wanita, penipisan yang ketara terlihat saat usia menjangkau umur 40-an. Alopecia androgenik adalah disebabkan oleh genetik

3. Alopecia Areata - Ini.adalah jenis keguguran rambut yang terjadi secara tiba-tiba, boleh berlaku dikalangan kanak-kanak dan orang dewasa muda. Keguguran rambut jenia alopecia areata in mengakibatkan kebotakan lengkap Namun peratusan besar, 90% orang yang mengalami keguguran rambut jenis ini dikatakan mempunyai peluang untuk rambut tumbuh semula selepas beberapa tahun

4. Alopecia universalis - Ini adalah jenis keguguran rambut yang gugur pada semua tempat du tubuh termasuk kening, bulu mata, dan rambut pada kawasan sulit

5. Trichotillomania - Ini adalah berkaitan dengan masalah gangguan psikologi di mana pesakit menarik rambut sendiri. Jadi sekiranya sesiapa yang mempunyai tabiat menarik rambut sendiri, silalah bawa berjumpa doktor untuk memastikan seseorang itu boleh dirawat dengan cara yang betul

6. Telogen Effluvium - Ini ialah masalah penipisan rambut sementara pada kulit kepala yang berlaku disebabkan perubahan pada kitaran pertumbuhan rambut. Untuk kes ini, sebilangan rambut sedang memasuki fasa rehat pada masa yang sama, lalu menyebabkan rambut gugur dan menipis

7. Alopecia Parut - Rambut akan hilang secara kekal kerana kulit mengalami keradangan seperti selulitis, folikulitis, jerawat , dan gangguan kulit yang lain menyebabkan keupayaan rambut untuk tumbuh semula terbantut


Punca-punca Keguguran Rambut14 Punca Rambut Gugur1. Tekanan fizikal - Antara penyumbang rambut gugur yang disebabkan oleh tekanan fizikal ialah bila anda STRESS. 
Stress menganggu kitaran rambut menyebabkan rambut gugur dengan lebat. Kerosakn pada rambut biasanya kelihatan agak ketara tiga hingga enam bulan selepas trauma

Selain itu, trauma fizikal seperti pembedahan, kemalangan jalan raya, penyakit yang teruk, malah selesema juga boleh menyebabkan keguguran rambut sementara yang dipanggil telogen effluvium

2. Kehamilan - Kehamilan merupakan salah satu jenis tekanan fizikal, dan biasanya keguguran rambut terjadi selepas beberapa bulan bersalin, namun ada juga yang mengalami keguguran rambut ketika mengandung

3. Terlalu banyak vitamin A - Pengambilan vitamin yang berlebihan juga boleh memberikan kesan kesihatan kepada tubuh badan. 
Nilai harian vitamin A adalalah 5,000 IU sehari bagi dewasa dan kanak-kanak berumur 4 tahun. Jadi adalah penting untuk memastikan pengambilan vitamin mengikut apa yang disyorkan oleh pengamal perubatan bertauliah

4. Kekurangan protein - Kekurangan protein pada diet yang di ambil akan menyebabkan tubuh mengambil protein dengan cara mematikan pertumbuhan rambut. 
Perkara ini boleh berlaku dua hingga tiga bulan selepas penurunan dalam pengambilan protein

5. Kemoterapi - Ubat yang digunakan dalam rawatan kanser iaitu secara kemoterapi bokeh menyebabkan keguguran rambut

6. Sindrom ovarium polikistik (PCOS) - PCOS merupakan ketidakseimbangan hormin wanita. Masalah lebihan androgen (hormon lelaki) menyebabkan siata ovarium, peningkatan berat badan, tinggi risiko kencing manis, perubahan dalam kitar haid, ketidasuburan, penipisan rambut. 
Dan kerana hormon lelaki berlebihan dalam tubuh wanita yang mengalam PCOS, kemungkinan wanita tersebut boleh mengalami lebih rambut di muka dan badan

7. Ubat-ubatan - Terdapat sesetengah kelas ubat-ubatan boleh memberi kesan kepada keguguran rambut. Di antara ubat-ubatan yang mungkin memberi kesan terhadap keguguran rambut ialah ubat cair darah tertentu, ubat tekanan darah yang dikenali sebagai beta-blockers, ubat merawat masalah reumatik dan kulit seperti methotrexate, litium untuk merawat masalah gangguan bipolar, NSAIDs, ibuprofen dan antidepresan

8. Penuaan - Keguguran rambut atau penipisan rambut pada wanita berumur yang memasuki usia 50-an atau 60-an. Walaupun punca utama mungkin tidak diketahui, namun ianya biasa terjadi pada wanita yang berada pada lingkungan umur tersebut

9. Tekanan emosi - Apabila seseorang yang sudahpun mengalami masalah keguguran rambut dan kebetulan terpaksa berdepan atau melalui masalah yang menyebabkan tekanan emosi seperti perceraian atau kematian, mungkin hal ini akan memburukkan lagi masalah keguguran rambut yanh sedia ada

10. Anemia - Anemia disebabkan kekurangan zat besi di dalam tubuh dan hampir 1 kepada 10 wanita berumur 20 hingga 49 tahun mengalami masalah anemia. 
Kekurangan zat besi di dalam badan menyumbang kepada keguguran rambut kerana tubuh tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi, yang memberikan oksigen dan nutrien untuk memperbaiki sel-sel yang lain, termasuk yang menjaga rambut dan membantunya tumbuh dengan sihat

11. Kehilangan berat badan dramatik - Kehilangan berat badan secara tiba-tiba adalah satu bentuk trauma fizikal yang boleh menyebabkan rambut menipis

12. Penggayaan rambut yang berlebihan (Overstyling) - Gaya rambut dan rawatan rambut yang keterlaluan dan dilakukan selama bertahun-tahun menyebabkan anda berisiko mengalami keguguran rambut akibat penggunaan bahan kimia yang berpanjangan. 
Antara contoh gaya rambut yang yang boleh menyebabkan keguguran rambut seperti braids yang terlalu ketat, hair rebonding, weaves rambut, etc
13. Hormon - Kekurangam hormon testosteron bagi lelaki boleh menyebabkan masalah keguguran rambut. Jadi lelaki juga harus memastikan hormon testosteron berada pada tahap yang baik

14. Kulit kepala tidak sihat - Kulit kepala yang kotor, tidak dijaga elok, tidak sihat akan menyebabkan kulit kepala boleh dijangkiti kuman dan bakteria. Jadi, pastikan kulit kepala dibersihkan. 
Contohnya sekiranya anda memakai topi atau tudung terlalu lama, jangan lupa mencuci rambut dan dikeringkan sepenuhnya. 
Jangan malas mencuci rambut, kerana selain menyebabkan rambut berbau, ianya juga boleh menyebabkan rambut gugur akibat rambut menjadi lembap dan berminyak. 
Peluh pada kulit kepala akan diserap oleh folikel rambut yang menyebabkan rambut lembap dan akhirnya menyebabkan keguguran rambut

Selain itu, sekiranya anda mempunyai masalah alergik kulit kepala, rawat dengan syampu dan ubat khas mengikut saranan doktor atau pharmacist anda


Petua atasi keguguran rambutPetua Atasi Keguguran Rambut
Ramai yang berkongsi petua dan cara mengatasi rambut gugur, rambut nipis, rambut berkelemumur, rambut berbau dan juga petua mengatasi masalah-masalah rambut lain selain yang dinyatakan di atas seperti rambut bercabang, rambut kering, rambut kusam, dan lain-lain

Berikut antara petua dan cara mengatasi masalah rambut :-
1. Pastikan anda mengambil pemakanan yang seimbang, dan kaya zat besi
2. Jangan terlalu kerap menggayakan rambut secara berlebihan (overstyling) seperti mengikat dengan ketat, seperti braids atau ekor kuda

3. Janganlah terlalu suka memusing-musingkan rambut, menggosok atau menarik rambut secara paksa

4. Biasakan diri menggunakan topi / pelindung rambut seperti tudung atau pelindung matahari baik lelaki mahupun wanita untuk mengelakkan risiko selaran matahari (sun rays) , kanser kulit pada kulit kepala, dan kerosakan rambut

5. Ketika mencuci rambut, urut lembut kulit kepala dan rambut anda. Keringkan rambut dan sikat menggunakan sikat yang bergigi jarang

6. Jangan kerap menggunakan hair hot roll, hair straightener, atau minyak panas yang mungkin boleh mengakibatkan rambut rosak dan rambut gugur


Cara merawat keguguran rambut6 Cara Merawat Keguguran RambutAntara pilihan cara merawat rambut gugur (bukan diakibatkan oleh masalah hormon, genetik, perubatan) ialah:-
1. Garam - letak sedikit garam bersama syampu yang biasa anda gunakan, gaul rata syampu berkenaan, dan cucilah rambut seperti biasa

2. Aloe vera - tambah sedikit aloe vera ke dalam syampu, campurkan sebati dan bersyampulah seperti biasa. 
Aloe vera mempunyai banyak manfaat lain, boleh baca entry terdahulu 
>>> Review Aloe Vera Gel <<< >>> Merawat kesan melecur menggunakan Aloe Vera Gel <<<
3. Menggunakan syampu anti-hairfall yang mampu merawat rambut gugur, rambut nipis, rambut berkelemumur dan rambut atau kulit kepala berbau
👉 Semakin hari rambut semakin nipis
👉 Rambut banyak yang gugur
👉 Makin shampoo makin banyak kelemumur
👉 Kulit kepala gatal2
👉 Rambut berbau busuk/hapak

Ada banyak pilihan syampu di pasaran yang boleh anda pilih, antaranya Loreal Paris Anti Hair Fall 3X dalam-1 merawat rambut gugur, rambut nipis rambut berkelemumur dan rambut atau kulit kepala berbau

4. Penggunaan kombinasi phototherapy laser dengan menggunakan tahap cahaya yang rendah untuk meningkatkan pertumbuhan rambut pada kulit kepala

5. Merawat rambut menggunakan khidmat professsional apabila masalah rambut tidak mampu diatasi melalui penggunaan syampu anti-hairfall atau syampu berubat yang lain

Semoga dengan perkongsian ini, sedikit sebanyak memberikan anda maklumat tentang permasalaham rambut, petua menjaga rambut, dan cara merawat rambut gugur

Pastikan anda memberi perhatian bagi masalah seperti rambut gugur, rambut nipis rambut berkelemumur dan rambut atau kulit kepala berbau. 
Ingat, rambut adalah mahkota anda, baik lelaki dan wanita, jadi jaga rambut anda sebaik-baiknya

cheers


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mrspip.com/2019/10/cara-merawat-keguguran-rambut.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/eyYzxh+(MrsPipDotCom)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berhati Hati Ya Ibu 9 Keadaan Ini Punca Keguguran Lazim Berlaku Pada Trimester Kedua

Berhati Hati Ya Ibu 9 Keadaan Ini Punca Keguguran Lazim Berlaku Pada Trimester Kedua

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 259 hits
Kita selalu mendengar mengenai keguguran pada awal kehamilan Tetapi sebenarnya ibu hamil turut berdepan risiko keguguran pada trimester ke 2 Jom ketahui punca keguguran yang boleh terjadi Memasuki trimester ke 2 Keguguran pada trimester ked...
9 Cara Mengawetkan Makanan Untuk Cegah Pembusukan Sebelum Masuk Kulkas

9 Cara Mengawetkan Makanan Untuk Cegah Pembusukan Sebelum Masuk Kulkas

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 313 hits
Sayur buah daging jamur keju apa pun yang kamu belanjakan di warung itu bakal awet sampai semingguan
Cara Mengubah Kode Html Template Blogger Sekaligus

Cara Mengubah Kode Html Template Blogger Sekaligus

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 294 hits
Blogging bukan sekadar membuat postingan atau tulisan Selain membuat konten kadang bahkan sering blogger juga harus mengubah atau mengedit tampilan desain Misalnya mengubah jenis huruf ukuran font warna dan sebagainya Mengubah tampilan atau...
Cara Membuat Daftar Isi Di Postingan Blog Table Of Content Untuk Blogger

Cara Membuat Daftar Isi Di Postingan Blog Table Of Content Untuk Blogger

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 348 hits
Daftar Isi adalah fitur dalam postingan atau artikel berisi subjudul tulisan Berikut ini Cara Membuat Daftar Isi Otomatis dalam Postingan Blog TOC ini mendukung SEO blog Di blog selfhosted WordPress daftar isi dalam postingan sangat mudah d...
Abdul Hadi Perlu Perbetulkan Cara Berenang

Abdul Hadi Perlu Perbetulkan Cara Berenang

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 300 hits
ULASANHadi Ideanya tidak relevan BUKANLAH maksud saya hendak mengajar itik pandai berenang tetapi niat mahu menunjukkan itik supaya berenang secara betul dan munasabah bertujuan memberi makna yang lebih bererti lagi sesuai dengan fitrah keh...
Pentingnya Pivot Startup Dan Cara Memulainya

Pentingnya Pivot Startup Dan Cara Memulainya

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 396 hits
Istilah pivot memang sudah tidak asing lagi bagi sebagian orang Istilah ini umum dipakai di cabang olahraga bola basket yang berarti perubahan arah yang dilakukan pada pijakan yang tetap dan di salah satu kaki Akan tetapi istilah ini memili...
Cara Menjaga Kadar Asam Urat Agar Tetap Normal

Cara Menjaga Kadar Asam Urat Agar Tetap Normal

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 314 hits
Asam urat merupakan salah satu penyakit yang menyerang bagian persendian sehingga menimbulkan rasa nyeri kemerahan hingga bengka Kemunculan penyakit ini disebabkan oleh naiknya kadar asam urat dalam tubuh sehingga mengganggu persendian Lant...
Tanaman Cincau Hitam Dari Kebun Tepi Rumah Dan Cara Buat Cincau Sendiri Yang Bersih Serta Halal

Tanaman Cincau Hitam Dari Kebun Tepi Rumah Dan Cara Buat Cincau Sendiri Yang Bersih Serta Halal

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 828 hits
Cincau hitam sedap di masukkan dalam air sirap air bandung dan berbagai minuman sedap Ramai yang tak tahu cincau hitam sebenarnya di proses dari sejenis pokok herba Pokok cincau hitam adalah pokok herba menjalar yang kecil seakan akan pokok...
Hiburan Jaga Bahasa Hafeez Mikail Tegur Cara Naim Daniel Beri Teguran Pada Ejen Insurans

Hiburan Jaga Bahasa Hafeez Mikail Tegur Cara Naim Daniel Beri Teguran Pada Ejen Insurans

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 265 hits
Pelakon Hafeez Mikail tampil menegur cara penyanyi Naim Daniel yang baginya agak keterlaluan dan kasar dalam memberi nasihat dan teguran ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementKata Hafeez Naim perlu lebih berhati hati dalam memberi pandangan dalam ...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever