13 Jenis Kod Kecemasan Hospital Di Malaysia


“Code blue! Code blue!” teriak jururawat. Maka berpusu-pusulah segala anggota kesihatan meluru segera kearah jururawat tersebut sambil menolak troli kecemasan. Ada yang terus memulakan CPR, ada yang sedang menarik keluar IV Adrenaline, ada yang mengaktifkan monitor kecemasan.

Gambar hiasan

Hanya dengan satu laungan sahaja, setiap anggota kesihatan disitu sudah tahu apa yang perlu dilakukan.

Emergency codes, atau kod-kod kecemasan adalah suatu sistem pengkelasan kecemasan yang dipraktikkan di setiap institusi kesihatan diseluruh dunia. Kod ini digunakan untuk memberi notifikasi kepada semua warga kesihatan berkenaan kes-kes kecemasan yang dialami.

Kod ini lazimnya diklasifikasi menggunakan spektrum warna yang pelbagai sebagai penanda bagi kes-kes kecemasan yang dinyatakan.

Artikel ini menerangkan tentang kod-kod yang lazim digunakan kakitangan kesihatan di hospital dan perlu diingatkan, setiap hospital mempunyai polisi dan warna kod kecemasan yang berbeza.

Thread ini adalah sebagai satu garis panduan ringkas dan hanya melibatkan hospital sahaja. Perbezaan kod antara hospital dan negara perlu dikenalpasti terlebih dahulu.

1. KOD MERAH (CODE RED)

Kod merah lazimnya digunakan untuk kes kecemasan yang melibatkan kebakaran, sama ada kebakaran harta, bangunan, kenderaan, alatan atau lain-lain perkara didalam kawasan institusi (hospital) terbabit.

Pemindahan pesakit, wargakerja dan alatan penting akan dilakukan mengikut latihan kebakaran yang telah ditetapkan. Notifikasi kepada pihak bomba dan penyelamat akan dilakukan serentak.

2. KOD BIRU (CODE BLUE)

Kod biru adalah kod yang diaktifkan apabila terdapat kecemasan pada individu yang melibatkan bidang perubatan (medical emergency), lazimnya berkenaan dengan cardiac arrest dan respiratory arrest.

Algorithm BLS dan ALS (cardiopulmonary resuscitation, defibrillation, dsb) akan dimulakan serta merta terhadap pesakit yang terlibat mengikut keperluan dan keadaan pesakit.

Setiap hospital telahpun mempunyai kumpulan tersendiri (mengikut tempat) yang bertanggungjawab menguruskan kod biru seandainya ianya terjadi diluar kawasan wad.

3. KOD JINGGA (CODE ORANGE)

Kod jingga pulang adalah kod yang digunakan untuk keselamatan orang awam tatkala berlaku bencana diluar atau didalam kawasan hospital, contohnya gempa bumi, banjir, kapal terbang terhempas, kemalangan besar jalan raya, dan sebagainya.

4. KOD PERANG (CODE BROWN)

Kod perang adalah kod yang dikeluarkan apabila terdapat sebarang tumpahan atau pendedahan bahan-bahan berhazad, tercemar dan radioaktif seperti gas, racun, merkuri dan lain-lain yang boleh menyebabkan jangkitan, keracunan, kecacatan malah kematian jika terdedah.

Kod ini juga barangkali melibatkan risiko bioterrorism dan hazmat.

5. KOD GREEN (CODE HIJAU)

Kod hijau digunakan sewaktu berlakunya kecemasan yang melibatkan keselamatan banyak nyawa dan memerlukan pemindahan semua wargakerja serta pesakit di kawasan hospital ke tempat yang lebih selamat.

6. KOD HITAM (CODE BLACK)

Kod hitam diaktifkan apabila terdapat sebarang tanda, amaran atau risiko yang melibatkan bahan letupan dan keganasan teroris, objek dikhuatiri bahaya atau lebih mudah, “bomb, terrorism and suspicious package threat”.

7. KOD PUTIH (CODE WHITE)

Kod putih pula adalah kod untuk kes kecemasan kekasaran yang melibatkan tebusan dihospital, sama ada melibatkan satu individu atau beberapa orang.

8. KOD PERAK (CODE SILVER)

Kod perak adalah kod untuk kes yang melibatkan kekasaran seseorang terhadap orang lain, lazimnya terhadap wargakerja hospital, yang kadangkala melibatkan senjata merbahaya seperti pisau, parang, pistol.

Kod ini diaktifkan untuk memberi perlindungan keselamatan (security) terhadap si mangsa.

9. KOD MERAH JAMBU (CODE PINK)

Kod merah jambu adalah kod yang diaktifkan apabila berlakunya kehilangan atau penculikan kanak-kanak atau bayi (missing infant or abduction).

10. KOD KUNING (CODE YELLOW)

Kod kuning ini diaktifkan apabila terdapat kes kehilangan pesakit di hospital, sama ada dengan niat melarikan diri, atau hilang disebabkan ketidakupayaan mental atau diculik, dibawa lari.

Kod ini akan menyebabkan pemeriksaan keluar masuk individu dari hospital dilakukan dan jika perlu, penutupan keluar masuk (lockdown) hospital akan dijalankan.

11. KOD AQUA (CODE AQUA)

Kod aqua hanya diaktifkan apabila berlakunya banjir didalam kawasan hospital sama ada secara semula jadi (hujan, banjir kilat, dll) atau kerosakan dalaman (paip pecah, kebocoran dll).

12. KOD KELABU (CODE GREY)

Kod kelabu ini diaktifkan apabila terdapat kerosakan teruk terhadap sistem, infrastruktur atau peralatan hospital secara besar-besaran yang menjejaskan fungsinya.

Kod ini juga digunakan untuk pengasingan udara (air exclusion) kawasan tertentu.

13. KOD JERNIH/SELESAI (CODE CLEAR)

Kod ini adalah kod yang digunakan selepas sesuatu kod yang dikeluarkan terlebih dahulu telahpun selesai atau dinyahaktifkan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Sejarah Kod Morse, Ciptaan Hebat Yang Terhasil Dari Tengah LautanPemandu Ambulan Tidak Boleh Langgar Lampu Isyarat Merah!
sumber: thepatriots



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/03/13-jenis-kod-kecemasan-hospital.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bacaan Luas Jeni Jenis Pelancongan Di Malaysia

Bacaan Luas Jeni Jenis Pelancongan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 416 hits
Jenis jenis Pelancongan di Malaysia1 Ekopelancongan Kawasan alam semula jadi yang melibatkan kehidupan flora dan fauna Contoh Taman Negara Kinabalu Sabah Reseversi tumbuh tumbuhan liar tropika dan lokasi Gunung Kinabalu tertinggi di Malaysi...
Sebahagian Siling Di Wad Kecemasan Hospital Kluang Runtuh

Sebahagian Siling Di Wad Kecemasan Hospital Kluang Runtuh

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 1433 hits
THE MALAYSIAN TIMES KLUANG Sebahagian siling berdekatan kawasan tempat menurunkan pesakit di bahagian Wad Kecemasan Hospital Enche Besar Hajah Kalsom Kluang di sini dilaporkan runtuh petang semalam Pengarah HEBHK Dr Azura Abu Bakar berkata ...
Aliran Keluar Bersih Dana Asing Malaysia No 1 Di Kalangan Negara Asean

Aliran Keluar Bersih Dana Asing Malaysia No 1 Di Kalangan Negara Asean

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 435 hits
Dari permulaan tahun 2019 sehingga kini Malaysia sedang duduk di tempat pertama antara negara negara ASEAN sebagai negara yang paling tinggi aliran keluar bersih dana asing Sementara dana pelabur sedang keluar dari Malaysia negara Indonesia...
Orang Ke Kalkulator Aksi Mantap Pelajar Malaysia Pukau Tiga Juri Asia Got Talent

Orang Ke Kalkulator Aksi Mantap Pelajar Malaysia Pukau Tiga Juri Asia Got Talent

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 384 hits
Pernahkah anda menonton rancangan ujibakat terbesar di seluruh benua Asia iaitu Asia s Got Talent Jika ya anda pasti berasa sangat berbangga kerana pada musim kali ini terdapat ramai peserta dari Malaysia yang berjaya mempamerkan bakat dan ...
Mahathir Sudah Terlambat Malaysia Sudah Pun Berpecah Buat Selamanya

Mahathir Sudah Terlambat Malaysia Sudah Pun Berpecah Buat Selamanya

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 448 hits
Jika PAS dan Umno bersatu dan 70 75 orang Melayu undi untuk pembangkang ini tidak baik sebab Malaysia akan terus berpecah Tetapi jika PKR dan DAP bersatu dan 90 95 orang Cina undi untuk Pakatan Harapan ianya bagus demi untuk menyatukan nega...
Nasrudin Malaysia Will Become Like Afghanistan Under Pas Umno Rule No Way

Nasrudin Malaysia Will Become Like Afghanistan Under Pas Umno Rule No Way

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 300 hits
PETALING JAYA PAS has condemned DAP for scaring non Muslims into believing that Malaysia would be under Taliban like rule if the Islamist party and Umno came to power in the next general election PAS information chief Nasrudin Hassan dismis...
Keputusan Terbuka Malaysia Celcom Axiata 2019

Keputusan Terbuka Malaysia Celcom Axiata 2019

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 681 hits
Keputusan Terbuka Malaysia Celcom Axiata 2019 BILAKAH tarikh Kejohanan Terbuka Malaysia Celcom Axiata 2019 bakal berlangsung Untuk makluman anda kejohanan Celcom Axiata Malaysia Open 2019 atau Terbuka Malaysia Celcom Axiata 2019 bakal diada...
Pendekatan Rahmatan Lil Alamin Dan Maqasid Syariah Sesuai Untuk Model Malaysia Titah Ydp Agong

Pendekatan Rahmatan Lil Alamin Dan Maqasid Syariah Sesuai Untuk Model Malaysia Titah Ydp Agong

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 665 hits
MALAYSIADATELINE Konsep Rahmatan Lil Alamin yang dipraktiskan kerajaan Pakatan Harapan mendapat perhatian Yang di Pertuan Agong Ke 16 Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Menurut baginda usaha kerajaanPH untuk mempromosika...
Perjuangan Guru Guru Sekolah Yang Melancarkan Mogok Dan Piket Di Seluruh Malaysia Pada Tahun 1967

Perjuangan Guru Guru Sekolah Yang Melancarkan Mogok Dan Piket Di Seluruh Malaysia Pada Tahun 1967

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 706 hits
Guru Mahukan Keadilan merupakan sepanduk dan slogan utama yang digunakan dalam perjuangan guru guru sekolah yang melancarkan mogok dan piket di seluruh Malaysia pada tahun 1967 Tahukah kamu pada zaman itu guru guru perempuan hanya diberi ga...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids