12 Koleksi Resipi Talam Yang Boleh Korang Cuba Lebih Jimat Sedap


Kuih  muih tradisional Melayu termasauk talam antara yang menjadai pilihan ramai. Malah sekarang dah macam macam inovasi  kuih talam sesuai mengikut cita rasa semasa, namun rasanya tidak mengecewakan, tetap sedap. Lemak manisnya tetap menambat selera, tapi kalau korang nak cuba buat sendiri, ini 12 koleksi resipi talam  RASA kongsikan.

TALAM LAPIS
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung beras1/2 cawan tepung gandum1/2 cawan  tepung jagung1 cawan gula pasir4 cawan santan1/4 sudu teh garamsedikit pewarna merah dan perisa ros CARA MEMASAK:
Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci.Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk.Seterusnya masukkan santan. Gaul rata hingga tidak yang bergentel.Bahagikan adunan kepada duaWarnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.Masukkan loyang yang telah disapu sedikit minyak ke dalam kukusan.Tuang 200 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama lima minit dengan api kuat.Setelah lapisan pertama masak, tuang 200ml adunan merah. Kukus lagi.Ulang proses hingga habis dengan diakhiri dengan lapisan merah.Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong.
TALAM LAPIS SAGU
BAHAN-BAHAN:
LAPISAN SAGU:
1 1/2 cawan sagu2 cawan air1 cawan airLAPISAN ATAS:
2 biji telur2 cawan tepung gandum2 sudu makan tepung jagung2 cawan  santan2 cawan  air3/4 cawan gulaSedikit pewarna hijau1 sudu teh perisa pandanCARA MEMASAK:
Basuh sagu dan tapis, kemudian ketepikan.Satukan gula dan air, masak dalam periuk hingga mendidih dan gula hancur.Masukkan sagu dan kacau hingga pekat.Pastikan menggunakan api perlahan supaya sagu masih berbiji-biji putih.Sementara itu, sediakan loyang yang telah disapukan dengan sedikit minyak.Tuangkan sagu di dalamnya, ketepikan.Satukan semua bahan bahagian atas dalam periuk, kacau hingga sebati.Kemudian masak atas api perlahan dan sentiasa kacau hingga tepung tidak berketul-ketul.Apabila naik wap, tutup api.Tuang ke dalam bekas berisi sagu.Akhir sekali masukkan dalam pengukus yang telah dipanaskan. Kukus selama 20 minit. 
TALAM PANDAN NYONYA
BAHAN-BAHAN:
LAPISAN BAWAH:
1 1/2 cawan gula2 1/4  cawan tepung beras,1/3 cawan tepung gandum,5 ½ cawan air pandan | 10 helai daun pandan1 ½ sudu makan air kapurLAPISAN ATAS:
1/3 cawan tepung beras3 cawan santan4 sudu makan tepung jagung1 sudu teh garam halusCARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan bawah (warna hijau).Kemudian kacau agar tidak bergentel.Masak hingga berwap dan gula hancur.Isikan dalam loyan yang disapu minyak.Kukus hingga masak lebih kurang 20 minit.Untuk menyediakan bahagian atas (warna putih).Campurkan semua bahan.Kacau dan masak atas api sederhana hingga  naik wap.Perlahan-lahan tuang atas  lapisan warna hijau.Kukus lagi hinggaPotong apabila talam betul-betul sejuk.
 TALAM JAGUNG
BAHAN-BAHAN:
LAPISAN BAWAH:
350gm tepung beras60gm tepung gandum1 sudu makan tepung ubi350ml santan pekat700ml air120gm gula kastor300gm jagung manis dalam tin1/2 sudu teh garam1 sudu teh pewarna kuningLAPISAN ATAS:
150gm tepung gandum  | diayak150gm gula kastor250gm santan pekat450gm air masak20gm daun pandan2 biji telur1 sudu teh perasa pandan CARA MEMASAK:
Untuk bahagian bawah, campurkan tepung beras, jagung dan ubi. Ayak bersama dalam dalam bekas kemudian campurkan dengan santan pekat dan air.Kacau sebati sehingga tidak berbintil, kemudian tapiskan adunan ke dalam periuk.Masuk pula gula kastor, jagung manis, garam dan pewarna, gaul sebati.Panaskan atas api, kacau sentiasa dan biarkan sehingga naik wap.Tuang adunan dalam loyang yang telah tersedia dan ratakan.Kukus selama 25 minit.Untuk menyediakan lapisan atas, satukan kesemua bahan-bahan.Seterusnya kacau sebati dan tapiskan dalam periuk.Masak atas api sambil dikacau sentiasa sehingga naik wap.Setelah lapisan bawah masak, lorekkan dengan garpu.Perlahan-lahan, tuang adunan atas sehingga rata dan kukus lagi selama 25 minit.Tutup api pengukus, angkat dan sejukkan.Biarkan talam benar-benar sejuk baru dipotong.
TALAM BERLAUK
BAHAN-BAHAN:
250gm tepung beras200gm keladi100gm udang kering2 sudu teh garam1000ml air500ml santan INTI DAN HIASAN:
200 gm daging kisar2 biji kentang | dadu kecil1 labu bawang besar | dipotong dadu1 ulas bawang putih | dicincang halus1 paket rempah kari daging2 biji cili merah1/2 batang lobak merah | diparutDaun sup dan daun bawang  | dihiris halus2 sudu makan minyakGaram dan sedikit gulaCARA MEMASAK:
Untuk menyediakan inti, panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih.Masukkan rempah kari dan masakkan sehingga wangi.Masukkan daging dan kentang. Kacau rata. Tambahkan sedikit air jika perlu.Biarkan sehingga semuanya masak empuk.Sejukkan dan taburkan diatas adunan yg dikukus.Sekiranya terdapat minyak, toskan.Untuk menyediakan bahagian talam, keladi direbus dan dikisar bersama air. Ketepikan.Satukan tepung beras, keladi kisar, garam, santan dan air. Kacau sebati dan tapiskan ke dalam periuk.Seterusnya masukkan udang kering. Kacau rata di atas api sederhana sehingga naik wap.Setelah itu, tuangkan ke dalam loyang. Kukus selama 30 minit.Akhir sekali, apabila hendak dihidangkan, barulah diletakkan bahan inti di atas permukaan sebagai hiasan.
TALAM SUJI
BAHAN-BAHAN:
LAPISAN BAWAH:
110gm tepung suji110gm gula pasir200ml santan pekat800ml air1sudu teh pewarna kuning1 sudu teh garamLAPISAN ATAS:
 3 biji telur220 gm gula merah1/2 sudu teh garam200ml santan pekat55gm tepung jagung55gm tepung gandum500ml airCARA MEMASAK:
Untuk lapisan bawah, masukkan tepung suji dan air dalam periuk. Kemudian masukkan santan pekat dan gula.Selepas itu masukkan garam dan pewarna kuning. Kacau rata.Kemudian letak di atas api sambil dikacau dengan pemukul telur sehingga naik wap.Masukkan dalam loyang dan kukus lapisan bawah selama lima minit.Untuk lapisan atas, satukan tepung gandum, gula merah dan santan dalam bekas pengisar.Masukkan air tepung jagung dan pecahkan telur dan bolehlah dikisar kesemua bahan-bahan tersebut.Selepas itu, masukkan dalam periuk dan kacau di atas api sederhana besarnya.Apabila sudah naik wap, bolehlah diangkat dan tuang ke atas lapisan bawah tadi.Kukus selama 25 minit.
TALAM GULA MERAH
BAHAN-BAHAN:
LAPISAN BAWAH:
1 cawan gula merah1 1/2 cawan gulaSedikit air1 1/2 cawan tepung beras4 1/2 cawan airSedikit air kapurLAPISAN ATAS:
1 cawan tepung beras3 cawan santanSedikit garamCARA MEMASAK:
Untuk menyediakan lapisan bawah, masak gula merah dan gula putih dengan sedikit air. Sejukkan.Seterusnya bancuh tepung beras dengan air dan sedikit air kapur. Kacau sehingga larut dan tapis ke dalam periuk.Masak sebentar di atas api sederhana sehingga agak pekat. Masukkan ke dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak.Kukus selama 20 minit. Setelah masak dilorek permukaan dengan garpu.Satukan semua bahan lapisan atas dan tapis dalam periukKacau rata atas api perlahan sehingga agak pekat.Tuang menggunakan senduk dengan perlahan lahan ke atas lapisan bawah.Kukus selama 30 minit atau sehingga masak.Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.
TALAM PULUT SEKAYA
 BAHAN-BAHAN:
LAPISAN BAWAH:
500gm beras pulut | direndam semalaman200ml santan pekat300ml air2 sudu teh garamLAPISAN ATAS:
10 biji telur | dipukul sebati400ml santan pekat250hm gula Melaka | dipotong kecil2 helai daun pandan | dicarik & disimpul1/4 sudu teh garamCARA MEMASAK:
Toskan beras pulut dancampurkan dengan santan pekat, air dan juga garam. Kacau sebati dan kukus selama 25 minit.Masukkan pulut yang telah dikukus tadi ke dalam loyang yang telah disapu minyak. Tekan pulut agar padat.Bagi menyediakan lapisan atas, kisar santan dan gula Melaka hingga sebati.Kemudian masukkan ke dalam bekas diikuti bahan-bahan yang lain. Kacau hingga rata.Tuang ke dalam loyang berisi pulut. Kukus selama 30 minit atau sehingga adunan masak.Sedia untuk dinikmati.
TALAM LAPIS NYONYA
BAHAN-BAHAN:
1 1/2 cawan tepung gandum1/4 cawan tepung beras1/4 cawan tepung jagung1 cawan gula pasir3 cawan santan1/2 sudu kecil esen rosPewarna merah dan hijauCARA MEMASAK:
Satukan semua bahan di atas, kemudian adun hingga rata.Tapis supaya tidak ada tepung bergentel.Kemudian bahagikan kepada tiga bahagian.Buat lapisan putih dahulu dan kukus selama 6 minit.Diikuti lapisan merah dan hijau.Akahir sekali, kukuskan   lagi selama 20 minit.Sejukkan sebelum sedia dipotong dan dihidangkan.
TALAM CRACKERS PANDAN
BAHAN LAPISAN BAWAH:
20 keping biskut400 ml santan1 cawan air pandan (1 cawan air dikisar bersama 3 helai daun pandan)1/2 cawan susu pekat3 sudu besar gula2 biji telur ayamBAHAN LAPISAN ATAS:
1 cawan tepung beras1 cawan santan3 cawan air1 sudu kecil garamCARA MEMASAK:
Lapisan Bawah:
Satukan semua bahan di atas kecuali biskut.Sediakan loyang. Patah-patahkan biskut menjadi kecil.Satukan kedua-dua bahan dan kukus selama 25 minit.Kemudian sediakan lapisan atas.Satukan bahan di atas dan tuang ke atas lapisan bawah.Kukus selama 20 minit lagi.Angkat dan sejukkan sebelum dipotong.
TALAM LAPIS CENDOL
BAHAN LAPISAN ATAS:
200 gram tepung beras250 ml santan450 ml air2 sudu besar tepung jagung150 gram gula1 sudu kecil garam250 gram cendolBAHAN LAPISAN TENGAH:
1/2 cawan tepung gandum1/2 cawan gula halus2 biji telur ayam200 ml santan200 ml airSedikit perasa pandanPewarna hijauBAHAN LAPISAN ATAS:
[A]
30 gram gula pasir100 gram gula merah1 helai daun pandan[B]
80 gram tepung gandum10 gram tepung ubi2 biji telur ayam250 ml santan1/2 sudu besar esen vanila1/4 camca teh garam CARA MEMASAK::
Campurkan semua bahan di atas  kecuali cendol.Masak sehingga naik wap.Masukkan cendol dan kukuskan selama 20 minit.Untuk lapisan tengah, campurkan semua bahan, adun rata hingga sebati.Tapis dan masak sehingga naik wap dan tuang atas lapisan cendol.Kukus selama 20 minit,Sementara itu sediakan lapisan atas.Satukan semua bahan A lapisan atas, dan masak atas api hingga gula larut. Sejukkan.Satukan pula semua bahan B.Setelah air gula sejuk tuangkan dalam mangkuk bahan B.Adun rata kemudian tuangkan ke atas lapisan cendol dan kukus selama 20 minit.Sejukkan sebelum sedia dipotong.
TALAM LAPIS UBI KAYU
BAHAN LAPISAN BAWAH:
4 cawan ubi | diparut1 1/2 cawan gula merah1 cawan gula pasir3 cawan santanBAHAN LAPISAN ATAS:
4 cawan santan2 camca teh garam1 1/2 cawan tepung gandumCARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan  lapisan atas dan gaul rata.Masukkan dalam loyang yang telah dioles dengan mentega atau marjerin.Kukus hingga masak lebih kurang 20 minit.Sementara itu sediakan bahan lapisan atas.Campurkan semua bahan dan adun rata, kemudian tapis dan masak atas api kecil hingga berwap. Kemudian tuang atas lapisan ubi kayu.Kukus lagi 15-20 minit.Setelah masak, tutup api dan potong apabila sejuk dan sedia dihidangkan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/10/12-koleksi-resipi-talam-yang-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini 3 Resipi Seafood Kalau Korang Cuba Comfirm Jadi Sedap

Ini 3 Resipi Seafood Kalau Korang Cuba Comfirm Jadi Sedap

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 377 hits
Jemu dengan menu daging hari ni jom kita masak lauk menu seafood yang ringkas yang gerenti sedap menjilat jari Kalau nak cuba ini RASA kongsikan tiga menu udang sotong dan filet ikan yang 10 minit masak dan siap ye UDANG GORENG BERSAMA TELU...
5 Resipi Serunding Ni Sangat Sedap Boleh Buat Inti Popia Pulut Bakar

5 Resipi Serunding Ni Sangat Sedap Boleh Buat Inti Popia Pulut Bakar

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 1333 hits
Bila dekat dengan bulan puasa ramai yang cari serunding untuk lauk berbuka rasa garing dan pedas memang memancing selera bersahur tak kala mata masih kelat Kebanyakan dari kita selalunya beli je serunding tapi harganya boleh tahan mahal Apa...
Koleksi Resepi Masakan Nasi Yang Sedap Mesti Di Cuba Buat Suatu Hari Nanti

Koleksi Resepi Masakan Nasi Yang Sedap Mesti Di Cuba Buat Suatu Hari Nanti

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 567 hits
Terkadang agak menjemukan apabila asyik masak yang itu dan itulah saja di ulang ulang Nak juga sesekali merasa kelainan Tercari cari aku resepi masakan nasi agak berlainan dari kebiasaan di FB untuk menjadi Koleksi Resepi aku di kemudian ha...
Buat Sendiri Kuih Onde Onde Keledek Lebih Sedap Lebih Jimat

Buat Sendiri Kuih Onde Onde Keledek Lebih Sedap Lebih Jimat

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 625 hits
Buah Melaka atau onde onde tepung pulut memang dah biasa tapi Buah Melaka Keledek juga tak kurang sedapnya Terbayang rasa rasa kenyal dan lembutnya adunan keledek manis gula Melaka dan lemak kelapa parut Hemmmm sedapnya Tapi kalau nak tau k...
Resipi Popia Carbonara Paling Sedap Untuk Minum Petang

Resipi Popia Carbonara Paling Sedap Untuk Minum Petang

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 1659 hits
Teringin nak makan Popia Carbonara yang sangat mudah dan sedap Resipi perkongsian saudari Raja Amanina ni antara yang boleh dicuba Bahan bahannya pun ringkas sahaja Paling penting ia sedap dan buka selera Jom lihat resipinya CARA POPIA CARB...
Resipi Lazat Mushroom Soup Dan Garlic Bread Ala Pizza Hut Anda Patut Cuba

Resipi Lazat Mushroom Soup Dan Garlic Bread Ala Pizza Hut Anda Patut Cuba

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 367 hits
Pizza Hut merupakan antara restoran yang menyajikan pizza yang enak dan merupakan pilihan ramai rakyat Malaysia Kombinasi pizza yang dihidang bersama mushroom soup dan garlic bread pasti membangkitkan selera anda Saudari Roslina Asmi telah ...
Apam Johol Kuih Tradisi Nogori Yang Super Sedap Resipi Ori Gebu Lembut

Apam Johol Kuih Tradisi Nogori Yang Super Sedap Resipi Ori Gebu Lembut

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 429 hits
Apam Johol ni yang buatkannya istimewa kerana ia dibalut dengan daun rambai Sebab itulah rupanya begitu menyelerakan dan aromanya kekal harum merangsang selera Kalau kat nogori kuih ni sedap dimakanatau dicicah dengan rendang atau sambal tu...
Memasak Lebih Mudah Cepat Sedap Dan Sihat Dengan Santan Super Light Ayam Brand

Memasak Lebih Mudah Cepat Sedap Dan Sihat Dengan Santan Super Light Ayam Brand

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 870 hits
Memasak lebih mudah sedap dan sihat dengan Santan Super Light Ayam Brand Seperti yang kita tahu kebanyakan makanan yang ada di Malaysia menggunakan santan sebagai salah satu bahan utama contohnya nasi lemak kari ayam kuih muih pencuci mulut...
Sambal Udang Petai Cili Hijau Lain Dari Yang Biasa Dan Pastinya Lebih Sedap

Sambal Udang Petai Cili Hijau Lain Dari Yang Biasa Dan Pastinya Lebih Sedap

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 494 hits
As Salam Sambal Udang Petai Cili Hijau Lain Dari Yang Biasa Dan Pastinya Lebih Sedap Wahh Kemain bagi tajuk kat entri hari ni Masalahnya resepi yang nak dikongsi ni adalah air tangan sendiri walaupun idea asal dari Mak Muo saya Harap jangan...
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

Diabetes Bayi Pun Boleh Kena Jenis Penyakit Yang Tak Kenal Usia

How Did Afif Know Of Alleged Rm100m Payment For Pjd Link Asks Pj Mp

Produk Nestle Naik Harga Harga Milo Dan Nescafe Akan Meningkat Ikuti Senarai Produk Nestle Malaysia

Memikirkan The Unknown

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Hotel Royal Signature Permata Baru Kuala Lumpur Setiap Bilik Menggemakan Intipati Kediaman

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke



Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik

Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi


Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Persatuan Hotel Bajet Sarankan Penggunaan Pekerja Asing Untuk Industri Perhotelan

Buasir Otak Tv Main Teka Bendera Negara

3 Leather Sofas For Your Mid Century Modern Entertainment Room

Cost Effective Investments For Construction Projects