11 Koleksi Resipi Kuih Muih Pedas Sedap Tak Jemu Makan


Kalau sebelum ni asyik dengan kuih muih manis, apa kata korang  pilih menu yang pedas untuk dijadikan buah tangan balik kampung untuk ibu atau mentua di kampung. Atau sebagai hidangan minum petang  cuti hujung minggu.  Korang boleh je pilih satu dua dari koleksi yang RASA kongsikan ini. Gerenti tidak menghampakan selera.

CARA BERLAUK
BAHAN-BAHAN:
75 gm tepung gandum1 biji telur gred A170 ml santan2 sudu makan mentega | dicairkanBeberapa titik pewarna kuning makananSecubit garamBahan Inti:
100gm daging cincang1 biji bawang besar | dicincang2 ulas bawang putih | dicincang2 keping hirisan halia | dicincang1 biji cili merah | dibuang biji dan dadu kecil1 sudu makan rempah kari daging1 sudu makan  sos tomato1 sudu teh cili kisar1/2 sudu teh lada hitam kisar1 pokok daun sup | dihiris halusGaram dan gula secukup rasaSedikit airSedikit minyak masakCARA MEMASAK:
Sediakana inti terlebih dahulu, panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih. halia dan bawang besar hingga layu, masukka cili kisar dan sos tomato. Kacau rata.Tambah rempah kari, kacau dan tuang sedikit air.Sementara itu, masukkan daging cincang dalam kuali dan kacau rata.Masak dengan api kecil hingga daging berubah warna dan kering.Tambah lada hitam dan perasakan dengan garam dan secukupnya.Akhir sekali masukkan 1/2 bahagian cili merah dan 1/2 bahagian daun sup. Gaul rata dan matikan api, biar inti sejuk.Untuk adunan tepung, ayak tepung dalam satu bekas, masukkan telur dan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati.Tambah garam, mentega yang dicairkan dan pewarna kuning. kacau hingga rata dan tapis. Ketepikan.Panaskan acuan, guna api dapur paling kecil. Sapukan setiap lubang acuan dengan sedikit minyak masak.Tuang adunan kuih cara 3/4 penuh. Buat hingga siap, kemudian sudukan 1/2 camca teh inti pada setiap kuih cara tadi.Tabur atasnya baki cili merah dan daun sup. Tutup sekejap hingga kuih cara masak.Keluarkan dari acuan dan buat hingga siap.
CUCUR BADAK
BAHAN-BAHAN:
250 gram keledek | direbus dan lenyek3 ½ sudu makan tepung gandum½ sudu teh garamMinyak masak untuk menggoreng Bahan Inti:
½ biji kelapa parut100gm udang kering  | direndam dan dikisar1 ulas bawang putih | dikisar3 biji bawang merah | dikisar7 biji cili merah | dikisar1cm halia | dikisar1 batang serai | dikisar1 sudu teh serbuk kunyit2 sudu makan gula½ sudu teh garam2 sudu makan minyak masakCARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan inti, dan gaul rata. Kemudian goreng tanpa minyak dalam kuali sehingga kuning keemasan. Jangan terlalu garing.Untuk menyediakan doh, gaul rata semua bahan doh kecuali minyak masakTambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik dan melekat.Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat sebesar bola golf. Isikan inti di tengah tengahnya.Tutup dengan doh dan bentuk bulat leper. Ketepikan.Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.Goreng cucur badak sehingga kuning keemasan. Angkat dan tos.
KARIPAP SARDIN
BAHAN-BAHAN:
Doh:
500gm tepung gandum2 senduk minyak masak dipanaskan terlebih dahuluAir secukupnyaSecubit garamInti:
1tin sardin saiz sederhana1labu bawang besar | dipotong dadu3 ulas bawang putih | dicincang halus3 biji ubi kentang  | dipotong dadu3 sudu makan cili kering kisar2 sudu besar serbuk kariMinyak masak untuk menumisGaram dan gula secukup rasaCARA MEMASAK:
Asingkan tulang ikan sardin dan hancurkan isi ikan dan asingkan kuahnya.Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan separuh bawang besar yang sudah dipotong dadu. Bila naik bau, masukkan bahan kisar dan kacau perlahan sehingga naik bau. Masukkan cili kering kisar, kemudian perasakan dengan gara dan  gula.Masukkan pula kentang yang sudah dipotong dadu.Masukkan satu cawan air supaya kentang cepat empuk.Apabila kentang empuk, masukkan isi sardin yang sudah dihancurkan diikuti separuh lagi bawang besar tadi.Setelah kering air dan cukup rasa, angkat dan sejukkan.Untuk membuat doh, masukkan tepung ke dalam bekas untuk menguli.Kemudian diikuti minyak masak yang sudah dipanaskan ke dalam tepung gandum.Kacau dengan senduk kayu semasa minyak masih panas.Masukkan sedikit demi sedikit air yang sudah dilarutkan dengan garam tadi sehingga tepung sudah tidak melekit di tangan.Bulat-bulatkan doh, kemudian canai dan  masukkan inti dan klim tepinya.Panaskan minyak dan goreng karipap sehingga kekuningan.
KUIH BAKAR BERLAUK
BAHAN-BAHAN:
Bahan Inti:
200 gm daging kisar2 sudu besar rempah kari daging2 ulas bawang merah2 ulas bawang putih1 sudu makan udang keringSedikit daun bawang | dihiris halusSedikit daun sup | dihiris halus2 biji cili merah  | dihiris serongGaram dan gula secukup rasaMinyak masak untuk menumisBahan Bater:
2 cawan tepung gandum3 1/2 cawan santan sederhana pekat1 biji telurPewarna kuningSedikit garamCARA MEMASAK:
Kisar bawang putih dan bawang merah sehingga lumat.Udang kering dikisar kasar.Seterusnya, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air dan tumis hingga pecahMasukkan daging kisar.Masukkan garam dan sedikit gula. Kacau hingga sebati dan kering.Setelah siap, angkat dan ketepikan dulu.Kemudian sediakan adunan tepung. Pukul telur bersama garam.Masukkan tepung dan santan berselang-seli. Kacau hingga rata.Kalau berketul-ketul, tapis dahulu adunan ini. Titikkan sedikit pewarna.Seterusnya panaskan acuan kuih bakar, kemudian sapukan sedikit minyak.Tuang adunan 3/4 penuh sahaja.Diikuti dengan masukkan inti daging dan letakkan cili potong dan taburkan daun sup, daun bawang.Bakar menggunakan ketuhar atau atas dapur biasa tetapi tutup atasnya dengan penutup periuk.Setelah masak, biarkan sejuk baru keluarkan dari acuan.
POPIA BASAH
BAHAN-BAHAN:
Bahan Kulit:
2 cawan tepung gandum1 biji putih telor3/4 cawan air2 sudu makan cuksecubit garamBahan Inti:
1/2 biji kobis  | dihiris halus2 batang lobak merah | diparut halus1 biji bawang besar | dihiris halus3 ulas bawang putih | dihiris halus1 sudu besar sos tiram1 sudu makan udang keringGaram secukupnyaMinyak masak  untuk menumisSambal:15 tangkai cili kering1 biji bawang besar5 ulas bawang putih1 sudu makan gula perang2 sudu makan kicap manisMinyak masak untuk menumisGgaram, perasa dan bawang goreng secukupnyaKacang tanah | dikisarCARA MEMASAK:
Untuk membuat kulit popia, campurkan kesemua bahan dalam mangkuk adunan. kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam.Tuang sedikit adunan dan lenserkan ke atas kuali leper.Buat dari arah jam, mulakan dari tepi dulu kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan.Setelah rata, biarkan sampai kulit masak sebentar. Angkat kulit yang telah masak dan letakkan dalam pinggan.Untuk membuat inti, kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering.Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yang dikisar tadi.Kemudian tambahkan sos tiram dan secubit garam. Masukkan pula sayuran dan masak hingga sedikit layu.Seterusnya untuk membuat sos,Kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.Masukkan kicap dan gula perang, garam dan perasa. Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal.Letak satu sudu makan inti dan taburan bawang goreng lipat macam biasa dan gulung sedia untuk dimakan.
POPIA OTAK-OTAK
BAHAN-BAHAN:
Kulit popia segera
300 gm isi ikan tenggiri1 sudu kecil serbuk ketumbar1 sudu kecil jintan kasar3 sudu kecil santan pekat1 sudu kecil jus lima1 helai daun kunyit  | dihiris halus2 sudu kecil tepung jagungGaram secukup rasaGula secukup rasaSerbuk perasa secukup rasaBahan Kisar Halus:
5 ulas bawang merah3 ulas bawang putih1 batang serai3cm halia3cm kunyit3cm lengkuas2  biji cili merahCARA MEMASAK:
Mulakan dengan menyediakan otak-otak.Satukan isi ikan tenggiri bersama bahan kisar halus.Kemudian, masukkan serbuk ketumbar, jintan kasar, santan, jus limau, daun kunyit dan tepung jagung.Masukkan juga garam, gula dan serbuk perasa secukupnyaGaul sebati dan ketepikan.Seterusnya, ambil kulit popia.Letakkan sedikit inti otak-otak itu dan gulung kulit popia.Bolehlah goreng popia dan angkat apabila warnanya menjadi kuning keemasan.Hidangkan ketika ia masih panas.
POPIA GORENG BERSIRA PEDAS
BAHAN-BAHAN:
Kulit popia
2 sudu makan bijan  | disangai½ biji sengkuang | diparut halus1 batang lobak merah | diparut halusSedikit kobis  | dihiris halus2 sudu makan udang kering | dikisar kasar2 sudu makan taucu  | dikisar kasarSedikit  tauge | dibuang ekor2 sudu makan udang kering1 sudu makan sos tiramGaram dan gula  secukup rasaBahan Sambal:
2 sudu makan cili kisar1sudu makan bawang merah kisar1 sudu teh bawnag  putih kisar2 sudu besar sos chiliSedikit air asam jawaGula atau gula putihCARA MEMASAK:
Untuk menyediakan inti, tumis bawang besar, masukkan sos tiram. tumis hingga naik bau.Masukkan udang kering. kacau rata. masukkan bahan sayuran, kemudian perasakan dengan garam dan gula.Ttutup api dan sejukkan.Isi ke dalam kulit popia, lipat tepi, kemudian gulung dengan kemas.Panaskan minyak, dan goreng hingga kekuningan.Untuk sambal sira, panaskan minyak, tumis bahan-bahan tadi hingga pekat.Akhir sekali masukkan popia sudah digoreng tadi. Kacau rata.Tutup api dan taburkan bijan.Siap untuk dihidangkan.
POPIA GORENG
BAHAN-BAHAN:
Kulit popia secukupnya1 batang lobak merah | diparut halus1 biji sengkuang kecil  | diparut halus1 mangkuk kubis  | dihiris halus1 biji bawang besar  | dicincang2 ulas bawang putih | dicincang2 sudu makan udang kering | dikisar kasar1 sudu makan sos tiramGaram dan gula secukup rasa.Sedikit minyak CARA MEMASAK:
Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.Masukkan sos tiram. tumis hingga naik bau.Seterusnya masukkan udang kering, kacau rata.Diikuti sengkuang, lobar merah dan kubis.Perasakan dengan garam dan gula.Tutup api dan sejukkan.Isi ke dalam kulit popia, lipatkan tepi kiri dan kanan, kemudian gulung. Lakukan hingga habis.Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan menggunakan api sederhana.Angkat dan toskan minyaknya.
PULUT PANGGANG 
BAHAN-BAHAN:
1kg beras pulut | direndam semalaman1 liter santan cairSecubit garamBahan Inti:
1/2 biji kelapa parut50gm udang kering | direndam dan dikisar1 sudu makan serbuk jintan manis | disangai dan dikisar1 sudu makan serbuk jintan putih | disangai dan dikisar2 sudu makan bawang merah kisar1 sudu makan bawang putih kisar1 sudu makan bahan kisar halia, serai, lengkuas, kunyit125gm cili boh125ml airGaram secukup rasaDaun pisangCARA MEMASAK:
Basuh beras pulut bersih dan tos airnya.Kukus pulut setengah masak.Kemudian curahkan campuran santan bersama garam di dalamnya dan gaul rata.Kukus sekali lagi hingga masak.Angkat dan ketepikan.Untuk intinya, panaskan minyak, kemudian tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.Kemudian masukkan udang kering dan biarkan seketika, baru masukkan cili boh.Setelah betul-betul garing masukkan kelapa parut bersama sedikit air, garam, gula, serbuk jintan manis, jintan putih serta halia, lengkuas, serai dan kunyit.Gaul rata, biarkan sedikit lembap. Angkat dan ketepikan.Ambil daun pisang, sapukan sedikit minyat dan letakkan sesudu pulut panas. Kemudian letakkan inti dan balut kemas.Kemaskan bahagian hujung dengan lidi.Akhir sekali panggang hingga masak dan garing. 
PULUT SERUNDING KELAPA
BAHAN PULUT:
250 gm150ml santan pekat150ml air1 sudu teh garamBAHAN SERUNDING:
200gm  kelapa parut | putih sahaja2 sudu makan pes cili kering2 ulas bawang merah | dikisar1 ulas bawang putih | dikisar1-2 sudu  makan udang kering | dikisar1 batang serai |dikisarGaram gula dan perasa secukupnyaSedikit  minyak masakCARA MEMASAK:
Basuh pulut, kemudian dan kukus hingga masak.Sementara itu, campurkan kelapa inti dengan semua bahan yang telah dikisar serta pes cili kering.Seterusnya masukkan garam dan gula. Gaul rata sehingga secukup rasa.Panaskan sedikit minyak, goreng bahan inti sehingga menjadi serunding. Jangan terlalu garing.Bila pulut sudah sejuk, kepal-kepalkan dan bentukkan ikut citarasa/Kemudian gaulkan dalam serunding.Sedia dihidangkan.
BURGER MALAYSIA
BAHAN-BAHAN:
3cawan tepung gandum3sudu makan gula halus4sudu makan susu tepung3sudu makan lemak sayur1/2 sudu teh garam halus1/2 sudu teh instant yis250ml air suamBahan Inti
Sambal tumis secukupnyaHirisan timun secukupnyaCARA MEMAMASAK:
Bancuh instat yeast bersama 50 ml air suam dan satu sudu teh gula halusKacau rata dan ketepikan sekejap hingga bancuhan berbuih.Sementara itu, masukkan tepung, baki gula, susu tepung, lemak sayur dan garam ke dalam mangkuk adunan. Kacau rata.Tuang bancuhan yis dan gaul hingga sebati.Tuang baki air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang tidak melekat dimangkuk adunan.Kemudian bentukkan doh seperti bebola sama besar.Susun dalam loyang yang telah ditabur sedikit tepung, tekan biar leper sedikit.Perap 35 – 45 minit atau hingga kembang.Panaskan minyak, goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan. Setelah sejuk, belah dua dan sapu dengan sedikit sambal tumis dan letak sekeping hirisan timun. 
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/10/11-koleksi-resipi-kuih-muih-pedas-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
12 Koleksi Resipi Talam Yang Boleh Korang Cuba Lebih Jimat Sedap

12 Koleksi Resipi Talam Yang Boleh Korang Cuba Lebih Jimat Sedap

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 850 hits
Kuih muih tradisional Melayu termasauk talam antara yang menjadai pilihan ramai Malah sekarang dah macam macam inovasi kuih talam sesuai mengikut cita rasa semasa namun rasanya tidak mengecewakan tetap sedap Lemak manisnya tetap menambat se...
4 Menu Sambal Bilis Pedas Sedap Makan Bertambah Tambah

4 Menu Sambal Bilis Pedas Sedap Makan Bertambah Tambah

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 840 hits
Ikan bilis sering menjadi pilihan sebagai juadah pemecah selera terutamanya bila takda selera makan Buat sambal tumis atau tumbuk mantah ikan bilis tetap sedap janji ada bilis dan cili padi memang padu bila makan Apa kata salah satu dari em...
Resipi Cheesy Meatball Yang Paling Mudah Sedap

Resipi Cheesy Meatball Yang Paling Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 1189 hits
Teringin nak makan Cheesy Meatball malam ni Ni ada resipi paling mudah perkongsian saudari Ain Aziz Istimewa resipi ni tak payah masak guna ketuhar pun Guna kuali je puan puan Anak anak pasti suka sebab tak pedas Jom lihat bahan bahan yang ...
Makan Laksa Johor Sedap Di Beriani Bonda House

Makan Laksa Johor Sedap Di Beriani Bonda House

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 852 hits
Assalamualaikum KALAU sebelum ini Sk pernah kongsikan tentang yang menghidangkan nasi beriani terbaik Johor hari ini SK akan kongsikan satu lagi hidangan yang boleh anda nikmati di iaitu Laksa Johor Sk ke BBH baru baru ini semata mata henda...
Resipi Lempeng Kelapa Homemade Yang Lembut Sedap

Resipi Lempeng Kelapa Homemade Yang Lembut Sedap

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 531 hits
Bagi yang gemar hidangan Lempeng Kelapa RASA kongsikan kembali resipi dari Puan Hajah Zainab Bt Mawan yang boleh anda cuba Bahan bahan yang digunakan sangat mudah ringkas dan hasilnya juga membuka selera Selamat mencuba CARA MASAK LEMPENG K...
Anak Pun Bosan Makan Nasi Hari Hari Sesekali Pikat Selera Anak Dengan Creamy Baby Noodle Ikan Bilis Cheese Sedap

Anak Pun Bosan Makan Nasi Hari Hari Sesekali Pikat Selera Anak Dengan Creamy Baby Noodle Ikan Bilis Cheese Sedap

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 551 hits
Anak pun sama macam kita Ada masanya dia bosan makan nasi hari hari Sesekali apa kata mama alihkan seleranya dengan menyediakan menu Barat pula Tak perlu bahan yang sarat dan bermacam macam cukup hanya ada protein dan serat untuk anak makan...
Resipi Acar Buah Untuk 5kg Tunggu 2 Hingga 3 Hari Baru Lebih Sedap Dimakan

Resipi Acar Buah Untuk 5kg Tunggu 2 Hingga 3 Hari Baru Lebih Sedap Dimakan

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 496 hits
Rasa masam manis acar buah memang memantapkan juadah yang dihidang Campuran buah buanhan jeruk dengan bawang sos cili dan rempah kari padulah rasanya Yang bestnya acar ni menjadi makin sedap bila dah dua tiga hari Barulah mesra buah dengan ...
5 Resipi Seafood Ini Sesuai Untuk Menu Shellout Yang Meriah Sedap

5 Resipi Seafood Ini Sesuai Untuk Menu Shellout Yang Meriah Sedap

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 637 hits
Korang tahu tak sea food antara lauk pauk yang sedap dan paling senang nak masak campak campak dalam kuali kemudian kacau kacau dah siap Sesuai sangat kalau korang jenis yang sentiasa sibuk dan ahli keluarga gemar makan sea food Oleh itu RA...
Resipi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Daun Kesum Yang Sangat Sedap Mudah

Resipi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Daun Kesum Yang Sangat Sedap Mudah

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 1419 hits
Sedapnya Ikan Cencaru Sumbat Sambal perkongsian saudari Eh Hidayah Ariffin ni Istimewanya resipi ini menggunakan daun kesum Memang wangi semerbak dan lebih enak rasanya Cubalah Anda pasti suka akan rasanya CARA MASAK IKAN CENCARU SUMBAT SAM...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025