Restoran Al Mathaam Syed Corner Nasi Kandar Nasi Beriyani Power Yang Perlu Anda Cuba


Hidangan Nasi Kandar adalah antara sajian kegemaran orang Malaysia. Tidak kira bangsa ataupun negeri mana, nasi kandar adalah antara sajian yang cukup sinonim dengan budaya kita. Namun, seperti semua sedia maklum, hidangan ini datang dari orang utara. Di Ipoh, ada satu restoran yang perlu anda kunjungi untuk mencuba nasi kandar yang terbaik. Restoran ini merupakan restoran nasi kandar yang paling lama beroperasi di Station 18, Ipoh, iaitu Restoran Al-Mathaam Syed Corner.
Sudah menjadi hidangan staple di restoran-restoran mamak, nasi kandar, secara asasnya adalah nasi campur. Bezanya ialah kuah kari campur yang dibanjirkan ke atas nasi putih. Lauk yang dipadankan bersama nasi putih itu juga terpulang kepada selera dan kesukaan masing-masing. Namun, apa yang membuatkan Restoran Al-Mathaam Syed Corner ini berbeza? Jom, kita kenali bersama!
Lokasi Jika anda sering ke Ipoh, kawasan Station 18 ini tidak asing lagi buat anda. Terletak di bandaraya Ipoh, Station 18 ini merupakan kawasan komersial yang cukup disenangi ramai. Bukan sahaja mudah buat pengunjung luar negeri kerana mempunyai pelbagai hotel dan penginapan di sini, Station 18 juga digemari oleh penduduk Ipoh sendiri kerana terdapat banyak pusat membeli-belah dan kedai-kedai makan di sini.
Lokasi strategik ini merupakan tapak tetap Restoran Al-Mathaam Syed Corner sejak kemunculan mereka pada tahun 2007 lagi. Senang kata, mereka antara legend di sini dan cukup terkenal dengan hidangan nasi kandar dan nasi beriyani mereka.
Suasana Restoran Al-Mathaam Syed Corner ini membawakan suasana tipikal mamak. Berbagai bangsa, budaya dan semua lapisan masyarakat selalu berkumpul di sini untuk menjamu selera sambil meluangkan masa bersama. Suasana perpaduan beginilah yang akan anda nikmati apabila berkunjung ke sini. Memang meriah dan havoc tetapi menghiburkan.
Di sini, anda boleh melihat pelbagai ragam masyarakat Malaysia dan juga para pengunjung dari luar negara yang ingin mengenali budaya kita. Sambil menjamu selera dalam suasana yang bersih dan selesa. Restoran ini juga menyediakan tempat duduk outdoor dan indoor dan mempunyai satu ruang berhawa dingin supaya anda sentiasa selesa. Maklumlah cuaca di Malaysia ini tidak menentu.
Menu  Nasi Kandar Taruhan utama Restoran Al-Mathaam Syed Corner ialah nasi kandar. Buat penggemar nasi kandar, anda wajib mencuba restoran ini apabila berada di Ipoh. Kuah kari yang mereka sediakan memang sedap. Malah, tagline mereka ialah “Bau Kari Lekat Dijari” menggambarkan betapa padunya kuah kari mereka.
Nasi Kandar mereka tentu sekali dibanjiri dengan kuah campur yang membuatkan nasi kandar ini lebih sedap. Lauk untuk dipadankan juga sangat berbagai. Pasti anda rambang mata nak buat pilihan. Dari ayam goreng berempah, ayam masak kicap, berbagai jenis ikan, daging dan banyak lagi.
Disesuaikan pula dengan aneka jenis sayuran yang boleh anda pilih termasuk peria goreng, kobis goreng, bendi dan banyak lagi. Jangan lupa telur masin, buat tambah rasa. Sedap kan? Harganya pula sangat berpatutan. Dalam lingkungan RM8.00 ke atas bergantung kepada pilihan lauk yang anda pilih.
Nasi Beriyani Ayam Madu 20 Rempah Namanya saja sudah pun memberi gambaran yang cukup menarik buat hidangan istimewa ini. Nasi Beriyani dari Restoran Al-Mathaam Syed Corner ini memang digemari ramai. Ini kerana beras yang digunakan untuk nasi beriyani mereka adalah beras pusar yang berkualiti tinggi. Beras panjang-panjang dan berderai ini juga dimasak dengan gabungan rempah yang serba sempurna dari segi rasa. Memang sedap.
Nasi beriyani dari mereka ini dihidangkan khas bersama ayam madu 20 rempah yang menambahkan lagi nikmat menjamu selera bagi pengunjung. 20 rempah terpilih yang mereka gunakan untuk menghasilkan ayam madu ini membuatkan rasa ayam madu ini benar-benar luarbiasa.
Tidak hairanlah ramai yang datang dari jauh semata-mata untuk merasa nasi beriyani Al-Mathaam ini. Set nasi beriyani ini juga disempurnakan lagi dengan telur saffron dan jelatah timun. Hasilnya? Nasi beriyani yang cukup memuaskan. Harganya juga berpatutan dengan portion dan rasa yang diberi, hanya RM14.00 sepinggan.
Aneka Roti Sajian yang sudah sinonim dengan restoran mamak, roti canai, thosai dan capati juga disediakan di Restoran Al-Mathaam Syed Corner. Hampir semua jenis roti canai yang boleh anda fikirkan ada disediakan di sini. Namun, yang sering menjadi pilihan ramai ialah roti sarang burung yang merupakan roti canai yang ditambah telur separuh masak ditengahnya. Makan pula dengan kuah kari dan lauk pilihan anda, lagilah sedap.
Selain itu, roti bakar telur goyang juga sangat popular di sini, terutama sekali untuk sarapan pagi. Tetapi, untuk sesuatu yang lebih spesial, anda boleh cuba roti tisu. Sejenis roti rangup yang dibentukkan seperti kon tinggi ini disalut dengan sirap. Anda mesti cuba apabila datang minum petang di sini. Terkini, mereka memperkenalkan roti cheese tarik.
Roti canai yang ditaburi dengan keju mozarella ini dimakan bersama kuah nachos cheese dan parpu. Macam piza ala Asia. Sangat menarik. Aneka jenis roti, thosai dan capati di sini cukup berbaloi. Harga bermula dari hanya RM1.40 hingga RM7.90.
Mee Sotong Kuah Kacang Mendidih & Masakan Panas Masakan panas dan goreng-goreng ala mamak memang menjadi antara hidangan yang diminati sebilangan besar pengunjung. Di Restoran Al-Mathaam Syed Corner ini pula, antara masakan panas yang menjadi pilihan ramai ialah Mee sotong kuah kacang mendidih. Bagi yang belum pernah cuba, mee sotong kuah kacang mendidih ini merupakan sejenis hidangan di mana mee goreng dimakan bersama sotong yang disimbah dengan kuah kacang dalam sizzling plate. Memang lain dari yang lain.
Selain dari menu spesial ini, anda boleh dapatkan segala macam masakan goreng-goreng termasuk nasi goreng, mee goreng, maggi goreng dan lain-lain. Yang best nya di sini, terdapat 2 jenis masakan panas yang boleh anda dapati iaitu masakan ala mamak atau masakan ala thai. Jadi, anda tak perlu lah susah-susah mencari kedai tom yam jika teringin nak makan masakan Thai.
Nasi Lemak, Rojak & Mee Rebus Seperti biasa, nasi lemak pasti ada di mana-mana. Maklumlah, makanan favourite orang kita. Selain itu, berbagai jenis rojak juga tersedia di sini. Kalau dah sampai kat kawasan utara ini, pasti anda mencari pasembor. Jangan lupa cuba Pasembor dari Al-Mathaam ini. Mereka juga menyediakan Mee rebus yang juga antara makanan kesukaan ramai. Semuanya kurang dari RM12 sahaja.
Minuman Restoran Al-Mathaam Syed Corner ini menyediakan berbagai minuman kegemaran lokal. Minuman paling top tentulah teh tarik dan kopi o. Namun, jika mahukan sesuatu yang berbeza, bolehlah cuba milo ais mereka yang ditabur dengan serbuk milo diatasnya. Selain itu, jus buah-buahan juga tidak ketinggalan. Bermacam jenis jus buah yang mereka sediakan dan sebahagian besar adalah jus perahan segar. Harga minuman pon tak lebih dari RM6. Berbaloi sangat lah.
Restoran Al-Mathaam Syed Corner ini memang sesuai untuk dijadikan persinggahan untuk menjamu selera, untuk seisi keluarga. Tidak kira tua, muda atau kanak-kanak, semuanya akan berpuas hati dengan seleksi menu yang luas.
Makanan pon sedap-sedap belaka. Jadi jika anda berada di sekitar Station 18, Ipoh, dipersilakan untuk cuba sendiri. Untuk mencuci mata dengan gambar-gambar makanan yang sedap-sedap dan dapatkan maklumat lanjut tentang promosi terkini, jangan lupa untuk ikuti laman media sosial mereka. Selamat menjamu selera!
Media Sosial: Facebook | Instagram | Tiktok
No Telephone: 013 2602131
Alamat Waktu Operasi Alamat: No. 108, Medan Station18/3, Station 18, Ipoh, Perak
Waktu Operasi: 6.00am-12.00am (setiap hari)
The post Restoran Al-Mathaam Syed Corner | Nasi Kandar & Nasi Beriyani Power Yang Perlu Anda Cuba! appeared first on Mai Singgah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.maisinggah.com/restoran-al-mathaam-syed-corner-nasi-kandar-ipoh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masakan Kampung Sedap Di Restoran Nasi Ayam Hainan Gulai Kawah Selama Perak

Masakan Kampung Sedap Di Restoran Nasi Ayam Hainan Gulai Kawah Selama Perak

papar berkaitan - pada 3/2/2023 - jumlah : 261 hits
MASAKAN KAMPUNG SEDAP DI RESTORAN NASI AYAM HAINAN GULAI KAWAH SELAMA PERAK Assalammualaikum semua Jika mengembara ke mana mana tempat Wajib menikmati menu masakan tempatan Nikmati dan terima kelainan masakan di sesuatu tempat Pasti anda ak...
12 Tempat Makan Menarik Di Sekinchan Restoran Best Wajib Cuba

12 Tempat Makan Menarik Di Sekinchan Restoran Best Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 300 hits
Sekinchan meningkat popular kebelakangan ini bukan Jika anda merancang untuk ke sana pasti anda ingin tahu tempat tempat makan yang menarik yang boleh dijumpa di Sekinchan Mari kami kongsikan 12 tempat makan menarik di Sekinchan 12 Abah Bon...
Ramai Wanita Pernah Cuba Dekati Ijoy Tapi Saya Tak Serang Sharifah Shahirah

Ramai Wanita Pernah Cuba Dekati Ijoy Tapi Saya Tak Serang Sharifah Shahirah

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 190 hits
Pelakon dan penyampai radio Suria FM Sharifah Shahirah memilih untuk bersikap neutral tanpa menyokong mana mana pihak dalam isu membabitkan soal poligami Menurut laporan Harian Metro disebabkan pendirian itu dia yang mesra dengan panggilan ...
Negri Pbm Quits Party Claims Sng Abused Power

Negri Pbm Quits Party Claims Sng Abused Power

papar berkaitan - pada 25/1/2023 - jumlah : 213 hits
SEREMBAN The Negri Sembilan Parti Bangsa Malaysia liaison committee has unanimously agreed to resign citing a loss in the leadership of party president Datuk Larry Sng Former state chairman Rosman Jonet said all eight divisions in Negri Sem...
Extradition Act Provisions Violate Judicial Power Says Judge

Extradition Act Provisions Violate Judicial Power Says Judge

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 194 hits
The US government wants two Perak businessmen extradited to face charges of running a global hacking operation KUALA LUMPUR The High Court here has declared two provisions in the Extradition Act 1992 unconstitutional following a legal chall...
Fitnah Pulak Cuba Tanya Muhyiddin Razman Dan Sanusi Apa Depa Tak Kata Report Sprm La

Fitnah Pulak Cuba Tanya Muhyiddin Razman Dan Sanusi Apa Depa Tak Kata Report Sprm La

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 192 hits
Sebenarnya ada video Dalam video tu dia sebut DS Anwar dan Zahid cipta fitnah untuk bina persepsi negatif terhadap Bersatu Fitnah apanya DS Anwar kata ada ketirisan dan serahkan kepada SPRM untuk siasat Sekarang pun SPRM masih siasat lagi Y...
Tak Berhenti Menangis Susah Hati Jadinya Usah Cemas Cuba Buat Perkara Ni Dulu

Tak Berhenti Menangis Susah Hati Jadinya Usah Cemas Cuba Buat Perkara Ni Dulu

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 288 hits
Ada sebab kenapa bayi menanis Bukan hanya kerana lapar boleh jadi juga dia tak selesa dengan lampin yang basah ataupun perut kembung Memandangkan bayi ni tak boleh bercakap jadi mereka gunakan tangisan sebagai isyarat unuk menyampaikan sesu...
Cuba Pertama Kali Buttercream Latte Antara Menu Popular Gigi Coffee Sedap

Cuba Pertama Kali Buttercream Latte Antara Menu Popular Gigi Coffee Sedap

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 346 hits
Rasanya sejak artikel ni diterbitkan aku hanya pernah beli dan rasa menu daripada Gigi Coffee sebanyak 2 kali sahaja sebab Temerloh tiada cawangan lagi Pertama kali cuba Caramel Macciato dan terbaru aku cuba Buttercream Latte Pertama kali c...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Patong Bay Residence Phuket

Ular Sawa 100 Kilogram Ceroboh Asrama Perempuan

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um