11 Makanan Paling Sedap Di Ipoh No 5 Memang Buat Korang Meleleh Liur


Walau apa jua pun tujuan anda bercuti, sama ada untuk merasai dim sum yang asli atau menikmati pencuci mulut yang manis lagi sejuk, ikuti pengembaraan jalan-jalan cari makan kami selama 3 hari 2 malam di 10 tempat makan di Ipoh.Kalau anda nak tahu, kami makan 5 hingga 6 hidangan sehari hanya untuk mencadangkan makanan terbaik di Ipoh untuk anda. Percayalah, kalau anda mempunyai selera yang besar, pilihan tempat makan di sini tak akan pernah habis!
Sarapan di Restoran New Hollywood
Mulakan hari anda dengan sarapan besar di Restoran New Hollywood. Restoran ini terdiri daripada pelbagai penjaja yang menjual makanan seperti char kuey teow, chee cheong fun, mi wantan, yau char kway (cakoi) dan roti bakar telur goyang yang klasik atau roti bakar dengan telur separuh masak.Pendapat kami: Perut kami kenyang dan gembira.Tip: Pastikan anda datang awal, kalau tak susah nak dapat meja.
Restoran New Hollywood38, Jalan Lee Kwee Foh, Taman Canning, 31400 Ipoh.Waktu operasi: 7 pagi – 4 petang setiap hari (Ditutup pada setiap Isnin)
Makan tengah hari di Kedai Kopi Yong SuanNasi ganja!? Apa??! Sabar, abang-abang kakak-kakak. TIADA bahan terlarang yang digunakan dalam masakan ikonik di Ipoh ini. Google “Yong Suan” dan 80% gambar yang terpapar ialah gambar-gambar pelanggan beratur dalam barisan yang panjang. Tapi jalan-jalan cari makan anda pasti tak lengkap tanpa mencuba nasi ganja yang sedap ini. Memang patut cuba!Tip: Lengkapkan makan tengah hari anda dengan puding karamel untuk menghilangkan rasa pedas nasi ganja.Kedai Kopi Yong Suan2, Jalan Yang Kalson, Taman Jubilee, 30300 Ipoh.Waktu operasi: 9.30 pagi – 6 petang setiap hari
Nikmati snek di Funny Mountain Soya BeancurdKadangkala cuaca di Ipoh sangat panas. Jadi, bayangkan tempat pencuci mulut popular yang sejuk lagi menyegarkan pasti penuh dengan pelanggan.Tapi, tunggu dulu! Bagaimana kalau kami kata anda tak perlu pun keluar kereta untuk membeli? Pandu lalu saja untuk membeli susu soya segar dan tau fu fah di kedai ini.Funny Mountain Soya Beancurd50, Jalan Mustapa Al-bakri, Taman Jubilee, 30300 Ipoh.Waktu operasi: 10.30 pagi – 7.20 malam setiap hari (Ditutup pada setiap hari Selasa)
Minum petang di Kafe SetingganAnda tentu dah pernah makan laksa, kan? Kalau belum, apa kata mula dulu dengan laksa telur goreng bersarang? Rasanya sama saja cuma yang uniknya laksa ini ditambah telur dadar yang digoreng seakan sarang burung dan diletak di atas laksa.Pendapat kami: Kami agak terkejut bagaimana enaknya kombinasi telur dadar dan laksa apabila dimakan bersama.Fakta menarik: Laksa telur goreng bersarang bermula dengan trak makanan yang kecil sebelum pemiliknya membuka kedai di Cafe Setinggan.Kafe Setinggan1, Jalan Margosa B/15, 31350 Ipoh.Waktu operasi: 12 petang – 7 malam setiap hari (Ditutup setiap Jumaat)
Makan malam di Gerai Nasi Goreng UdangGerai yang kelihatan bersahaja ini sebenarnya menyediakan nasi goreng yang ‘power’. Nasi goreng yang dihidangkan mampu memberikan letusan rasa dalam mulut anda dengan campuran udang, sotong dan cili serta lebih istimewa, sos rahsia mereka. Yang terbaik ialah, pinggan anda akan dipenuhi dengan udang dan sotong jadi bersedia untuk tersenyum sambil menjamu selera!Gerai Nasi Goreng Udang24, Medan Selera SSI Corner, Jalan Panglima Bukit Gantang, Pusat Bandaraya, 30100 Ipoh.Waktu operasi: 4 petang – 12.15 malam setiap hari
Sarapan di Mee Daud Mat JasakMi kicap dan mi kari di Mee Daud Mat Jasak memang betul-betul kena dengan selera kami. Kedai antara tempat untuk bersarapan terbaik dan sememangnya dengan mudah menewaskan kedai mi lain.Pendapat kami: Makanan sedap, pemilik kedai yang mesra.Fakta menarik: Kedai mi legenda ini telah lama beroperasi sejak 30 tahun yang lalu. Bermula daripada sebuah kedai mudah alih pada sekitar tahun 1970-an.Mee Daud Mat Jasak1 & 2, Jalan Dato Onn Jaafar, Kampung Jawa, 30300 Ipoh.Waktu operasi: 8 pagi – 12 petang dan 4.30 petang – 10.30 malam setiap hari
Nikmati snek di Kafe SetingganSinggah sebentar di Kafe Setinggan untuk merasai pau yang anda pasti mahu kongsi di Instagram. Pau di sini diberi rupa unik dengan pelbagai bentuk. Anda juga boleh merasai pelbagai perisa seperti coklat, cendawan, jagung, durian dan macam-macam lagi. Cuba beberapa perisa kerana bagi kami, satu tak cukup!Kafe Setinggan1, Jalan Margosa B/15, 31350 Ipoh.Waktu operasi: 12 tengah hari – 7 malam setiap hari (Ditutup setiap Jumaat)
Makan tengah hari di Nasi Ayam FuziahDah lapar? Rasai Nasi Ayam Fuziah yang terkenal di Ipoh. Nasi ayam di kedai ini dihidangkan dengan nasi yang wangi dan berlemak, ayam panggang dengan sos rahsia, serta semangkuk sup ayam serta dua sos berlainan. Nak tip daripada kami? Pesan bahagian paha kerana bahagian dada selalunya lebih kering.Fakta menarik: Resepi nasi ayam ini dipelajari daripada suami Puah Fuziah Arshad ketika beliau bekerja di Singapura.Nasi Ayam Fuziah78, Jalan Mustapha al-Bakri, Perak, 30300 IpohWaktu operasi: 11.30 pagi – 10.30 malam (Ditutup setiap Ahad)
Minum petang di Popia SS AliKedai mudah alih yang mula beroperasi sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan ini bermula dengan menjual popia berharga 10 sen seketul. Kini Popia SS Ali telah menjadi terkenal dan membuka beberapa cawangan di Perak, Selangor, Johor dan Kuala Lumpur. Kami lebih menyukai popia basah berbanding popia versi lain, tapi kedua-duanya sama sedap.Pendapat kami: Sosnya yang berasa pedas dan manis memang kena dengan selera kami.Popia SS Ali18, Jalan Raja Musa Aziz, Taman Jubilee, 30300 IpohWaktu operasi: 5 petang – 9 malam setiap hari
Nikmati snek di Bits & BobsGambar ais kepal berwarna-warni yang tular di Internet buat anda ingin tercari-cari tempat menjualnya? Singgah di Bits & Bobs dan ambil gambar serta kongsi dengan pengikut akaun anda di Instagram. Cuaca panas dan penat berjalan-jalan sepanjang hari pasti melegakan dengan ais parut manis pelbagai rasa di sini.Terdapat pelbagai perisa yang boleh anda cuba, tapi kami pilih sarsi dan roselle. Ais krim kelapa juga sempurna untuk menghilangkan dahaga!Peringatan: Menikmati ais kepal sangat janggal dan comot.Bits & Bobs99, Jalan Sultan Yusof, 30000 Ipoh.Waktu operasi: 11 pagi – 4 petang (hari biasa) | 10 pagi – 5.30 petang (hujung minggu)
Makan malam di Greentown Dimsum CafeDim sum adalah satu kemestian kalau anda ke Ipoh. Banyak restoran dim sum di Ipoh tapi yang halal tentulah di Greentown Dimsum Cafe.Apa yang patut anda cuba di sini? Kami cadangkan kek lobak goreng, pau ayam BBQ dan tauhu gulung stim – dah cuba baru tahu!Greentown Dimsum Cafe10, Persiaran Greentown 4, Greentown Avenue, 30450 Ipoh.Waktu operasi: 8 pagi – 9 petang setiap hari (Ditutup pada setiap Selasa)______________________________________________________________________Sedia untuk percutian anda di Ipoh? Pakai baju yang selesa, pastikan selera anda ‘besar’ dan anda sedia ke sana!




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.irahzaraune.com/2018/10/11-makanan-paling-sedap-di-ipoh-no-5.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Ke Thailand Korang Kena Cari 6 Makanan Popular Ni Sedap Sungguh Katanya

Kalau Ke Thailand Korang Kena Cari 6 Makanan Popular Ni Sedap Sungguh Katanya

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 259 hits
Kata orang Thailand syurga makanan kerana makanan terdapat pelbagai makanan yang sedap dan murah serta segar Oleh itu kalau anda berpeluang ke Thailand jangan lupa menikmati beberapa makanan streat food yang memang terbaik dan sesuai dengan...
Jamu Keluarga Di Hari Cuti Dengan 4 Menu Udang Paling Sedap Senang Masak Ni

Jamu Keluarga Di Hari Cuti Dengan 4 Menu Udang Paling Sedap Senang Masak Ni

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 612 hits
Udang antara makanan laut menjadi kegemaran ramai masak apa pun sedap Selain cepat dimasak udang juga boleh dipelbagaikan menu ikut cita rasa keluarga Empat menu yang RASA kongsikan mungkin boleh dicuba atau boleh memberikan idea untuk kora...
Tempat Sarapan Ala Johor Paling Sedap Di Jb

Tempat Sarapan Ala Johor Paling Sedap Di Jb

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 905 hits
Assalamualaikum JADI Food Blogger ni Sk sering ditanya terutama dari kawan kawan bukan Johorean tentang tempat menarik untuk bersarapan di Johor Bahru dan makanan tu mestilah bertemakan Johor haaa gituuuu Hurmmm baru kita nak diet dah kena ...
Ini Cara Buat Aiskrim Viral Ala Magnum Perghh Memang Sedap

Ini Cara Buat Aiskrim Viral Ala Magnum Perghh Memang Sedap

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 734 hits
Boleh dikatakan musim sekarang agak tidak menentu Ada masanya panas berhari hari diikut dengan hujan sekejap sekejap Bila dah musim panas memang sedap kalau pekena aiskrim Kalau sebut aiskrim Magnum memang fikir 10 kali nak beli melihatkan ...
15 Makanan Milkbooster Sedap Mudah Nak Buat Penyelamat Bila Susu Ibu Merudum

15 Makanan Milkbooster Sedap Mudah Nak Buat Penyelamat Bila Susu Ibu Merudum

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 597 hits
Kuantiti susu berkurangan apakah puncannya Penggalak susu dari makanan semula jadi ini boleh membantu SEBELUM AMBIL PENGGALAK SUSU AMBIL KIRA 3 FAKTOR INI Sebelum ibu mengambil makanan penggalak susu ibu seharusnya memeriksa punca masalah p...
Makanan Burma Sedap Lain Dari Yang Lain

Makanan Burma Sedap Lain Dari Yang Lain

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 360 hits
Sajian Burma ni memang unik Ia mempunyai pengaruh makanan dari Cina India dan Thai Secara geografi kedudukannya disempadani tiga negara tersebut memang patut la ada kesan pengaruh dari 3 negara ni Tofu atau tauhu memang di antara kegemaran ...
Mana Nak Cari Makanan Yang Sedap Di Bazar Ramadan

Mana Nak Cari Makanan Yang Sedap Di Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 967 hits
Ah Ramadan menyapa lagi dan anda tahu maksudnya kan BAZAR RAMADAN Betul tu Bazar dengan makanan dan minuman yang enak enak belaka pasti buat perut anda makin berbunyi ketika bulan puasa ini Ramai yang sanggup bersesak sesak dan menghadap tr...
Resepi Green Curry Chicken Paling Sedap Dengan Pes Green Curry Buat Sendiri

Resepi Green Curry Chicken Paling Sedap Dengan Pes Green Curry Buat Sendiri

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 401 hits
Apa yang anak kita suka makan sebolehnya kita akan cuba buat kalau tak tahu kita belajar sehingga menjadi dan sedap Bila dia suka sesuatu makanan tu dia akan makan banyak dan berselera Kali ni akak nak kongsikan resepi Green Curry The post ...
Muka Merah Hingus Meleleh Badan Berpeluh Bila Makan Makanan Pedas Ini Puncanya

Muka Merah Hingus Meleleh Badan Berpeluh Bila Makan Makanan Pedas Ini Puncanya

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 328 hits
Bagi penggemar makanan pedas anda mungkin sudah terbiasa dengan kehangatan makanan yang boleh membuatkan orang lain meleleh hidung Asal ada cabaran makanan pedas yang baru pasti anda ingin cuba Tomyam kaw sambal belacan dan ayam penyet past...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord