10 Sebab Aku Menyesal Belajar Sains Komputer



Kisah orang IT (sekadar baca sahaja)

10 tahun dalam dunia IT, aku akhirnya pasrah dan menyerah kalah. Aku masih ingat ketika aku mula-mula mengenal apa itu Pascal, C++, Visual Basic, PHP, database, network, Linux, semuanya indah. Setelah tamat ijazah, aku melangkah ke industri ICT tanah air dengan semangat yang berkobar-kobar, nak ikut jejak langkah Bill Gates, Linus Torvalds, Tim Berners-Lee dan Kevin Mitnick. 
Pengalaman mengajar aku pahit manis industri IT, yang semakin hari semakin mencabar dan semakin hilang taringnya jika dibandingkan ketika lewat 90an dan awal 2000an. Aku baru sahaja menghantar notis 24 jam sebagai programmer di salah sebuah syarikat IT kecil di sekitar Cyberjaya, walaupun ramai yang tidak setuju dengan tindakan aku ini. Banyak sebab kenapa aku hilang rasa cinta pada bidang ini. Ini adalah antaranya:

1. Kerenah client yang pelik-pelik (Clients from hell)

Function kami sebagai programmer adalah untuk menghasilkan sebuah sistem aplikasi baru untuk client berdasarkan brief yang diberi. Kami sudah dilatih bermain dengan fungsi, konsep, algoritma dan pengolahan idea. Oleh itu, dengarlah nasihat dan cadangan kami. Apa gunanya hire kami sebagai programmer kalau tak nak ikut cadangan dan proposal yang kami sediakan. Kami tahu apa yang anda mahukan dan kami boleh bekerja mengikut spesifikasi projek

Jadi tolonglah jangan bagi idea pelik-pelik dan minta yang bukan-bukan dari kami. Situasi ini sering terjadi jika client yang dibincangkan terdiri dari badan-badan kerajaan. Aku sangat sedih dengan mentaliti orang kita

"Tak boleh pakai color ni, nanti diorang ingat website pembangkang pulak."
"Mana gambar Dato' / Datin / Menteri / KSU / Dr?"
"Boleh tak pakai gambar ni? Dan besarkan?" (bagi gambar kecil dalam words.)
"Saya nak kalau dia klik je button ni, data dari semua agensi seluruh negara akan disimpan kurang dari 10 saat?"
"Boleh tak buat borang online yang tak perlu nak taip banyak sangat, pakai niat sahaja dah habis isi."
Maka terhasillah sistem aplikasi atau laman web yang aneh dan menyakitkan hati, seumpama iklan ubat besarkan saiz 'anu' di Facebook, iklan jamu dan ubat jerawat seperti dalam majalah mastika atau sistem "Gomen" yang lebih mementingkan membodek orang atasan dari mesej yang cuba disampaikan dalam aplikasi tersebut.

2. Gaji kecil / Kerja banyak

Perkara ini memang sudah menjadi tradisi dalam industri ICT di Malaysia. Walaupun dalam resume sudah tertera pengalaman bekerja yang agak memuaskan, kebanyakan company masih akan hire pekerja IT dengan gaji yang kecil, alasannya tiada sijil professional dari Cisco, Microsoft, Oracle, Red Hat dan lain2. Habis tu apa point belajar degree sampai 4, 5 tahun?

3. Waktu kerja yang tidak menentu

Satu lagi tradisi yang menjadi trademark industri ICT. Masuk kerja awal, balik lewat, kadang-kadang hingga lewat pagi. Kenapa kami selalu kena stayback? Baca point-point berikutnya.

4. Perangai Boss / Supervisor / Project Manager (konon-kononnya) / Client yang sangat menjengkelkan.

Mari aku terangkan dengan teliti apa yang berlaku. Bagi sebuah projek pembangunan aplikasi atau website, untuk sampai ke tahap final, sistem aplikasi atau website yang akan dibangunkan untuk sesuatu projek, kami perlu mendapatkan pengesahan daripada mereka-mereka dalam list ini. Memang kami tidak pernah akan mencapai final design dalam masa yang singkat atau dalam rekaan idea yang pertama

Bila semua perlu ditukar, tambah itu ini, tukar gambar, tukar color, tukar function, tukar button, tukar tulisan, tukar field, tukar database, tambah module, ada sahaja yang tidak kena. Apabila amendment sudah siap, orang-orang yang bertanggungjawab bagi idea2 mengarut akan menghilangkan diri, balik awal atau meeting. Jahanam

Agak mustahil boleh buat sebuah aplikasi dengan cepat dan mudah. Yang memeningkan kami, progress mesti on time, kalau lambat, programmer yang akan kena maki dulu, walhal progress kerja kami tergendala dek kerana mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab

Mereka akan maki, marah, kutuk dan bermacam lagi perbuatan yang boleh mencabar kesabaran kami, sedangkan mereka tahu, orang atasan yang patut lebih peka dan membantu kami menyiapkan projek

Maka, berduyun-duyunlah programmer berkampung di office kerana nak siapkan projek sebab petang tadi time orang punch out balik, baru design approve, siap ada amendment, esok pagi bos / client nak tengok. Tak ke celaka sungguh perangai mereka ini?

5. Lambakkan freelance developer yang menyediakan servis dengan harga yang langsung tak masuk akal. (Terlalu murah)

Keadaan ini telah menyebabkan industri IT negara dipandang enteng, murah dan tiada standard. 10 tahun dulu, upah untuk buat satu muka surat webpage pun boleh mencecah sehingga RM500. Sekarang RM100 untuk keseluruhan webpage pun tidak mustahil lagi

Ada orang pernah tanya aku nak buat sebuah dynamic website siap dengan database, offer aku RM100. Aku tidak semurah itu. Bukan berlagak, bukan takbur tetapi apa gunanya kami berhabis belasan ribu ringgit, bertungkus lumus menceburi bidang ini, dan akhirnya mengambil bayar seciput itu untuk memuaskan hati client yang tahap cerewetnya mengalahkan artis?

6. Tanggapan masyarakat - kerja bidang IT kerja mudah.

Ramai yang ingat asal kerja dalam bidang IT je, kerja mudah cuma duduk depan PC taip2 program, angkat printer, pasang PC, cucuk2 kabel network dan sebagainya. Anda semua ingat senang ke nak bangunkan sebuah aplikasi? Atau install web server dan database? Atau configure sebuah switch network? Untuk menyiapkan satu page website yang lengkap pun makan masa, apatah lagi proses nak design workflow dan function. Bagi mereka mudah sahaja, "taip2 keyboard je." "Ala, kerja korang cucuk2 kabel je, senang la." "Kalau setakat nak pasang2 PC tu, aku pun boleh." Kalau aku boleh siku, aku dah siku dah muka masing-masing

7. Certified software expert lagi masyuk dari kerja IT biasa.

Aku hanya mampu melihat dengan mata putih, kejayaan orang IT yang memilih haluan menjadi pakar dalam jenama software2 tertentu seperti SAP, Cisco, Oracle dan lain2. Malah ada di antara mereka tiada degree dalam bidang sains komputer atau IT tidak perlu belajar 4 5 tahun pun, cukup dengan ambil professional certificate dengan kursus selama 5 hari, dah boleh jadi seorang software expert dengan gaji berkali2 ganda dari yang kerja dalam bidang IT biasa. Ex student science comp atau IT? Ramai kawan-kawan aku lari bidang, ada yang jadi polis, kastam, imigresen, PTD, balik kampung jaga lembu, buat bisnes MLM. Life is hard.

8. Lambakkan crash course dan CD tutorial yang tersangatlah murah.

Ibarat sayur dipasar. Begitulah murahnya nilai ilmu dan skill dalam industri IT. Banyak lambakan buku dan tutorial seperti "Learn ____ in 3 days", "____ for Dummies" yang dijual di pasaran, malah boleh download je eBook kat Internet. Dan yang lagi best, mereka yang belajar sendiri dan tidak mendapat pendidikan yang formal di institusi2 tempatan pun boleh buat berkali lebih hebat daripada yang belajar sampai pecah kepala otak

Kami berhutang puluhan ribu dengan gomen semata-mata untuk mendapatkan ilmu dah rahsia dunia IT dan mengambil masa hampir 5 tahun. Sekarang, mamak buat teh tarik pun dah boleh buat app sendiri.

9. Aku benci dengan mentaliti "Tak nampak ciri Malaysia pun sistem ni?"

Kenapa semua benda nak "nampak Malaysia?"
Ada sebab kenapa kami rujuk pada gaya dan vibe international. Untuk bersaing dengan industri IT dari luar, style dan influence industri kita mestilah sentiasa up-to-date dan mempunyai ciri international. Suka tak suka kau kena ikut trend semasa. Kau tak boleh nak buat design website atau aplikasi macam zaman Windows 95 di zaman design minimalist Windows 8/Android/iOS ni. Kau duduk bawah tempurung tahun bila pun, tak tahu lah.

10. Teknologi IT terlalu laju berkembang.

Ini adalah masalah terbesar orang2 IT. Teknologi IT itu terlalu sangat cepat dan laju berkembang sehingga sampai satu tahap selari dengan usia kau yang semakin meningkat, otak kau dah tepu dan tak boleh nak follow lagi teknologi2 IT yang terkini

Kalau kau ambil medic, struktur tubuh badan manusia yang kau belajar 20 tahun lepas, begitulah juga struktur tubuh badan manusia sampai sekarang

Kau belajar kejuruteraan awam, macam mana kau belajar nak buat infrastruktur jambatan 15 tahun lepas, benda yang kau belajar itu masih boleh diapply 15 tahun selepas itu

Kau belajar arkitek, macam mana kau belajar nak design rumah 10 tahun lepas, macam tu jugalah yang kau praktikkan sekarang

Tapi kalau kau belajar IT, baru kau belajar PASCAL, 5 tahun lepas tu orang dah tak pakai dah PASCAL. Baru ko nak kenal Windows 98, 2 tahun kemudian keluar Windows 2000. Kalau dulu kau belajar Visual Basic 6, 5 tahun lepas tu orang dah pakai .Net. Baru kau berjinak2 dengan PHP, sekarang dah keluar macam2 PHP framework. Kalau masa belajar dulu network semua pakai kabel, beberapa tahun lepas tu dah keluar teknologi wireless. Kalau dulu kau chatting pakai mIRC dan ICQ, sekarang orang pakai Whatsapp dan Hangout. Last2 apa yang kau belajar 5 ke 10 tahun lepas kat universiti kebanyakannya dah tak boleh pakai

Last2 generasi tua IT yang otak dah tepu nak belajar teknologi2 baru ni hanya layak jadi mandur sahaja mengarah2 budak2 muda buat kerja. Situasi ni kau boleh jumpa terutama di kalangan pegawai2 teknologi maklumat yang kerja kat gomen. Kebanyakan pegawai2 IT yang dah tua dan yang pangkatnya semakin tinggi ni (tak semua tapi kebanyakannya) langsung tak boleh dijadikan tempat rujukan kalau ada masalah bab2 teknikal, sebab teknologi IT terlalu cepat berkembang, mereka pula tidak pernah nak explore teknologi2 baru, so at the end kalau ada masalah diorang tak boleh nak jawab atau tolong solve pun masalah yang berkaitan hal2 teknikal, pegawai2 IT muda atau programmer ni la yang kena cari solution sendiri kat internet.

Berbeza dengan bidang lain seperti doktor, jurutera, arkitek, peguam dan lain2, makin kau tua dan berpengalaman, pengetahuan dan kepakaran kau semakin tinggi dan bernilai.

Yang IT ni, semakin kau tua, pengetahuan dan kepakaran kau 10 tahun lepas dah tak bernilai sangat pun pada hari ini.

Sumber FB Eswara Raj

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sensasimedia.com/2019/04/10-sebab-aku-menyesal-belajar-sains-komputer.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kau Kerja Kat Kantin Belajar Sampai Spm Je Ke Cikgu Sekolah

Kau Kerja Kat Kantin Belajar Sampai Spm Je Ke Cikgu Sekolah

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 640 hits
Kau Kerja kat kantin belajar sampai SPM je ke Cikgu Sekolah Kos hidup yang semakin meningkat memaksa setiap individu melakukan apa apa jua jenis pekerjaan walaupun seseorang itu mempunyai pendidikan yang tinggi Tetapi ada sesetengah masyara...
Panduan Belajar Membaca Iqra Al Quran

Panduan Belajar Membaca Iqra Al Quran

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 588 hits
Panduan Belajar Membaca IQRA Al Quran Assalamualaikum Kepada semua pelawat laman lottepi com di sini saya Zul Paksu Cuckoo selaku Admin Channel youtube belajaralquran bersama Guru Al Quran Channel youtube iaitu Ustaz Zaki berbesar hati untu...
Ramyadjie Masih Bungkam Soal Pemberi Mesin Atm Untuk Belajar Skimming

Ramyadjie Masih Bungkam Soal Pemberi Mesin Atm Untuk Belajar Skimming

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 267 hits
Ramyadjie Masih Bungkam soal Pemberi Mesin ATM untuk Belajar Skimming Selain belum mengungkapkan siapa teman yang memberikan mesin ATM Ramyadjie juga belum memberikan informasi soal harga mesin ATM tersebut
Bekerja Semasa Belajar Tanpa Kebenaran

Bekerja Semasa Belajar Tanpa Kebenaran

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 268 hits
Soalan Terdapat satu kekeliruan Sebagai contohnya jika sesebuah negara telah menetapkan peraturan yang pelajar dari luar negara hanya boleh bekerja part time selama 28 jam seminggu dengan mempunyai 2 atau lebih pekerjaan Tetapi kami telah b...
Belajar Dari Kisah Bayi Mati Usai Makan Nasi Kapan Si Kecil Bisa Diberi Makanan Padat

Belajar Dari Kisah Bayi Mati Usai Makan Nasi Kapan Si Kecil Bisa Diberi Makanan Padat

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 373 hits
Ada sebuah berita yang mengisahkan kematian bayi karena diberi makanan padat Apakah sebenarnya bayi boleh diberi makanan padat Di media sosial sempat heboh kisah tentang bayi 4 bulan yang meninggal karena diberi makan nasi oleh ibunya Kisah...
Rachmat Gobel Ingin Petani Gorontalo Belajar Di Jepang

Rachmat Gobel Ingin Petani Gorontalo Belajar Di Jepang

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 306 hits
Rachmat Gobel Ingin Petani Gorontalo Belajar di Jepang Gobel heran lantaran Gorontalo sekarang berada di peringkat 5 wilayah miskin di Indonesia Padahal kata dia pemerintah pusat sudah memberikan perhatian bagus seperti dana desa dan progra...
Video Perlahan2 Allah Mula Tunjukan Hikmah Remaja New Zealand Sudah Mula Belajar Mengenai Solat

Video Perlahan2 Allah Mula Tunjukan Hikmah Remaja New Zealand Sudah Mula Belajar Mengenai Solat

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 628 hits
Perlahan2 Allah Mula Tunjukan Hikmah Remaja New Zealand Sudah Mula Belajar Mengenai Solat Walaupun sudah hampir 3 minggu berlalu namun kejadian tembakan yang berlaku di Masjid Al Noor Christchurch yang mengorbankan 50 nyawa masih lagi segar...
Belajar Ebay Cara Buka Akaun Ebay

Belajar Ebay Cara Buka Akaun Ebay

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 1162 hits
Sorry lambat lepas entry yang last hari tu Banyak benda nak kena settle tiap hari tu yang tak sempat update Walaubagaimana sekalipun apa yang aku dah janji hari tu aku akan cuba tunaikan Mula mula sekali sebelum nak buka ebay ni korang kena...
Belajar Jadi Entertainer Untuk Dapatkan Penggemar Setia

Belajar Jadi Entertainer Untuk Dapatkan Penggemar Setia

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 274 hits
Reva Jazaka dari Soul TiVA Management dengan Hjrozman dari IslamicTunes saat diskusi soal eksitensi nasyid di Bandung saat lawatan IslamicTunes di Kota Bandung Perkembangan teknologi informasi saat ini membuat media mainstream berbagi peran...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Penganggur Dipenjara 12 Tahun Atas Kesalahan Merompak Dan Menyamar Sebagai Polis

Kejayaan Atlet Silat Sarawak Noktahkan Penantian Malaysia Menangi Kejohanan Dunia

Jalan Kampung Pun Ada Lampu Jalan Berbayar Tak Sedia Lampu Dr Akmal Tegur Syarikat Konsesi

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Yang Jejaskan Orang Ramai Pm

Buat Spek Baru

Yahudi Bangsa Dilaknat Yang Membunuh Para Nabi