Mahathir Sudah Terlambat Malaysia Sudah Pun Berpecah Buat Selamanya



Jika PAS dan Umno bersatu, dan 70%-75% orang Melayu undi untuk pembangkang, ini tidak baik sebab Malaysia akan terus berpecah. Tetapi jika PKR dan DAP bersatu, dan 90-95% orang Cina undi untuk Pakatan Harapan, ianya bagus demi untuk menyatukan negara. NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin
Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penyatuan Umno dan PAS ini boleh memburukkan negara. Ini sebenarnya bercanggah dengan apa yang Mahathir sampaikan sewaktu dia melancarkan kempennya untuk menjatuhkan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Jun 2006 dulu.
Mahathir telah berkempen mengelilingi Malaysia selama 13 tahun memberitahu bahawa kejatuhan Empayar Melayu Melaka pada 1511 adalah disebabkan oleh orang Melayu yang berpecah belah dan tidak bersatu. Disebabkan itu, kita di jajah oleh Portugis, Belanda dan yang terakhir adalah British — sehingga Malaya mengambil masa hampir 450 tahun untuk mencapai kemerdekaan.
Sejarah yang disampaikan oleh Mahathir tidak begitu tepat. Ianya bercanggah dengan sejarah yang sebenar. Mesej yang Mahathir sampaikan biasanya sejarah versinya sendiri. Seperti kejatuhan Empayar Melayu Melaka, Mahathir tidak pula menceritakan bahawa kejatuhan Empayar Melayu Melaka adalah disebabkan oleh pedagang-pedagang Mamak yang mengkhianati Melayu. Secara kebetulannya Anwar Ibrahim dan Mahathir juga adalah Mamak.

Pada tahun 2006 hingga 2009, Mahathir meminta orang Melayu supaya bersatu untuk menyelamatkan Malaysia dari dijajah Pada tahun 2006, Mahathir pernah memberitahu kepada orang Melayu supaya mereka perlu bersatu. Jika tidak, pada satu hari nanti, Malaysia akan jatuh ke tangan orang lain. Semestinya, yang Mahathir maksudkan ‘orang lain’ itu pada masa itu adalah PAS, PKR dan DAP.
Mahathir juga pernah menyeru agar orang Melayu bersatu demi untuk menyelamatkan negara. Dan pada masa itu ‘bersatu’ yang Mahathir maksudkan itu bukannya bersatu dibawah Anwar Ibrahim (dan angkatannya seperti PAS, PKR dan DAP) tetapi, bersatu dibawah Umno. Ketika itu, Umno sangat lemah disebabkan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi yang korup. Itulah sebabnya Abdullah Badawi perlu digulingkan dan digantikan dengan orang lain (yang akan Mahathir umumkan kemudian).
“Semua orang Melayu mesti bersatu dan bersatu di bawah Umno untuk menyelamatkan negara ini. Jika tidak, negara akan dijajah oleh orang lain dan nasib orang Melayu akan menjadi hamba di negaranya sendiri”.  Itulah mesej yang disampaikan oleh Mahathir dari 2006 sehingga 2009.

Hari ini pula, Mahathir berkata jika Melayu bersatu ia akan memburukan negara kerana ini akan memecah-belahkan rakyat Malaysia Dulu Mahathir cakap orang Melayu kena bersatu untuk menyelamatkan negara. Sekarang, jika orang Melayu bersatu — dari segi penyatuan antara Umno dan PAS — negara pula akan hancur. Adoi, Atok! Kenapa putar-belit sangat ni?
Jika PAS dan Umno bersatu, dan 70%-75% orang Melayu undi untuk pembangkang, ini tidak baik sebab Malaysia akan terus berpecah. Tetapi jika PKR dan DAP bersatu, dan 90-95% orang Cina undi untuk Pakatan Harapan, ianya bagus demi untuk menyatukan negara.
Alamak Atok, logik apa benda ni?
Logik Atok dan logik DAP sama je. Bila 75% orang Melayu undi PAS-Umno, dikatakan rasis. Tapi bila 95% orang Cina undi PKR-DAP, dipanggil demokrasi pulak.
Bila Islam dan Nabi Muhammad diserang oleh Cina, ianya dipanggil hak kebebasan bersuara. Bila sekolah Cina dikritik Melayu, ianya dipanggil rasis.

Malaysia sudah berpecah kepada golongan Melayu dan golongan Cina sejak pada tahun 2006 lagi Yang sebenarnya, Malaysia sudah bertahun-tahun berpecah. Di PRU14, hanya 25-30% orang Melayu mengundi Pakatan Harapan, manakala bukan Melayu sebanyak 90-95%. Dan ini bukannya di PRU14 sahaja, tetapi PRU13 dan PRU12 pun.
Semenjak dari tahun 2008, Malaysia telah berpecah kepada dua golongan. Iaitu golongan Melayu dan golongan bukan Melayu. Manakala Sabah dan Sarawak pula sebagai golongan yang ketiga.
Dahulu, bila 70-75% orang Melayu mengundi menentang Pakatan Harapan, undi mereka telah berpecah kepada dua — satu puak kepada Umno dan satu lagi kepada PAS. Sekarang ini, 70-75% undi Melayu ini akan menjadi satu. Itu sahaja perbezaannya dulu dan sekarang.
Tak kisahlah kalau UMNO dan PAS bergabung ataupun tak. 70-75% orang Melayu tetap tidak akan memberi undi mereka kepada Pakatan Harapan dan undi orang Melayu ini sentiasa terbahagi kepada dua iaitu Umno dan Pas. Tetapi, kali ini, 70-75% undi Melayu ini tidak akan berpecah lagi dan ianya akan bergabung menjadi satu, dibawah Umno-Pas.

Orang Melayu kini sudah bersedia untuk mengetepikan perbezaan politik mereka demi pembangunan ummah Jadi, ini sebenarnya tidak ada kena mengena dengan memecah-belahkan Malaysia kerana Malaysia memang sudah lama berpecah. Yang dulunya Malaysia terbahagi kepada empat dan sekarang ini Malaysia dibahagi kepada tiga – Pakatan, Umno-PAS dan Sabah-Sarawak.
57 kerusi parlimen dimiliki oleh Sabah dan Sarawak dan bakinya yang akan dikongsi diantara Umno-Pas dan Pakatan Harapan ialah sebanyak 165. Umno-Pas akan memiliki sebanyak 102 dan 63 untuk Pakatan Harapan (jikalau MCA, MIC, Gerakan, MyPPP, PSM dan PRM tidak memiliki kerusi).
Itulah yang paling menakutkan Mahathir tentang penyatuan UMNO-PAS. Sebenarnya, Ianya langsung tidak ada kaitan dengan memecah-belahkan Malaysia kepada Melayu, bukan-Melayu dan Sabah Sarawak kerana Mahathirlah punca semua ini terjadi sejak lebih dari 10 tahun yang lepas smenjak 2006 lagi.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/03/12/mahathir-sudah-terlambat-malaysia-sudah-pun-berpecah-buat-selamanya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahathir S Take On China We Do Not Want Chinese In Malaysia We Only Want Their Money

Mahathir S Take On China We Do Not Want Chinese In Malaysia We Only Want Their Money

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 319 hits
Mahathir s take on China we do not want Chinese in Malaysia we only want their money
Mahathir Is Too Late Malaysia Is Already Divided Forever

Mahathir Is Too Late Malaysia Is Already Divided Forever

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 405 hits
If PAS and Umno unite which will result in 70 75 of the Malays voting for the opposition that is bad for the country because the country will become divided If PKR and DAP unite which will result in 90 95 of the Chinese voting for Pakatan H...
Klarifikasi Mahathir Soal Gratiskan Jalan Tol Di Malaysia

Klarifikasi Mahathir Soal Gratiskan Jalan Tol Di Malaysia

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 355 hits
Dilaporkan Malay Mail Mahathir menyebut menggratiskan jalan tol sama saja mengurangi anggaran negara untuk proyek lainnya Sebab tol gratis ujung ujungnya harus dibayar pemerintah untuk membayar pengelolaan
Why Malaysia Needs Mahathir As Pm

Why Malaysia Needs Mahathir As Pm

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 292 hits
But Anwar has a surprise waiting for him Once he makes his move to trigger street violence to bring down the government the waging war against the king law will be used on him And that crime attracts the death sentence of hanging So Anwar y...
Ayda Jebat Post Foto Shukri Yahaya Pula Digelar Jericho Malaysia Kacak

Ayda Jebat Post Foto Shukri Yahaya Pula Digelar Jericho Malaysia Kacak

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 539 hits
Ayda Jebat Post Foto Shukri Yahaya Pula Digelar Jericho Malaysia Kacak Menerusi Instagram Ayda Jebat tidak melepaskan peluang untuk berkongsi foto drama terbarunya hasil gandingan antara pelakon lelaki terkenal iaitu Shukri Yahaya yang bert...
Keputusan Penuh Pemenang Miss Universe Malaysia 2019 Mahkota Menjadi Milik Gadis Punjabi

Keputusan Penuh Pemenang Miss Universe Malaysia 2019 Mahkota Menjadi Milik Gadis Punjabi

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 933 hits
Pencarian Juara Miss Universe Malaysia 2019 sampai ke kemuncaknya apabila dibuat seperti sebuah rancangan realiti tv dan acara pentas sebenar Miss Universe sendiri apabila Acara dimulakan dengan kesemua 18 peserta menggayakan pakaian mandi ...
Video Lagi Laju Daripada Kalkulator Remaja Dari Malaysia Bikin Juri Asia S Got Talent Terkedu Dengan Persembahannya

Video Lagi Laju Daripada Kalkulator Remaja Dari Malaysia Bikin Juri Asia S Got Talent Terkedu Dengan Persembahannya

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 296 hits
VIDEO Lagi Laju Daripada Kalkulator Remaja Dari Malaysia Bikin Juri Asia s Got Talent Terkedu Dengan persembahannya Jika beberapa hari lalu pernah tular dengan peserta penyanyi berkumpulan berhijab Nama telah membuat ramai dari rakyat Malay...
Hati Hati Lalu Kawasan Jenayah Ini Enam Kawasan Panas Stesen Mrt Di Malaysia

Hati Hati Lalu Kawasan Jenayah Ini Enam Kawasan Panas Stesen Mrt Di Malaysia

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 316 hits
Hati Hati Lalu Kawasan Jenayah Ini Enam Kawasan Panas Stesen MRT Di MalaysiaHati Hati Lalu Kawasan Jenayah Ini Enam Kawasan Panas Stesen MRT Di Malaysia
Malaysia Mungkin Berdepan Ancaman Pengganas Pada Masa Depan

Malaysia Mungkin Berdepan Ancaman Pengganas Pada Masa Depan

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 314 hits
Kementerian Pertahanan menyifatkan ancaman pengganas luar seperti Daesh adalah serangan yang mungkin akan dihadapi Malaysia pada masa akan datang
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya