Abdul Hadi Perlu Perbetulkan Cara Berenang


ULASAN

Hadi: Ideanya tidak relevan?BUKANLAH maksud saya hendak mengajar itik pandai berenang, tetapi niat mahu menunjukkan itik supaya berenang secara betul dan munasabah bertujuan memberi makna yang lebih bererti lagi sesuai dengan fitrah kehidupan

Presiden Pas, Abdul Hadi Awang telah menulis dalam ruangan Catatan Minda dalam medsosnya, mengajak tiga buah buah parti; Pas, Umno dan PBBM menjadi pelopor perubahan ke atas negara ini. Alasan beliau kenapa menamakan hanya tiga buah parti itu sahaja, kerana parti itu merupakan parti Melayu-Islam dan Bumiputera

Seperti sering saya ungkapkan, gerakan ke arah penyatuan demi menguatkan bangsa dan mendaulatkan agama sangat dialu-alukan. Ia menjadi cita-cita bersama sejak lama dulu lagi. Tidak ada mana-mana warga yang cintakan perdamaian, menolak gagasan itu. Sebab itulah saya sangat teruja dan kagum dengan cara Allahyarham Mohd Asri Muda bersiasah. Asri tidak taksub, tidak kolot dan senantiasa insaf dengan keadaan semasa. Politiknya sungguh dinamik dan realis.

Tetapi apa yang membuatkan saya sedikit merasakan pelawaan dan hasrat Abdul Hadi itu sedikit cacat apabila beliau hanya menyebut tiga buah parti itu sahaja tanpa menyebut dan mengambil kira sama parti-parti lain. Malahan parti lain dipersepsikan sebagai tidak yakin dengan Islam dan dipandang dengan penuh pesimis. Dianggap parti yang negatif dengan idealimse Islam dan bangsa. Tanggapan ini bagi saya sesuatu yang tidak baik dalam negara majmuk bersistem demokrasi seperti Malaysia. 

Pendirian seperti ini tidak akan mencapai hasrat perpaduan dan keharmonian penuh seperti yang kita harapkan. Dan sikap dan pengabaian itu juga seolah-olah Abdul Hadi tidak iktiraf kewujudan parti-parti lain yang juga berjuang ke arah itu dengan mekanismenya tersendiri. Beliau seolah-olah jahil dengan matlamat penubuhan parti-parti itu dan angkuh dengan parti sendiri. Seolah-olah tidak hafal membaca perlembagaan negara dan memahaminya. 

Apakah parti lain tidak berjiwa Melayu dan Islam? Parti Keadilan, Parti Amanah Negara (Amanah), Warisan, mereka terlalu sangat jauh dengan Islam dan daripada menjaga dan bertanggungjawab ke atas kepentingan Melayu?

Apakah mereka jahil mengenai tanggungjawab mereka kepada masa depan negara dan kepentingan agama. Apakah agama yang mereka amalkan batal? Seperti itulah agaknya yang ada dalam mata dan tersandar di minda Abdul Hadi.

Bahkan kalau diikutkan kepada semangat kenegaraan, DAP juga perlu diajak sama demi perpaduan. DAP juga ada tanggungjawab dan peranan untuk mengharmonikan dan membangun negara dengan semangatnya. Jika idealisme sosialis DAP ada yang bercanggah dengan semangat syumul Islam, ia boleh ditegur dan diperelokan dengan penuh hikmah sesuai Pas sebagai parti dakwah. Arwah Nik Abdul Aziz pernah menjelaskan kenapa Pas perlu berkawan dengan Cina kerana ingin memberi kefahaman Islam kepada mereka.

Pencetus idea.
Seharus apa yang perlu dilakukan Pas dalam suasana negara hari ini, yang diancam pandemik, berdepan dengan masalah ekonomi yang sukar diramal, ketidak stabilan politik, mengajak semua parti bersatu fikiran. Pas sebagai parti berdasarkan agama seharusnya mengambil inisiatif bagi menyatukan pemikiran semua parti politik demi negara. Pas patut jadi parti pencetus idea penyatuan keseluruhan. Parti mana lagi diharap memainkan peranan itu kalau bukan Pas?

Kenapa Abdul Hadi tidak mengambil kesempatan ini untuk mengatur dan membentang satu naratif politik baru Malaysia menuruti neraca fikir Pas yang berprinsipkan Islam. Dengan menghadkan cadangan kepada tiga buah parti sahaja untuk menjadi pelopor perubahan, jelas pemikiran beliau masih berada dalam kotak lama yang dibelenggu oleh tempurung bulu kebencian menebal yang tidak membawa banyak faedah.

Sikap dan cara berfikir demikian sudah tidak relevan lagi pada masa ini.

Ramai yang menunggu peranan Pas ini. Parti itu membentangkan satu formula atau petua bagaimana untuk parti-parti politik duduk semeja bagi menghadapi masalah negara. Pas seharusnya muncul sebagai parti penyelamat keadaan bukannya terus membelahkan suasana dengan menyuburkan isu perkauman dan kebencian serta memperalatkan agama sedemikian rupa. Pas kena menjadi Pas pemanggil ke arah kebaikan bukan pembelah kepuakan. Pas sewajarnya menggunakan agama untuk kepentingan universal bukan kepentingan peribadi yang sedikit.

Sayanglah, kalau Pas tidak nampak keperluan dan kepentingannya dengan keadaan yang ada hari ini. Masa masih ada untuk Pas memperbetulkan langkah yang sumbang dan songsang yang dilontarkan Abdul Hadi itu. Pemimpin lain dalam Pas (yang saya kira menyedari hal ini) boleh melakukan sesuatu. Pas perlu memperbetulkan cara berenang presiden mereka yang cacat itu. Perlu ada pemimpin yang berani dalam Pas untuk meralat perkara ini. Menegur bukan bermakna menentang tetapi membawa hikmah sayang.

Untuk mencapai itu buangkan rasa hormat melulu dan "malu alah" tidak bertempat anda kepada presiden kerana jelas dan nyata setengah tindakan, idea dan pemikirannya tidak lagi melambangkan pemikiran daripada sebuah gerakan sosial politik Islam seperti Pas. Cara berenangnya salah dan lapok.

Dan percayalah kalau tidak ada yang berani menyanggah dan melintangnya, selama itulah presiden itu merasakan beliaulah sahaja yang betul. Tidak sedemikian bukan memberi kebaikan kepadanya, bahkan terus menjadikan beliau sangat Joker ditertawakan dunia. Elakkan presiden Pas terus digelak oleh dunia dan membiarkan dia dalam zone syok dan hebat sendiri apa lagi saat beliau kini sudah berada di penghujung. [wm.kl. 11:34 am 11/08/2021].



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2021/08/abdul-hadi-perlu-perbetulkan-cara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Abdul Hadi Tetap Komited Akan Terus Bersama Dengan Muhyidin Kukuhkan Pulihkan Negara

Abdul Hadi Tetap Komited Akan Terus Bersama Dengan Muhyidin Kukuhkan Pulihkan Negara

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 217 hits
SHAH ALAM Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang komited untuk terus bersama dengan Perdana Menteri sementara Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memperkukuhkan perpaduan dan memulihkan negara Sebentar tadi saya telah menghubungi Muhyiddin menz...
Muhyiddin Jumpa Abdul Hadi Nak Jumpa Di Parlimen Sehari Habuk Tak Jumpa Keh Keh

Muhyiddin Jumpa Abdul Hadi Nak Jumpa Di Parlimen Sehari Habuk Tak Jumpa Keh Keh

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 189 hits
Terpaksa la bos turun ke Marang nak jumpa lebai sekor tu Nak jumpa dengan dia kat parlimen sehari habuk dia tak datang Panggil semua MP ke rumah bos dia tak datang juga Baru hang kenal dia Yidin Dia hanya akan jumpa dan melutut dengan hang ...
Cara Nak Semak Nombor Pinjaman Ptptn Untuk Mohon Penangguhan Khas Bayaran

Cara Nak Semak Nombor Pinjaman Ptptn Untuk Mohon Penangguhan Khas Bayaran

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 275 hits
Cara nak semak No Pinjaman untuk mohon Penangguhan Khas Bayaran Pinjaman PTPTN TERKINI1 Semak penyata pinjaman dengan login masuk di link di bawah 2 Jika tidak ingat password message kami untuk reset semula dan kemaskini email baru klik lup...
Cara Buat Sambal Belacan Sambal Hitam Sambal Ayam Penyet Sambal Jantan Air Asam Power

Cara Buat Sambal Belacan Sambal Hitam Sambal Ayam Penyet Sambal Jantan Air Asam Power

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 400 hits
Resipi 5 Sambal Nasi Bertambah Boleh buat dan simpan dalam peti sejuk untuk stokResipi di setiap gambar 1 Sambal Belacan Menyengat2 Sambal Kicap Mabeless3 Sambal Ayam Penyet Mengosek4 Air Asam Ketagih5 Sambal Jantan Power1 RESEPI SAMBAL AYA...
5 Cara Seru Nonton Film Romantis Di Akhir Pekan

5 Cara Seru Nonton Film Romantis Di Akhir Pekan

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 280 hits
Tontonan film romantis pasti akan sangat menyenangkan untuk dinikmati di akhir pekan Ada banyak sekali rekomendasi film bergenre romantis yang bisa Anda tonton Film romantis Indonesia juga banyak yang berkualitas mulai dari Habibie Ainun Ay...
Aku Tegvr Anak Pun Macam Singa Video Netizen Puji Cara Hanis Zalikha Didik Anak Sangat Lemah Lembut

Aku Tegvr Anak Pun Macam Singa Video Netizen Puji Cara Hanis Zalikha Didik Anak Sangat Lemah Lembut

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 459 hits
Setiap orang cara didikan anak berbeza beza Ada yang gar4ng ada yang lembut Tapi kebanyakan parents dekat Malaysia gar4ng macam singa Balik lewat pun kena memb3bel Betul tak Sebab min pun selalu kena mar4h sebab balik lepas maghrib hehe Sem...
Cara Mengatasi Scratch Disk Error Di Adobe Premiere

Cara Mengatasi Scratch Disk Error Di Adobe Premiere

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 869 hits
Pada saat ingin membuat video di Adobe Premiere saya mengalami scrath disk error di CC 2019 versi yang saya gunakan saat itu Dimana pesan error tersebut membuat saya tidak bisa membuat project baru dan selalu dikembalikan ke halaman depan A...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever