Berhati Hati Ya Ibu 9 Keadaan Ini Punca Keguguran Lazim Berlaku Pada Trimester Kedua


Kita selalu mendengar mengenai keguguran pada awal kehamilan. Tetapi sebenarnya ibu hamil turut berdepan risiko keguguran pada trimester ke-2. Jom ketahui punca keguguran yang boleh terjadi.

Memasuki trimester ke-2
Keguguran pada trimester kedua adalah kehilangan janin dalam kandungan yang berlaku secara khusus antara minggu ke-13 hingga ke-24 kehamilan.

Umumnya, purata kehilangan kandungan pada tempoh ini adalah kurang daripada 1%. Selepas tempoh 24 minggu, keguguran yang berlaku akan diklasifikasikan sebagai kelahiran mati (stillbirth) atau kematian bayi (neonatal death).
Tidak kira bila kehilangan kandungan terjadi, setiap ibu yang mengandung wajar untuk mengetahui punca keguguran tersebut. Penyebab gugurnya kandungan pada trimester ke-2 adalah berbeza-beza. Tetapi dalam kebanyakan kes, kehilangan tersebut bukan disebabkan oleh faktor tindakan individu lain.
Ada kalanya, keguguran yang berlaku tidak dapat dijelaskan puncanya.
Punca keguguran trimester ke-2
Berikut antara keadaan kesihatan yang boleh menjadi faktor yang menyebabkan keguguran dialami ibu, antaranya:
1. Keabnormalan kromosom
Keadaan kecacatan kromosom seperti trisomi, adalah penyebab utama kehilangan kandungan. Ujian pranatal yang dilakukan mungkin membuatkan anda menyedari mengenai perkara ini, namun dalam sesetengah kes ia tidak dapat dikesan.
2. Jangkitan menjadi penyebab keguguran trimester ke-2
Jangkitan rahim adalah satu lagi punca keguguran. Sebarang jangkitan pada rahim yang tidak dirawat atau teruk boleh menyebabkan kehilangan kandungan secara spontan, termasuklah:
Vaginosis bakteria Klamidia Gonorrhea Trichomoniasis Vaginitis virus 3. Keadaan kronik tidak terkawal
Ibu mengandung dengan masalah kesihatan kronik juga boleh meningkatkan risiko keguguran. Dalam kebanyakan kes, risikonya semakin meningkat jika penyakit ini tidak dapat dikawal dengan pengambilan ubat-ubatan atau perubahan gaya hidup.
Sesetengah keadaan kesihatan kronik boleh membawa risiko kehilangan kandungan bergantung kepada tahap keparahannya.
Contohnya seperti:
Penyakit autoimun seperti scleroderma dan sindrom antibodi antifosfolipid Diabetes Hipertensi (tekanan darah tinggi) Sindrom ovari polisistik (PCOS) Penyakit tiroid Risikonya boleh jadi lebih tinggi pada wanita yang mempunyai tabiat merokok, masalah obes atau mengalami masalah hormon.
4. Kecacatan kongenital
Kecacatan kelahiran kongenital sering diwarisi tetapi ia juga boleh disebabkan oleh jangkitan semasa kehamilan. Keadaan lain yang boleh mengakibatkan kecacatan ini adalah pendedahan ibu hamil terhadap ubat teratogenik (penyebab kecacatan), bahan kimia atau toksin.
Kecacatan kelahiran seperti kecacatan jantung atau otak pada bayi dalam kandungan yang sedang membesar menjadikan kehamilan anda tidak dapat dilahirkan.
5. Keguguran trimester ke-2 disebabkan masalah plasenta
Salah satu masalah melibatkan plasenta ini disebut sebagai gangguan plasenta. Dalam keadaan normal, plasenta akan melekat pada dinding rahim dan berperanan untuk membekalkan nutrien kepada bayi melalui tali pusat.
Jika berlaku gangguan seperti plasenta tertanggal daripada dinding rahim sebelum tiba masa bersalin, ia menghalang proses tumbesaran apabila bayi tidak mendapat nutrien dan oksigen yang diperlukan. Antara gejala gangguan plasenta termasuklah pendarahan faraj, sakit perut, kontraksi rahim, kekejangan dan sakit belakang pada 12 minggu terakhir kehamilan.
6. Rahim lemah
Turut dikenali sebagai ketidakseimbangan rahim, iaitu keadaan di mana rahim lemah. Ia akan mula melebar dan terbuka sekali gus menjadikannya antara punca keguguran berlaku.
Sesetengah wanita menghadapi keadaan ini setelah proses kelahiran yang mencabar atau pernah menjalani prosedur berkaitan serviks seperti loop electrosurgical excision procedure (LEEP) atau laser ablation.
Ada juga wanita yang mengalaminya kerana kecacatan rahim kongenital. Antara simptom bagi keadaan ini termasuklah sakit belakang, pendarahan faraj, kekejangan perut, tekanan pelvis dan keputihan.
Namun, terdapat juga ibu hamil dengan rahim lemah langsung tidak mengalami sebarang gejala.
7. Trombofilia ketika mengandung
Antara punca kehilangan kehamilan pada trimester ke-2 adalah trombofilia. Ia adalah peningkatan risiko pembentukan darah beku dalam saluran darah seperti urat dan arteri.
Keadaan ini mungkin berpunca daripada masalah kelainan genetik atau sistem imun seperti lupus. Ia boleh mengakibatkan masalah berkaitan plasenta dan tali pusat. Antara simptom yang boleh dialami adalah rasa sakit, bengkak pada kaki – biasanya di betis, kulit kemerahan – terutamanya pada bahagian belakang kaki di bawah lutut.
8. Trauma perut
Sebarang trauma seperti kemalangan kenderaan, jatuh atau dipukul pada perut boleh mencederakan anda dan bayi yang sedang membesar. Situasi tersebut secara tidak langsung mendatangkan potensi keguguran.
Elakkan aktiviti fizikal berimpak tinggi yang boleh menyebabkan anda hilang keseimbangan diri. Jika mempunyai anak lain, sekiranya boleh cuba kurangkan kelakuan lasak mereka apabila bersama anda.
9. Punca keguguran trimester ke-2 tidak diketahui
Ada kalanya kehilangan kandungan boleh berlaku tanpa sebab yang jelas. Malah tidak kira berapa banyak doktor menyiasat, tiada punca yang dapat dikenal pasti. Mungkin sukar untuk dipercayai, namun keadaan ini terjadi lebih kerap daripada yang disangka.
Pemeriksaan doktor
Sekiranya anda pernah mengalami keguguran kandungan pada trimester kedua dan kembali hamil, sebaiknya lakukan pemeriksaan doktor pada tempoh awal kehamilan. Ia bertujuan untuk mengetahui sama ada perlu melakukan pemantauan tambahan atau tidak.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini.Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
 
The post Berhati-hati Ya Ibu, 9 Keadaan Ini Punca Keguguran Lazim Berlaku Pada Trimester Kedua appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/berhati-hati-ya-ibu-9-keadaan-ini-punca-keguguran-lazim-berlaku-pada-trimester-kedua/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Meninggal Keguguran Kakak Jadi Tempat Adik Adik Menumpang Kasih Bermanja

Ibu Meninggal Keguguran Kakak Jadi Tempat Adik Adik Menumpang Kasih Bermanja

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 312 hits
Di saat anak anak orang lain sedang bermain dan bergembira menikmati makanan yang sedap sedap masih ada keluarga yang diuji dengan kesusahan Hidup dalam serba kekurangan bukanlah penghalang untuk merasai kebahagiaan Seperti kisah keluarga i...
Bagi Anak Selang Susu Ibu Susu Susu Formula Punca Anak Sembelit Ini Penjelasanya

Bagi Anak Selang Susu Ibu Susu Susu Formula Punca Anak Sembelit Ini Penjelasanya

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 338 hits
Anak saya berumur tiga bulan Dia menyusu susu ibu dan susu formula Dia sukar untuk membuang air besar Hanya dua hari sekali Setiap kali hendak buang air besar dia akan menangis kesakitan Adakah ia disebabkan oleh susu formula yang saya beri...
Kerajaan Berhati Hati Sebelum Beri Kemudahan Individu Lengkap Vaksin

Kerajaan Berhati Hati Sebelum Beri Kemudahan Individu Lengkap Vaksin

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 207 hits
MUHYIDDIN YASSIN PUTRAJAYA Kerajaan mengambil pendekatan berhati hati sebelum membuat keputusan memberikan kemudahan kepada individu yang lengkap mendapat dua dos suntikan vaksin Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ini termasuk...
Video Keadaan Siti Sarah Sangat Tak Baik Sekarang

Video Keadaan Siti Sarah Sangat Tak Baik Sekarang

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 253 hits
SHUIB ketika memaklumkan situasi semasa Siti Sarah sebentar tadi PETALING JAYA Sebelum majlis bacaan Yasin ini doktor maklumkan keadaan Siti Sarah sangat tidak baik Itu mukadimah suami kepada penyanyi Siti Sarah Shuib memaklumkan keadaan te...
Itu Keadaan Dia Pada Hari Jumaat Shuib Jawab Persoalan Netlzen Mengenai Rakaman Suara Virai

Itu Keadaan Dia Pada Hari Jumaat Shuib Jawab Persoalan Netlzen Mengenai Rakaman Suara Virai

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 265 hits
Di Instagram tampil menjawab segala persoalan mengenai sebuah rakaman suara yang vir4I berhubung keadaan isterinya yang sedang k0ma di h0spital
Tersesat Di Gunung Ungaran 3 Pelaku Ritual Ditemukan Dalam Keadaan Lemas

Tersesat Di Gunung Ungaran 3 Pelaku Ritual Ditemukan Dalam Keadaan Lemas

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 246 hits
Tiga pelaku ritual yang tersesat di lereng gunung Ungaran berhasil ditemukan tim SAR gabungan Sabtu Mereka dievakuasi dari tebing curam dalam keadaan lemas
Siti Sarah Dalam Keadaan Kritikal Doakan Semoga Beliau Cepat Semboh

Siti Sarah Dalam Keadaan Kritikal Doakan Semoga Beliau Cepat Semboh

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 352 hits
SITI SARAH kini kritikal selepas melahirkan anak secara pembedahan Share on email Share on telegraPETALING JAYA Selepas selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 5 petang tadi penyanyi Siti Sarah yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospita...
Keadaan Tak Baik Untuk Pn Dan Muhyiddin Kata Sumber

Keadaan Tak Baik Untuk Pn Dan Muhyiddin Kata Sumber

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 226 hits
Walaupun tidak mempunyai sokongan majoriti Muhyiddin Yassin mungkin boleh terus menjadi perdana menteri interim jika tiada orang yang mampu mengambil alih jawatan itu PETALING JAYA Keadaan tidak kelihatan baik untuk kerajaan susulan kekuran...
Apa Yang Dilepaskan Dari Otot Jantung Jika Berlaku Serangan Jantung

Skop Tugas Sebenar Pembantu Penyediaan Makanan Gred N1

Feeling Slapped Across The Face By Trump Canadians Say They Ll Skip U S Trips

Jumaat Terakhir Sebelum Ramadan Saya Nak Tanya Ada Sesiapa Nak Taja Makanan Dan Minuman Untuk Buka Puasa

Unifi Mobile Kini Ada Pelan Prabayar Dengan Tempoh Aktif 12 Bulan Harga Rm180

Salam Ramadan 1446h 2025h Dan Selamat Berpuasa

Pbt Suat Muslihat Bersama

What Is True Happiness


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ejen Pelancongan Tetak Rakan Gara Gara Pakej Murah

Semut Binatang Yang Bijak Bermasyarakat Dan Berpolitik

Themakeover My Elak Beli Karpet Yang Terlalu Kecil Berbanding Saiz S

Tak Perlu Beli Tilam Baru Guna Toppers Tilam Letak Je Atas Tilam Lama Ter

Catcha Digital Raih Keuntungan Rm5 2 Juta Bagi Fy2024 Peningkatan 256 Dari Tahun 2023

Hiburan Bau Badan Boleh Jejaskan Mood Ini Solusinya